wallpaper

20140517

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 21

KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bab 21

“Arrah, jom pergi kantin makan tengahari, nanti habis pulak lauk pauk kalau kita lambat”. Rita ni kalau bab makan dia no. 1, tapi badannya tak naik-naik  juga, tetap ‘mainten’ dari dahulu sampailah sekarang.

“Aku letihlah, malas nak berjalan ….”Durrah segera menutup mulutnya, tersedar apa yang dia cakapkan tadi.

“Letih? Kau buat apa malam tadi?.Eh! lupa pula aku ye?" Rita ketawa. Ketawanya sungguh menjelekkan hati Durrah, dia menghadiahkan satu jelingan maut untuk sahabatnya.

“Menyampahlah kau ni.” Menyampah dengan otak kuning Rita. Kalau cakap tak konah-konah, memang tak sah!

“O.klah kalau macam tu, aku pergi sendiri, kau "
" nak kirim apa-apa?” Tak sampai pula hatinya jika sahabatnya kelaparan.

“Aku tak nak kirim apa-apa”. Memang pun dia tak berselera hari ini, sejak dari pagi lagi Durrah tak ada mood. Semua kerja bagaikan tak kena aje. Bagaimana nanti dia hendak berhadapan dengan suaminya bila di rumah.

‘Harap-harap malam nanti dia balik lewat lagi. Aku pula akan tidur awal, padan muka dia dan dah padan pun dengan muka aku’. Duurrah merangka di dalam hati.


Durrah  turut sama terkecoh-kecoh  keluar dari pejabat awal dari biasa. Biasanya semenjak dia mempunyai kereta, dia akan sembahyang asar dahulu sebelum balik ke rumah.  Tetapi hari ini di ingin pulang awal dan membereskan segala kerja rumah sebelum Johan pulang. Durrah bimbang jika  Johan pulang awal di sebabkan kejadian malam tadi.

‘Siapkan kerja rumah cepat-cepat, lepas tu boleh tidur awal’. Da merangka dalam hati.


Durrah memakirkan kereta, dilihatnya kereta Johan sudah pun berada di tempatnya. Hatinya mula berdebar-debar.

 ‘Alamak! Apasal dia balik awal pulak hari ini ataupun dia tak kerja? Takkan lah dia ni pengsan pula !. Ah, merapu ajelah….’. Durrah berteka-teki sendirian. 

Dengan langkah yang berat dia menekan lip ke tingkat 10.Johan  ada di rumah bila  Durrah membuka pintu, dia datang kepada Durrah lalu menghulurkan salam. Durrah menyambut salam dari suaminya dan menciumnya, tiba-tiba Johan memeluknya dan meletakkan bibirnya di dahi Durrah. Durrah terpinga-pinga.

‘Eh! Mabuk apa orang tua ni petang-petang macam ni?’. Kutuk hati Durrah, sebelum ini tidak pernah Johan sebegini. Dia pelik dengan perlakuan suaminya namun hatinya girang menyambut 3 kuntum  bunga mawar yang di hulurkan oleh Johan.

‘Nak pujuk akulah tu….’kata hati Durrah, senyumannya masih lagi di bibir.

“Arrah nak ke mana?”. Tanya Johan bila dia melihat Durrah mula menapak meninggalkannya.

“Arrah nak sembahyang”. Memang Durrah belum bersembahyang kerana dia balik awal.


Selepas Durrah mandi, bersalin pakaian dan sembahyang Asar, dia ke depur  untuk masak makanan malam mereka. Dalam marah ada sayang dan dek kerana sayang itulah Durrah mesti menyediakan makan malam supaya mereka berdua tak kebuluran. Takkan nak memusuhi suami sendiri. Malas nak fikir banyak. Dahlah jarang berjuma, takkan nak bergaduh pula.

‘Lantaklah. Layan…..’. Durrah bermonolog sendiri.


Terasa canggung pula bila segala kerja  diperhatikan. Bukannya  Johan tak pernah nempak Durrah berrpakaian bagini. Bukannya seksi pun, setakat berpakaian ‘mini skirt paras lutut dan baju tanpa lengan’, cuma baju ini baru di beli dengan Rita di kedai ‘bundle’ abang Mail. Nama aje  pakaian ‘bundle’ tapi masih cantik dan elok lagi. Kata abang Mail, pakaian ini kebanyakannya pakaian dari luar negara, ada yang ‘second hand’, ada yang sedikit reject, kena pelan-pelan pilih. Orang tak akan tahu kalau kita tak beritahu itu pakaian bundle.  Pakaian ini biasanya Durrah buat basahan di rumah aje.Ialah dia bertudung, takkanlah  dia nak ke pejabat dengan ‘mini skirt’ pula. Lainlah Rita, dia pandai padankan pakaian yang dibeli, walaupun di kedai ‘bundle’ tetepi masih nampak cantik. Melaram habis dia!.

“Kat rumah jangan pakai kain batik aje ataupun seluar pendek, Nampak macam Ah Soh (makcik) aje, tak pun pakai baju kelawar. Tu badan yang cantik molek, putih gebu tu bila lagi nak tayang kat suami?, dah malam bila gelap gelita baru nak bukak, apa yang dia nampak? Masa muda nilah nak tayang badan yang montok tu, takkan esok-esok bila dah kerepot baru nak tayang?” Durrah tersenyum sendiri bila teringat akan kata-kata Rita dahulu.

Bila Durrah memakai kain batik dan ‘T shirt’ buruk,  becok mulut Rita  memarahi Durrah. Sebenarnya Durrah suka memakai pakaian begitu, lebih selesa rasanya. Rita yang membawa Durrah ke kedai abang Mail untuk membeli pakaian yang sesuai buat Durrah. Harganya ya Allah! Murah giler.

“Kau pakai kat rumah aje, tak ada siapa lelaki yang  nampak, nak malu apa? Belajarlah nanti kalau dah ada suami, tak adalah kau kekok nanti”.

“Arah, suami ni sebenarnya dia suka tengok kalau isterinya pakai pakaian yang cantik dan seksi lebih-lebih lagi bila di rumah.Bila kita berserabut aje, laki pun lebih berserabut bila tengok kita, tu yang dia tak suka lekat kat rumah. Kita pakai cantik bila kat luar aje, bila kat rumah, kita  bungkus badan kita dengan baju besar macam selimut, malu konon nak tunjukkan badan yang gebu tu kat suami, Eh Arrah! Kat luar tu banyak perempuan-perempuan yang tak tahu malu tau buka sana buka sini tayang body pada lelaki dan suami orang termasuklah aku”. Akhirnya Rita ketawa sendiri dengan kata-katanya. Memang pun dia suka berpakaian seksi, buka sana buka sini.

“Aku pernah baca buku  ‘Travelog Iran’ di tulis oleh Dina Sulaiman, dia tinggal di sana lebih 7 tahun. Dia kata kaum wanita Iran rajin berdandan dan menjaga penampilan. Mengunjungi salon adalah satu kawajipan. Mereka merapikan kening, mencukur bulu-bulu halus  pada muka, memotong serta mewarnakan rambut dan mengikuti fesyen-fesyen terkini. Sejak gadis lagi mereka sudah disuruh oleh ibu-ibu mereka ke salon, ataupun adakalanya mereka akan memanggil tukang solek ke rumah untuk menyolekkan mereka bagi menyambut hari perayaan. Dan sekarang ni wanita-wanita muda di Iran suka membuat pembedahan hidung bagi mencantikkan lagi hidung mereka.

Kau cuba bayangkan, perempuan yang berlitup di balik hijab, mereka sebenarnya menpunyai seraut wajah yang cantik. Kalau nak di fikirkan  siapalah yang dapat tengok mereka kecuali suami dan kaum keluarganya. Tapi kita ni yang tayang muka setiap masa 24 jam tak mahu berhias, jadilah muka tu harga 10sen aje…..Perkara yang baik boleh kita jadikan contoh. Seperti mereka, hebatkan mereka menjaga kecantikan untuk suami mereka walaupun mereka itu hanya surirumahtangga sahaja.” Rita ni kalau pasal bab melaram, dialah no.1. Patut pun si Hanan tu sayang bangat sama dia. Tahu pula Rita baca buku macam tu, ingatkan dia tahu baca buku Mangga aje. Durrah tersenyum sendiri.

Dalam canggung dan tak selesa, siap juga kerja memasak. Kari ayam, sayur sawi dan telur dadar. Cukuplah untuk makan malam mereka. Dari ekor matanya, Durrah masih lagi nampak seseorang yang begitu asyik memandangnya sedari tadi.

“Sejak bila abang dapat jawatan jadi mandur ni?”.

“Ha….?” Johan tercengang-cengang.

“Dah magrib, perrgilah sembahyang dahulu, nanti kita boleh makan sama”. Johan hanya mampu ketawa bila menyedari sindiran dari isterinya.


Selepas sembahyang magrib, mereka makan bersama. Durrah menambahkan nasi ke dalam pinggan Johan bilamana nasi didalam pinggan suaminya hampir habis.

“Sedap?”. Soal Durrah.  Johan hanya menganggukkan kepalanya.

“Kedekut, nak puji pun payah bukannya kena bayar”. Dengan selamba Durrah mengutuk suaminya. Johan hanya ketawa perlahan kerana mulutnya penuh dengan makanan.

“Sedap, pandai Arrah masak. Arrah masak lebih sedap dari emak abang masak.” Puji Johan.

“Melampaulah tu…., manalah Arrah boleh lawan mak Jarah masak?”. Durrah tak senang hati dengan pujian Johan. Mungkin Johan hanya sekadar ingin mengambil hatinya sahaja.

“Betul, bukan abang sengaja cakap macam tu, ayah pun kata masakan mak sekarang ni tak berapa sedap. Apa taknya, mak dah jarang memasak sebab yang makan hanya mereka berdua sahaja, baik beli, lebih mudah. Penyudahnya sekarang ni ayah kata masakanTijah janda tu lebih sedap dari masakan emak.” Durrah ketawa sambil menutup mulutnya  mendengar kata-kata Johan.

‘Berat kerja ni, ayah mertua aku tu pun dah tersangkut dengan Tijah janda tu pula ke?. Siapa yang tak kenal dengan warung Tijah janda yang ada di pinggir pekan. Yang sedap bukanlah masakannya tapi layanannya.’nak makan apa bang?, nak air apa bang?,kopi bang? Suaranya dan gayanya penuh dengan lemah gemalai, lelaki mana yang tak tergoda, kalau di rumah pula, layanan dari isteri bagaikan singa betina.’ Akhirnya Durrah senyum sendiri. Sehingga sekarang Tijah janda tidak pernah kahwin  lagi walaupun telah lama suaminya meninggal dunia. Mungkin dia masih lagi mencintai arwah suaminya, seperrti emaknya Salmah. Sehingga sekarang emaknya tak pernah kahwin lain,  baginya arwah ayah Durrah adalah lelaki yang terbaik yang pernah dia jumpa, tidak ada sebelum ataupun selepas ayahnya.

“Abang tengok Arrah selalu makan taugeh mentah untuk di buat ulam, apa khasiatnya?”. Pelik! Johan jarang tengok taugeh dijadikan ulam. Selalunya pengaga, tenggek burung ataupun daun kaduk.

“Taugeh ni banyak khasiatnya, salah satunya ianya boleh mencegah dari penyakit kanser dan akan  menjadikan kita awet muda. Taugeh ni makanan yang murah dan mudah di dapati”. Terang Durrah.  

Selain dari itu, ada khasiat yang lebih penting tetapi Durrah malu nak beritahu Johan. Durrah pernah terbaca di dalam majalah Harmoni yang dipinjam dari teman sepejabatnya. Menurut majalah terdebut, taugeh adalah makanan yang bagus bagi mengelak kemandulan. Dengan kata lain, taugeh ini baik untuk kesuburan. Sekarang ni bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia, tahap kesuburan sudah semakin menurun di kalangan generasi muda zaman ini. Ini mungkin di pengaruhi oleh pemakanan,  persekitaran dan juga gaya hidup anak-anak muda zaman ini yang lebih selesa duduk di depan komputer  dari membuat aktiviti yang lasak atau bersenam.

Pengambilan taugeh di kalangan lelaki akan  membantu menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Bagi perempuan pula, taugeh turut membantu kesuburan telur yang di hasilkan. Selain dari meningkatkan kesuburan, kajian saintifik juga mendapati taugeh mengandungi bahan yang dapat  melumpuhkan sel kanser usus, pancreas dan penyakit leukemia, kanser payudara, gangguan menstruasi, symptom pramenopous dan gangguan menopous yang di alami kaum wanita. Kandungan estrogen di dalamnya dapat meningkatkan kepadatan tulang serta mencegah esteoporasis.

“Kalau macam tu, abang pun nak makanlah biar abang pun muda aje macam Arrah, nanti Arrah aje yang muda seorang, mana aci”. Durrah tersengeh lalu menolak perlahan piring yang berisi taugeh ke depan Johan.

“Emmm….sedap juga taugeh ni di buat ulam ye Arrah, rangup pulak tu kan Arrah, tak sejuk ke makan taugeh ni? ”. Tanya Johan lagi. Durrah tersenyum.

“Alah sepiring aje bang bukannya sebaldi”. Jawapan selamba dari Durrah itu menyebabkan Johan ketawa..


Setelah mengemas dapur, Durrah ke ruang tamu membuat kerja-kerja pejabat yang dia bawa balik. Johan tidak kelihatan, mungkin  dia berada di dalam bilik.  Tiba-tiba  Johan duduk di hadapannya, ianya membuatkan Durrrah tidak selesa untuk membuat kerja. Dia menyimpan semula segala kertas-kertasnya ke dalam beg.

“Kenapa tak siapkan kerja-kerja tu?” Johan bertanya bila melihat Durrrah mengemas meja.

“Macamana nak buat kerja bila mandor ada depan mata, nak tekan no. 7 tertekan no. 4.”. Johan ketawa mendengar usikan isterinya. Dia rasakan ada sedikit humor dalam diri isteri yang selama ini dia tidak ketahui, berselindung di sebalik wajah yang namak cool itu. Masa masah panjang untuk dia lebih mengenali isterinya itu.

“Arrah, we need to talk about us. Dah tiba masanya kita bincang pasal kita”. Suara  tegas Johan menggusarkan Durrah.

“Abang minta maaf tentang malam tadi, entah gila apanya abang pun tak tahu, abang memang tension dengan kerja dan beberapa perkara lain kebelakangan ini, memang  abang  salah. Abang tak sepatutnya buat begitu pada Arrah”. Bersungguh-sungguh Johan meminta maaf sambil menggemgam erat tangan Durrah.

“Arrah memang marah, sangat marah, walaupun segala apa yang ada pada Arrah ini milik abang, tidak sepatutnya abang buat begitu pada  Arrah. Kenapa abang tak mintanya dengan cara yang baik. Arrah  rasa sungguh terhina, abang buat Arrah macam perempuan murahan…”

“Tak, abang tak pernah anggap Arrah macam tu…”. Pintas Johan, belum pun sempat Durrah menghabiskan ayat.

“Lebih 4 bulan kita berkahwin, abang tak pernah sentuh Arrah, tak kisah tentang Arrah. Masa abang di U.K dulu pun abang tak pernah sekali pun telepon Arrah, malah di sini pun abang hanya beri duit belanja dan kereta, pandai-pandailah Arrah aturkan hidup Arrah. Ada kalanya Arrah rasa diri Arrah ini macam orang gaji sahaja. Walaupun kita hidup berumahtangga, tapi kita hidup tak seperti rumahtangga orang lain. Berbagai andaian yang Arrah buat, mungkin abang tak boleh terima Arrah sebab Arrah ni tak secantik dan semoden Azreen dan mungkin abang malu punya isteri seperti Arrah yang kolot dan kekampungan”.Durrah meluahkan segala isi hatinya yang terpendam selama ini.

“Tak arrah, Abang tak pernah anggap macam tu…”.Sekali lagi Johan menafikan sangkaan isterinya.

“Arrah faham, Arrah ini hanya pilihan mak abang, Arrah akan  izinkan kalau abang  ada perempuan lain pilihan abang, cuma Arrah harap buat sementara waktu ini abang jangan ceraikan Arrah dahulu, nanti emak Arrah akan bersedih. Dia dah terlalu lama bersedih dan bersusah payah membesarkan kami semenjak ayah Arrah meninggal dunia. Perkahwinan kita ini sangat mengembirakan hatinya. Biarlah emak Arrah gembira selagi hayatnya masih ada”. Johan segera mendakap isterinya dengan erat.

“Ya Allah! Abang tak fikir sampai begitu Arrah”. Dia meregangkan pelukannya.

“Sebenarnya ada suatu perkara yang merunsingkan abang sebelum kita bernikah lagi.” Durrah merenung muka Johan. Apanya?!

“Boleh abang tanya sesuatu? Abang ingin Arrah jawab dengan jujur.” Durrah menganggukkan kepalanya

“Sebelum kita bernikah,  abang pernah nampak Arrah dengan seorang lelaki masa makan tengahari di Restoran  Antarabangsa. Lelaki tu bukan sebangsa dengan kita.” Johan inginkan jawapan yang jujur dari isterinya.

“Oh! Itu En. Amar, dia Melayu campur Arab, dia dari Abu Dhabi. Datuknya berasal dari Kesang, Melaka.  Neneknya dari  Damam, Arab Saudi. Dia di lahir dan dibesarkan di Abu Dhabi. Dia memang ada hubungan dengan syarikat tempat  Arrah  bekerja tapi Arrah tak pasti sebagai apa. Ada beberapa kali Arrah temankan dia makan di sana dan di tempat lain.” Durrah terus berceritakan pada Johan tentang Amar kecuali lamaran dari Amar terhadapnya.

“Abang lihat dia mesra dengan Arrah, abang sangkakan dia kekasih Arrah macam sekarang ni heboh dalam suratkhabar anak gadis Melayu banyak yang terperangkap jejaka Arab, abang sangkakan Arrah pun macam tu juga.” Durrah ketawa.

“Tak adalah, Arrah tak ada kekasih, pernah dahulu Arrah ada kekasih sewaktu Arrah menuntut di JB, kami berkawan lebih 4 tahun tapi tak ada jodoh.  Selepas tu, Arrah tak pernah ada kekasih lain sehinggalah  Arrah berkahwin dengan abang.  Arrah tak pernah lagi keluar dengan Amar ataupun dengan lelaki lain selepas kita berkahwin.” Durrah memberitahu Johan perkara yang sebenarnya supaya  suaminya tidak menaruh prasangka terhadapnya.

Johan mengeluh. “Abang ingatkan Arrah ada kekasih, bila mak abang hendak melangsungkan pernikahan kita, abang jadi serba salah. Abang beri alasan yang abang akan ke U.K tapi pihak  Arrah pula yang ingin mempercepatkan majlis kita. Abang  rasa macam ada sesuatu yang  tak kena. Terlintas di fikiran abang yang  berkemungkinan Arrah mengandung dan nak jadikan abang ‘pak sanggup’ dalam hal ini. Sebab itulah abang tak sentuh pun Arrah supaya jika benar tekaan abang, anak itu bukan anak abang.”  Johan menyesal kerana berperasangka begitu.

“Jadi selama ini abang ingat Arrah buat kerja gila tu?” Soal Durrah marah.

“Maafkan abang, sepatutnya abang tanya arrah awal-awal lagi tapi abang tak tahu macamana. Hanya itulah sahaja jalan yang mampu abang buat.  Abang balik lewat malam pun sebenarnya nak menghindari  diri dari Arrah. Kadangkala abang sungguh tercabar bila melihat Arrah tidur sebelah abang, walaupun Arrah tak pernah menggoda abang, melihat Arrah aje dah buat abang tergoda. Abang bukannya lelaki bujang yang tak pernah berkahwin. Tension di buatnya , dengan kerja dan menahan gelora di hati abang. Mungkin malam tu nafsu abang melebihi akal, itu sebab abang tak dapat kawal diri. Maafkan abang  Arrah kerana buat begitu dan berperasangka buruk pada Arrah”.  Johan menggenggam erat jari jemari isterinya. Dia bersungguh-sungguh meminta maaf, Durrah hanya mampu menangis, tidak menyangka, yang suaminya sendiri berperasangka buruk padanya.

“Dah jangan menangis, selepas ini kita perbaharui perjalanan hidup kita supaya rumahtangga kita aman dan bahagia. Abang bukanlah lelaki yang terbaik, tapi abang  berjanji Insyaallah, abang akan berusaha menjadi seorang suami yang baik pada Arrah dan ayah yang baik pada anak-anak kita.” Durrah membalas pelukan  Johan dengan erat. Semuga rumahtangga mereka bak warna pelangi nan indah dan berkat doa dari orang tua, semuga mereka kekal bahagia dan di kurniakan cahayamata.


“Nanti hujung minggu ni kita pergi honey-moon nak Arrah?”. Tanya Johan sewaktu mereka bersenggang di kamar utama.

“Nak ambil cuti ke?”. Soal Durrah. Dia berkira-kira di dalam hati.

“Rasanya tak payah sebab hari Sabtu kan Arrah cuti?”.

“Boleh juga, abang cuti ke?”. Soal Durrah pula.

“Abang nak pontenglah Sabtu ni”. Ewah! Cantiknya dia.

“Boleh ke?”

“Apa tak bolehnya, hari Ahad pun abang kerja bukan dia orang bayar pun.” Tergelak Durrah mentertawakan suaminya.

“Arrah nak bercuti di mana?” Terkebil-kebil  mata Durrah memandang siling biliknya. Ada dua ekor cicak yang saling bekerjaran. Dia tersenyum.

“Orang tanya tapi dia tersenyum pula, kenapa?”. Durrah tesengeh. Jarinya ditunjukkan ke syiling. Johan ketawa.

“Apalah, orang cakap lain, dia tengok cicak pula.” Omel Johan. Dia mencuit hujung  bibir isterinya.

“Emmmm….Arrah nak pegi mana hujung minggu ni. Kita pergi hari Jummat malam selepas balik dari kerja sehingga hari Ahad petang kita baliklah kat sini.” Johan memberi cadangan.

“Abang nak pegi mana?”. Soalan dari Johan tidak di jawab, malahan dia bertanya Johan pula.

 “Kita pergi tepi laut nak?”. Johan memberi usul.

“Emmm….Arrah tak suka laut, tengok air banyak sangat fobialah”. Durrah ketawa sendiri, memang dia takut mandi laut.

“O.klah kalau macam tu, Arrah nak ke mana?”.

“Emm… apa kata kita pergi Cameron Highland?” Usul Durrah pula.

“O.klah”. Jawab Johan.

“Yes!”. Seronoknya, tentu  tempat itu penuh dengan bunga-bungaan.  Romantiknya!     

“Tapi Arrah kena bayar ‘gedeban’ dahulu”. Kata Johan dia tersenyum meleret.

“Gedeban? Apa tu?”. Durrah mengerutkan dahinya. Tak faham!

“Advancelah!” Johan ketawa.

“Eh! Kedekutnya dia, dengan bini pun nak berkira? Arrah mana ada duit?”. Johan ketawa lagi.

“Bukan dengan duit, but show to me your good service”. Matanya tunak memandang mata kuyu Durrah, penuh mengharap. Durrah kalut.

“Eh! Arah mana tahu benda yang ‘gitu-gitu’?”. Johan mengekek ketawa melihat kekalutan isterinya.  Dia sengaja mengusik isterinya.

“O.k Arrah, first step I can teach you…” maka bermulalah langkah pertama.

Seterusnya????????  Hantam sajalah!!!!




No comments:

Post a Comment