wallpaper

20140723

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 40


Bab  40

Dari luar kedengaran bunyi barang-barang pecah.Bising dan menganggu masa rehat penghuni dirumah banglo  ini dan mungkin juga di rumah jiran tetangga.

“Patonah! Patonah! .” Jerit Datin Maryam pada pembantu rumah mereka. Dengan terketar-ketar Patonah kehadapan puannya.

“Non Azreen Datin, didalam kamarnya. Enggak tahu kok mengapa. Pulang-pulangnya saja dia terus ke kamarnya. Terus, kamarnya bising-bising gitu”. Orang gajinya masih lagi ketakutan. Mungkin tidak biasa lagi dengan situasi begitu. Dia baharu beberapa bulan bekerja dirumah banglo ini.

“Biarkan dia,
kamu pergi buat kerja kamu”.  Datin Maryam mengarahkan pembantunya supaya tidak menghiraukan Azreen. Sememangnya Azreen begitu, kalau dia marah, segala benda hendak dilemparkan dan kalau boleh rumah banglo ini pun hendak dirobohkannya. Bila dia marah, tiada siapa yang berani memujuk apatahlagi menegurnya. Dia akan tenang sendiri akhirnya nanti. Maryam sudah lali dengan perangai anak perempuan tunggalnya itu. Keras kepala dan behati batu.

Azareen tersandar di tepi dinding selepas puas menghempaskan barang-barang dan selepas puas dia menangis. Dia memandang biliknya yang bagaikan tongkang pecah setelah segala barangan  bertaburan dek lemparannya sebentar tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam mengawal rasa marah. Tapi mengapa dia perlu merasa marah dan cemburu bila melihat Johan dan isterinya sedang gembira dan ketawa sewaktu memilih pakaian bayi. Rasa cemburu begitu meluap-luap di dadanya bila melihat Johan betemu jalan bahagia, sedangkan hidupnya penuh dengan ranjau derita. Bukan salah Johan tetapi salah dirinya sendiri kerana inilah jalan yang dia pilih.

‘Mengapa aku harus cemburu? Dia bukan lagi suami aku’. Seribu sesalan pun tak guna lagi. Dia yang bersalah kerana berlaku curang di belakang Johan. Disangkanya Benedit bagus dan baik berbanding Johan ternyata lelaki itu lebih tak guna, juga lelaki-lelaki yang mendapinginya selepas Benedit. Mereka semua punya agenda yang tersendiri. Betapa susahnya mencari lelaki yang baik dan jujur. Mereka itu semuanya hidungnya berbelang-belang.

Dia menangis lagi. Baru kini dia akui, Johan adalah lelaki yang terbaik  yang penah dia milliki. Tapi sayang dia tidak pernah hargai. Walau bagaimana buruk sekali pun perangainya Johan tidak pernah memukulnya. Johan selalu sabar melayan kerenahnya dan melayan dirinya dengan baik. Tapi malangnya mereka tidak dikurniakan cahaya mata penyeri rumah tangga.

Tidak dikurniakan cahayamata? Mungkin Azreen lupa. Sebenarnya Allah telahmemberinya tetapi dialah yang telah membunuhnya. Sekali dahulu semasa dia menjalinkan hubungan dengan Jefry. Jefry yang memaksanya supaya menggugurkan kandungannya itu walaupun sebenarnya dia takut. Kali kedua adalah sewaktu dia bersama dengan Johan. Lelaki itu tidak membenarkan dia menggugurkan anak mereka alah Johan rela bertanggungjawab dan mengajaknya berkahwin tetapi dia degil, dia tetap gugurkan kandungannya.

Kali ketiga, setelah dia menjadi isteri Johan. Dia menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan tanpa pengetahuan Johan kerana bimbang akan mengganggu kariernya sebagai seorang  model yang ketika itu sedang melonjak naik. Akhirnya itu balasan dari Allah kerana tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

Dia kehilangan seorang lelaki yang baik. Lelaki yang menyintainya dengan sepenuh hati. Tetapi dia sendiri yang mengingkari janji sumpah setia mereka. Dan kini Johan sedang berbahagia dengan isterinya dan tidak berapa lagi mereka akan menimang cahayamata. Ah! Berapa sakitnya hati dan pedihnya bagaikan ditusuk simbilu. Dahulu mereka pernah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah keluarga dan mertuanya selalu bertanya. Berbagai usaha telah dilakukan dengan cara moden ataupun tradisional tetapi tidak Berjaya. Dia pernah melakukan IVF sebanyak tiga kali tetapi hasilnya 0. Johan memujuknya lagi.

“Kita buat sekali lagi Reen”.

“Alah, malaslah I Jo, macam ayam dibuatnya I. cucuk sana cucuk sini”.

Betapa dia menyesali diri sendiri. Semakin diri dipanjat usia, dia terasa sunyi. Dia benar-benar menyesal. Tiba-tiba satu tekad ujud dihatinya. Dia akan meramas semula Johan, tidak kira dengan cara apa sekali pun.  


Durrah membelek-belek majalah yang baru dibelinya siang tadi.  Matanya teracap pada seraut wajah yang menghiasi helaian kertas majalah tersebut. Leka dia menatap seraut wajah  itu. Walaupun usia sudah melewati lewat 30an, tetapi wajahnya masih lagi kelihatan jelita. Wajah kacukan itu kelihatan seperti lewat 20an sahaja. Tetap cantik, menarik dan dapat menarik mana-mana mata yang memandangnya supaya memandangnya buat kali yang kedua.

‘Aku yang perempuan pun terpesona dengan kecantikannya apatahlagi jika seorang lelaki yang dapat memilikinya, memandang dan menyentuhinya’. Cukup sempurna sebagai seorang wanita dewasa yang memiliki segala-galanya.

“Apa yang Arrah tengok tu, khusuk nampaknya”.

“Gambar lucah”. Durrah menutup mulutnya. Dia mendegus. Tiba-tiba sahaja Johan muncul dengan pertanyaan  membuatkan dirinya spontan menjawap tanpa berfikir. Johan mengerutkan dahinya. Ketawa.

“Arrah ni suka loyar buruklah, nanti anak abang pun ikut macam mak dia”.  Omel Johan. Durrah tersengeh. Memang salah dia pun. Alah! Ayahnya pun apa kurang.

“Dah mak saudaranya lawyer…”. Johan mencubit pipi isterinya. Geram! Ada sahaja jawapnya. Dia mengambil majalah yang dibaca oleh isterinya.

“Oh”. Hanya itu sahaja ayat yang keluar dari bibir Johan.

“Cantikkan dia bang?”. Ikhlas dia memuji.

“Dia dah bercerai dengan suaminya ye?”. Durrah serkap jarang.

“Mana Arrah tahu?”. Tiada jawapan malahan Johan bertanya pula.

“Dia cari abang semula, kalau dia ada suami, buat apa dia nak cari abang semula. Baik dia berkepit dengan suami dia”. Johan tersenyum kelat. Tepat telahan isterinya itu.

“Macamana ye, kalau dia nak balik dengan abang semula”. Soal Durrah. Haru juga dia jika Azreen tu gila talak.

“Tak mahulah abang. Abang dah ada Arrah dan tak lama lagi kita nak ada baby. Abang bahagia dengan kehidupan abang sekarang ini. Dia masa lalu abang. Abang nak tumpukan masa depan abang dengan Arrah dan anak-anak kita. Sebenarnya dia bimbang juga dengan perangai Azreen sejak kebelakangan ini, bagaikan orang gila talak lagaknya. Dia perlu berhati-hati dengan Azreen, dia boleh buat apa sahaja tanpa mengirakan orang lain asalkan hatinya puas.

“Diakan cantik?”. Provok Durrah. Johan hanya ketawa faham dengan maksud isterinya.

“Cantik aje tak ada gunanya Arrah jika tidak disertai dengan peribad yang mulia”.

“Tak baik abang cakap macam tu”. Durrah tak bersetuju.

“O.klah, abang bukannya kata dia tak baik, dia ada juga baiknya. Masa abang kat luar negara dahulu, dia banyak tolong abang dan sekarang pun syarikat dia banyak bantu syarikat abang  walaupun abang sebenarnya tak berapa setuju.

Abang berkahwin dengan dia selepas kami balik ke Malaysia. Mula-mula keluarganya tak dapat terima abang tapi lama kelamaan dia orang dapat terima abang malah sampai sekarang abang masih baik dengan mereka. Sejak abang kahwin dengan Azreen, hubungan abang dengan keluarga terutamanya emak jadi renggang. Azreen jarang nak ikut abang balik kampung sebab mak selalu tanya kami pasal anak. Tau ajelah mak abang tu. Kalau abang balik seorang pun masalah juga sebab mak akan membebel kata abang tak pandai jaga isteri.

Azreen tukan model, selalu keluar majalah, surat khabar  dan kadang kala TV. Pakaian pula, Arrah pun tahu kan macamana? Buka sana buka sini. Emak memang tak berrkenan. Azreen pula tak boleh terima kalau mak abang tegur dia sebab dia memang tak suka ditegur, dia akan buat apa yang dia suka tak kira apa orang lain kata.

Azreen dengan mak memang tak ngam. Abang pun kadang kala serba salah. Ditambah lagi tak ada anak, mak selalu salahkan kami sebab kami sentiasa sibuk dan tak serius pasal anak tapi sebenarnya macam-macam dah kami cuba, dari cara tradisional, moden. IVF dah tiga kali kami buat tapi tak berhasil. Akhirnya abang pasrah. Ini sebenarnya balasan dari Allah”. Durrah terkejut dengan kata-kata Johan.

“Kenapa abang kata macam tu?” Durrah  ingin Johan meneruskan ceritanya. Johan melepaskan keluhan.

“Azreen pernah gugurkan kandungannya sewaktu kami menuntut dahulu. Kami bukanlah muslim yang baik Arrah. Abang juga bukanlah lelaki yang baik. Abang juga turut berdosa. Azreen hampir kehilangan nyawanya, abang terhutang budi dan nyawa dengan dia.

Masa berkahwin dengan Arrah, abang tak menaruh harapan yang tinggi untuk memperolehi anak sebab abang tahu dosa-dosa abang. Tapi bila tahu yang Arrah mengandung, betapa gembiranya abang hanya Allah sahaja yang tahu. Bila Arrah rahsiakan dari abang, abang benar-benar rasa marah dan kecewa”. Kasihan suaminya lalu Durrah memegang jari jemari suaminya.

“Maafkan Arrah, Arrah tak berrmaksud nak buat abang macam tu sebab masa tu Arrah ingat abang tak cintakan Arrah dan abang nak kembali semula dengan Azreen lagi pun Arrah tak perrnah dengar abang kata abang cintakan Arrah sebelum tu”. Johan tersengeh.

“Sebenarnya abang cinta dan sayangkan Arrah. Mana mungkin abang tak jatuh kasih kat Arrah Cuma abang malu nak beritahu. Ialah sebelum ini kita tak berkawan apatah lagi bercinta tiba-tiba aje kena kahwin. Tapi sebenarnya best jugakan cinta selepas berkahwin? Nak ‘gitu-gitu’ pun tak dosa dah, dapat pahala lagi...”. Durrah ketawa bila Johan mengusiknya.

“Sebenarnya Arrah, abang takut kecewa lagi, abang sangat sayang dengannya?”. Durrah hanya memandang suaminya.

“Maafkan Arrah, boleh Arrah tanya ? kenapa abang bercerai dengan Azreen kalau abang sayang dengan dia?”.  Selama ini Durrah hanya dengar gongsip sahaja, kali ini biarlah dia dengar sendiri dari mulut Johan. Terlanjur dia bercerita biarlah dia menghabiskan babaknya.

“Azreen selalu sibuk dengan urusannya, adakalanya abang terasa bosan dan terabai. Untuk abang menduakannya, itu tak mungkin sebab Azreen tu selebriti, tak pasal-pasal nanti gongsip satu Malaya, mati abang kalau mak tahu lagi pun abang bukanlah lelaki macam tu”. Durrah menjuihkan bibirnya tak percaya dengan kata-kata suaminya. Ah! Lelaki semuanya sama. Johan hanya ketawa melihat aksi isterinya.

“Abang mula berjinak-jinak dengan bermain saham. Kawan-kawan abang ramai yang gila main saham. Lama kelamaan rasa tamak mula menguasai diri. Dengan saham abang mengumpul harta. Benar kata orang tua-tua, ‘orang yang tamak selalunya rugi’. Sehingga satu ketika pasaran saham jatuh menjunam. Apalagi, abang pun jatuh tergolek. Abang hampir diistiharkan muflis. Abang terpaksa jual semua harta abang. Rumah, tanah, kereta dan segala wang simpanan abang turut habis tapi masih tak mencukupi. Kami terpaksa keluar dari rumah. Rumah abang lebih besar dari rumah Zarul yang kita pergi tu.

Abang nak menyewa rumah biasa sahaja tapi Azreen tak mahu,dia malu sebab dia dah biasa hidup mewah lagipun dia malu orang lain tahu. Bila susah sikit pun dia tak boleh terima. Akhirnya abang pindah ke rumah mertua abang. Bagi abang, apa pun yang terjadi bukan sahaja dugaan untuk abang tetai dugaan untuk cinta dan rumahtangga kami, seteguh mana kami mampu mempertahankan rumahtangga kami.

Abang terlalu sibuk dengan kerja dan hutang piutang, tanpa abang sedari abang telah abaikan dia. Tiba-tiba dia minta cerai dari abang. Abang sungguh terperanjat, rupa-rupanya dia telah lama menjalinkan hubungan sulit dibelakang abang. Dia salah gunakan kebebasan dan kepercayaan yang abang berikan selama ini.
Abang tak mahu lepaskan dia sebab abang masih lagi sayangkan dia. Masa itu keadaan sungguh kelam kabut sehinggalah bapa mertua abang terpaksa masuk campur. Bapa mertua abang yang meminta abang lepaskan dia sebab tak mahu dia terus bergelumang dengan dosa.

Dengan berat hati abang terpaksa lepaskan dia. Diwaktu itu abang sungguh rasa terhina. Abang lelaki yang tewas. Abang kehilangan segala-galanya, harta, isteri, perkahwinan dan segalanya. Baik juga abang masih lagi ada pekerjaan. Abang hanya mampu menyewa sebuah bilik dan menggunakan kereta syarikat. Wang gaji abang selebihnya hanya untuk membayar hutang. Bila pasaran saham stabil semula, barulah abang lege sedikit.” Johan melepaskan keluhan. Terlalu berat penderitaan yang terpaksa ditanggung.

“Keluarga mertua abang tak tolong abang?”. Mustahil mereka buat bodoh aje.

“Dia orang nak tolong tapi abang yang tak mahu. Abang tak mahu termakan budi, dahlah mereka banyak  tolong syarikat abang. Abang yang berani buat, biarlah abang yang tanggung”.  Ego pulak tu macam yang Jasmin katakan.

 “Sekarang ni banyak hutang lagi?”. Sengaja Durrah bertanya. Kalau dia minta tolong, dimana pula Durrah nak minta tolong?

“Alhamdulillah, dah habis. Sekarang ni tengah kumpul duit sikit-sikit. Insyaallah tahun depan baru kita beli rumah. Sekarang ni kita duduk rumah sewa ni dulu ye Arrah”. Ooo Barulah Durrah tahu, rumah ini rumah sewa.

“Abang main saham lagi?”. Johan menganggukkan kepalanya.

“Main juga sikit-sikit. Kumpul harta”.

‘Betul ke main saham ni boleh jadi kaya? Setahu aku, lagi banyak yang papa kedana  dan jadi gila adalah kalau tak pandai menguasainya. Orang kata wang ini berhantu bila dah banyak. Entah apa yang hantunya manalah aku tahu. Yang aku tahu mungkin rasa tamak adalah bak kata pepatah, orang yang tamak selalu nya rugi’. Durrah befikir sendiri.

“Tak takut jadi macam dahulu ke?”. Tak serik betullah dia ni.

“Kali ini kena berhati-hati.  Kalau makan gaji aje mana boleh jadi kaya Arrah”. Gurau Johan sambil ketawa sendiri.

“Arrah tak kisah kalau abang tak kaya. Macam sekarang ni pun dah syukur dah”. Jawab Durrah tulus.

“Abang tak mahu jadi macam dahulu Arrah, manusia tak pandang kita jika kita tak berharta. Abang tak mahu Arrah tinggalkan abang sebab abang jatuh miskin”. Kesitu pula dia.

“Tapi betul juga bang, pernah orang berkata pada Arrah, ‘bila miskin masuk ke pintu, cinta akan keluar lari ikut tingkap’”. Johan letawa mengekek.

“Hei, siapalah yang cakap macam tu?”.

“Adalah dahulu orang  yang telah ‘hilang akalnya’ pernah beritahu Arrah”. Kata Durrah lalu ketawa.

“Ni mesti ex-boyfriendkan? Ceritalah sikit tentang dia, abang nak dengar”. Ni yang malas ni!

“Ceritalah, abang pun nak tahu cerita tentang Arrah. Arrah dah pun tahu cerita tentang abang”. Pujuk Johan.

“Ini cinta pertama Arrah, indah tapi menyakitkan. Arrah bertemu dengan dia diwaktu minggu orientasi. Dia senior kat tempat Arrah belajar. Dia selalu buli Arrah. Dia juga biduan kat kolej kami. Saban malam dia dan rakan-rakannya akan menyanyikan lagu-lagu buat kami dengan gitar pekaknya. Kawan-kawannya ada yang memukul baldi, tong sampah dan apa-apalah sahaja yang boleh dijadikan sebagai alat muzik. Asrama kami bertentangan. Masa tu, dunia milik kami.

Dikolej, kami dilarang bercinta. Kelakar kan? Tapi begitulah undang-undang yang tak rasmi. Sesiapa yang melanggar undang-undang, nama mereka akan naik ke pentadbiran dan mulai tahun berikutnya pelajar terlibat akan ditukarkan ke kolej yang sama tetapi berlainan negeri kerana kolej kami ada di 6 buah negeri dalam Malaysia. Nak jadi cerita, nama kami naik, top 10 lagi, apa lagi, tahun berikutnya dia kena pindah ke negeri Perak manakala Arrah masih lagi tinggal kat JB.

Pun begitu kami masih lagi berkawan. Sekali sekala bila dia balik, kami berjumpa sebab dia budak JB. Sehinggalah kami tamat belajar. Surat menjadi perrhubungan kami kerana telepon diwaktu itu mahal dan bukannya macam sekarang, handphone murah.

Selepas habis belajar pun kami kawan lagi, lebih empat tahun kami kawan. Dia rajin berusaha. Siang dia bekerja dan malam pula dia main muzik. Sibuk dengan function, hari minggu dan cuti umum pun macam tu. Dia ada band  muzik sendiri. Arrah tak pernah marah sebab Arrah tahu muzik adalah nadi hidupnya.
Suatu masa diawal tahun itu dia janji dengan Arrah, kami nak bertunang dan kahwin tak lama lepas tu sebab kami jauh. Leceh kalau bertunang lama-lama, lagi pun mak Arrah tak kasi selalu jumpa katanya banyak yang tak elok dari elok. Sebenarnya emak Arrah tak berapa suka orang jauh kerana kita tak tahu hati budinya, kata mak. Tapi mak  boleh terima jika memang itu dah pilihan Arrah.

Tiba-tiba perhubungan kami senyap seketika. Adalah dalam dua bulan. Tak tahu mana yang silapnya. Puas Arrah telepon dan hantar surat tapi tak ada jawapan. Tiba-tiba aje dalam bulan ramadhan Arrah dapat kad hariraya  yang didalamnya dia memutuskan hubungan kami. Nanar Arrah dibuatnya. Tuhan aje yang tahu. Hari raya tahun tu penuh dengan sedih dan air mata.

Selepas itu Arrah bawa diri dan bekerja ditempat sekarang. Kekecewaan telah menutup segala ruang dihati Arrah. Lamalah juga lebih 8 tahun. Puas emak mengubatkan Arrah. Macam-macam bomoh, ustaz yang mak jumpa. Macam-macam air yang mak bagi Arrah minum. Air untuk mandi tak usahlah cerita, air sungai, air limau, air bunga, air kolah masjid Kampung Hulu, semua Arrah pernah mandi. Air longkanng aje yang Arrah tak pernah mandi”. Terdengar ketawa mengekek dari Johan mendengar cerita dari isterinya.

“Arrah pergi  masjid Kampung Hulu?”. Air kolah dari masjid Kg. Hulu amat istimewa terutamanya bagi penduduk melayu Maleka selalunya mereka menggunakan air tersebut untuk tujuan perubatan dan niat tertentu samada untuk diminum ataupun untuk  mandian.

“Arrah tak pergi, mak yang pergi ambil dengan Nasir. Minta kat Ustaz kat masjid tu bacakan apa-apa ayat , upahlah dia sikit buat pengeras. Air tu mak mandikan Arrah”. Terang  Durrah,  Johan masih lagi ketawa. Durrah pun turut ketawa dengan pengalamannya itu.

“Nasib baik ustaz tu tak bacakan nama dia supaya Arrah ingatkan dia bila Arrah mandi air tu, kalau tak parah abang”. Johan mengusik. Durrah ketawa lagi.

“Tak ada orang masuk meminang langsung ke?”. Pandang sengkek nampak?

“Bukan tak ada, banyak tapi Arrah yang tak mahu. Hati Arrah tak berkenan. Ada sahaja yang tak kena kat hati Arrah ni, pendeklah, tinggi sangatlah, selebetlah, hensom sangatlah. Entahlah. Tak ada seorang pun lelaki yang berjaya membukakan pintu hati Arrah ni”. Durrah termenung mengingati muka-muka lelaki yang cuba di pasangkan untukknya.

“Habistu macamana Arrah boleh terima pinangan dari mak abang?”. Soal Johan lagi, Durrah tersenyum meleret.

“Adalah satu hari tu mak Arrah bagi sehelai sirih bertemu urat siap dengan kapur, gambir dan pinangnya sekali suruh Arrah makan. Sirih tu mak minta dari saudara  peremuan Arrah yang bertunang,  diambil dari sirih junjung pihak lelaki. Arrah pula malas nak bangkang cakap mak, Arrah ikut aje walaupun sebenarnya Arrah bukan percaya pun. Mak suruh Arrah makan, Arrah makan. Mak suruh Arrah mandi, Arrah mandi. Malas nak kecilkan hati mak”.

“Kiranya mujarab jugalah ‘ubat’ mak ek, sampaikan Arrah terbuka hati terima pinangan emak abang”. Durrah ketawa.

“Sebenarnya tak ada pun sebab Arrah bukannya pernah nampak abang lagi, masa Arrah sekolah dulu adalah tapi bila kita dah dewasa, mana kita pernah jumpa? Masa abang kahwin dengan Azreen dahulu pun Arrah tak pergi. Mak yang paksa Arrah sebab malu dengan mak Jarah, kan kita bersaudara?”. Tak mengaku konon! Johan tersengeh dengan penjelasan dari Durrah.

“Itulah yang dikatakan jodoh Arrah”. Kata Johan.

“Ya, itulah  yang dikatakan jodoh tapi suatu hari nanti Arrah akan dapat jumpa ‘dia’”.

“Nak buat apa?”. Johan terperanjat.

“Arrah nak belasah dia. Dia lukakan hati Arrah. Dia pengecut tak berani jumpa Arrah bila nak putuskan hubungan kami, kalau dahulu dai berani mengurat Arrah tiap-tiap hari dia menempel kat Arrahtapi  kenapa bila nak putus, dia kirim surat aje. Dia tipu Arrah, dia janji macam-macam dengan Arrah. Dia munafik. Abang tahu tak? Orang  yang  berjanji kemudian dia memungkiri  janjinya itu adalah tergolong dalam golongan orang yang munafik?  Dia buat Arrah sengsara, sampaikan Arrah buat kerja bodoh tunggu dia bertahun”. Berapi Durrah marah. 

 “Mana boleh macam tu sayang. Cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa. Tentu ada sebab dia buat begitu”. Pujuk Johan.

“Menurut adiknya, dia ada affair dengan penyanyi dalam band dia. Selama ini Arrah tak pernah tahu ada penyanyi perempuan dalam band dia. Arrah tak pernah nak ambil tahu sebab Arrah berikan sepenuh kepercayaan pada dia, dia bebas buat apa yang dia suka, hubungan kami belandaskan kejujuran dan keikhlasan. Rupanya Arrah silap. Menyintainya setulus hati bukan bermakna harus mempercayainya sepenuh hati tapi yang Arrah marah kenapa dia benar beriya-iya janjikan Arrah macam-macam hinggakan Arrah menggantungkan harapan yang tinggi pada dia sampaikan Arrah jatuh tercarap bila dia putuskan hubungan kami”. Airmata Durrah belinangan. Entah mengapa jika bercerita tentang ‘dia’ pasti airmatanya akan mengalir. Betapa hebat kesan luka yang ditinggalkan olehnya amat mendalam. Betul kata orang, cinta pertama memang sukar untuk dibuang.

“Dahlah sayang, bagus juga Arrah buat kerja bodoh tu, kalau tidak, tak adalah kita di sini sekarang ni”. Durrah mencubit Johan sambil membeliakkan matanya tanda tidak setuju dengan kata-kata suaminya. Johan menyeringai menahan kesakitan. 

“Siapa namanya?”

“Entah, Arrah dah lupa”. Senang tutup cerita, tak mahu memikirkannya lagi.

“Sebetulnya  Arrah harus bersyukur kerana tidak dijodohkan dengan dia”. Durrah berkata perlahan namun 
dapat didengar oleh Johan. Johan mengangkat keningnya.

"Kenapa Arrah cakap macam tu?"Durrah tersenyum hambar

“Dunia kami berbeza, dunianya dipenuhi dengan gelak ketawa, suka, glamour ialah dunia muzik sangat indah. Dia lelaki yang hebat dan punya aura yang tersendiri. Masa zaman kami di kolej dahulu dia jadi perhatian kerana keistemewaannya. Dia juga menjadi orang penting dalam persatuan pelajar, mungkin sekarang ni dia juga menjadi orang penting ditempatnya.

Perempuan yang berada sisinya mestilah seorang perempuan yang cantik dan moden serta pandai bersosial, sesuai dengan dia, bukannya perempuan kampung macam Arrah. Mungkin masa dikolej dahulu tak banyak pilihan lagipun banyak manalah duit yang dia ada. Tapi bila dah bekerja, duit dah ada dan dihadapan mata rupanya banyak perempuan yang cantik dan menarik. Apalah yang ada pada Arrah, hanya anak yatim  yang di asuh bertudung dan berbaju kurung bukannya berbaju sendat dan berkain singkat.

Kalau kami bersama pun mungkin kami tak bahagia sebab kami akan selalu bergaduh sebab  Arrah tak berapa memahami dunianya dan tentunya Arrah cemburu kerana dia akan selalu dikelilingi oleh perempuan-perempuan yang cantik dan akan lebih menghabiskan masanya di luar rumah. Ialah, hari-hari biasa dia bekerja, hari-hari cuti dan malam dia sibuk dengan muzik dan kawan-kawan.

Impian kami berlainan. Arrah impikan seorang lelaki yang biasa yang dapat menerima Arrah seadanya, menyayangi dan menyintai Arrah setulusnya. Siang bekerja dan malam pula melayan Arrah dan anak-anak. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu impian Arrah, sebab tu  Allah jodohkan kita. Macam sekarang ni, kita melepak berdua, hari-hari cuti kita makan angin dan jalan-jalan. Bertahun Arrah cuba belajar menerima kenyataan. Sakitkan bang bila kita dikhianati oleh orang yang kita sayang…”. Johan menganggukkan kepalanya. Dia mengucup ubun-ubun isterinya.

“Apa yang Arrah rasa, abang dah rasa malahan lebih hebat lagi kerana kami dah hidup bersama lebih sepuluh tahun. Tapi hidup mesti diteruskan. Seperti kata Arrah tadi, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmahnya sekarang ini kita dapat hidup bersama. Abang bahagia dengan Arrah dan insyaallah dengan anak kita. Bagi abang Arrah bukannya  perempuan biasa, Arrah perempuan yang istimewa buat abang, biarlah orang lain mengata Arrah walaupun satu dunia mengutuk Arrah, peduli apa abang, yang abang tahu Arrah tetap istimewa dimata dan hati abang”. Durrah tersenyun simpul bila dipuji  mendapat penghargaan dari suaminya.

“Nampaknya Arrah kena upah abang abang malam ni…”. Durrah mengekek ketawa dengan perangai Johan. memuji ada makna rupanya. Walau apa pun dia bahagia dengan apa yang dia miliki sekarang. Dia tidak mahu menangis lagi.  

“Arrah, abang nak bagi satu teka-teki…”. Durrah mencemikkan bibirnya. Ada sahaja teka-teki merapu dari suaminya.

“Buka kain nampak bulu, buka bulu nampak biji, buka biji nampak batang, apa dia Arrah?”. Makin kuat Durrah ketawa. Otak oren betullah suaminya ini.

“Apalah abang ni, tak ada teka-teki lain ke? Macamlah orang tak tahu….alah….jagungkan?”. alah kacang aje itukan teka-teki masa zaman sekolah dahulu-kala.

"Alah.....andai pula Arrah ni....". Usik Johan kerana dia kalah
                             
  



No comments:

Post a Comment