wallpaper

20150423

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 61

Bab 61

Durrah menyandarkan dirinya di kepala katil. Dia sedikit lega kerana sudah keluar dari rumah Ammar. Walaupun dia tidak begitu selesa di rumah Rita, tapi buat sementara waktu ini dia tidak mempunyai tempat lain yang lebih baik dan selamat untuk dia dan Juddin tinggal. Dia juga bimbang jika suami Rita tidak suka dia menetap di sini.

Tit!

Durrah menghelakan nafasnya. Baru sedikit rasa lega dihatinya, datang lagi masalah yang menyenakkan hatinya. Dia membalingkan h/pnya do hujung katil. Sakit hati bila membaca SMS
dari madunya. Madunya masih lagi tidak berhenti menganggunya sehinggakan dia lari dari rumah pun madunya tahu malahan lebih teruk lagi dia lari ikut Ammar  pukul 3.00am pun madunya tahu.

Durrah tak puas hati dengan Johan. Segala cerita berkenan dengan dirinya, madunya turut mengetahui.

‘Entah-entah cerita dalam kain aku pun Johan cerita kat bini dia’. Marah Durrah dalam hati pada suami dan madunya. Dalam marah dia juga bimbang kerana Johan sudah tahu yang dia lari mengikut Ammar.
‘Macamana dia tahu ek?’. Durrah berbicara sendiri. Dia bimbang Johan akan mengambil Juddin dari tangannya. Tak dapat dengan cara baik, Johan boleh mengambil Juddin melalui mahkamah dengan alasan kelakuan si ibu tidak molek.

“His….pening kepala aku dah….”. Durrah bangun. Bilik yang didudukinya terasa panas walaupun ada pendingin hawa.

“Jom sayang, kita lepak kat luarlah…”. Durrah mengendong anaknya ke ruang tamu ke 2. ada TV dan ruang santai.

Durrah menepuk-nepuk badan Juddin. Juddin semakin lena. Mata Durrah ditalakan ke kaca TV tapi fikirannya merawang entah kemana. Kelopak matanya semakin memberat…..


Puas Johan pusing satu Taman Pelangi, akhirnya Johan berjumpa dengan spa kecantikan. Johan berharap spa ini milik Rita. Penat sudah kesana-kemari mencari isterinya.

“Eh abang Johan”. Rita menyapa. Dia keluar dari biliknya bila pembantunya memberitahu ada lelaki ingin berjumpa dengannya. Dia tidak menjangkakan secepat ini Johan dapat mengesan isterinya.

“Maaf,  saya menganggu cik Rita”. Johan lega kerana Rita mengenalnya. Dia bukannya kenal sangat dengan wanita cantik dihadapannya, pernah jumpa dan selalu dengar Durrah bercerita tentang teman baiknya ini.

“Tak ada apalah abang Johan. Tak payahlah bercik-cik dengan Rita. Cikgu apa khabar? Cikgu Jarrah sihat?”.Tanya Rita dengan ramah bagaikan sudah lama mengenali keluarga Johan.

“Alhamdulillah dia sihat cuma kami semua risaukan tentang Arrah dan Juddin”. Cikgu Jussuh pun melayan, lebih senang untuk bercerita.

“Jemputlah duduk dulu cikgu, abang Johan”. Rita mempelawa para tetamunya.

“Rasanya tak payahlah kot. Saya ni nak jumpa dengan Arrah. Saya tahu dia ada dengan awak”. Johan tak mahu membuang masa. Dia ingin segera berjumpa dengan isteri dan anaknya.

“Em Arrah memang ada kat rumah Rita tapi…..rasanya Arrah tak mahu jumpa dengan abang Johan  buat masa sebab dia takut abang Johan larikan Juddin. Rita tak tahu macamana abang Johan boleh tahu yang Arrah ada dengan Rita”. Rita serba salah.

“Saya mesti jumpa dia untuk selesaikan masalah kami. Dia tak boleh lari macam tua aje…”. Johan mula tinggi suara.

“Betul tu nak. Mereka perlu selesaikan masalah ini. Dah seminggu Johan ni meroyan cari anak bini dia. Awak tengok dia ni pun dah tak serupa orang. Kami bukannya nak ambil terus Juddin tapi nak bersemuka dan berbincang. Lagi cepat mereka selesaikan masalah ini, lebih bagus. Kami pun dah seminggu tinggalkan rumah kat kampong tu. Entah apa khabarnya ayam itik kami tu”. Cikgu Jusoh meminta simpati dari Rita.

‘Em ayam itik dia yang lebih dia kisahkannya…’ sungut Johan dalam hati.

“Tapi janji dengan saya, bincang baik-baik, jangan pukul Arrah dan jangan ambil Juddin dari dia. Saya tengok Arrah tu macam tak sihat sangat. Kalau diberi tekanan sangat nanti, saya bimbang dia pulak yang meroyan….”. Rita juga bimbang tapi jika mereka tidak di pertemukan, sampai bila masalah nak selesai? George Coloney dihadapan dia ni pun macam dah jadi George Bush aje….

“Janganlah awak bimbang, saya tak pernah pukul orang perempuan apatahlagi dia isteri saya. Saya sayang  mereka berdua”. Hati Rita lega mendengar pengakuan dari Johan itu.


Mereka bertiga memasuki rumah agam itu. Rita menuju ke bilik Durrah tapi kosong. Hatinya mula berdebar. Dia pergi ke ruang rehat pula. Dia mengorak senyum dibibirnya.
Mata Johan tercacap pada 2 batang tubuh yang terdampar dihadapan TV. Hanya TV yang bersiaran sendirian sedangkan penontonnya sedang enak dibuai mimpi di petang hari. Hati Johan menjadi lapang, selapang-lapangnya bila melihat 2 batang tubuh yang dirinduinya.

“Sayang….” Johan mencium dan memeluk erat tubuh yang comel miripnya itu. Melepaskan rasa rindu dan rasa gusar yang bersarang didadanya.

“Errkkkk…”. Perlahan suaranya bagaikan dia juga menyambut salam rindu dengan pelukan dan ciuman kasih dari si ayah.

Durrah membuka matanya. Dalam mamai dia terpandang Johan sedang mengendong anaknya. Bagaikan dalam mimpi. Dia menenyeh matanya berkali-kali. Ianya bukan mimpi!

“Jangan ambil Juddin….”. bagaikan orang histeria Durrah mula merampas anaknya dari tangan Johan. Johan yang terperanjat dengan suara dan tindakan Durrah turut merebut semula Juddin dari tangan ibunya. Si kecil yang tersentak dengan keadaan yang bercelaru itu mula menangis kuat.

“Johan, Arrah, kau berdua ni dah hilang akal ke? Kau ingat tali yang kau orang  tarik tu? Kau puas hati sorang dapat tangan, sorang dapat kaki?”. Cikgu Jusoh mula naik angin bila melihat anak dan menantunya berperangai macam budak sekolah. Johan dan Durrah berhenti dari merebut Sirajuddin. Rita mengambil peluang membawa Sirajuddin jauh dari ibubapanya yang sedang berperang.

“Arrah, kamu pergi bilik air, kemaskan diri tu. Dah macam hantu raya dah ayah tengok kamu ni”. Perintah cikgu Jusoh. Orang baru bangun tidur bukan sahaja rupa serabai tapi otak pun berserabai.

“Tapi Juddin…”. Durrah bimbang Johan akan mengambil peluang ini untuk melarikan Juddin.

“Kami semua tak akan kemana mana selagi masalah ini tak selesai. Juddin ada dengan Rita. Kamu pergi kemaskan diri dulu”. Segera Durrah masuk ke bilik.
Uha…….malu bila suami dan bapa mertuanya tengok muka dengan rambutnya yang berserabai ini, bukan sahaja hantu lari, orang pun boleh lari daaa…..


“Johan, Arrah duduk sini kita bincang sama-sama, ayah nak dengar.” Perintah cikgu Jusoh. Johan dan Arrah duduk bertentangan manakala cikgu Jusoh duduk di kepala sofa. Lagaknya masih lagi seperti seorang guru disiplin cuma ditangannya tidak ada rotan. Masalah ini perlu diselesaikan segera. 

“Johan, beritahu ayah kenapa kamu larikan anak kamu?”. Soalan pertama dari cikgu Jusoh walaupun sebenarnya dia malas nak campur urusan rumahtangga anak-anaknya tetapi sebagai seorang ayah sudah menjadi kewajipannya memberikan pandangan dan pertolongan juga sebagai orang tengah supaya segala kesulitan dan kekusutan dapat dileraikan dan dapat ditanggani dengan bijaksana. Dia tidak mahu anak menantunya bercerai-berai, anak-anak yang akan jadi mangsa. Sekiranya perceraian tidak dapat dielakkan, dia mahu mereka menerima semuanya sebagai suratan dari Ilahi tanpa ada simpan perasaan dendam dan sakit hati tetapi dia akan cuba berusaha untuk megelakkan perceraian mereka itu. Sememangnya perceraian adalah suatu perkara yang dihalalkan tetapi amat dibenci oleh Allah.

“Arrah nak bercerai dari Johan. Johan tak mahu berpisah dengan Juddin”. Johan mula mengemukakan alasannya. Baginya dia tidak bersalah jika dia melarikan anaknya sendiri. Dia tidak mahu anaknya membesar dari tangan orang lain.

“Astagfiruallahhalazim. Arrah nak kawin dengan budak Arab tu ke?”.mengucap panjang cikgu Jusoh. Sangkaannya benar belaka. Dia memandang Durrah disebelah kirinya, Durrah hanya diam seribu bahasa.

“Kenapa Arrah? Kalau Arrah sukakan budak Arab tu, kenapa Arrah terima pinangan kami untuk Johan. Bagaimana pula dengan Juddin kalau kamu berdua berpisah. Johan ke timur dan kamu ke barat?”. Cikgu Jusoh hanya melihat Durrah menyapu airmatanya. Dia tahu menantunya itu dalam kesedihan. Mungkin selama ini menantunya itu banyak menyimpan perasaan sendirian akibat ketidak adilan dari suaminya sehinggakan kasihnya beralih arah. Sebenarnya dia sendiri tidak mengetahui akan perkara yang sebenarnya kerana selama ini dia tidak pernah mendengar apa-apa cerita tentang Johan dan Durrah dari isterinya mahupun dari emak Durrah sendiri.

Mungkin juga Durrah tidak pernah bercerita dengan emaknya tentang masalah rumahtangga mereka. Mungkin juga menantunya itu seorang yang perahsia, suka memendam perasaan. Jika sudah tidak mampu lagi untuk ditanggung, inilah akibatnya. Lihat sahaja peristiwa bila Azreen datang kerumah sewaktu kenduri Akiqah anak Jasmin. Bila tiba-tiba Azreen muncul, barulah  terbongkar rahsia bahawasanya Johan telah rujuk semula dengan Azreen dengan izin Durrah sendiri sedangkan emaknya Salmah pun tidak diberitahu.  Cikgu Jussoh melepaskan keluhan.

Sekiranya terjadi perceraian ini, cikgu Jusoh sekeluarga akan menanggung malu dan keluarga Salmah lebih lagi. Kasihan pada Salmah, dahulu orang mengata anaknya Durrah anak dara tua yang lambat bertemu jodoh dan akan datang mereka akan mengatakan Durrah janda pula malah lebih teruk lagi jika orang mengetahui yang Durrah bermukah di belakang suaminya. Walaupun zaman dan pemikiran manusia semakin moden tetapi dalam soal kekeluargaan, kawin dan bercerai, masyarakat masih lagi memandang sinis pada mereka. Berbagai perspektif yang negetif dilemparkan pada mereka walaupun kadangkala dengan gelaran seorang janda itu menjadikan seorang perempuan menjadi lebih tabah dan seterusnya lebih berjaya dalam hidup dan kerjaya malahan dalam perniagaan. Dan ada kalanya mereka lebih bahagia hidup tanpa suami daripada hidup bersuami yang kaki pukul, kaki perempuan dan yang malas bekerja. Dan ada juga perkahwinan yang kedua lebih membahagiakan.

Mungkin juga ada segelintir janda yang membuat onar, itu yang lebih membuatkan masyarakat memandang rendah pada mereka. Seperti pepatah ‘akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’. Namun didalam hati cikgu Jusoh berdoa semoga Allah panjangkan jodoh mereka sehingga keakhir akhir hayat. Sebagai seorang ayah, dia ingin melihat anak menantunya hidup bahagia bersama  bukannya bercerai-berai. Keluarga adalah asas sebuah kehidupan. Untuk  kesejahteraan negara ianya bermula dari sebuah keluarga yang sejahtera. Keluarga umpama akar pokok. Pokok akan mudah rebah jika struktur akarnya tidak kukuh dan kuat.

“Abang Johan tak sayang Arrah…”. Seperti merajuk sahaja nada suara Durrah.

“Sayang, bila pula abang tak sayang pada Arrah?”. Dengan pantas Johan menyangkal kata-kata dari Durrah.

“Johan, ayah tanya Arrah bukannya tanya kamu”. Marah cikgu Jusoh. Dia ingin memberi peluang pada Durrah supaya menantunya itu melepaskan apa yang selama ini terbuku dihatinya. Bukan senang memaksa seorang yang perahsia supaya membuka rahsianya sendiri. Cikgu Jusoh ingin menantunya berterus-terang dalam hal ini. Selepas ini barulah dia akan bertanya pada Johan pula dan selepas itu bila kedua-duanya sudah menjelaskan perkara sebenar barulah cikgu Jusoh akan menggunakan formulanya pula untuk memperbetulkan mana yang salah dan keliru.

“Betul apa yang Arrah cakapkan Johan?”. Cikgu Jusoh ingin kepastian.

“Tak ayah, Johan betul-betul sayangkan Arrah. Johan tak pernah bencikan Arrah”.

“Abang Johan bohong ayah”. Durrah pula memintas kata-kata dari suaminya. Baginya suaminya itu hanya berlakon dihadapan ayahnya.

“Kenapa kamu kata macam tu?”. Soal cikgu Jusoh lagi.

“Kalau kita sayang seseorang, setiap hari kita nak tengok dia, paling tidak pun kita akan telepon dia nak dengar suaranya, tanya khabar dan keadaannya apatahlagi diwaktu itu orang itu dalam kesusahan, kesulitan dan memerlukan perhatian dan perangsang.

Tapi abang Johan tidak begitu, jarang sekali bertanya khabar, Arrah telepon pun jarang berangkat dan ada kalanya berhari-hari tak balik rumah. Abang Johan selalu tak adil pada Arrah, Azreen selalu marah-marah bila abang Johan tak balik rumahnya sedangkan diwaktu itu pun abang Johan tak balik rumah Arrah. Abang Johan selalu kata dia sibuk, Arrah pun tak tahu adakah benar-benar dia sibuk atau sengaja dia sibukkan diri dari jumpa Arrah.

Tapi apa yang Arrah tahu abang Johan ada perempuan lain, Juita. Juita tunggu dia kat hotellah. Ada satu masa tu Juita yang sambut panggilan  dari Arrah, dia kata abang Johan mandi. Sebelum tu Azreen dah maki hamun Arrah sebab abang Johan tak balik rumah dia. Abang  Johan buat hal, Arrah yang kena.   Bagi menutup kesalahannya abang Johan pula tuduh Arrah ada hubungan dengan lelaki lain. Sedangkan hanya sekali sahaja Arrah keluar makan dengan teman sekerja Arrah. Sampaikan abang Johan tuduh Arrah mengandungkan anak orang lain. Abang Johan menghukum Arrah macamlah Arrah melakukan satu kesalahan yang besar sehinggakan di saat-saat Arrah nak bersalin pun abang Johan tak mahu jawab panggilan dari Arrah. Dia matikan teleponnya. Kebetulan hari tu kereta Arrah pun rosak. Arrah tak ada kenderaan nak kehospital, mujurlah Arrah sempat panggil Ambulan. Sepatutnya Arrah bersalin kat Hospital Pantai sebab Arrah check up kat sana, dulu pun abang Johan janji nak temankan Arrah tapi bila tiba masanya, abang Johan tak ada. Masa check up pun Arrah selalu pergi sorang aje, sampaika Arrah tipu doctor yang abang Johan ke luar Negara.

Disebabkan Arrah tak cukup duit, Arrah terpaksa bersalin kat Hospital Besar. Jururawat kat sana tu marah-marah pada Arrah sebab bersalin kat situ, ialah check-up kat tempat lain tapi bila nak bersalin kesitu pula. Arrah malu bila dia cakap kasar macam tu depan orang ramai macamlah Arrah nak beranakkan anak haram.
Selepas bersalin pun abang Johan tak datang cari Arrah. Puas bibik telepon tapi tak dapat, mujurlah ada Nasir tolong tambahkan duit bil hospital dan hantar Arrah balik kampung. Arrah tak mahu lagi jadi isteri abang Johan. Arrah tak mahu lagi hidup bermadu. Biarlah Arrah hidup sendiri dengan Juddin. 

Walaubagaimana susah sekali pun akan Arrah hadapinya.Arrah tak kisah jika abang Johan tak nak mengaku Juddin anaknya. Insyallah Arrah mampu nak jaga Juddin. Arrah tak mahu lagi hidup makan hati, selalu mengalah sampai orang lain pijak kepala, Arrah tak mahu lagi berkorban untuk orang lain sedangkan segala yang kita korbankan tak orang hargainya. Bukannya sebab Ammar melamar Arrah. Ammar memang ada melamar Arrah dari dulu sebelum Arrah kawin dengan abang Johan tapi Arrah tolak, Arrah tak pernah sayangkan Ammar dari dahulu sampai sekarang. Ammar tak pernah ada dalam hati Arrah.

Arrah cuma tak mahu lagi jadi isteri abang Johan. Arah tak mahu lagi dengar isteri abang Johan marah-marah dan hantar SMS macam-macam, Arrah cuma  ingin hidup dengan tenang bersama Juddin. Arrah tahu jika kami berpisah pun abang Johan tak rugi apa-apa sebab Arrah tak ada menyumbang apa pun untuk bisnes abang Johan. Yang ada hanyalah Juddin. Pun kami boleh membesarkannya walaupun kami bukan lagi dalam sebuah keluarga. ….Arrah…Arrah…”. Durrah tersedu-sedu menahan tangis.

Johan menolak mejanya ketepi lalu mendapatkan isterinya. Johan memeluk Durrah dengan kejap. Tidak dihiraukan cikgu Jusoh dihadapan mereka. Dia menenangkan isterinya yang masih lagi menangis dalam pelukannya. Dia benar-benar rasa bersalah kerana tidak berlaku adil pada isterinya. Dia bersalah kerana membiarkan isterinya melalui saat-saat yang sukar sendirian. Dia rasa bersalah kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan dia lalai dalam menjaga kebajikan dan perasaan isterinya itu. Benar kata Jasmin, dia zalim pada isterinya. Johan menyapu air mata Durrah, dalam masa yang sama dia juga mengalirkan air mata.

“Maafkan abang. Abang banyak buat salah pada Arrah. Abang tak ada apa-apa hubungan dengan Juita. Demi Allah! Hubungan kami hanya sebagai rakan sekerja. Memang ada kalanya kami berjumpa kat hotel itu pun dengan customer setakat makan sambil berbincang aje tak adalah sampai kat dalam bilik hotel. Sumpah!”. Johan mengangkat kedua tangannya tanda penyerahan.

“Johan..”. cikgu Jusoh menegur anaknya. Dia tidak mahu anaknya bermain dengan kata-kata sumpah nanti mati dimakan sumpah.

“Demi Allah ayah, Johan cakap benar. Selepas Johan bernikah dengan Arrah Johan tak pernah ada hubungan dengan Juita ataupun dengan perempuan lain. Perempuan yang Johan gauili hanya Arrah dan Azreen kerana mereka isteri Johan. Memang sebelum ini Johan bukanlah lelaki yang baik tetapi setelah Johan bernikah dengan Arrah, Johan bertekad untuk menjadi suami yang baik dan lebih-lebih lagi bila Arrah mengandung, Johan berazam nak jadi suami dan ayah yang baik”. Itu Azam dari Johan. dia memandang isterinya pula.

“Maafkan abang Arrah kerana membiarkan Arrah seorang melalui saat-saat genting itu. Maafkan abang kerana tak berlaku adil pada Arrah. Abang hanya lelaki biasa yang tak sempurna.Memang masa akhir-akhir Arrah mengandung tu, perasaan abang pada Arrah ada lain sikit. Kata orang itu pembawa budak. Tapi tidaklah sehingga benci dengan Arrah. Sebenarnya handpone abang hilang masa abang meleraikan pergaduhan diantara pekerja abang. Bukannya abang matikan handpone abang. Memang abang marah dengan Arrah sebab abang cemburu bila melihat Arrah makan dengan budak Arab tu, abang tahu dia sukakan Arrah. Maaf juga kerana tuduh Arrah macam-macam malam tu. Mungkin abang terlalu letih, banyak masalah pejabat lebih-lebih lagi bila abang tengok budak tu pegang tangan Arrah, lagilah angin abang naik.  

Maaf juga kerana abang hukum Arrah hanya kerana perkara itu. Juddin anak abang, abang tahu dan percaya Arrah tak akan buat perkara tak senonoh dibelakang abang. Abang pun nampak Arrah alihkan tangan Arrah bila tangan Arrah dipegang tapi entahlah, mungkin kerana terlalu sayangkan Arrah, cemburu dan berbagai perasaan, tu yang abang terlalu marah bila ada orang lain yang sentuh Arrah.

Pada malam tu abang balik rumah Azreen, masa dalam tidur tu abang mimpikan Arrah. Arrah panggil abang. Abang terus bangun dan balik rumah kita tapi Arrah tak ada. Kereta pun tak ada. Malam tu juga abang pergi Hospital Pantai cari Arrah, mana tahu Arrah bersalin malam tu tapi tak ada. Lepas tu abang pun balik rumah kita. Tiba kat rumah baru terasa perut abang lapar sangat, baru abang ingat waktu abang balik rumah Azreen malam tu abang belum makan lagi sebab sibuk sangat uruskan pekerja abang yang bergaduh sampaikan abang pun kena pergi balai polis buat laporan. Akibat keletihan abang terus aje tidur bila sampai kat rumah Azreen.

Abang  malas nak keluar semula pergi beli makanan. Abang kedapur nak carilah apa-apa benda yang boleh dimakan. Terperanjat juga abang tengok ada lauk ‘gerang asam’ yang Arrah masak. Abang pun pelik makanan ada tapi orangnya tak ada, makanan pun tak terusik lagi. Selepas makan abang keluar semula cari Arrah sampaikan abang pergi kerumah lama yang Arrah duduk dahulu tu tapi kereta Arrah tak ada. Nak kejutkan mereka nanti apa pula orang kata sebab dah pukul 4 pagi. Abang  guna telepon rumah nak telepon kampung  tapi takut pula emak terperanjat, ialah abang cuma agak sahaja Arrah balik kampung malam tu sebab marah dengan abang. Keesokan harinya abang pergi ke pejabat Arrah tapi diaorang kata Arrah cuti.
Abang tak ada cara lain, abang terpaksa minta tolong Jasmin carikan no. telepon rumah mak Salmah setelah panggilan dari abang Arrah tak angkat. Dari Jasmin barulah abang tahu Arrah dah bersalin. Dari bibik juga abang tahu yang Arrah tak makan malam tu sebab tunggu abang. Maafkan abang Arrah. Abang bersalah sebab buat Arrah macam tu.

Tolonglah jangan cakap yang abang tak sayang kat Arrah. Tolonglah jangan cakap abang tak cari Arrah. Mana mungkin seorang suami tak sayang pada isterinya. Lebih setahun kita hidup bersama. Abang tahu abang banyak buat salah kat Arrah. Maafkan abang Arrah. Tolonglah beri peluang ke 2 pada abang. Abang ingin hidup seperti lelaki lain bersama isteri dan anak-anak. Abang ingin lihat Juddin membesar depan mata abang. Abang nak kita sama-sama mendidiknya dalam satu rumah, dalam satu keluarga. Kalau kita berpisah tentunya kehidupannya tak sempurna.  

Kita tak boleh lagi makan dan tinggal bersama. Jangan kata yang Arrah tak menyumbang apa-apa dalam bisnes abang. Juddin adalah sumbangan yang paling besar dari Arrah dalam hidup abang. Tolonglah Arrah. Abang janji akan berlaku adil pada Arrah. Jaga keluarga kita sebaik mungkin. Abang sayangkan Arrah dan Juddin.Tolonglah abang Arrah. Dulupun Arrah dah janji dengan abang akan jaga abang sampai abang mati, berkorban untuk abang dan lahirkan anak-anak abang yang 10 orang tu….”. Johan terus memujuk. Durrah membeliakkan matanya bila Johan menuntut janji darinya.

“Tengok tu ayah, janji kita dia tuntut tapi janji dia satu pun tak boleh di guna pakai”. Adu Durrah. Dalam dia  sedih pilu, boleh pula Johan buat lawak dan tuntut janji. En Jusoh hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah anak menantunya. Nak dirotan, kedua-duanya sudah tua bangka. Sepatutnya jika ada masalah dalam rumahtangga, sama-samalah duduk berbincang bukannya berdiam diri dan membuat andaian sendiri. Salah sangka jika dipendamkan akan mendatangkan kekecewaan dan penderitaan. Jika dibiarkan ianya akan menjadi dendam dan benci. Sekiranya ia tidak dileraikan pasti akan memusnahkan sebuah ikatan. Walaupun dia tidak beristeri 2 tetapi dia tahu betapa susahnya Johan hendak berlaku adil lebih-lebih lagi dengan Azreen. Sebab itu orang dahulu ada berpesan. ‘baik-baik terima budi…..’ dan sekarang ini budi yang ditabur oleh keluarga Azreen telah mengikat Johan. Johan hanya tersengeh melihat Durrah mula berangin.

“Apa Yang Johan janji dengan kamu Arrah?”. Cikgu Jusoh tersenyum sambil mengelengkan kepalanya lagi. Johan mula ketawa bila melihat muka Durrah masam mencuka. Dia memeluk lagi pinggang isterinya. Durrah menepis, malu dilihat bapa mertuanya.

“Macam-macam yang abang Johan janji dengan Arrah, nak bahagiakan Arrahlah, akan adil dengan Arrahlah. Arrahlah wanita yang dia sayanglah. Tapi Arrah ni dia buat macam musuh utama dia. Cakap tak serupa bikin…”Durrah menjeling. Johan ketawa. Cikgu Jusoh tersengeh. Memang pun orang kahwin 2 ni memang cakap tak serupa bikin. Betul cakap menantunya itu.

“Abang ada janji macam tu ke?”. Usik Johan. Durrah membeliakkan lagi matanya bila Johan tak ingat akan janji yang pernah dia lafazkan.

“Tak apalah Arrah, tadi pun kita dah dengar dia punya janji. Kali ini ayah jadi saksi. Kalau dia mungkir janji, taulah nanti dia kita kerjakan.” Durrah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju dengan cadangan ayah mertuanya. Johan tersengeh. Dia tidak boleh cengelat lagi kerana kali ini ayahnya yang jadi saksi.

“Arrah minta maaf pada abang Johan. Buat masa sekarang Arrah selesa hidup sendiri bersama Juddin. Arrah nak abang Johan selesaikan masalah dengan isteri abang dulu. Arrah tak mahu bergaduh dan saling membenci. Berilah masa untuk kita, unuk abang selesaikan masalah abang Johan dengan Azreen, masa untuk Arrah memikirkan halatuju hubungan kita. Bermacam perkara yang terjadi dalam hidup kita kebelakangan ini juga gangguan dari Azreen menyebabkan hati Arrah tawar dengan abang.

Maaf sebab Arrah susahkan abang, mak dan ayah bila Arrah lari ikut Ammar pagi tu sebab Arrah tahu dia boleh tolong Arrah. Arrah memang berdosa lari dari suami dan ikut lelaki lain walaupun kami tak buat perkara yang dimurkai oleh Allah. Tapi Arrah malu bila orang lain tahu lebih-lebih lagi bila Azreen tahu dan selalu menyindir Arrah dalam SMSnya.

Arrah rasa, hilang segala kepercayaan Arrah pada abang bila perkara tentang kita semuanya dia ketahui. Maafkan Arrah, Arrah bukanlah isteri yang baik dan terbaik untuk abang Johan.” Terlerai lagi airmata Durrah. Dia menghulurkan h/p ke tangan Johan.

Johan meneliti setiap SMS yang Azreen kirimkan untuk Durrah. Dia mengeluh. Dia tahu hati Durrah terguris luka dengan perbuatannya dan perbuatan madunya.

Abang tak ada ceritakan apa-apa pun pada. Mungkin juga dia ‘skoding’ h/p abang”. Johan memandang Durrah. Hanya itu kesimpulan yang dia buat.

“Marilah kita pulang ke rumah kita Arrah. Kita bina hidup baru. Kasihan Juddin…” Johan memujuk Durrah. Manalah tahu jika Juddin boleh dijadikan umpan untuk memancing semula hati isterinya.

“Maaf, tolong berikan saya masa untuk memikirkan halatuju hubungan kita. Jika saya kembali semula pada abang Johan, biarlah hati saya sendiri yang ikhlas dan benar-benar ingin kembali kepada abang Johan kerana rasa cinta dan sayang, bukannya kerana Juddin sebab Juddin akan tetap menjadi anak abang Johan selamanya walaupun kita tak..”. segera Johan menutup mulut Durrah dan dia memaut badan itu ke dalam dakapannya. Dia tak mahu lagi mendengar kata-kata perpisahan dari isterinya. Dia tak rela.

“Ayah….”. Tanpa malu dan segan Johan memandang ayahnya meminta bantuan.

“Johan….kita kena hormat permintaan dari Arrah. Walaupun dia isteri kamu dan kamu berhak keatasnya tapi sebagai manusia yang mempunyai perasaan belas ikhsan, kita beri sedikit masa untuk kamu berdua memikirkan semula tentang kamu berdua. Mungkin dalam masa kamu berpisah seketika, kamu berdua boleh merenung semula apa yang berlaku dan bakal berlaku. Arrah pun duduk di sini, kamu juga boleh melawat mereka kan?”. Cikgu Jusoh memberi pendapat. Dia tidak mahau Johan memaksa Durrah, bimbang lagi jauh Durrah membawa lari Juddin. Manalah tahu jika Durrah buat kerja gila lari ikut Ammar pulang ke tanah Arab!

Johan memandang isterinya. Dalam terpaksa, dia kena rela membiarkan anak dan isterinya tinggal di sini.

“Kamu kena selesaikan masalah dengan Azreen. Bukannya maksud ayah kamu kena ceraikan dia tapi cakap elok-elok dengan dia supaya jangan ganggu Arrah. Kamu jadi suami mesti tegas bukannya ikut saja kata dia”. Cikgu Jusoh mula berceramah.  

Johan lega dan bersyukur dengan bantuan dari orang tuanya. Setidak-tidaknya,  campurtangan dan nasihat dari ayahnya, rasanya mungkin rumah tangganya sukar untuk diselamatkan. Mujur Durrah boleh dipujuk dan dinasihati. Berbagai nasihat yang diberikan oleh ayahnya pada mereka berdua. Selepas ini dia yang akan memainkan peranan yang lebih penting dalam halatuju hidup mereka kelak.

Ekkkkkkkkkkk…….kedengaran tangisan Juddin begitu kuat sekali. Pandai Juddin cari masa, bila masalah ibubapanya dah beres, dia pula menagih perhatian. Dakapan dari Durrah tidak dapat meredakan tangisan Judddin.

“Kenapa ni sayang……”. Tangisan Juddin mula reda didalam pelukan ayahnya. Yang tinggal hanya esakan kecil. Melihat Juddin mula menyondol-nyondol badan ayahnya, Johan tahu anaknya perlukan sesuatu.

“Arrah Juddin nak susu ni…” Bisik Johan. Durrah memandang suaminya.

“Jom masuk bilik”. Lalu Johan mencuit Durrah. Durrah hanya membuntuti Johan ke bilik.

‘Betul juga, takkan aku nak selak baju depan ayah?’ bisik hati Durrah.

‘Em….buat macam bilik dialah pula…’. Durrah mengutuk Johan dalam hatinya sambil menyambut Juddin.

“Pergilah kat luar, nak buat apa kat sini?”. Durrah tak selesa bilamana Johan memandangnya yang sedang menyusukan Juddin.

Abang tak boleh pergilah. Tengok ni Juddin pegang tangan abang. Macamana abang nak pergi?”. Johan menunjukkan jari telunjuknya yang masih lagi dalam genggaman tangan Juddin.

‘Em…alasan. anak dengan ayah sama aje…..’Durrah buat muka! Johan ketawa. Dia senang hati mereka dah berbaik semula walaupun Durrah belum mahu mengikutnya pulang tapi sekurang-kurangnya hubungan mereka mula bergerak ke arah yang lebih positif. Dia perlu bekerja keras menawan semula hati Durrah. Nampaknya kini dia sudah ada pesaing!

“Kesian ayah, seminggu ayah macam orang gila cari sayang.Apalah nasib, ibu dah tak sayang ayah lagi….”. Johan mengadu pada anaknya. Dia mencium-cium Juddin. Juddin buat done, asyik dengan tugasnya. Durrah tak selesa bila rambut Johan mencucuk-cucuk dadanya. Lain pula perasaan yang datang. Segera dia menarik telinga Johan.

Adoi….apa ni Arrah…..”. Johan menggosok-gosok telinganya yang perit.

“Tu, ayah panggil balik. Buat-buat tak dengar aje….”. Durrah menyimpan ketawanya melihat muka Johan. Tak kuat mana pun sajalah tu Johan buat manja.

Ala teruklah Atok ni sayang, kacau daunlah…..”. Keluh Johan. Dia mengambil Juddin yang telah menyusu lalu disandarkan ke bahunya. Durrah meletakkan sehelai kain dibahu Johan bimbang Juddin akan termuntah dibahu ayahnya. Johan menepuk-nepuk perlahan belakang Juddin. Terdengar Juddin sedawa kecil. Johan mencium lagi anaknya. Durrah hanya memandang 2 beranak itu. Juddin lena semula dibahu ayahnya.
Durrah menyalami ayah mertuanya. Sempat lagi cikgu Jusoh menyampaikan sedikit nasihat pada si menantu.

“Kirim salam kat mak dan Jasmin sekeluarga”. Pesan Durrah.

“Insyaallah….”. Jawab cikgu Jusoh. Dia memandang Johan yang masih lagi leka mengendong Juddin. Durrah datang menyalaminya dan mengambil Juddin dari pelukan Johan.

“Jaga diri, abang tak mahu Arrah keluar dengan Ammar”. Pesan Johan. Durrah herokkan mukanya.

“Nasiblah!” Durrah menjawab.

“Tengok ayah, Arrah sekarang ni dah pandai melawan”. Adu Johan. Durrah buat muka. Cikgu Jusoh geleng kepala.

‘Tak habis lagi ke? Ingat masuk bilik tadi, sempat gitu-gitu, boleh aman sedikit….’ Cikgu Jusoh senyum sendiri.

“Betul kata Johan tu, selagi Arrah masih lagi isteri Johan, Arrah kena jaga maruah dan nama baik Johan, mak ayah dan mak Salmah juga nama baik keluarga. Syurga seorang isteri itu dibawah tapak kaki suaminya. Orang perempuan ni senang aje nak masuk syurga. Sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, jaga maruah dan taat pada perintah suami. Suami pun kenalah jadi suami yang baik…”. Ambik kau. Pukul anak sindir menantu!

“Kirim salam kat cikgu Jarrah. Ada masa bawalah cikgu Jarrah ke spa, nanti saya beri diskaun”. Rita pula mengirimkan salamnya buat isteri cikgu Jusoh.

Alamak, runtuh langit kalau mak kau ke spa”. Semua ketawa dengan lucuan dari cikgu Jusoh. Dari muda hingga menginjak ke usia emas ini, manalah cikgu Jarrah pernah di bawanya ke spa dan butik kecantikan.
Durrah hanya memandang Johan menghulurkan sesuatu ke tangan Rita sambil mulutnya berkata-kata. Durrah tidak tahu entah apa yang Johan pesan dengan sahabatnya itu.

Johan datang semula ke Durrah lalu mencium Juddin. Durrah tidak sempat mengelak bila bibir Johan jatuh ke dahinya.

“Ingat pesan abang, kalau tak nanti hidung Ammar pula yang patah!”. Berdesing telinga Durrah mendengar kata-kata itu. Durrah mula mencerna ayat yang Johan lafaskan.

“Hei, jom masuk dalam, hari dah senja”. Suara Rita mengejutkan Durrah. Dia memandang dihadapannya. Kelibat kereta Johan sudah sayup jauh kehadapan.

Tulah….orang ajak balik tak mahu. Jual mahal”. Ejek Rita. Durrah masam muka. Durrah memandang muka Rita lagi.

“Bukan aku ek yang beritahu dia. Tiba-tiba aje dia datang ke spa dan paksa aku bawa jumpa kau. Aku pun terperanjat dari mana abang Johan tahu”. Rita mengangkat tangannya tanda dia bersalah.

“Aku pun heran dari mana dia tahu…”. Durrah mula berfikir. Tadi dia terlupa bertanya dengan Johan.

“Kau cakap dengan siapa lagi yang kau duduk kat sini?”. Tanya Rita. Ingin membantu kekusutan sahabatnya.

“Aku beritahu Ammar aje….aaaaa”. segera Durrah berlari mengendong Juddin dan mendapatkan h/pnya.

Ammar…awak taka pa-apa ke?’. Tanpa memberi salam dan dengan suara yang termengah-mengah Durrah menerjah Ammar. Dia menyerahkan Juddin sebentar kepada Rita.

Hei Durrah…..kenapa ni? Suami you pukul ypu ke?”. Ammar tidak menjawap pertanyaan Durrah itu malahan dia juga cemas bila mendengar suara Durrah yang kalut semacam!

Taklah. Johan tak buat apa pun kat saya. Kami bincang baik-baik aje. Saya cuma nak tahu adakah abang Johan pukul awak?”. Bimbang juga Durrah jika Johan memukul Ammar. Lebih bimbang lagi jika Ammar buat laporan polis. Tak pasal-pasal suaminya pula yang tidur dalam lokap. Lebih malang lagi, ceritanya akan masuk suratkhabar. Heboh satu Malaya.
Ngeri wei!!!!!

Tak adalah teruk sangat. Sikit aje. You jangan risau…”. Pujuk Ammar. Durrah merasa lega.

Ammar, saya minta maaf ye, dahlah saya susahkan awak, awak kena pukul pula tu. Teruk betul saya ni…”. Durrah benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Dia tidak menyangka yang Johan boleh memukul Ammar. Badan Ammar bukannya kecil.

Tak perlu you rasa kesal. I taka pa-apa, asalkan you dan anak you sihat dan o.k, I patah kaki pun taka pa”. Ammar membeli jiwa Durrah. Mujur juga muka hensomnya tak kemek.

Mana suami you? I bimbang dia pukul you bila dia tahu kita bercakap sekarang ni”. Ammar masih lagi merasa bimbang jika Johan mengapa-apakan Durrah.

Oh, dia dah balik”.

Kenapa you tak ikut suami you? You ada di rumah kawan you tu ke?”. Ammar hairan mengapa Durrah tidak mengikut suaminya pulang. Kata semuanya dah ok!

Saya tak ikut dia pulang. Biarlah dahulu, saya perlukan masa …..”. Durrah bimbang Ammar tersalah erti.

Boleh kita jumpa? I datang kat sana. I pun ridu dengan Juddin”. Ammar bermulut manis. Sebenarnya dia rindu dengan emak si Juddin!

Tak apalah Ammar. Saya menumpang di rumah orang. Nanti timbul skandal, saya juga yang susah. Kita jumpa kat pejabat ajelah ek?”. Durrah tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang baru mula nak jernih. Seperti kata bapa mertuanya, selagi dia masih lagi isteri Johan, dia perlu menjaga batas-batas pergaulannya.

Jaga diri Durrah, nanti kita jumpa lagi. Kalau ada apa-apa hal, jangan lupa beritahu I”. Ammar melepaskan nada kecewanya. Lama lagi baru dia akan dapat berjumpa dengan Durrah. Memang perit memikat burung  yang sudah ber’tuan’. Tapi dia sukakan cabaran



8 comments:

  1. slmt membaca bab 61. GST punya pasal......hilang mood nak berkarya. Rasa fobia pula nak berbelanja sbb barang semua naik harga. tak lama lagi org gomen nak naik gaji. emm.....alamatnya naik lagi harga barang.

    nasib....nasib......orang marahen macam kami yang bukan kerja gomen yang selalu jadi mangsa.

    tk pak menteri. apa-apa pun 'rakyat yang didahulukan (em....rakyat yang kena dulu....)'

    sory ye....kali ini kena baca curahan perasaanlah pulak.....

    tk krn sudi membaca. komenlah sikit......

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehh macamana boleh terpadam ni.. ke sebab ngadu pasal gst. pada pendapat akak, sebenarnya gst ni mmg tak terkesan pada perniaga dan syarikat2 kerana sebelum ni memang depa di kenakan service tax, sales tax dan service tax yang jauh lebih tinggi iaitu di antara 10-20%. so sekarang apabila di flat rate kan menjadi 6% memang satu keuntungan kepada mereka. (tp dlm berita semalam plak ada menyatakan restoran boleh kenakan 10% servis tax kepada pelangan dgn syarat letakkan tanda kenaan cukai supaya pelanggan bijak memilih... puiiiihhhhhh.. kena gak kita rakyat marhain).... tapi mmg benar sangat terasa macam akak yg ada anak ramai ni.. secara logik mmg barangan makanan dan keperluan asas tak kena gst tapi .. takkan kita tak beli sabun untuk mandi dan mencuci, membeli kasut dan pakaian bagi yg telah koyak, membeli makanan tambahan seperti cheese, susu dan butter untuk pertumbuhan anak2, dan memacam lagi yg bkn hanya perkara asas tapi dah menjadi keperluan. Dah la kita di kenakan gst, harga barangan pun semakin naik. kenapa perlu peniaga menaikkan harga. walalupn salah peniaga.. adakah pihak berkuasa mempunyai masa dan tenaga untuk memantau masalah ni... jenuhhhhhhh la gitu kan... tapi apa pun rakyat sangat terkesan dgn gst ni.. tak perlu bandingkan negara yg maju seperti australia yg rakyatnya mempunyai pendptan tingggi dan negara seperti vietnam dan laos (katanya) memandang kuasa membeli rakyatnya tdk spt kita di malalysia disamping taraf hidup yg rendah berbanding kta... fikir sendiri pak menteri...

      Delete
    2. Cik Mayang Abdul Razak....
      somebody pernah cakap pada saya...."INGAT...MARKAH PRESTASI AWAK ADA DIHUJUNG MATA PEN SAYA......"....so......jaga jaga...ada yang memerhati.....PRU 14...tunguuuuuuu.......SELAMAT BERAMAL...hi hi hi

      Delete
  2. “Jaga diri Durrah, nanti kita jumpa lagi. Kalau ada apa-apa hal, jangan lupa beritahu I”. Ammar melepaskan nada kecewanya. Lama lagi baru dia akan dapat berjumpa dengan Durrah. Memang perit memikat burung yang sudah ber’tuan’. Tapi dia sukakan cabaran

    WAH...!!!!!....I like your words la Mak Ieteng...!!! Caya la....baru la sekarang nampak bayang bayang MAHA HAVOC yang bakal melanda JOHAN....Harap JOHAN boleh mendidik AZREEN kalau tidak KICK HER OUT...!!!!....jangan pandang ARRAH anak sorang sebelah mata...mamat Arab tu ..hi hi hi...!!!

    ReplyDelete
  3. HIDUP MAK ITENG (3 x) !!!!......puji ada makna ni....update seminggu sekali boleh tak....kalau berkali kali dalam seminggu ...lagi le saya alu alukan..!!!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih makieteng....terlepas jugak rindu hehehe.....puas hati bila durrah dapat lepas perasaan habis2...;)))))

    ReplyDelete
  5. TK semua juga pada Mayang, Aniza dan Ardi krn sudi membaca dan mengomen

    ReplyDelete