wallpaper

20150227

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 59



Bab 59

Durrah membuka pintu bilik bila terdengar ketukan di pintu dan terdengar namanya di panggil dari luar.

“Durrah, ni I nak kenalkan Suzie. Dia akan jadi pembantu you dalam rumah ni. You boleh suruh Suzie buat kerja rumah ataupun apa-apa yang patut. Oh ya, Suzie boleh berbahasa Melayu walaupun dia orang Filipina”. Ammar memperkenalkan seorang perempuan cantik lagi seksi kepada Durrah.

‘Seksi gila macam ni jadi pembantu rumah? Biar betul Ammar ni. Ni bukannya pembantu rumah tapi pembantu peribadi bolehlah’. Sambil mengutuk Ammar dan wanita seksi dihadapannya, Durrah sempat memberikan senyuman dan menyambut huluran tangan wanita tersebut.

“Suzie, lepas awak
letak barang awak kat bilik, awak siapkan makanan yang saya dah beli ni”. Ammar mula memberikan arahan.

“Baik tuan”. Jawap Suzie dengan lembut lalu ke bilik. Durrah hanya tersengeh. Dia mencapai bungkusan plastic di atas meja diruang tamu lalu di bawanya ke dapur.

“Durrah, biarlah Suzie yang buat, you tu perlu rehat”. Ammar melarang Durrah membuat kerja.

 “Alah, melampaulah tu, takkan nak hidangkan makanan pun tak boleh” Durrah bersungut. Tangannya pantas mengambil pinggan dan mangkuk. Dia mula mengatur nasi dan lauk pauk ke atas meja.

“Girlfriend ek?”. Ejek Durrah. Ammar ketawa.

“Mana ada? Girlfriend I, you sorang aje”.Ejek Ammar pula. Durrah mencebekkan bibirnya. Ammar menarik kerusi. Durrah menyendukkan nasi ke pinggan Ammar.

“Terimakasih sayang”. Usik Ammar. Durrah menjeling. Ammar menahan ketawa. Hatinya berlagu riang. Bagaikan sebuah keluarga. Dan bagaikan dalam mimpi Durrah datang menyerahkan diri dan melayaninya di meja mekan bagaikan lagak seorang isteri melayani suaminya di meja makan.

“Makan Amamr, jangan malu-malu…”. Usik Durrah lagi. Tetapi sebenarnya memujuk hati sendiri yang resah kerana berdosa meninggalkan suami dan melayani lelaki lain.

“Dah, you pun makan sekali” ajak Ammar. Dia meletakkan seketul ayam goreng berempah ke dalam pinggan Durrah.

“I beli special untuk you kat restoren yang selalu kita makan dulu”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya.

‘waktu abang Johan lihat aku makan dengan Ammar kat restoren tu, kami dah perang besar, macamana agaknya jika dia tahu aku makan dengan Ammar kat rumah Ammar sendiri? Agak-agak, apa yang abang Johan akan buat?’. Durrah berkira-kira sendiri.

“Makan Durrah, jangan malu-malu….”Usik Ammar pula. Durrah memasukkan ayam berempah ke dalam mulutnya. Seleranya mati!

“Suzie….tolong ambilkan air” Jerit Ammar bilamana pembantu rumah masih lagi tidak kelihatan. Tangannya menahan Durrah yang hendak bangun mengambilkan Ammar air.

“You duduk makan aje”. Durrah hanya patuh.


Johan dengan lemah melangkah ke pejabat. Jam ditangannya menunjukkan sudah melebihan jam 6.00pm.

“Tolonglah, you jangan melampau En. Zarul. Apa lagi yang kurangnya dengan apa yang kita ada”. Kaki Johan berhenti melangkah. Telinganya ditalakan ke bilik Zarul. Kedengaran seperti suara Asiah. Jarang sekali Asiah meninggikan suaranya pada suaminya.

“Sory, I ganggu you sekejap”. Hanya sekali ketukan di pintu, Johan menerjahkan mukanya dipintu. Suami isteri itu berhenti bertikam lidah.

“Zarul. Projek kita kat Seremban tu macam mana?”. Tanpa salam Johan menerjah soalan cepumas pada kawannya.

“Aaa…..o.k, nanti aku selesaikan”. Jawap Zarul teragak-agak.

“Aku nak kau selesaikan cepat, jangan sampai Dato’ tahu. Kalau tak mati kau aku kerjakan”. Johan memberi amaran keras. Bila Johan marah, tiada siapa yanmg berani angkat muka kecuali Azreen. Hanya dengan Azreen sahaja yang Johan kalah untuk berlawan.

Tuk! Tuk!Tuk!

“Masuk”. Jerit Johan dari dalam dengan kuat. Marah! Dia sebolehnya tak mahu diganggu.

“Sory Johan, I ganggu you. You kena tandatangan cek tu, dah dekat seminggu atas meja you. Supplier  kita dah bising tanya bila kita nak bayar”. Asiah serba salah, dia tahu Johan dalam mood yang tak baik tapi dia terpaksa. Jika tidak bingit telinganya mendengar bebelan dari supplier yang menagih hutang.

“Sory Asiah. Kebelakangan ni I sibuk sikit”. Nada suara Johan mula rendah. Dia sememangnya jarang marah dengan Asiah. Asiah banyak berjasa dalam syarikat mereka malahan mereka memulakan syarikat ini dengan menggunakan tanah pusaka milik Asiah.

“Zarul dah tandatangan ek?”. Tanya Johan. Matanya membaca setiap lembaran sebelum dia menggariskan tandatangan disebelah tandatangan milik Zarul. Sememangnya setiap cek yang di keluarkan memerlukan tandatangan Johan dan Zarul.

“Macam mana you dengan Zarul?”. Tanya Johan, dah lama tak tahu dengan perkembangan sahabatnya itu.

“Susah nak cakap. Orang tengah angau ni apa yang kita cakap semuanya tak betul difikiran dia”.Adu Asiah. Mereka berkawan baik sejak dari universiti lagi.

“You dan budak-budak pula macam mana?”. Tanya Johan lagi. Sebagai seorang kawan dia perlu membantu setakat yang dia mampu.

“Entahlah. Tak tahu lagi. Tengoklah macam mana”. Jawab Asiah. Jawapan yang diberikan dengan cemikan di bibir dan gerakan  dibahunya membuatkan Johan tahu, hubungan Asilah dengan Zarul sedang melalui fasa yang kritikal.

“You ni kenapa angin aje ni, Azreen buat hal lagi ataupun Arrah atau Juddin tak sihat?” Tanya Asiah. Dia lihat Johan sejak dua menjak kebelakangan ini macam orang tak betul aje. Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah!

“Susah I nak cakap”. Johan melepaskan keluhannya. Dia meraupkan mukanya beberapa kali. Runsing!

“Cakaplah. Mana tahu I boleh tolong. Macam you tak percaya kat I”. Asiah kasihan pada Johan. Sahabatnya itu pasti dalam kesulitan.

Johan pun mula bercerita tentang kehilangan Durrah. Dia tahu Asiah seorang yang jujur dan amanah, pastinya cerita ini tak kan sampai kepada orang lain walaupun dengan Zarul sendiri.

“Emm…..you dah periksa panggilan terakhir tu dia buat panggilan ke mana?”. Tanya Asiah. Tangannya mula mengambil segala dokumen dan cek yang telah di tandatangan sebentar tadi.

“Manalah I tahu, h/p bukannya ada kat tangan I”. Balas Johan. Marah! Asiah tepuk dahinya.

“Memanglah h/p dia kat tangan dialah. I tanya you, you tak chek kat service senter ke? Arrah guna apa? ” marah Asiah pula. Johan pula tepuk dahinya. Bengong!

“Betullah Asiah. I lupalah….”. Jawap Johan. Dia terburu-buru bangun.

“Eh, eh….you nak ke mana ni?. Dah petanglah….”. tak sempat Asiah nak menghabiskan ayatnya Johan sudah tidak nampak batang hidungnya lagi.

“Emmm….macam-macam……hal aku ni lagi berat. Hai, nasib-nasib……”. Asiah membebel sendirian. 

Untung nasibnya tidak diketahui. Sejak kebelakangan ini makan minumnya pun tak lalu, tidurnya pun tak lena kerana mimikirkan masalah rumahtangganya yang sedang dibadai gelora. Selepas dia memadamkan segala suis lampu dan pendingin hawa serta memastikan setiap bilik berkunci, dia mula melangkah kan kakinya yang keletihan ini untuk pulang ke rumah.

Di rumah, kerja rumahtangga dan menguruskan anak-anak pula terpikul dibahunya. Dia mengesat airmata, hidupnya sejak kebelakangan ini seperti ibu tunggal walaupun masih lagi mempunyai suami.

‘Hidup perlu diteruskan…..jangan bersedih Asiah, Allah sentiasa bersamamu….’. Asiah memujuk hati sendiri sambil kakinya di hayun ke kereta. Beberapa kali kelihatan tangannya menyapu airmata.

“Opss…maaf”. Kedengaran satu suara, membuatkan Asiah sedar dari leka dek melayan hatinya yang rawan. Matanya tercacap pada beg tangannnya yang terdampar di tanah.

“Terimakasih….”. Asiah menyambut beg tangannya yang dihulurkan oleh lelaki tersebut. Dia memberikan senyuman. Tanpa membuang masa, dia menyambung semula langkah kakinya menuju ke kereta yang hanya beberapa langkah sahaja di hadapannya.

Lelaki yang setengah abad usianya itu hanya memandang wanita yang berlalu dihadapannya tanpa mengerdipkan mata sepetnya itu.

“Ya  Allah, kau selamatkanlah perjalanan wanita itu sehingga ke rumahnya dan berikanlah sinar kebahgiaan dihatinya. Sesungguhnya Kau maha pengasih dan maha penyayang”. Lelaki itu meraupkan wajahnya dengan dua telapak tangannya. Walaupun wanita tadi memberikan senyuman kepadanya tetapi dia tahu, wanita tersebut didalam kesedihan. Dan amatlah berbahaya jika memandu didalam emosi yang tidak stabil. Justeru itu dia menadah tangan dan meminta Allah melindungi wanita tadi walaupun dia tidak mengenali wanita tersebut.


Johan mengatur kakinya yang lemah menaiki tangga rumah mertuanya dan terus kebilik. Dia terkapar diatas katl dengan matanya yang tertutup tapi fikirannya melayang entah kemana. Seharian moodnya tidak baik. Marah, sedih dan kecewa digumpal menjadi satu. Mengapa begini nasibnya.

‘Ya Allah, kenapa kau duga aku begini?”. Rintih hati Johan. Dia menyapu airmatanya yang mengalir. Maruahnya sebagai suami sekali lagi dibaling ke longkang. Kalau dahulu Azreen bermukah dengan lelaki lain dibelakangnya, dia masih lagi boleh terima kerana dia tahu kehidupan social Azreen itu tapi bila Durrah, wanita yang dari kacamatanya seorang yang muslimah baik dari pakaian dan juga perbuatan pun boleh lari ikut lelaki lain pukul 3.00 am, sungguh dia tidak boleh terima.

Tengahari tadi dia pergi ke ‘service center’ untuk membuat analisis tentang panggilan terakhir Durrah pada pukul 3.00 am pada hari tersebut, maka persoalannya telah terjawab, Durrah mengikut Ammar pada pagi itu. Melihat pada nombor telepon yang agak berlainan angkanya maka tahulah Johan, itu adalah Ammar kerana Ammar  mendaftarkan nombornya di luar Negara.

“Jo, you tak sihat ke?”. Tiba-tiba terdengar suara Azreen menyapa telinganya. Dia membuka mata. Isterinya itu sudah pulang.

“You dah makan?” Tanya Azreen lagi, dia melihat Johan seperti dalam masalah. Johan mengelengkan kepalanya.

“Tolong ambilkan I air Reean”. Pinta Johan.

“Nanti I suruh bibik ambil”. Jawab Azreen dia mendapatkan telepon dimeja katil disisi Johan.

“Tak payah”. Tukaas Johan, tangannya memegang tangan Azrren yang baru nak mendail no. sememangnya mereka menggunakan telepon di dalam rumah kerana rumah ini besar dan tak releven jika dia menjerit memanggil pembantu rumahnya jika dia hendak secawan air.

“Kenapa you ni?”. Azreen meninggikan suaranya. Pelik dengan sikap Johan sejak kebelakangan ini. Macam orang sasau aje.

“You tak pernah masak untuk I, buat air untuk I, siapkan pakaian I, segala kerja rumahtangga you tak pernah buat untuk I, Cuma layan I kat atas katil aje……kenapa ek?”. Macam orang bengong aje soalan Johan itu.

“You jangan cari pasal dengan I Johan. I tak ada masa nak layan soalan bodoh you tu”. Azreen naik marah. Dia sudah kesuntukan masa. Segera dia mencapai beg pakaian dan dia mula menyumbat beberapa pakaian ke dalam beg tersebut.

“Oh, tu soalan bodoh. Dan soalan bodoh juga I nak Tanya you, kenapa you nak rujuk pada I semula kalau semua tugas sebagai seorang isteri you tak mahu buat? Ni you nak mena pula ni?”. Johan pula naik angina. Kalau dahulu dia boleh bersabar, sekarang ni tidak. Semakin dia bersabar, semakin Azreen memijak kepalanya.

“I nak ke Jepun malam ni. Jangan ganggu I Johan, I nak cepat ni. I tak nak gaduh dengan you malam ni”. Tangan Azreen ligat mengambil dam menyusun segala kertas ke dalam fail.

“ I tak izinkan you pergi. Dan jangan bantah cakap I. sekarang ni you dah tak hormat langsung pada I. I pun tak tahulah untuk apa kita rujuk semula kalau you tak ada sedikit pun rasa hormat pada suami sendiri. Atau you memang sakit hati dan cemburu lihat I bahagia dan dapat anak dengan Arrah kan? Betul taka pa yang I cakapkan ni?”.  Johan mula merapu. Fikirannya mula bercelaru.

“Jo, you jangan nak naikkan darah I. malaslah nak layan you ni”. Semakin cepat  tangannya mencapai segala benda yang diperlukan. Johan pula semakin naik hantu. Di menghamburkan segala baju Azreen yang berada di dalam beg ke lantai.

“Jo…..gila ke you ni, I lagi dah lambat”. Jerit Azreen.  Seketika mereka saling berbalas kata.

Tuk….tuk…tuk…..

“Tuan, tuan……tuan Johan……tuan besar panggil”. Terdengar suara memanggil dan mengetuk pintu. Suami isteri isteri itu saling berpandangan. Johan mencapai h/pnya lalu turun ke bawah.

“Papa…” Johan menyalami tangan bapa mertuanya. Dia menyandarkan badannya yang letih disebelah orang tua itu.

“Apa yang kecoh sangat tu, macam nak terbalik rumah ni papa dengar”. Sungut Dato’ Azlie.

“Azreen papa, suka-suka aje dia nak ke mana-mana tak beritahu Johan. Tu tiba-tiba aje balik dah nak ke Jepunlah pula. Dah tu sekarang ni dia semakin tak boleh ditegur”. Adu Johan lagaknya bagaikan anak kecil

“Emm…..tak tahulah budak tu. Dah tua pun tak mahu ubah perangainya tu”. Keluh Dato’ Azlie.

“Ha….Azreen, nak pergi macam tu aje….tak salam papa dan suami kamu ni?”. Tegur Dato’ Azlie bila dia terlihat bayang Azreen melintasi mereka berdua. Azreen buat dono aje.

“Reen….” Panggil Dato’ Azlie lagi. Dengan muka masam Azreen datang menyalami papanya.

“Tu….suami kamu tu, kamu tak salam? Isteri apa ni?” Dato’ Azlie hanya mengelengkan kepalanya melihat perangai anak perempuannya nan seorang ini.

“Pergi dulu pa…” Azreen mula mengatur langkah.

“Nak pergi airport naik apa?” Tanya Dato’ Azlie lagi.

“Teksi”. Jawab Azreen. Langkahnya hamper ke muka pintu.

“Johan, pergi hantar isteri kamu. Dah tua-tua pun sibuk nak gaduh lagi”. Dato Azlie mencuit bahu menantunya. Dia pening kepala dengan perangai anak dan menantunya. Dengan malas Johan bangun, menyalami bapa mertuanya.

“Balik dulu pa..”.

“Esok datang ke pejabat, kita bincang pasal projek kat Penggerang tu”. Johan hanya menganggukkan kepalanya. Dia faham apa yang bapa mertuanya maksudkan. Mereka sedang merancang membuka satu lagi syarikat kerjasama dalam bidang gas dan petroleum.

Mereka berdua tidak bercakap walau sepatah haram pun hinggalah kereta Johan berhenti di stesyen minyak untuk mengisi minyak. Azreen hanya memandang Johan yang menghilang di belakang stesyen minyak.
Azreen bosan menunggu. Tiba-tiba dia terasa dia hendak membuat kerja nakal. Skodeng h/p Johan! Kerja yang biasa dia buat sedari dahulu lagi.

Dahinya berkerut-kerut. Tentunya ada sesuatu yang dalam fikirannya sekarang. Segera dia mencampakkan h/p Johan bila dia melihat Johan datang ke kereta.

Ring………..

“Ha….iyelah….iyelah…..”. Azreen memandang Johan.

“Jo….tolong cepat sikit boleh tak? Please…..”. Azreen merayu. Johan menjeling isterinya. Dalam marah ada sayang. Dia melepaskan keluhan kecil. Pedal minyak ditekannya.

“Thanks”. Dalam terburu-buru Azreen turun, sempat satu ciuman singgah di pipi Johan. Johan hanya memandang Azreen yang berjalan sambil mengheret beg rodanya tanpa berpaling ke belakang. Itulah Azreen, cepat marah dan cepat reda kemarahannya.

Johan mengarahkan keretanya balik ke rumah. Kedua ibubapanya telah dihantar ke rumah Jasmin. Emaknya ingin bermain dengan cucunya. Rumahnya sunyi. Sesunyi hatinya. Jiwanya kacau, sukar dia menerima kenyataan ini.


Durrah membetulkan bantal peluk Juddin yang tergolek jauh dari anaknya. Selepas menyusukan Juddin, dia tidak dapat melelapkan matanya lantas dia mengambil peluang untuk sembahyang tahajjud, taubat dan hajad.
Dia tahu, bukan sahaja pad Allah dia berdosa tetapi pada suaminya juga dia berdosa. Malah sekarang ini bukan sahaja malaikat malahan seluruh isi alam sedang melaknat dirinya kerana telah keluar rumah tanpa izin dan redha suaminya.

Durrah bersandar di sisi katil. Dia menyapu airmata. Jika ditakdirkan dia mati, mungkinkah dia akan masuk ke syurga?. Setahu Durrah, jika isteri yang mati diwaktu tidak diredhai oleh suaminya, bukan sahaja tidak dapat masyuk ke syurga malahan bau syurga pun dia tidak akan dapat menghidunya sedangkan bau haruman syurga itu sudah dapat di hidu sejauh seribu tahun perjalanan untuk sampai ke sana.

Tit!
Durrah mendapatkan h/pnya.

‘Siapa pula yang hantar SMS?’. Dia berbicara sendiri. Jam di meja menunjukkan pukul 2.30am.

‘Abang Johan’. Bisik hati kecilnya. Sehari suntuk sedari pagi hingga ke malam, tiada satu pun panggilan atauppun SMS dari Johan yang diterima. Mengapa pula diwaktu awal pagi ini suaminya itu menghantar SMS? Hatinya tertanya-tanya. Segera dia menekan h/pnya.

Arrah, malam ni abang tak boleh tidur. Hari-hari lain juga begitu. Tapi hari ini lebih teruk lagi. Fikiran abang sentiasa memikirkan Arrah. Mengapa Arrah buat begini pada abang. Abang tertanya-tanya pada diri sendiri, mengapa Allah beri musibah ini pada abang. Jahat sangat ke  abang hingga menyebabkan ke dua-dua isteri abang meninggalkan abnag mengikut lelaki lain.

Bila Azreen yang lakukan, abang boleh menerima kenyataan kerana abang tahu dengan sosial hidupnya tapi bila Arrah yang buat, lari dengan lelaki lain pukul 3.00 am, abang bagaikan tak percaya. Mengapa isteri yang abang anggap soleha boleh buat begitu sedangkan meninggalkan rumah tanpa izin suami pun sudah berdosa besar malahan lari dan tinggal bersama dengan lelaki lain….tentunya Arrah tahu hokum hakam dalam Islamkan?
Kenapa Arrah buat abang macam ni? Jahat sangat ke abang sehingga abang tak layak untuk hidup bersama dengan isteri dan anak abang????????   Abang kecewa dengan Arrah. Kecewa sangat, sangat…..abang tak tahu macamana nak bercerita dengan mak Jarrah dan mak Salmah. Arrah letakkan maruah abang di tahap yang paling bawah.

Durrah menangis terisak-isak. Dia tak dapat bayangkan bagaimana jika orang tua mereka tahu yang dia menumpang di rumah seorang lelaki yang bukan muhrimnya.

‘Aku mesti cari tempat lain secepat mungkin’. Tekad hatinya. Dia mesti bertindak secepat mungkin, jika tidak akan timbul fitnah yang lebih besar bakal menanti.

Maaf kerana membuatkan kita berkeadaan begini. Ianya tidak seperti yang abang fikirkan dan tafsirkan. Beri Arrah masa untuk menyelesaikan masalah di pihak Arrah sendiri. Insyaallah….selepas ini kita akan duduk berbincang. Tentang Juddin, usahlah abang Johan risaukan, dia baik-baik aje… Durrah menghantar SMS pada Johan

Tit!

Johan yang sedang menelangkup di atas katilnya segera bangun dan menilik h/pnya. Segera dia membaca SMS yang dia terima. Segera dia mendail no h/p Durrah.

“Tolong angkat h/p Arrah….” Johan merayu sendirian.beberapa minit kemudian panggilannya berjawab.

“Abang …”

“Arrah…”Hilang sudah rasa marah Johan bila dia mendengar suara Durrah.

“Kenapa tak tidur lagi? Esokkan abang  kerja?”. Durrah tak tahu nak cakap apa. Hanya soalan bodoh yang dia boleh tanya. Terlalu banyak yang dia nak cakapkan tapi satu apa pun tak terkeluar bilamana dia mendengar suara Johan.

“Macamana abang nak tidur bila Arrah buat abang macam ni?”. Johan bersuara rendah. Dia tidak mahu marah-marah sehingga menyebabkan Durrah mematikan h/pnya. Dia cuba mengikut nasihat ayahnya. 
Sabar…..sabar…..

 “Maafkan Arrah…..Arrah….”. Tiba-tiba suara isterinya terhenti. Yang Johan dengar hanyalah tangisan Juddin di hujung talian, kuat dan nyaring. Tidak sampai seminit kemudian talian terputus.

“Arrah…..Arrah…..”. panggil Johan. Dia membuat panggilan semula tapi panggilan tak berjawab.
Durrah kalut mengambil Juddin. Bimbang suara tangisan Juddin yang kuat dan nyaring ini boleh menggegarkan seluruh isi rumah.

“Allah!”. Hanya itu yang sempat Durrah ucapkan. Dia tidak sempat menyambut h/p nya. H.pnya jaduh berderai di lantai.

“Sayang…..kenapa ni?”. Durrah segera menyelak bajunya. Dia menepuk-nepuk badan Juddin. Juddin kegelisahan.

“Macam tau-tau aje ayah telepon ek?”Durrah berbicara dengan Juddin bagaikan si anak mengerti apa yang di cakapkannya.

“Sayang rindu ayah ek? Ibu pun rindu juga. Nantilah kita jumpa ayah. Biar ayah rasa pula, kalau dia betul-betul sayang kita, dia pasti akan cari kita. Tapi ibu tak mahu terpisah dengan Juddin, ibu berjanji yang anak ibu ini akan sentiasa bersam dengan ibu. Tidur ye sayang, jangan nakal-nakal. Esok kita cari rumah lain ok? Ibu pun tak selesa tinggal kat sini”. Sememangnya Durrah tidak selesa tinggal di rumah yang besar dan mewah ini dan esok dia mesti keluar mencari rumah ataupun sebuah bilik untuk disewa. Rumah pekerja di syarikat mereka telah penuh. Dia tidak tahu kemana lagi dia harus pergi.

7 comments:

  1. asssalamualaikum semua.....

    sory lambat sikit sambung cerita ni dan sory juga sbb bab kali ni panjang sikit.

    slmt membaca. kalau sudi ngomen lee.....

    ReplyDelete
  2. Suka baca novel mak iteng,tak apa panjang lagiiiii....Suka;))))ada sedih,ada suka

    ReplyDelete
  3. tq ardi.....slmt membaca. kalau ade idea, boleh juga ardi beri sumbangan untuk MET. kadangkala MET terputus idea. Ada juga rakan pembaca yang memberikan idea dan membantu MET untuk mengolah kisah ini.

    ReplyDelete
  4. Best Sgt citer in...harap durrah akan bahagia dgn Johan...azreen pulak biarlah ditgkp khlwat dgn lelaki lain Dan akan diceraikan oleh Johan... Biarlah keluarga ini bhagia dgn anak mereka juddin....

    ReplyDelete
  5. tak sabar tggu sambungannya....harap MET dapat idea lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea kadangkala ada tapi masa tu yang selalu tak ada....tq Ezahaiza

      Delete