wallpaper

20140525

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 24

Bab  24

Hari yang di lalui di rasa sungguh indah walaupun seharian sibuk di pejabat tetapi sebolehnya di waktu makan malam dan di waktu-waktu yang terluang, mereka kongsi bersama. Makan bersama dan keluar mengambil angin bersama. Kiranya mereka sentiasa mencari masa untuk menyemai cinta. Terasa dunia bagaikan milik mereka berdua.

Di suatu pagi yang dingin Durrah bangun pagi seperti biasa, membuat sarapan pagi dan bersiap untuk ke pejabat.

“Eh! Badan abang panas,"
" abang demam ke?”. Durrah meletakkan tanggannya didahi dan di badan suaminya.

“Abang tak sihat badanlah Arrah, rasanya  tak larat nak bangun, kepala ni sakit, rumah ni macam berpusinglah”. Johan memict kepalanya. Kasihan!Dia benar-benar tak bermaya.

“Kalau macam tu, Arrah pun tak ke pejabatlah, nak duduk di rumah jaga abang”. Rasanya minggu ini tak ada kerja yang mustahak sangat. Minggu depan baru dia sibuk untuk kiraan gaji. Lagi pun cutinya masih banyak lagi, apa-apa pun biarlah si Jehan tu yang ‘cover’. Tangan Durrah mula mengurut lembut kepala suaminya. Johan memejamkan matanya.

Tengahari itu Johan bangun. Durrah menyimpan ketawanya didalam hati bila melihat Johan. ‘Teruk sangat nampak demamnya tapi badan Johan tidaklah panas seperti pagi tadi’.

“Kita ke klinik ye bang?”. Durrah memujuk suaminya.

“Tak apalah, kepala ni sakit sikit aje”. Durrah mengeleng kepala. ‘Takut nak jumpa doktorlah tu’.

“Habis tu abang dah makan ubat?”. Soal Durrah lagi.

“Tak payahlah, sekejap lagi baiklah”. Jawab Johan.

‘Ni kes takut makan ubatlah ni.’ Durrah ke dapur mencapai 2 biji panadol dan segelas air suam.

“Abang makan bubur ayam ni bang, dari pagi tadi abang tak makan apa-apa, kosong perut ni, nanti masuk angin.” Johan hanya menurut arahan isterinya.

“Buka mulut”. Terpaksalah Johan membuka mulutnya bila melihat Durrah menjengelkan  biji matanya. Durrah memasukkan 2 biji panadol dan segelas air ke mulut Johan. Dengan terpaksa lagaknya dia menurut kata.

“Boleh pun….”. Durah memberi pujian.

‘Apalah dah tua macam ni pun takut nak makan ubat.’ Durrah ketawa lagi di dalam hatinya melihat gelagat suaminya.

Selepas 2 Hari demam, selalu pula Johan  tidak sedap badan, kadang-kala kepanya sakit, selera makannya pun kurang.

Seminggu selepas itu, Durrah pula yang tidak sihat. Lain pula rasa badannya. Ada kalannya tekaknya rasa mual, pahit dan tak ada selera untuk makan. Lain macam aje tapi taklah teruk sangat.

“Kenapa menung aje Arrah?”. Tanya Johan.

“Entahlah,  Arrah rasa tak sedap badan aje, lain macamlah rasa badan ni, agaknya berjangkit dari abang kot”. Johan tersengeh.

“Pergilah jumpa doktor”. ‘Ewah! Bagus punya idea, dia sendiri takut jumpa doktor.

“Nak abang temankan?”. Dia menghulurksn bantuan.

“Tak apalah, Arrah nak ke pejabat dulu, kalau rasa lain nanti, Arrah terus ke klinik.” Sebenarnya Durrah pun malas nak jumpa doktor. Bukannya apa, dapat pula doktor lelaki, hensem lagi, segan pula kalau disuruh buka sana sini, tanya pula lebih-lebih. Apalah! Perasan sungguh.

Durrah ke pejabat seperti biasa. Tak selesa rasanya hari ini. Kepalanya pusing semacam.

‘Kenapa ye? Salah makan ke? Apa yang aku makan malam tadi? Tekak pula rasa mual….kenapa ye?”. Durrah memicit-micit kepalanya. Terasa  sungguh malas hendak memulakan tugas. Rasanya disaat ini ada bantal di atas meja, tentunya dia akan meletakkan kepalanya untuk tidur.

“Eh! You ni macam ayam berak kapur aje, kenapa?” Suara Jehan mematikan lamunan Durrah.

“I rasa tak sedap badanlah”.

“So, apa lagi, pergilah ke klinik. Nanti pengsan susah pula.”

“O.k lah”. Malas Durrah hendak bantah perintah bosnya.


Ahli panel klinik syarikat semuanya doktor  lelaki,  Malu pula kalau doktor tu ‘chek’ lebih-lebih. Akhirnya  Durrah  berlegar-legar mencari klinik yang doktornya perempuan.

‘Ah! Jumpa pun, Klinik  Salina’. Durrah mencari tempat parking kereta.

“Assalamualaikum…. Cik, boleh saya tanya? Doktor kat sini perempuan ke?”. Durrah bertanya pada seorang  petugas di kaunter untuk mendapatkan kepastian.

“Ye kak, doktor Salina”. Durrah puas hati.

“Akak nak jumpa doktor ke?”. Durrah menganggukkan kepalanya.

“I.C kak…”

10 minit kemudian Durrah di panggil masuk kedalam bilik rawatan.

“Assalamualaikum  Doktor”. Durrah memberi salam pada doktor di hadapannya.

‘Cantik orangnya, masih muda lagi, rasanya aku pernah terlihat wajahnya tapi dimana ye?’ Durrah bertanya-tanya senddirian. Dalam pening-pening lalat ini fikirannya seakan-akan beku untuk memikirkan siapakah gerangan orang di hadapannya.

“Waalaikumsalam…emm cik Durrah, cik sakit apa?”. Durrah pun hairan, wajah doktor cantik ini seakan berkerkerut, entah palah yang difikirkannya.

Durrah menerangkan satu persatu penyakit yang baru menghinggap dirinya sehingga membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Doktor itu tersenyum. “Dah kahwinkan?  Bila last period?”. Durrah terkasima, ye tak ye juga, dah lama dia tak tanda tarikh period pada kad mini kalendernya.  Setiap kali  bila kedatangan   ‘bulan mengambang’, dia akan mencatatkan tarikh dan  berapa lama  periodnya habis.

 “Entahlah doktor, nanti  sekejap saya tengok kad saya, rasanya dah lama saya tak tanda kad tu”. Durrah membebel sambil tangannya meraba-raba kad yang diselitkan di dalam begnya.

 “Emm….jumpa pun”. Dia menghulurkan kad itu pada doktor.

“Tarikh akhirnya …..”. Doktor itu tersenyum lagi. “Berkemungkinan awak mengandung,  tapi kita perlu buat ujian air kencing untuk memastikannya dahulu”. Durrah pula mengerutkan dahinya. Dadanya pula berdebar.

“Betul ke doktor?, sebelum ni memang pun period saya selalu tak teratur dan adalakanya tak datang sampai 2 bulan. Saya pun mengalami senggugut yang teruk bila period”. Durrah macam tak percaya pula. Doktor Salina tersenyum lagi.

“Rezeki kalau  dah  Allah nak bagi Durrah, tak kira apa pun alasan atau pun halangan. Ada orang tu berpuluh tahun kahwin pun tak di kurniakan anak , ada pula yang bunting pelamin, itu semua rezaki. Walau apapun lebih baik kita buat ujian dahulu”. Durrah mengikut arahan untuk membuat ujian air kencing. Hatinya semakin bedebar kencang. Hilang rasa pening lalatnya.

“Tahniah! Awak mengandung Durrah. Apa yang awak rasa sebenarnya itu salah satu tanda-tanda kehamilan awak. Tak perlulah awak risau. Jaga pemakanan awak , rehat yang cukup dan jangan angkat barang yang berat dan lasak sangat terutamanya  untuk  fasa pertama ini. Kalau awak  rasa tak ada selera sangat nak makan, jangan lupa untuk minum air dan makan buah-buahan. Saya juga akan bekalkan awak vitamin sebagai makan tambahan. Jangan lupa minum susu dan tak kurang penting juga, jaga emosi awak sebab orang mengandng ni emosi kita sering berubah-ubah”. Panjang lebar sungguh doktor Salina memberi nasihat.

‘Ya Allah aku mengandung’. Air mata kesyukuran Durrah mengalir di tubir mata. Ingin berita gembira ini di kongsi bersama semua orang, emak, mertua dan keluarga terutama sekali dengan Johan, suaminya. Sudah pasti Johan gembira dengan berita gembira ini. Bukankah ini yang ditunggu-tunggunya?. Dan yang pasti, biarlah berita gembira ini Johanlah orang  yang pertama akan di beritahu. Durrah yakin dan pasti.
Durrah memicit kepalanya. Dia tersenyum, mulalah fikiran nakalnya datang. Tapi rasanya tak salah jika ingin lebih perhatian dari suaminya sendiri.

“Hello abang”. Durrah terlalu gembira hari ini. Hatinya berlagu riang.

“Ya Arrah, kenapa?”. Suara itu  boleh membuatkan dirinya mabok kepayang. Terasa dirinya benar-benar disayangi. Perasan!

“Abang sibuk tak? Arrah nak  ajak abang makan tengahari sama, hari ni  Arrah cuti”.

“Abang kat luar ni, ada hal dengan client pasal projek”. Durrah melengus perlahan. Hilang semangatnya. Dalam anganannya, dia ingin menyampaikan berita gembira ini kepada Johan sewaktu mereka makan nanti. Dia ingin melihat reaksi suaminya bila mendapat berita gembira ini.

“Tak apalah kalau macam tu, tapi abang mesti balik awal dan nanti kita makan sama  tau?”. Kiranya dia ingin mengajak Johan makan malam di luar sebagai ganti makan tengahari mereka.

“O.klah, abang akan balik awal, tunggu abang ye?”. Itulah janjinya.

‘Ah! Lupa pula, tadi terasa nak makan kat Secret Recipe, sambil tu boleh shoping sikit barang-barang dapur’. Durrah mengusap perlahan perutnya yang masih lagi kempis. Ada senyum di bibirnya.

‘Anak mama nak makan ye sayang?’. Rupa-rupanya apa yang dirasakan sebelum ini mungkin apa  yang orang lain sebut sebagai mengidam. Senyumannya semakin meleba. Tidak sabar rasanya untuk dia berjumpa dengan Johan.

Jari-jemarinya menekan-nekan punat radio.

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Carilah lain untuk ganti
Mengapa bersedih…….
          Patahkan tumbuh hilang berganti
          Lukakan sembuh kalau diubati
          Sayang mengapa dirindu……

Syahdu hatinya bila terdengar suara  Biduanita  Saloma menyanyi. Kalau dahulu airmatanya akan keluar meleleh bila mendengar lagu ini, tapi sekarang tidak lagi. Untuk apa dia bersedih?. Hidupnya sekarang di limpahi dengan kasih sayang  dari Johan sekeluarga dan tidak lama lagi mereka akan menimang cahayamata hasil dari benih kasih sayang mereka berdua. Seperti dalam lagu itu, patah tumbuh hilang berganti, lukakan sembuh kalau diubati. Jika dahulu dia berusaha  mengubati lukanya mungkin tak perlukan 10 tahun untuk lukanya sembuh. Dan dia akui kesilapan dirinya yang tidak merawat lukanya, paling tidak pun dia membuka peluang orang lain untuk merawat hatinya. Apa yang dia lakukan hanyalah menangisi dan meratapi luka di hatinya. Betapa bodohnya dirinya sedangkan orang lain sudah bahagia dan beranak pinak!

Telah lama nama Fazlan tidak menyapanya. Kini, nama Johan Arif telah memenuhi segenap penjuru hatinya. Hanya Johan Arif seorang. Hatinya semakin tidak sabar untuk menanti suaminya. Bagaimanakah reaksinya?. Dia meraba-raba lagi perutnya dengan tangan kirinya. Tangan kanannya masih lagi memegang stereng kereta, matanya masih lagi memandang ke hadapan dan sesekali menjeling cermin pandang belakang. Dia ingin memastikan perjalanannya selamat sampai ke tempat yang ingin di tuju, bukannya ke longkang.

“Terima kasih ya Yaallah atas rahmatmu”. Durrah meraup mukanya dengan kedua tapak tanga. Dia meletakkan kedua-dua jari-jemarinya ke perutnya.

“Tentunya papa suka sayang, dalam perut mama ni ada baby”. Dia terasa janggal bila menyebut dirinya mama. Dia tersenyum lagi bila membayangkan  Johan bersorak  gembira menyambut berita ini. Dalam rahimnya kini ada anaknya, penyambung  zuriat dan keturuna mereka. Tentunya Johan akan berasa bangga kerana dia boleh menjadi seorang seorang ayah, dia lelaki yang sempurna  seperti lelaki yang lain juga. Dan semestinya dengan zuriat ini, berakhirlah penantiannya yang bertahun itu.

TETT……………..

“Ya Allah”. Serta merta Durrah mengurut dada. Rupa-rupaya dia  mengelamun di dalam kereta, lampu dari merah telah pun bertukar hijau. Supaya pemandu kereta di belakangnya tidak lagi marah, segera dia menggerakkan keretanya. Dia ketawa sendiri.

‘Nak makan dahulu, atau nak shoping dahulu?’ Hatinya bersoal-jawab sendiri.

‘Ah! Makan dululah, dah kenyang baru best nak shoping’. Dia mengaturkan langkahnya ke kedai Secret Recipe, tetapi matanya tercacap pada satu pasangan yang tersorok sedikt dari pandangan orang lain, mereka ketawa-ketawa dan saling berpegangan tangan. Jika di ikutkan hatinya, mahu dia ‘belankong’ ke dua-duanya sekali tetapi bila memikirkan yang dia di tempat awam, bukan sahaja Johan yang akan malu, Durrah juga akan turut malu kerana akan di tuduh tak pandai menjaga suami. Akhirnya dengan langkah  yang lemah Durrah melangkahkan kakinya mendapatkan kereta. Seleranya mati dan segala-galanya juga terasa seakan mati. Segala berita gembira yang diperolehinya sebantar tadi tidak lagi bermakna untuknnya. Dia mengesat air mata yang berjujuran di pipi.

Selat Teduh lautan tenang
Banyak berlabuh perahu Aceh
Jangan sugul jangan  kenang
Kalau hati rasa  pedih
Mengapa bersedih…..  

Bagaikan terngianga-ngiang suara saloma menyanyi di telinanya. Pandangannya semakin kabur. Dia memberikan isyarat ketepi.

Durrah menangi teresak-esak di stereng kereta. Kalau tadi dia menangis gembira tapi kini, dia menangis kerana sedih. ‘Sampai hati abang……’. Dia terasa begitu berjauh hati dengan suaminya.


Johan janji akan balik awal. Tungu punya tunggu,  pukul 11.00 malam baru Johan terjengul di rumah. Pulak tu, mukanya macam orang letih dan lesu sahaja. Sakit hati Durrah di buatnya.

“Abang dah makan?”. Sengaja Durrah menyindir

“Dah, dengan client tadi, Arrah dah makan?”. Durrah diam tak menjawab.

‘Em baguslah tu, dia dah kenyang makan dengan nyawanya aku yang kebulur di rumah’. Getusnya. ‘Ewah!  Makan dengan client yang sama ke? Dari  tengahari sampai ke malam?’

“Happy aje nampak?”. Durrah menabur gula-gula.

“Bolehlah, abang dapat satu projek lama, projek ni kalau betul-betul jadi…”. Johan ketawa. Ketawanya mengundang rasa jengkel di hati Durrah.

Kan sekarang ni abang ada projek baru?”. Sengaja Durrah menyabarkan hati. ‘Projek lama tu Azreen ke?’ tapi kata-kata itu hanya berbuku di hatinya.

“Itu projek  baru, ini projek lama abang, sayang nak tinggalkan. Mana sama Arrah”.

“Eh tamaknya!  Dah ada projek baru, yang lama pun nak lagi?”. Durrah mula gelisah.

“Manusia Arrah, mana pernah puas”. Ye. Manusia memang tak pernah nak berasa puas  dengan apa yang ada. Bilamana akan berasa puas? Bila jasad dah dimasukkan ke liang lahat dan mulutnya disumbatkan seketul tanah, masa itulah baru rasa puas kot?

“Antara projek baru dengan yang lama, mana satu yang abang sayang?”. Sengaja Durrah ingin menduga Johan. Ingin melihat apa yang ada di dalam hati suaminya itu. Antara Azreen dengan dirinya mana satu yang menjadi kesayangan suaminya

“Mestilah  projek  abang  yang lama Arrah, projek tu amat bermakna buat abang, macam cinta pertama abanglah katakan….” Ketawa Johan amat menghiris hati Durrah. Dari sinar mata Johan terpamir rasa hatinya yang gembira. Baru kini dia sedar, dirinya bukanlah siapa-siapa  di hati suaminya itu. Patut pun selama ini tidak pernah sekali pun Johan membisikkan kata-kata sayang dan cinta di telinganya.Rupa-rupanya dia hanya tempat untuk Johan melepaskan nafsunya. Kenyataan!. Sememangnya amat memeritkan, tapi itu adalah kenyataan yang sebenar. Durrah bangkit dari katil.

“Arrah pergi klinik tak?”. Pertanyaannya itu bagaikan seorang suami yang amat memahami tapi tiada ertinya lagi buat Durrah.

“Pergi”. Jawab Durrah dengan perlahan.

“Doktor kata apa?”. Johan mencapi tuala mandi yang ada di penyidai.

“Darah naik, tu yang pening kepala”. Macam nak tak nak sahaja lagaknya. Merajuk!

“Ha?, kenapa?”

“Panas luar dan dalam”. Johan ketawa

“Bahaya tu…”. Durrah buat-buat tak dengar, dia ke dapur manakala Johan ke bilik mandi.

Durrah benar-benar berkecil hati. Apalah malang nasibnya, rupanya sukar menagih cinta dari seorang lelaki walaupun dari  suaminya sendiri. Dia mengesat airmatanya dengan belakang tangan. Sedari tengahari tadi hatinya terlalu sensetif. Dia mengesat hidungnya pula. Perutnya benar-benar berkeroncong. Walaupun dia tiada selera tetapi dia harus makan supaya insan  yang bernyawa di dalam rahimnya ini tidak terdera.

‘Maafkan mama sayang’. Bisiknya sambil tangannya mengulas lembut perutnya yang masih lagi kempis. Durrah mengambil mangkuk lalu dituangkan air panas. Dia meletakkan mee segera, ditutupnya mangkuk itu supaya mee segeranya cepat kembang. Dia mengambil cawan lalu menuangkan susu dan air suam, kacau. Siap!. Makan malamnya hanya segelas susu dan semangkuk Mee segera perasa tomyam. Hanya ini sahaja rezekinya malam ini. Barang-barang basah di dalam peti aisnya telah habis. Sepatutnya mengikut perancangannya tengahari tadi selepas makan di Secret Recepi, dia akan membeli barang-barang basah dan kering kerana telah kehabisan stok di rumah. Tapi lain pula yang jadi.

Justeru itu tepatlah  apa yang dikatakan oleh orang, kita merancang tapi Allah yang tentukan. Adakah mogok laparnya dari tengahari sehingga ke malam  ini dan kini dia hanya makan mee segera adalah ketentuan Allah? Pening! Pening!

“Kenapa Arrah makan mee segera aje? Arrah belum makan lagi ke?”. Melihat Durrah tidak memberi reaksi, Johan ke dapur membuka periuk dan dia membuka peti ais. Kosong! Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Teringat ajakan Durrah untuk makan tengahari dan teringat tentang janjinya pada Durrah untuk balik awal untuk  makan malam di luar. Dia menepuk dahi. Sangkanya dia tidak melakukan kesalahan kerana melihat reaksi Durrah yang biasa sahaja berlainan dengan reaksi Azreen kalau dia terlambat atau mungkir janji, belum duduk lagi, satu peluru berpandu akan sampai dahulu ke telinganya.

“Dulu Arrah kata tak baik makan mee segera, jomlah kita keluar makan…”.Johan mati kutu bila melihat Durrah dengan selamba makan sehingga habis dan membawa mangkuk serta cawan yang telah kosong ke sinki.

“Reen…”. Secepat kilat Johan menutup mulutnya sendiri bila dia menyedari dia tersalah memanggil isterinya. Entah  macamanalah nama Azreen terkeluar dari mulutnya, mungkin sebentar tadi dia memikirkan sikap panas baran Azreen terhadapnya dahulu. Dengan muka yang tak bersalah Durrah lalu di hadapannya  menuju ke bilik. Pautan tangannya di lengan Durrah di tepis lembut oleh isterinya. Johan menggaru kepalanya. Dengan keluhan berat dia memadamkan lampu dapur dan memeriksa semua pintu agar berkunci sebelum melangkahkan kakinya ke bilik.

Durrah memalingkan badannya ke dinding. Dia mengesat lelehan airmatanya. Dia benci dengan situasi malam ini. Sepatutnya malam ini adalah malam yang gembira buat mereka tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Hatinya semakin sakit bila suaminya memanggil nama orang lain sedangkan dia dihadapan suaminya itu. Nampak sungguh suaminya itu benar-benar mencintai bekas isterinya walaupun tiada di hadapan mata, tetapi di hati dan di bibirnya nama itu masih lagi bernyawa.

“Arrah, maafkan abang, abang tak bermaksud nak lukakan hati Arrah”. Johan memaut isterinya supaya berpaling tetapi Durrah mengeraskan badannya. Johan mencium ubun-ubun di kepala Durrah. Dia mencium lagi pipi hingga ke leher isterinya tetapi Durrah mematungkan diri.

“Berdosa Arrah kalau tidur membelakangkan suami”. Johan memujuk. Dia berharap agar Durrah berpaling. Tapi Durrah buat tak dengar. Johan mengeluh kecil. Dia memeluk Durrah dari belakang, melata-latakan bibirnya di segenap ruang yang ada pada isterinya tapi Durrah bagaikan patung cendana.

‘oh! Kalau aku berdosa? Kau tu bergendut dengan bekas janda kau tak apa?’ Durrah melepaskan kutukan hanya dalam hatinya sahaja, bimbang jika di luahkan nanti sudah dianggap jadi isteri yang derhaka.


“Nanti esok kita lunch sama-sama ek?”. Johan masih lagi memujuk tapi  Durrah buat-buat tak reti. Dia mengeluh lagi. Tak disangkanya keras juga hati isterinya ini.

No comments:

Post a Comment