wallpaper

20140715

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 39


Bab 39

Durrah leka mengunyah manisan dan buah-buahan kering yang dikirimkan oleh Ammar melalui pembantunnya. Sejak Durrah berkahwin, jarang Ammar datang ke kilang ini lagi. Hanya pembantunya sahaja yang kelihatan. Setiap kali pembantunya datang, ada sahaja buah tangan dari Ammar untuk  kakitangan di pejabat. Untuk Durrah pula semestinya satu bungkusan yang berasingan walaupun isi kandungannya sama. Mereka tetap berrsahabat walaupun tidak lagi berjumpa dan bercerita.

“Arrah makan apa tu?”. Soal Joohan bila melihat dagu isterinya bergoyang sedari tadi tidak berhenti.

“Buah-buahan kering dan kurma Ammar bagii”. Jawab Durrah dengan jujur. Johan mengerutkan dahinya.

“Arrah jumpa dia ke?”. Dari sinar mata suaminya itu Durrah tahu Johan cemburu.

“Tak adalah, pembantu dia datang kilang, dia kalau datang mesti bawa buah tangan dari sana untuk kami kat office”. Tetapi tidak Durrah nyatakan ada suatu yang khas untuknya.

“Selalu tak bawa balik pun”.
Em…cemburu lagilah tu.

“Kali ini dia bawa banyak kot”. Saja Durrah menutup cerita.

“Arrah, hujung minggu ni Zarul sekeluarga jemput kita ke rumahnya. Ada party agaknya birthday party kot”. Tergambar di fikiran Durrah wajah Zarul sekeluarga. Isteri Zarul bernama Asiyah, seorang yang baik dan peramah. Dia bekerja satu pejabat dengan  Johan dan Zarul.

“Birthday  untuk anaknya yang mana bang?”. Kalau dia tahu anaknya mana satu, senanglah untuknya mencari hadiah yang sesuai untuk anak-anak Asiyah.

“Entahlah, abang lupa nak tanya”.

“Tak apalah, nanti Arrah telepon kak Asiyah. Abang tak nak makan manisan ni ke?”. Durrah mempelawa suaminya.

“Taknaklah….”. Durrah hanya mengangkat bahu. Tangannya mengambil pula kacang cerdik lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

‘Ibu banyak makan kacang cerdik, nanti anak ibu mesti cerdik’.Dia tersenyum. Betuk ke?


Durrah memakai pakaian baharu yang dibelinya kelmarin. Juga dia membawa hadiah berupa kereta mainan untuk harijadi anak Zarul. Durrah tidak pasti harijadi anak Zarul yang mana satu tetapi tidak mengapa, permainan ini sesuai untuk anak-anak Zarul kerana ketiga-tiga anak  Zarul adalah lelaki. Puas sudah Durrah menelepon Asiyah tetapi teleponnya tidak berjawab. Mungkin dia sibuk barangkali dengan persiapan majlis mereka. Tentu besar majlis itu nanti, fikir Durrah.

“Cantik baju, baju baru ke?”Johan bertanya sebab dia tidak pernah melihat baju yang Durrah pakai sebelum ini.

“Aha, Arrah beli kelmarin dengan Rita kat TESCO, masa tu Arrah belikan hadiah untuk anak kat Asiyah. Baju Arrah banyak ah tak boleh pakai dah sempit, tak selesa”. Adu Durrah. Apa taknya, ‘shape’ dah lari.

“Arrah dah siap? Jom sayang kita pergi, kalau lambat pula alamatnya Zarul bagi kita makan Maggie aje”. Johan saja bergurau.

Mereka tiba di rumah Zarul di Mandara, USJ Heights, rumah ‘Super Link’ 2 ½ tingkat. Cantik rumahnya. Berbentuk moden.

“Ha, dah sampai pun. Johan, Arrah jemputlah masuk”. Zarul mempelawa mereka berdua. Cantik, halamannya luas. Banyak pokok-pokok, sejuk mata memandang.

“Arrah apa khabar?”. Zarul senyum pada Durrah. Mungkin dia terkenangkan cerita yang Durrah lari dari rumah. Menurut kata Johan, Zarul yang cadangkan pada Johan supaya Johan meminta pertolongan Jasmin. Katanya, hal perempuan biarlah meminta pertolongan dari perempuan juga, mungkin itu lebih mudah. Maka Jasminlah yang jadi Conannya.

“Alhamdulillah, Arrah sihat bang Zarul, eh! Mana kak Asiyah?”. Durrah tidak Nampak pun kelibat Aisyah sedari tadi.

“Iyelah, tadi dia ada di luar ni, mungkin dia ada di dalam kot. Johan pergilah bawa Arrah makan dahulu. Arrah makan ye, jangan malu-malu”. Zarul mempelawa mereka makan. Dia kelihatan sibuk. Durah lihat ramai juga tetamu yang datang, kebanyakannya menegur sapa Johan. Barangkali teman sepejabat atau pun kenalan mereka yang juga kenalan Johan.

“Jom Arrah, kita makan dahulu”. Johan memaut lengan Durrah mengajak isterinya makan.

“Arah nak jumpa kak Asiyah dahulu kat dalam. Kalau abang nak makan, abang makanlah dahulu nanti Arrah makan kemudian”. Durrah melangkah ke dalam rumah.

“O.klah abang tunggu”.

Durrah menebarkan pandangannya di dalam rumah Asiyah. Hiasan dalamannya citarasa moden dan dipadankan dengan warna yang ceria. Cantik sekali.

“Hai Arrah, dah makan dah?”. Sapaan dari Asiyah mengejutkan Durrah. Durrah tersenyum sambil mengurut dadanya.

“Sorylah akak terperanjatkan Arrah”. Segera Asiyah memegang bahu Durrah. Kasihan pula dia. Dan bimbang pula jika sesuatu terjadi pada Durrah, mati dia dikerjakan oleh Johan. Almaklumlah orang mengandung ni bukannya boleh di buat tak tentu lebih-lebih lagi mengandung  anak sulung. Kalau mengandung anak ke sepuluh, itu tak jadi hal.

“Tak apalah kak. Oh ya, Arrah tak tahu hari ini birthday anak akak yang mana, Arrah Cuma beli permainan aje untuk mereka”. Durrah menghulurkan kotak hadiah pada Asiyah. Durrah lihat Asiyah ketawa. Durrah pelik.

“Hari ini bukannya hari jadi sesiapa. Hari ini adalah hari  ‘anivesary’ kita orang yang ke 10 tahun”. Durrah terperanjat.

“Teruk betullah abang Johan ni, dia kata hari ini party birthday anak akak”. Durrah mengutuk suaminya didalam hati.

“Johan tu memang macam tu, sekarang ni angau aje dia…”. Durrah tidak dapat menangkap maksud kata-kata dari Asiyah itu.

Ada maksud yang tersirat ke?’. Bisik hati kecil Durrah. Asiyah meraba perrut Durrah.

“Dah berapa bulan Arrah?”.

“Dah lima bulan kak”. Jawab Durrah dengan bangganya. Siapa yang tak bangga jika Allah menganugerahkan gelaran seorang ibu?. Tidak semua perempuan mampu mendapat gelaran itu.

“Johan excited sangat sekarang ini. Tak sia-sialah dia buat keputusan berani mati”. Sekali lagi Durrah tidak dapat menangkap apa maksud yang tersirat.

“Mari Arrah akak kenalkan Arrah dengan kawan-kawan kami”. Durrah diperkenalkan dengan kawan-kawannya dan pekerja mereka. Kawan-kawan dan pekerjanya adalah kawan-kawan dan pekerja Johan juga. Bukankah mereka bekerja bersama Johan dan mereka sama-sama menuntut di luar negara?. Maknanya mereka juga kawan-kawan Azreen…

‘Ah! Patut pun mereka memandang aku semacam aje’. Ada juga seorang dua yang sosek-sosek di belakang Durrah. Durrah berasa tidak selesa.

Bagi menghilangkan rasa bosan, Durrah ke halaman untuk mengambil angin. Terasa malu pula bila keseorangan, bagaikan diri diperhatikan. Mungkin mereka membandingkan Durrah dengan Azreen. Memanglah ada perbezaannya bagaikan langit dengan bumi. Durrah melangkah ke tepi kolam buatan melihat ikan-ikan koi berenang kesana dan kemari. Hatinya jadi tenang.

“Execuse me, you ni isteri Johan ke?" Durrah memalingkan tubuhnya kebelakang. Dihadapannya kini berdiri seorang wanita yang anggun lagi seksi sedang memegang segelas air oren ditangannya.

“Ya, saya Durrah tapi panggil aje Arrah”. Durrah terpana sempat juga dia menghulurkan salam tapi disambut dengan hambar.

“I am Juita, kawan Johan. eeee….you kerja kat mana ye?”. Soal Juita seterusnya.

“Saya..”

“Jom sayang kita makan, Arrah kata nak pergi shoping lepas ni, nanti lambat pula”. Tiba-tiba Johan terpacul entah dari mana datangnya. Dia mengheret tangan Durrah ke meja makan dengan keadaan Durrah yang terpinga-pinga.

‘Bila pula aku ada ajak dia pergi shoping?’ Soal hati Durrah tidak mengerti dengan tindakan Johan sebentar tadi.

Johan makan dengan selamba. Dari jauh Durrah melihat Juita masih lagi memandang kearah mereka.

Ada yang tak beres ni’. Bisik hati Durrah lagi.

“Arrah nak tambah lagi? Nanti abang ambilkan”. Durrah mengelengkan kepalanya.

“Kenyang”. Balas Durrah. Johan mengangkat keningnya pelik kerana isterinya hanya mengambil sedikit  sahaja makanan takkanlah sudah kenyang lagipun Durrah tidak mengambil apa-apa makanan sebelum ke rumah Zarul  tadi.

Mereka meninggalkan rumah Zarul setelah hamper satu jam mereka melepak. Baru satu jam tapi Durrah merasakan seperti sepuluh jam. Jadi kera sumbang memanglah begitu.

‘Pelik sangat ke muka aku ini sampaikan aku berasa begitu terasing. Tetapi kawan-kawan lelaki Johan tidak pula. Malah mereka lebih sporting dan galak ketawa sambil menyakat abang Johan dan mengucapkan tahniah kepada kami sewaktu abang Johan dengan bangganya memperkenalkan aku pada kawan-kawannya’. Durrah berbicara sendirian. Merah padamlah juga muka Durrah tetapi Johan hanya galak ketawa bila diusik yang kerja kerasnya selama ini telah mendatangkan hasil.

Ada persoalan difikiran Durrah yang belum diselesaikan.Siapa Juita? Ada kaitan dengan apa yang  Asiyah katakana tadi? Ah! Pening.  Durrah memicit kepalanya.

“Kenapa sayang? Pening kepalak ke?”. Johan memandang isterinya. Durrah pula membalas pandangan Johan dengan renungan yang tajam. Ya! Hanya Johan sahaja yang dapat memberikan jawapan  yang tepat.

“Hei, kenapa pandang abang macam tu, macamlah abang ada buat salah aje”.  Johan serbasalah bila isterinya memandangnya dengan begitu. Ha, takut?

“Siapa Juita?”. Akhirnya keluar juga soalan dari bibir Durrah. Johan nampak tidak selesa dengan pertanyaan Durrah itu.

“Dia Sales Exec. di Azlie Bhd. Kenapa?”.

‘Aku yang tanya dia tapi dia pula yang tanya aku semula’. Sungut Durah.

“Dia kata dia kawan abang”. Johan hanya tersenyum hambar.

“Memanglah dia kawan abang sebab ada beberapa projek yang syarikkat kami berkerjasama”.  Johan menerangkan supaya isterinya tidak bersalah sangka.

“Tapi bila Arrah tengok dia tadi, Arrah rasa ada lebih dari itu, Arrah ada dapat rasakan macam ada sesuatu antara abang dengan dia kan?”. Soalan yang maut untuk Johan jawab. Durrah menjeling suaminya yang masih lagi membisu sambil matanya terus kehadapan mengawasi kenderaan di hadapan. Sesekali matanya melihat cermin pandang belakang. Mengawasi kereta di belakang pula barangkali. Terdengar keluhan kecil dari Johan.

“Arrah, kami tak ada yang lebihnya, perrkara itu dah lama berlalu”. Terdengar jawapan dari Johan dengan tegas.

“Oooo, jadi betullah, ada apa-apa yang lebih ye? Tolong cerita  pada Arrah dengan jujur bang, Arrah tak mahu dengar dari orang lain”. Durrah juga berkata dengan tegas. Kalau  mendengar cerita dari orang  lain nanti lain pula ceritanya.

“O.klah, abang cerita perkara yang sebenar. Selepas abang berpisah dengan Azreen, abang ada kawan dengan Juita, agak lama jugalah. Lepas tu abang putuskan hubungan bila mak kahwinkan kita”. Tapi cerita itu sukar untuk Durrah percaya sepenuhnya.

“Patutlah Arrah jumpa kotak DUREX  bertaburan kat bawah katil”. Durrah menjeling. Johan mengaup mukanya. Terperanjat  barangkali sebab rahsia dah terbongkar. Durrah pasti tak mungkin Johan bersama dengan isterinya kerana dia sememangnya inginkan anak mana mungkin dia gunakan penebat itu. Tak disangkanya Johan begitu……Ah! Walau bagaimanapun sekarang Johan telah jadi suaminya.

“Sejak kita kahwin, sumpah abang tak buat kerja tu lagi Arrah”. Terang johan bersungguh-sungguh. Segera dia emberhentikan keretanya di tepi jalan. Mujurlah dibelakang mereka tidak ada kereta. Johan memegang tangan Durrah erat.

“Jangan bersumpah bang, tak baik. Nanti mati dimakan sumpah”. Balas Durrah. Johan tersengeh.

“Kenapa abang buat kerja gila tu, kan zina itu tergolong dalam dosa besar, kenapa abang tak kahwin aje dengan Juita? Kenapa perrlu buat dosa?”. Soal Durrah tak puas hati.

“Abang tahu abang berdosa. Sekarang ni abang dah bertaubat. Waktu itu abang tak mampu Arrah, abang tak ada duit, hidup abang pula hancur sejak abang bercerai dengan Azreen, abang tak mampu. Apatahlagi untuk mempunyai seorang anak luar nikah. Abang takut”. Tangan  Johan memegang dengan kejap.

“Selepas kedudukan abang stabil semula kenapa abang tak kahwin dengan Juita? Kenapa pula abang terima pilihan dari mak?”. Durrah inginkan jawapannya. Bimbang juga kerana disebabkan dia Johan terpaksa memutuskan hubungannya dengan Juita. Kasihan Johan. Kasihan suaminya!

“Dahulu abang kahwin pilihan sendiri tapi bercerai juga. Kali ini biarlah pilihan emak pula mana tahu ianya adalah yang terbaik untuk abang dan Alhamdulillah, ianya ternyata pilihan orang tua lebih baik. Lagi pun Juita tu bukannya boleh dibuat isteri, buat ‘part time’ bolehlah, siapa pun boleh angkut dia janji orang itu berduit”. 

Durrah menjeling Johan. Dasar Lelaki!. Habis madu sepah dibuang.Itulah lelaki, apa-apa pun salahkan perempuan sedangkan dia yang dahulu menabur umpan. Yang perempuan pula tak pandai jaga diri, senang sahaja membuka peluang pada lelaki dan yang ruginya adalah diri sendiri. Walaupun berapa banyak duit yang diberi, ianya tidak sama dengan harga diri yang pergi.

“Tak baik abang  kata dia macam tu, dahulu dia ikut abang walaupun abang tak ada duit kan? Itulah lelaki, habis madu sepah dibuang. So sekarang ni Juita tu ‘part time’ abanglah ye?”.Durrah mencerlungkan matanya. Johan mengangkat kedua tangannya.

“Sumpah tak ada lagi…”. Sekali lagi Johan mengangkat sumpah. Dia menggenggam erat tangan tangan isterinya.

“Abang tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Juita kecuali pasal kerja, abang nak jadi suami dan ayah yang baik. Abang nak berubah. Abang dah dapat hidayah. Terimakasih Arrah kerana jadi isteri abang dan ibu pada anak-anak abang. Arrah seorang isteri yang baik, sembahyang pun tak tinggal, abang suka dengar Arrah mengaji. Arrah buat rumah abang ‘bernyawa’. Arrah jadikan rumah abang  macam syurga. Arrah buatkan hati abang sentiasa rindukan Arrah dan rumah kita. Sebab itu bila Arrah tinggalkan abang, abang macam orang nak gila cari Arrah. Lama kelamaan abang malu sendiri. Sepatutnya abang sebagai seorang suamilah yang mesti memberikan contah yang baik tapi sebaliknya pula”. Johan menggenggam erat tangan isterinya.

“Berilah abang peluang Arrah..”. Mata mereka berpadu. Durrah melepaskan keluhan. Mana ada manusia yang  sempurna. Durrah memegang muka Johan.

“Arrah tak berhak nak menghukum abang, itu dosa antara abang dengan Allah. Allah itu maha pengampun. Selagi kita diberi peluang, mohonlah padaNya. Insyaallah, Arrah akan tetap bersama dan mendoakan abang, Arrah tahu abang oleh menjadi seorang suami dan ayah yang  baik” . Johan tersenyum mendengar kata-kata dari isterinya. Hatinya lega kerana Durrah tidak  berperasangka yang buruk dan hubungan mereka kembali seperti biasa”.

“Apalah abang ni, buat malu Arrah aje tau?”. Durrah mula merajuk. Johan pula tidak ketahuan. Kenapa?

“Hari ini kak Asiyah dan abang Zarul sambut anniversary mereka yang ke 10 tahun, bukannya hari lahir anak mereka. Apalah….ada ke patut kita beri dia hadiah permainan?”. Johan mengekek ketawa. Durrah pula panjang muncungnya.

“O.klah tu, sekali sekala apa salahnya dia orang  ‘main-main’”.  Johan menakal. Durrah pula tersenyum melihat telatah Johan.

“Eh! Kenapa abang ikut jalan balik ni? Abang kata tadi nak ajak Arrah shoping?”.

“Eh! Abang ada janji macam tu ke?”. Buat-buat lupalah tu. Johan ketawa. Durrah merajuk. Dia memandang keluar.

Kan tadi dia janji depan Juita, tapi buatbuat lupa”. Durah bersungut sendirian tetapi masih lagi dapat didengari oleh Johan. Johan ketawa dengan gelagat isterinya.

“O.klah sayang, kita pergi shoping, beli baju Arrah dan baju baby sekali. O.k babay?”. Johan meraba lembut perut isterinya


Durrah shoping sakan. 5 helai baju mengandung dirembatnya. Habislah  juga RM1,000.00 duit Johan kopak membelikan isterinya  pakaian dan juga barang keperluan Durrah. Durrah asyik membelek pakaian yang dipilih oleh Johan.  Cantik sangat. Durrah turut sama menyukainya. Bukan sahaja Durrah malahan Johan turut rambang mata, sehinggakan dia tidak tahu mana satu yang akan dipilihnya.
Selepas itu meeka ke bahagian pakaian dan peralatan baby. Johan yang terlebih excited. Habis semua barang nak diborongnnya tetapi Durrah menghalang dan menyatakan padanya bahawa barangan baby tidak elok dibeli sebelum usia kandungan 7 bulan. Ikut petua orang tua-tua. Kasihan Johan, tergambar wajah hampa di wajahnya. Sebenarnya Durrah  juga teruja bila melihat pakaian baby yang comel dan cantik.

“Tak apalah Arrah, kita servey  aje dahulu. Nanti kita beli ‘walker’ ni ye Arrah. Cantik ada permainan dan muzik”. Kata-katanya lebih untuk memujuk hatinya sendiri.

“Apalah abang ni, baby mana boleh naik  walker. Durrah ketawakan suaminya. Tanpa disedari dari jauh ada sepasang mata yang memerhati dengan rasa marah dan cemburu yang membara.



2 comments: