wallpaper

20140531

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 25


Bab  25

Sejak peristiwa tempohari, hubungan dia dengan Durrah agak dingin. Makan tengahari yang dijanjikan berlalu begitu sahaja. Durrah tidak menjawab panggilan telephon darinya. Dan hari-hari selepas itu pun begitu juga. Dia mengeluh. Perkara yang kecil tak sepatutnya di perbesarkan.

Johan memicit-micit kepalanya. Sejak kebelakangan ini keadaan dirinya tak tentu arah rasa. Dia benar-benar tidak selesa.

‘Kenapa aku ni? Sejak akhir-akhir ni kepala aku asyik sakit, tekak aku lain rasanya. Tadi nak sangat makan kat restoren mamak ni, bila maasuk aje terasa nak muntah pula…’. Johan bersungut sendirian. Terkocoh-kocoh dia dia keluar dari restoren itu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

“Opssss….sory saya tak sengaja..”. Johan meminta maaf, '
'tanpa di sedari dia terlanggar orang.

“Hei Johan! apa yang kelam kabut ni?”. Terdengar namanya diseru  seseorang. Dia masih lagi memicit kepalanya yang berpinar.

“Ya Allah, kau rupanya Farid, aku ingatkan siapalah yang aku langgar tadi”. Johan ketawa, rupa-rupanya dia terlanggar sepupunya sendiri.

“Kau nak ke mana ni? Tergesa-gesa sampai aku pun kau tak nampak?”. Farid bertanya. Senyumnya masih di bibir. Entah apalah yang di senyumkan oleh Farid ni.’

“Aku bukannya apa, tadi perut aku bukan main lagi lapar nak makan kat sini, tapi bila tiba aje kat dalam tu, lain pula baunya, tu yang aku rasa macam nak termuntah aje…aku apa lagi tak pandang kiri kananlah…”Johan masih lagi memicit kepalanya. Sesekali dia memicit tengkoknya.

“Aku rasa lain macamlah Farid…”Johan mengadu, memandangkan Farid seorang doktor tentunya dia dapat membantu. Johan mengesat pula lehernya. Mungkin tekaknya juga tidak selesa.

“Kau dah pergi klinik? Chek up?”. Johan mengganggukkan kepalanya.

“Dah, tapi doktor kata aku o.k aje, tekanan darah aku semuanya o.k. tak ada masalah pun. Aku pun tak tahulah kenapa, dah beberapa minggu macam ni, rasa macam nak mati aje, tak tentu arah aku dibuatnya. Pening kepala aku, tekak aku pun semacam aje…loya pula tu terutamanya waktu pagi.” Kata-kata dari Johan itu di sambut oleh Farid dengan ketawa yang kuat.

‘Apa hal ni? Aku macam nak mati, boleh pula  dia ketawakan aku, doktor apa macam ni?’. Johan bersungut sendirian. Kecil hati dengan sepupunya.

“Tak  ada apa-apa yang perlu kau riaukan, tu cuma morning sickness aje tu, wife kau macamana?”. Johan terpinga, dia tidak dapat  menangkap maksud dari Farid.

“Aku tengok dia o.k aje”. Johan masih lagi termanggu, Farid  masih lagi ketawa.

“Well  come to father hood club my cousin, wah! Tak sia-sialah kerja keras kau selama ini ye? Tentu  mak  Jarah melompat ni, berbaloilah kalau kau yang kena penyakit hasil dari perbuatan kau sendiri”. Semakin galak Farid ketawa dan menyakat sepupunya. Dah lama dia tak mengusik Johan. Sebenarnya dia juga tumpang gembira bila isterinya memberitahu yang isteri Johan mengandung.

“Eh! Macamana kau tahu?”. Dia terperanjat dengan berita ini. Macam tak percaya pula.

Salina beritahu aku, dia yang check up wife kau…”. Johan termanggu-manggu. Sukar untuk dia menterjemahkan perasaannya di ketika ini.

‘Benarkah aku akan menjadi seorang ayah? Ya Allah, kalaulah betul apa yang Farid kata…., syukur Alhamdulillah…, Arah, kenapa Arah tak beritahu abang?’ Johan berkata-kata sendirian.


Rasa bersalah merantai jiwa.  Bersalah rasanya tidak memberitahu Johan tentang kandungannya ini.

‘Bukankah abang Johan ayah kepada anakku ini? Tapi abang Johan bercadang nak kembali semula  pada jandanya. Bagaimana pula dengan aku? Sanggupkah nanti aku bermadu?. Walaubagaimana susah pun  nanti terpaksalah  aku  terima. Biarlah aku derita asalkan anakku punya ayah dan hati emak tidakku calarkan. Untuk aku  menjadi janda dalam usia yang muda, sungguh ianya akan  menyukarkan perjalanan hidupku kelak, sama seperti emak. Masyarakat selalu memandang serong pada perempuan yang berstatus ibu tunggal. Walaupun sebutan telah berubah dari janda ke ibu tunggal, tapi tanggapan masyarakat tetap tak berubah. Biar 1,000 tahun lagi aku rasa tanggapan itu masih lagi sama.

Tetapi bolehkah Azreen menerimanya? Tentunya wanita moden dan anngun sepertinya tidak mahu bermadu. Untuk mengikat abang Johan dengan aku semata-mata kerana anak ini,  adalah tidak adil untuk abang Johan, dia tak mencintai aku. Tapi…..benarkah abang Johan tidak mencintai aku????’  Durrah bersoal jawab sendirian. Memikirkan apakah relevennya dia  menyembunyikan kandungannya dari diketahui oleh suaminya.

Kepulangan Durrah disambut oleh Johan  petang ini di depan pintu. Didakap isterinya penuh kasih. Diberikan ciuman dipipi kanan dan kiri. Durrah menerutkan dahinya. Pelik!

‘Buang tabiat apa ke dia ni? Apa halnya balik awal pula hari ni, selalunya selagi matahari tu tak terbenam, jangan haraplah suaminya sampai ke rumah.’ Durrah membebel sendiri.

“Arrah, malam ni Arrah tak payah masak. Kita makan kat luar malam ni”. Durrah memberikan senyuman gembira sebab tak perlulah dia masak malam ni. Letih sungguh badan dan otaknya hari ini.


Johan membawa isterinya makan di hotel Summit, Subang Jaya. Johan makan dengan penuh berselera. Masak lemak telur itik dengan pucuk ubi, ikan masak lempeng. Durrah hanya makan sedikit sahaja. Tidak berselera. Sebenarnya dia malu kerana asyik diperhatikan oleh suaminya, macamlah dia ada melakukan kesalahan…Em…., memang pun ada….

“Kenapa abang  pandang Arrah macam tu?”. Durrah tak suka dengan pandangan dari suaminya malam ini. Lain benar rasanya ataupun memang orang yang membuat salah akan merasa begini?

“Kenapa? Takkanlah nak pandang isteri sendiri pun salah?”. Johan menjongketkan dahinya. Dia sengaja ingin mengusik isterinya. Sebenarnya  dihatinya sudah tidak sabar ingin mmendengar dari mulut isterinya sendiri bahawa dia akan menjadi seorang ayah tak lama lagi. Berita yang terlalu lama ingin di dengar dari mulut seorang isteri. Dahulu semasa bersama Azreen dia tak berpeluang. Oh! Lupa, ada, diwaktu itu Azreen ada mengandungkan anaknya tetapi Azreen telah menggugurkan kandungannya kerana mereka belum bernikah lagi.

Johan terus menanti dan hanya memandang isterinya makan dengan penuh berhati-hati, macamlah makan di meja pengantin. Dia mengeluh!...Hampa.


“Abang tengok sehari dua ni, Arrah diam aje tak mahu cakap apa-apa pun kat abang, kenapa? Arrah masih marah pada abang?. Abang minta maaf kalau buat Arrah marah.” Tanya Johan sewaktu dia membaringkan badannya di sebelah Durrah.

“Saje aje, tak ada apa yang nak di cakapkan”. Jawab Durrah.

‘Nanti semakin banyak yang di cakapkan, semakin sakit pula hati aku’. Sambung lagi didalam hatinya.

“Arrah sakit ke? Nanti kita pergi klinik chek-up”. Usul Johan.

“Tak payahlah, Arrah o.k aje”. Johan mendengus bila mendengar jawapan dari Durrah itu.. Dia memalingkan badannya membelakangkan Durrah.

Dia tidak faham mengapa Durrah harus menyembunyikan kandungannya. Hati Johan mula terasa marah. Sepatutnya  dia ingin menjadikan malam ini adalah malam yang paling indah buat mereka. Sebelum mereka keluar makan malam tadi, sempat dia mengatur rancangan di dalam kepalanya. Dia bercadang ingin membawa Durrah bersiar-siar ataupun  membelikan Durrah sesuatu selepas isterinya memberitahu tentang kandungannya. Tapi lain pula yang jadi. Dia terus membawa Durrah pulang selepas mereka makan malam bila Durrah masih mendiamkan diri.

Johan tidak faham mengapa isterinya menyembunyikan berita yang mengembirakan hatinya. Hatinya mula berperasangka yang bukan-bukan, tetapi dia cepat beristifar didalam hati. Tak mungkin isterinya bermukah dengan orang lain di belakangnya. Kalau isterinya mengandungkan anak orang lain, mengapa pula dirinya yang mabuk darat?. Johan menggaru-garu kepalanya yang tak  gatal. 

Dengan perlahan dia memusingkan semula badannya mengadap Durrah. Dalam cahaya suram lampu tidur, lama direnung raut wajah isterinya yang lena. Tenang! Wajah itu tetap tenang tanpa  rasa bersalah. Johan mengeluh lagi. Dalam rasa marah, ada rasa kasih. Dia memahatkan satu kucupan  di dahi isterinya sebagai tanda kasih.

“Kalau Arrah berlakon  drama, abang pun nak jadi pelakon tambahannya, nanti kita tengok siapa yang dapat awardnya”. Bisik Johan . Dia mengeratkan pelukannya, tangan kanannya diatas perut Durrah. Dia tersenyum sendiri. Isterinya tidur dengan nafas yang beralun tenang. Johan tidur dengan senyuman dan penuh dengan anganan.

  
  








No comments:

Post a Comment