wallpaper

20150311

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 60



 
Bab 60

Durrah mengesat peluh didahinya. Sudah puas dia mencari rumah atau pun bilik sewa tapi masih lagi belum berjumpa yang sesuai. Ada rumah sebuah tapi sewanya mahal, ada bilik kosong tapi dalam satu rumah, ada penyewa yang berlainan bangsa dan jantina. Adoi, meriah sungguh! Mau kepalanya dipenggal
oleh Johan kalau tahu dia menyewa di situ dan lebih menyeramkan lagi bimbang jika dia menjadi sajian ‘mereka’ itu.
Durrah mengheret kakinya yang letih itu berjalan sambil matanya melilar memerhati tampalan didinding. Manalah tahu, diatas rumah kedai ini ada bilik kosong untuk disewa.

“Rita Spa & Beauty”. Mulut Durrah membaca nama kedai dihadapannya. Dia tersenyum sendiri. Dahulu teman baiknya berangan-angan ingin membuka spa seperti nama spa dihadapannya ini. Durrah menelan air liurnya yang pahit. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan temannya yang satu itu. entah kemana temannya itu pergi selepas dia berhenti kerja.

“Opssss! Sory”. Mujur Juddin ditangannya tidak tercampak ke lantai bila badan Durrah tiba-tiba dirempuh.

“It’s o.k”. jawab Durrah, dia tahu yang perempuan itu tidak sengaja melanggarnya. Durrah juga rasa bersalah kerana dia berkhayal sewaktu berjalan.

“Eh…..Arrah”. Durrah memandangnya wanita cantik dihadapannya. Dia terpampam! Tak tahu apa nak dilakukannya. Sudah berbulan tidak bertemu dan hilang tanpa khabar berita, akhirnya mereka bertemu disini.

“Rita….”. sapa Durrah. Dalam sekejap pan, dua orang sahabat itu sudah berpelukan dan menangis. Tidak diketahui untuk apa tangisan itu.

“Lama kita tak jumpa”. Kata Durrah. Dia mengesat airmata.

“Jomlah kita masuk ke dalam, takkan kita nak borak kat luar, nanti orang ingat apa pula”. Rita membukakan pintu supaya senang Durrah masuk kerana di tangan Durrah ada anak kecilnya.

“Ni spa kau ke?” Tanya Durrah, Rita tersengeh dan menganggukkan kepalanya.

“Jom masuk ke bilik aku. Eh, Su, kalau ada orang cari I katakana yang I keluar ek?”. Selepas dia memberikan pesanan pada pembantunya, Rita mengheret Durrah ke biliknya.

“Alah comelnya anak kau ni…rupa abang Johanlah…”. Rita mengusap rambut Juddin. Dia mencium pipi Juddin. Juddin mengeliat. Tak suka!

“Em…penat-penat aku mengandung dan beranak, bapaknya yang dapat nama….” Cebik Durrah. Rita ketawa.

“Tahniah ek, kau dah capai cita-cita kau. Tentu kau bahagia sekarang. Ada bisnens sendiri, ada rumah besar, ada kereta besar, hei….kalau macam ni, aku pun nak cari Dato’lah!”. Usik Durrah. Rita ketawa.

“Tak payahlah kau sibuk nak cari Dato’. Abang Johan kau sorang dah saying kau pun dah cukup bagus. Kadangkala apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya…”. Rita memberi kiasan.

“Ada kala juga apa yang kita harapkan tak sama dengan apa yang kita dapat….”. Durrah juga memberi kiasan. Sekarang ini mereka berdua sudah dewasa bukannya gadis remaja lagi. Masing-masing sudah ada keluarga.

“Kau buat apa kat sini?” Rita menghulurkan segelas air kepada Durrah. Dia hanya memerhatikan temannya itu yang sedang menyusui anaknya. Dia tersenyum sendirian. Mengingati saat manis menyusui anaknya dahulu.

“Aku cari bilik sewa. Aku nak sewa bilik dengan Juddin, nak sewa rumah tak larat. Bapak mahal! Ada bilik kosong tapi dalam bilik lain ada mat Bangla, Myanmar, minah Filipina…seram aku”. Jawab Durrah. Dia membawa gelas ke bibir. Tekaknya kering. Haus!

“Kau biar betul,  kau lari rumah lagi ek?”. Teka Rita.

“Aku dengan abang Johan nak berpisah. Dia nak ambil Juddin dan beri pada madu aku. Hilang akal aku dibuatnya. Biarlah aku susah, namun nak beri Juddin pada dia….kirim salamlah”. Durrah berjeda.

“Pulak…..”. Rita garu kepala. Macam-macam hal.Kawin susah, tak kawin pun susah!

“Dah, jangan  kau buat kerja, nanye aje kau kena sembelih. Duduk aje rumah aku, kira macam kau sewa bilik jugalah….”. Rita mempelawa.

“Tak apalah Rita….nanti apa pula kata Dato’. Aku tak mahu kau pula dapat masalah denagn Dato’ disebabkan aku”. Durrah sedar diri. Masalah dalam rumahtangga ini begitu kompleks. Isu-isu yang kecil boleh jadi besar.

“Tak adenya….dah jom, kau jangan banyak soal. Ikut aku balik dan rehat kat rumah, aku tengok kau ni macam tak sihat sangat”. Rita menggesa Durrah. Bertahun dia mengenali Durrah, dia tahu tentang perangai sahabatnya itu yang tidak suka menyusahkan orang lain. Rita mencapai beg gakas Durrah yang diletakkan di atas sofa disebelahnya.

“Eh, tak apa ke?”. Durrah serbasalah tetapi dia tidak ada tempat yang selamat untuk dia tinggal buat sementara waktu. Rumah Ammar walau pun besar dan dilengkapi dengan pengawal keselamatan tetapi ianya bukanlah tempat yang selamat, bila-bila masa sahaja pencegah maksiat boleh membaut serangan hendap.

“Per! Besarnya rumah kau”. Puji Durrah bila kereta yang mereka naiki berlabuh didalam garaj sebuah rumah rumah banglo dilereng bukit.

“Jom”. Rita mempelawa Durrah masuk ke dalam rumahnya. Pertama kali Durrah menjejakkan kakikinya ke dalam rumah impian sahabatnya. Sahabatnya itu sudah mencapai apa yang dia hajati selama ini. Mata Durrah memandang segenap ruang didalam rumah besar ini.

“Maafkan aku Rita, dulu aku marah dan kutuk kau bila kau nak kawin dengan Dato’ Murad jadi isteri nombor 3 dia, aku taku kau teraniaya tapi rupanya aku sendiri yang teraniaya walaupun aku tak ambil suami orang”. Durrah sedih. Dia bimbang nasib sahabatnya buruk tapi rupanya, nasib dia lagi buruk. Untung nasib manusia di masa hadapan, tiada siapa yang ketahui.

“Dah, apalah kau ni emo sangat. aku tahu kau saying aku. Bila kau marah aku, banyak yang aku fakir tentang masa hadapan aku. Dahlah, nanti kita cerita lagi. Kau rehatlah dulu. Nanti kau makan. Makanan ada kat atas meja. Dalam peti sejuk pun ada. Buatlah macam rumah sendiri. Aku nak balik ke spa semula, ada kerja yang perlu aku buat”. Rita mengurut bahu Durrah. Dia tahu Durrah dalam kesedihan dan kesusahan. Dahulu sewaktu dia di dalam kesusahan, Durrah sering membantu dia.

Sementara Juddin tidur, dia perlu mengambil kesempatan ini untuk mandi, makan dan berehat. Dia mencium pipi Juddin. Anaknya itu masih kecil dan perlu tidur yang panjang untuk proses tumbesaran.

Suasana didalam kereta senyap sunyi. Masing-masing melayan perasaan. Tiba-tiba Johan membuat pusingan ‘U’ ditengah-tengah jalan.

“Apa gila kau ni Johan?”. Marah cikgu Jusoh.  Tangannya berpaut pada pintu kereta sewaktu Johan membuat pusingan tersebut. Terbang segala ngantuknya.

“Depan tu kereta dia”. Cikgu Jusoh terpinga-pinga.

“Kereta siapa?”. Tanya cikgu Jusoh lagi.

“Kereta lelaki tulah”. Tukas Johan. Cikgu Jusoh mengerutkan dahinya. Dia memandang Johan. Muka Johan serius. Matanya memberi epenuh tumpuan dihadapan, mengekori kereta Merc dihadapannya. Dia masih mengingati kerete itu kerana dia pernah nampak Durrah dan Ammar makan bersama di restoran dahulu lagi pun nombor plat  kereta itu mudah untuk diingati.

“Lelaki mana?” Tanya cikgu Jusoh. Blur….Johan mendegus.

“Lelaki yang bawa Arrah larilah tu…..”. Suara Johan keras. Sebenarnya dia geramkan si lelaki yang didalam kereta dihadapannya itu tapi cikgu Jusoh yang dapat tempiasnya.

“Oh”. Hanya itu yang dia sempat keluarkan.

‘Macamana pula dia boleh kenal?’. Bisik hati cikgu Jusoh. Dia menjeling anaknya. Muka Johan mula memerah. Marahlah tu!

“Huh”. Johan melepaskan keluhan. Keretanya mengekori kereta Ammar yang masuk ke kawasan parking hotel. Johan meraup mukanya. Hatinya mendidih kemarahan kerana isterinya tinggal bersama dengan lelaki yang bukan muhrim di HOTELLLL! Membawa bersama dengan anaknya pula tu!

Belum pun sempat cikgu Jusoh bertanya dengan lebih lanjut pada Johan, Johan sudah membuka pintu keretanya dan terus meluru mendapatkan Ammar.

“You Ammar?”

 “Yes. What..”.

BUK! Belum pun sempat Ammar menghabiskan ayatnya, dia sudah tersungkur dek tumbukan padu dari Johan.

BUK! Sekali lagi.

“Mana Arrah kau simpan ha???”. Jerit Johan. Sekali lagi dia nak mendapatkan Ammar, badannya telah dipegang oleh cikgu Jusoh Badan Ammar pula di peluk oleh pengawal keselamatan yang berada di sekitar tempat itu tadi.

“Sabar Johan. Apa dah jadi kau ni? Bukan cara ni nak selesaikan masalah”. Pujuk cikgu Jusoh. Dia mengusap badan anaknya. Dia tahu yang Johan dalam keadaan yang luar kawalan. Fikirannya sedang di pengaruhi oleh api kemarahan hasil tiupan saitan..

“Astaqfiruallah halazim…..”. beberapa kali cikgu Jusoh mengajar anaknya. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan hingga berlaku pembunuhan tanpa disengajakan.

“Maafkan anak pakcik. Pak cik Jusoh, bapa mertua Arrah”. Cikgu Jusoh mendapatkan Ammar. Dia menghulurkan salam. Dia ragu-ragu, lelaki dihapadannya ini rasanya bukan melayu tulin. Ammar menganggukkan kepalanya. Tangan kanannya menyambut salam dari tangan cikgu Jusoh manakala tangan kirinya mengesat mukanya yang sakit.

Baik tak kopak mukanya yang hensem itu!

“Kami mencari Arrah. Rasanya anak tahu kat mana Arrah?”. Tanya cikgu Jusoh. Dia tidak pasti lelaki 
dihadapannya ini tahu berbahasa Melayu ataupun tidak.

“Dia ada dirumah saya”. Jawapan dari Ammar itu melegakan cikgu Jusoh kerana lelaki itu faham akan pertanyaannnya dan Arrah dan Juddin bakal diketemukan.

“Dia bohong ayah. Tentu dia simpan Arrah dengan Judin kat sini”. Tuduh Johan. Dia  ingin menghampiri Ammar tapi dihalang oleh cikgu Jusoh.

“Johan sabar, kita bincang dulu perkara ini dengan baik”. Johan akur dengan kata ayahnya. Cikgu Jusoh pula mula naik angina dengan perangai anaknya. Tak beradap!

“Betul Arrah tak ada kat sini?” Tanya cikgu Jusoh ingin mendapatkan kepastian.

“Betul pak cik. Dia tinggal kat rumah saya dengan pembantu saya. Saya tinggal kat sini. Arrah tak mahu tinggal kat rumah saya jika saya tinggal bersama dengan dia. Saya bimbang dia akan lari lagi sebab itu saya ikut cakap dia dan tinggal kat sini. Tentu pakcik kenal menantu pak cik perempuan yang macamanakan? Suami dia aje yang tak kenal dengan isteri sendiri. Suka-suka tuduh orang”. Dalam baik Johan tersindir.

“O.k dah. Jangan gaduh lagi. Tolong bawa kami jumpa dengan Arrah”. Pinta cikgu Jusoh.

“Maaf pakcik. Saya tak boleh bawa lelaki tu jumpa dengan Durrah. Saya bimbang dia pukul Durrah pula nanti. Lagi pun Durrah yang lari dari dia, bermaksud Durrah yang tak mahu jumpa dengan suaminya”. Johan makin panas hati dengan tuduhan dari Ammar itu.

“Hei, tolong sikit ek, sejahat aku, aku tak pernah pukul orang perempuan tau?”. Balas Johan.

“Pakcik, saya nak terus terang dengan pak cik. Kalau dia dah tak boleh layan baik isterinya, baiarlah saya yang jaga Durrah dengan Juddin. Saya dah beritahu Durrah yang saya akan jaga mereka berdua. Saya tak mahu dia terlepas lagi ke tangan lelaki yang tak tahu menghargainya”.

“Hei, apa yang kau merepek ni? Kau ingat senang-senang aje aku nak lepaskan isteri dan anak aku kat tangan kau ek? Banyak cantik kau? Jangan harapppppp”. Balas Johan. Cikgu Jusoh garu kepala. Macam budak-budak!

“Sudah!!!bergaduh macam budak-budak!” Marah cikgu Jusoh.

“Nak, pak cik minta tolong. Bawalah kami jumpa dengan Arrah. Selagi tak jumpa dengan Arrah, selagi tu masalah ini tak akan selesai. Anak pakcik ni dah separuh gila bila bini dia tinggalkan dia, habis semua orang di haruknya, pak cik ni pun nak di telannya…” cikgu Jusoh bermain kata. Ammar pula garu kepala.

“Saya takut dia apa-apakan Durrah”. Ammar memberi alasan sedangkan dia tak ada alasan untuk menyimpan isteri orang.

“Anak pak cik ni tak pernah pukul isteri, janganlah anak bimbangkan. Anak ni macam suka dengan menantu pak cik. Tak baik nak, Arrah tu masih lagi isteri Johan”. Cikgu Jusoh sudah bimbang, terlalu banyak alas an yang diberikan oleh Ammar seperti tidak mahu melepaskan Durrah. Jawabnya, ke balailah penghabisnya…..

“Saya kenal Durrah  dan pernah melamarnya dahulu, tapi dia pilih anak pak cik. Saya memang sayamg dia dari dulu. Bila dia tak bahagia dengan suaminya, saya sedih dan saya akan menjaganya dengan baik dan membahagiakannya.” Sedih pula cikgu Jusoh mendengar luahan hati lelaki dihadapannya.

“Izinkan kami berjumpa dengan Arrah dahulu. Arrah dengan Johan perlu selesaikan masalah mereka, selepas itu terpulanglah pada Arrah macamana”. Pujuk cikgu Jusoh. Dia sedang mencari akal bagaimana nak menyelesaikan masalah anak dan menantunya supaya tidak terjadinya perceraian.


Johan dan cikgu Jusoh melangkahkan kakinya ke kondominium mewah milik Ammar.

“Jemputlah masuk”. Ammar mempelawa mereka. Cikgu Jusoh terpegun dengan kemewahan yang Ammar ada. Lelaki dihadapannya ini bukannya sebarangan orang. Di hatinya terdetik pertanyaan mengapa Durrah tidak menerima lamaran lelaki kaya ini.

“ Suzie, mana Durrah?”. Tanya Ammar bila dia mengetuk pintu bilik, tiada jawapan dari dalam lalu dia membuka dan dia dapati Durrah dan Juddin tiada, yang ada hanya beg pakaian Durrah sahaja.

“Tuan, pagi tadi puan keluar sekejap dengan anaknya tapi sampai sekarang dia tak balik lagi”. Jawap Suzie takut-takut.

“Mana mereka pergi. Kan I dah pesan jangan bagi mereka keluar, puan tu tak sihat lagi”. Marah Ammar pada pembantunya. Cikgu Jusoh dan Johan hanya berpandangan.

“Puan kata, dia nak keluar beli susu sekejap, nanti dia pulang”. Hamper menangis Suzie bila Ammar menjerkahnya sebegitu. Tak pernah dilihatnya Ammar marah sebegini.

Ammar mundar-mandir, tangannya memicit-micit aksara di h/pnya. Dalam kesibukannya hari ini dia terlupa nak menelepon Durrah tengahari tadi. Awal pagi sebelum dia ke pejabat, dia singgah sebentar ke sini melihat Durrah dan anaknya, mereka baik-baik aje.

Durrah…” Ammar berasa lega bila panggilannya dijawap. Ammar membesarkan speaker supaya Johan dan cikgu Jusoh dapat mendengar suara Durrah.

Waalaikumsalam…..”. jawap Durrah dihujung talian. Johan dan cikgu Jusoh saling berpandangan. Johan hendak bangun tetapi ditahan oleh ayahnya. Dia tidak mahu Durrah tahu yang mereka berada dirumah Ammar.

Sory ganggu you tidur ye? I panic bila balik tengok you tak ada. You kat mana ni? I risau you tak selamat kat luar sana”. Johan naik berbulu telinga bila mendengar suara Ammar yang lembut itu bercakap dengan isterinya. Kalau perempuan dengar, mesti cair punyalah!

Terdengar Durrah ketawa. Suara orang yang baru bangun tidur, memang mengasyikkan. Terngiang-ngiang di benaknya suara manja itu menyapa telinganya. Jika Durrah ada dihadapannya sekarang ini, akan di peluknya Durrah ketat-ketat supaya isterinya itu takkan terlepas ke mana-mana.

Saya selamat Ammar, awak tak perlu risau. Saya sewa bilik kat rumah Rita”. Jawapan tulus dari wanita itu.

Rita? Who?”. Tanya Ammar. Macam pernah dengar nama itu. Tapi dimana ye?

“Rita kawan baik saya. Dahulu dia kerja sama dengan saya ala…nak cakap lebih-lebih pun awak bukannya kenal dia. Yang penting saya selamat. Alhamdulillah. Awak tak payah risau”. Fikiran Johan melayang memikirkan nama Rita.

‘Yes, kawan baik Durrah. Mereka pernah berjumpa. Tapi menurut Durrah, mereka berdua bergaduh dan tak kawan lagi’. Bisik hati Johan. Cikgu Jusoh memasang telinga.

Kenapa you tak tunggu I balik dulu”. Tanya Ammar lagi. Melayan Durrah. Saja buat hati Johan sakit! Durrah ketawa dihujung talian.

“Kalau tunggu awak balik, nampaknya sampai tahun depanlah saya kena tinggal kat rumah awak. Kalau mak saya tahu nanti saya kena kerat 14. Kalau Johan tahu nanti dia akan ambil Juddin sebab dia akan kata saya seorang ibu yang tak molek perangai, walaubagaimana pun, terimakasih Ammar kerana membantu saya, budi baik awak hanya Allah sahaja yang membalasnya, saya tak mampu”.Terdengar suara sedih Durrah dihujung talian. Ammar menghela nafasnya.

Durrah….”. Kata-kata Ammar mati bila dia ternampak cikgu Jusoh memberikan isyarat tangannya. Ammar menutup speaker.

“Durrah, macamana pula tiba-tiba aje you boleh jumpa Rita?’. Tanya Ammar macam tak percaya yang Durrah selamat dan berada dirumah Rita.

“Saya cari bilik untuk disewa, tiba-tiba aje terserempak dia kat Taman Pelangi, dia ada buka spa kat sana. Rumah dia ada bilik kosong, jadi dia sewakanlah pada saya. Oh ya, baju saya tu biarkanlah dahulu, nanti senang-senang saya ambil. Oklah Ammar, Juddin dah mula bangun, nanti rumah pula rumah Rita ni kalau dia menangis”.

“O.k, jaga diri, nanti kita jumpa kat office”. Setelah memberi salam, Durrah memutuskan talian.

“Terimakasih Ammar sebab tumpangkan menantu pakcik kat sini”. Cikgu Jusoh menghulurkan salam. Salam disambut.

“Tak apa pakcik, kalaupun bukannya Durrah yang meminta tolong saya pagi tu, saya akan tolong sebab bahaya perempuan dan anak kecilnya  berada dalam hujan lebih-lebih lagi awal pagi macam tu”. Balas Annar. Sebagi manusia, sifat tolong menolong mesti ada dalam diri.

“Johan…” tegur cikgu Jusoh. Dengan malas Johan menghulurkan salam.

“Pakcik, pesan dengan anak pakcik tu, best man win!”. Sengaja Ammar membakar hati Johan.

“Jangan harap!”. Tukas Johan. Dia mengalas beg pakaian Durrah di bahunya. Cikgu Jusoh hanya mengelengkan kepalanya. Selepas menyambut salam, Ammar menutup pintu utamanya.



7 comments:

  1. sabar..........tunggu........

    ReplyDelete
  2. Fuh... lega... ada entry baru, asyik dok terjengok2 hampa.... Tengs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Auntie Agony krn sudi membaca dan mengikuti cerita ini

      Delete
  3. AKHIRNYA....!!!! lega entry baru....tq Makieteng.Lepas ni saya harap penulis dapat pastikan agar ada elemen ketegasan Durrah dalam lembut,terutama dengan madu dia dan suami berat sebelah nya. Rasa rasanya kalau boleh biar havoc jiwa Johan dengan keterbukaan Ammar yang mahukan Durrah serta ketegasan Johan dalam berhadapan dengan isteri muda tak sedar diri tu.Harap juga ada cerita tersendiri bagi kawan Johan dan isterinya Aishah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mhAniza, nanti kita harukkkkk pula Johan......

      Delete
  4. Assalamualaikum.....makieteng......tertunggu2 sambungan durrah la:((((((.......rindu.....huhuhu

    ReplyDelete
  5. As salam Puan writer, saya.... rindu pada Johan...

    ReplyDelete