wallpaper

20140824

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 43


Bab  43

Durrah merenung langit malam yang dipenuhi bintang-bintang bertaburan. Sungguh indah pemandangan di dada langit. Angin bertiup-tiup sepoi-sepoi bahasa tidak dapat meredakan keresahan hatinya dalam mencari keputusan yang bakal dihadapi, dikiri lurah, dikanan gaung. Kedua-duanya bakal menyebabkan hatinya luka dan berdarah.

Jika dia tidak mengizinkan Johan rujuk semula dengan jandanya, syarikat Johan akan menghadapi masalah, bukan sahaja melibatkan Johan sahaja malahan seluruh warga syarikatnya. Jika Johan rujuk semula, dia pula akan bermadu. Bukannya mudah hidup bermadu,
terlalu banyak bersabar dan bertolak ansur sebab dan ada kalanya terpaksa menjerut hati dan perasaan walaupun dia tidak pernah merasainya lagi, tetapi dari pembacaan dan pengalaman orang lain, amat menakutkan sebab itu Allah memberikan ganjaran yang besar diakhirat nanti, apabila di padang mahsyar disaat orang lain dalam kepanasan, perempuan yang bermadu dengan redha, dia akan dipayungi dengan paying emas. Benarkan?

Akan berbahagiakah dia nanti? Bagaimana dengan penerimaan keluarga dan keluarga mertuanya nanti. Dan yang paling bermasalah adalah dirinya sendiri, bagaimana dia akan menerima pertukaran hidupnya nanti. Johan akan mula membahagi malam dan kasih sayang. walaupun kasih sayang itu bukannya seperti sebiji epal, tetapi mampukah dia memujuk hati bila Johan tiada disisinya dengan menyatakan pada hatinya yang Johan ke ‘out station’ sedangkan hakikatnya Johan bermalam di rumah Azreen. Durrah mula membayangkan Johan bermalam dirumah Azreen  dan ehm-ehem………

“Arrrrrr…”.


“Arrah”.Durrah tersentak. Dia mengurut dada kerana terperanjat.

“Abang ni, terperanjat orang….”. Tanpa sengaja Durrah memarahi suaminya. Johan tersengeh melihat aksi spontan isterinya. 

“Kenapa ni, lain macam aje abang tengok, Arrah gelisah semacam, macam ada benda yang tak kena. Kenapa?”. Menyesal pula dia memberikan kejutan buat isterinya.

Durrah mengeluh. Terasa berat sangat masalah yang dia terpaksa pikul. Dia terpaksa memujuk hati. Jika sudah tersurat, siapalah dia untuk menidakkan Qada’ dan Qadar Allah. Moga ada kebaikan yang tersirat disebalik yang tersurat. Sudah beberapa malam dia beristikharah. Dan jawapannya tetap sama. ‘kita mesti bersangka baik dengan Allah’. Dia masih lagi mengingati pesanan dari buku yang telah dibaca.

 “Mengeluh aje ni, kenapa emmm?”. Johan mengusap kepala isterinya. Bimbang jika Durrah sakit dalam waktu-waktu begini. Dia bukannya ada pengalaman menyambut bayi.

“Abang, boleh kita berbincang”. Durrah memaut lengan Johan mengajaknya duduk. Johan duduk disebelah isterinya sambil membetulkan kain pelikatnya  yang ditiup angin. Malam ini terasa begitu sejuk sekali. Angin yang sepoi-sepoi bahasa sudah semakin kencang  tiupannya.

“Arrah tahu abang ada masalah walaupun abang tak cerita dengan Arrah, pasal Azreen kan?”. Durrah  menjeling suaminya mencari aksinya. Johan nampak sedikit terperanjat.

“Mana Arrah tahu?”. Johan menyoal Durrah pula.

“Abang lupa? Kan si Conan tu member kamcing Arrah?”. Johan tersenyum hambar. Dia menarik hidung isterinya.

“Sebenarnya abang tak tahu nak cakap macamana”. Johan mengeluh. Dia buntu dan tak tahu bagaimana harus dia meminta sedikit pengorbanan dari isterinya. Tetapi jika dia minta sekali pun relakah isterinya itu berkorban lebih-lebih lagi dalam keadaan Durrah yang sedang sarat mengandung. Dia tidak mahu Durrah bersedih kerana dia bimbang bayi dalam kandungan isterinya iu juga akan turut terjejas.

“Rujuklah semula denganAzreen, Arrah izinkan kalau itu satu-satunya jalan untuk menyelamatkan syarikat abang. Arrah tak mahu disebabkan Arrah, orang lain dapat susah. Kita sama-sama menumpang rezeki Allah untuk hidup”. Johan menggenggam erat tangan isterinya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarkan sebentar tadi. Bagi Durrah pula, dia tidak tahu samada dia ikhlas atau sebaliknya dengan ucapannya itu.

“Abang tak mahu kehilangan Arrah”.Dia merenung Durrah dengan mata yang sayu menagih simpati. Dia tidak mahu kehilangan isterinya.

“Mana pula Arrah nak pergi. Arrah tetap ada disini asalkan abang berlaku adil dengan Arrah”. Apa lagi pilihan yang dia ada.

“Arrah sanggup bermadu?”. Soal Johan bagaikan tidak percaya. Terasa batu dikepalanya telah diangkat pergi bila mendengar unjuran dari isterinya sebentar tadi. 

“Madu tu kan manis?”. Durrah berlucuan. Ya! Manis untuk Johan tetapi pahit untuknya. Namum dia belajar memujuk hati, pahit itu kan ubat? Johan mencium kedua-dua tangan isterinya mungkin sebagai tanda terima kasih kerana memahami situasi yang sungguh menyiksakan.

 “Arrah orang miskin bang, tak ada harta nak  Arrah berikan pada abang. Yang Arrah ada hanyalah nyawa dan badan, andai ia boleh dikorbankan, akan Arrah korbankan untuk abang”. Kata Durrah dengan ikhlas. Dia sangat sayang dengan Johan dan tidak mahu melihat suaminya itu berdukacita. Dan tidak sanggup melihat Johan papa kedana walaupun rezeki bukannya di tangan Dato’ Azlie tetapi buat masa sekarang, syarikat mereka banyak bergantung harap dari syarikat Azlie BHD.

“Jangan cari pasal, kalau nyawa dan badan dah Arrah korbankan, apa lagi yang tinggal untuk abang, kan Arrah dah janji nak lahirkan anak abang yang 10 orang  tu?”. Tukas Johan. Durrah tersenyum sambil menyapu air mata.

“Cinta itu perlukan pengorbanan bang. Tiada maknanya cinta andai kita tak berani berkorban untuk orang yang kita cintai”.itu yang Durrah pelajari.

“Arrah cintakan abang?”Durrah mengangguk.

“Cinta, jujur dan ikhlas, sepenuh hati dan jiwa hingga akhir usia”. Johan mendakap isterinya.lama. Terharu dengan luahan hati dari Durrah.

“Abang tak akan sia-siakan Arrah, Arrahlah wanita yang paling abang sayang”. Terdengar suara Johan sebak.  Sukar untuk dia percaya masalahnya kini bejumpa dengan jalan penyelesaian.

Durrah pula, dia masih ragu-ragu dengan masa hadapannya. Entah bagaimana nanti episode hidupnya bila berkongsi kasih dan bekongsi suami dengan orang lain.


Helaian kertas yang bertulisan jawi telah pun Durrah tandatangan dan diletakkan semula di atas meja di ruang tamu. Sebenarnya hatinya sebak namun dia tidak mahu menunjukkan rasa sedihnya dihadapan Johan. biarlah dia menangis sendirian. Rita sahabatnya juga tidak mengetahui perihal rumahtangganya. Baginya kisah hidup mereka biarlah dia sahaja yang mengetahuinya. Pada keluarganya, juga mertuanya tidak dikhabarkan berita itu. Mau perang dunia, silap haribulan cikgu Jarah akan menyongsong ke sini. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Lagi cepat lagi bagus kerana projek yang sedang diusahakan oleh Johan telah beberapa bulan terbengkalai.

Durrah tiada mood untuk membaca helaian kertas yang telah ditandatangannya. Bukanya dia tidak tahu membaca tulisan jawi tetapi dia tidak mahu tahu apa yang tercatit didalamnya.

“Kalau tertulis didalamnya 10 hari untuk isteri muda, satu hari untuk isteri tua, matilah aku, manalah tahukan?”. Bisikan jahat di hati Durrah.

“Arrah nak pergi bercutilah hujung minggu ni, Arrah ingat nak pergi P.D”. Durrah memberi ruang untuk Johan menguruskan pernikahannya pada minggu ini.

“Kan Arrah tak suka mandi laut?”. Johan pelik kenapa isterinya itu mahu ke pantai sedangkan Durrah fobia jika melihat air yang banyak.

“Tak suka mandi laut, tak bermakna tak suka tengok laut, kan tengok laut tu dapat pahala”. Terang Durrah.

“Tak payahlah pergi sorang-sorang, abang bimbang. Nanti lepas abang selesaikan hal abang, kita pergi bercuti bersama”. Ada nada bimbang pada suara Johan, dia bimbangkan keselamatan isterinya lebih-lebih lagi dalam keadaan yang sedang sarat sekarang. Durrah hanya tersenyum bila mendengar janji dari suaminya. Belum kahwin dua pun Johan dah pandai ‘auta’. Durrah percaya, selepas ini Johan tiada masa untuk bercuti kerana sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh.

“Nak bimbang apanya, bukannya Arrah pergi sorang, nanti Arrah pergilah dengan Rita. Abang tu mesti selesaikan hal abang. Dan lagi satu, kalau Azreen tu anak dara, haknya satu minggu bersama abang tanpa gangguan dari Arrah tapi kalau dia janda haknya selama 3 hari sahaja, selepas itu abang kena adil dalam giliran”. Johan tersengeh. Dia pelik kenapa tiada rasa sedih dalam nada suara isterinya. Tetapi di sebalik mata isterinya Johan tahu Durrah dalam kesedihan, tapi apakan daya, dia tahu Durrah rela dalam paksa.

“Dari mana Arrah dapat kenyataan macam tu?”.

“Tulah, nanti abang kenalah belajar bab munakahat, supaya kat akhirat nanti abang tak jalan senget sebelah”. Johan ketawa dengan gurauan isterinya. Sebenarnya dia sendiri tidak menyangka yang dia akan beristeri dua. Dia tidak pernah bermimpi. Dia sendiri tidak tahu adakah dia akan berlaku adil pada isteri-isterinya, apa yang dia tahu dia akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar ini.

“Arrah nak pergi sana berapa lama?”.

“Entahlah, adalah dua atau tiga hari kot, abang jangan telepon Arrah”. Ugut Durrah

“Eh, mana boleh! Abang risau”. Johan  tidak setuju.

“Nak risau apanya, Arrah bukannya nak terjun laut bunuh diri”. Durrah ketawa bila melihat muka Johan. bagi Johan pula, dia bimbang jika Durrah melakukan perkara yang salah, ialah orang dalam keadaan yang kecewa dan sedih, fikiran pun tidak rasional dan macam-macam perkara yang buruk  boleh dilakukan tanpa disedari.




2 comments:

  1. dah lama x masuk cni. tup2 dah episod 43!?
    banyak nak kena catch up nih!
    hai mak ieteng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.....
      dah lama juga MET tak jengah ke blog Gee dan teman-teman lain. sibuk anak nak periksa UPSR. biasalah, mak pak pun kena 'sekolah' sama.....

      Delete