wallpaper

20150105

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 55



Bab 55

Johan tersandar keletihan dikepala katil. Badannya terasa terlalu letih. Dia mencapai surat khabar di atas meja kopi disebelah katil. Tiba-tiba tangannya berhenti dihelain muka surat 3. Teringat ada satu perkara lagi yang penting untuk dia laksanakan. Dia mencapai handphone lalu ke anjung rumah. Hujung matanya terlihat Azreen yang hanya bertuala mandi sedang keluar dari bilik mandi.

Pada pukul 8.00 atau 9.00 malam pada setiap malam, Johan akan menelepon isterinya dikampung untuk mengetahui perkembangan mereka berdua disana. Sambutan dari isterinya dirasakan semakin dingin. Tempohari Johan sangkakan hubungan mereka berdua semakin baik tetapi nampaknya keadaan tidak berubah malahan semakin retak. Johan tak tahu
apa lagi yang perlu dia buat. Kadang-kala dia berasa putus asa dengan Durrah. Namun Johan tetap tidak berputus asa dan berdoa pada Allah, hanya itu yang tinggal.

Mata Johan memandang isterinya yang masih lagi membelek muka dicermin. Dia tersenyum sendirian. Azreen masih lagi cantik seperti masa zaman remajanya dahulu. Walaupun usianya semakin meningkat tetapi kecantikan yang dia miliki seperti tidak dimamah usia dan kecantikan itulah yang pernah membuai perasaanya sehingga kini, walaupun Azreen pernah melukai hatinya tetapi rasa cinta untuk Azreen tidak pernah habis, masih bersisa dan dengan sisa-sisa cinta itu mereka menjadi suami-isteri semula sehingga kini.

Sememangnya kecantikan Durrah tidak dapat menandingi kecantikan Azreen. Tetapi Durrah mempunya kecantikan hati. Dia memejamkan matanya membayangkan Durrah dan mengingati saat-saat bahagia mereka bersama. Sekali pandang, wajah Durrah macam bermasalah atau lebih tepat lagi dia mempunyai raut wajah ‘sedih’ ditambah pula dengan matanya yang sayu tetapi dia sebenarnya seorang yang suka ketawa dan pandai bergurau. Durrah pandai memasak. Dirumah walaupun mempunyai pembantu rumah, Durrah sendiri yang akan memasak dan melayannya dimeja makan, membasuh pakaian dan menggosok pakaiannya.

Pernah Johan melarangnya tetapi menurut Durrah, setiap apa yang dilakukan oleh seorang isteri terhadap suaminya dengan penuh ikhlas, Allah akan memberi ganjaran yang besar. Isterinya itu tidak mahu segala pahala jatuh kepada bibik sebab bibik yang buat semua kerja. Johan hanya ketawa. Isterinya itu sangat taat dengan perintah ugama, sentiasa menghormati dan tidak meninggikan suara bila mereka bergaduh. Bergaduh?  Johan mengelengkan kepalannya. Rasanya dia tidak pernah bergaduh, kalau ada pun selalunya Durrah yang akan mengalah dan berdiam diri. Rasanya dia tidak sabar untuk menanti hujung minggu untuk berjumpa dengan Durrah dan Juddin.

“I nak you ada sama masa pelancaran “Festival Fesyen Sedunia” hujung minggu ni, hari Sabtu dan Ahad”. Mata Johan yang  tertutup terbuka semula bila mendengar arahan dari isterinya. Dengan pantas dia memusingkan kepalanya melihat wajah isterinya dibalik cermin, masih lagi membelek muka. Isterinya itu jika membelek cermin, mana cukup satu jam!.

“Tak boleh, you kan tahu I balik kampung tiap hujung minggu. Lagipun I bukannya minat sangat dengan  benda-benda mengarut tu. Kalau I tak ada pun acara tu tetap berjalan kan? Selama ni pun manalah I temankan you”.  Azreen mendegus! Dia melabuhkan punggungnya dengan lagak ganas disebelah Johan. Tak suka jika suaminya itu membangkang kata-katanya.

“Itu tak apa, tapi kali ini you kena ada sebab kali ini I dapat peluang dalam festival ini. Hei, you ingat senang nak dapat peluang besar macam ni?. Satu dunia berkumpul untuk festival ini tau?. Macam-macam orang ade….”. Ujar Azreen dengan penuh bangga.

‘Peduli apa aku? Ada aku kisah?’. Johan mencebikkan bibirnya.

“You tak boleh excuse, kalau you tak ada tahulah you I kerjakan. Tak dapat you, anak atau bini you tu I kerjakan. You tahu kan I ni boleh buat kerja gila?”.Azreen sakit hati bila mellihat Johan mencemikkan bibirnya.  Buntang mata Johan melihat isterinya. Dia mendegus! Dia tahu perangai gila isterinya itu jika kemahuannya tidak dipenuhi.

“You ni tak sudah-sudah cari pasal dengan I. you tak kesian langsung dengan I, asyik ikut kepala batu you aje….susahlah macam ni.” Luahan hati Johan. Azreen mencebikkan bibirnya pula. Peduli apa dia? Dia pasti Johan tidak ada pilihan dan terpaksa menurut perintahnya. Dia tersenyum kemenangan. Dia memandang suaminya yang tidur membelakangkan dirinya.

‘Em…marahlah tu…’. Dia terlepas satu peluang malam ini.

“Jo….”. Azreen mengurut lembut belakang badan Johan. dia tahu walau macamana pun marah Johan terhadapnya pasti Johan melayannya sebab isterinya yang satu lagi tu dalam keadaan bahaya (lampu merah).


Durrah mencecah biskut lemak dengan air milo kemudian dengan perlahan dimasukkan biskut itu kedalam mulutnya. Matanya tercacap ke kaca TV. Mukanya dikerutkan, pandangan matanya diberi tumpuan pada acara yang sedang ditayangkan.

‘Festival Fesyen Sedunia? Patut pun abang Johan tak balik.’ Dia berkata-kata sendirian. Semalam suaminya tetah memberitahu yang dia tidak dapat pulang hujung minggu ini kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Rupa-rupanya inilah halnya.

“Johan tak balik minggu ni Arrah? Dah hari sabtu tak sampai lagi. Selalunya petang semalam lagi dia dah sampai”. Salmah duduk di sofa sebelah anaknya.

“Eh, cerita apa ni?”. Salmah memakai cermin matanya. Dia akan memakai cermin mata bila membaca atau menonton TV.

“Entah, kita tengok cerita lainlah mak. Mengarut aje cerita ni”. Tangannya laju mencari siaran yang lain. Baginya tiada faedahnya melihat fesyen pakaian yang ditayangkan. Nak buat apa?. Marahkan Johan punya pasal, ‘removed control’ jadi sasaran. Salmah hanya memandang anaknya bangun dan membawa minumannya kedalam bilik. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba  putting beliung pula tiba. Dia memungut ‘removed control’ yang dibalingkan oleh anaknya.

Durrah menangis didalam bilik. Sebaik mungkin dia menahan tangisannya supaya tidak didengari oleh emaknya. Emaknya telah berpesan supaya banyak bersabar dan tenangkan diri. Jangan dibebankan fikiran itu, bimbang dirinya meroyan pula. Tetapi ada kalanya hatinya terlalu sakit dan pedih. Hatinya disakiti oleh suaminya. Sakitkan bila hati kita disakiti oleh orang yang kita sayang?. Durrah tak dapat bayangkan bagaimanakah kesudahan hidupnya nanti.

Mestikah dia sahaja yang selalu beralah?. Mestikah dia membiarkan dirinya selalu ditindas? Adakah dia mahu nasib Judin juga begitu?. Pening kepalanya memikirkan masalah hidupnya. Kenapa hidup mesti ada masalah?

“Arrah, Arrah, bangun. Ya Allah, kamu ni tidur macam batang kayu, Juddin menangis pun kamu tak sedar…”. Membebel Salmah. Durrah terpisat-pisat bangun. Dia tidak sedar entah bila dia terlena.

“Kat luar tu emak mertua kamu dengan Jasmin datang, bersiaplah lepas tu keluar”. Salmah memberi arahan. Dia mengendong cucunya sambil memberi susu botol. Juddin telah diajar minum susu formula sekali sekala, bukannya apa, Durrah akan bekerja semula selepas habis pantang nanti.

‘Macamlah nak pergi ke pekan perlu bersiap…’. Dalam protes dia merapikan juga muka, rambut dan pakaiannya. Pantang emaknya melihat dia selekeh dalam berpantang ni. Walaupun dalam berpantang, segala pantang larang mesti dijaga. Pakaian mesti selalu ditukar ke pakaian yang bersih. Ubat mesti dimakan. Dalam keadaan sakit, bila keadaan tidak terurus, diri akan merasa lebih sakit.

“Arrah sihat? Nampak badan dah segar sikit”. Durrah menyambut salam yang dihulurkan oleh adik ipar dan mertuanya.

“Alhamdulillah…sihat. Berdua aje? Mana budak-budak?”. Durrah memandang Jasmin membelek anaknya. Sekali-sekala dia mencium anak saudaranya itu.

“Budak-budak ayahnya bawa ke pekan. Kalau dibawa kesini, habislah Juddin ni kena buli, kan sayang?”. Jasmin mencium lagi si Juddin. Juddin mengeliatkan badannya tanda tidak suka dibuat begitu.

“Habis rupa abang Johan kan mak? Tengok rambut dia ni. Tercacak macam bulu landak…”. Jasmin mengurut lembut kepala anak saudaranya.

“Emm….dah anak dia. Jangan ikut perangai ayah kamu tu Juddin nanti pening kepala emak kamu tu nanti. Ni kemana perginya Johan tak nampak batang hidung dia pun?”. Mata cikgu Jarrah melilau mencari anaknya. Selalunya tiap hujung minggu anaknya pasti balik melihat anak dan isterinya.

“Minggu ni abang Johan tak dapat balik mak, dia ada kerja katanya”. Jawab Durrah. Jasmin memandang Durrah. Air muka Durrah berubah. Jasmin tahu mungkin Johan menghadiri ‘Festival’ itu. Tapi apa pentingnya Festival itu buat abangnya. Selama ini pun abangnya itu bukan kisah dengan benda megarut macam itu. Kalau Azreen tu lainlah? Atau ?????

“Apa jugalah yang penting tu, hari lain tak boleh ke buat? Ni mesti pasal perempuan sorang lagi tu…saya memang tak setuju mereka rujuk semula”. Cikgu Jarrah melepaskan geramnya.

“Biarlah mak, memang dah jodoh mereka”. Durrah malas nak fikir banyak. Baginya biarlah Johan buat apa yang dia suka dan dia juga akan buat apa yang dia suka. Adilkan? Cikgu Jarrah dapat mengesan nada rajuk dalam suara menantunya itu. Dia melepaskan keluhan. Dia bimbang jika rajuk Durrah tak mampu untuk  Johan pujuk.

“Minumlah cik besan, air bujang aje, Jasmin jemput minum”. Salmah menghulurkan air dan biskut.

“Tak payah susah-susah Salmah, kami dah pun minum dari rumah tadi”. Dalam berbahasa cikgu Jarrah mencapai juga secawan air kopi.

“Ni yang best ni, air kopi cecah dengan biskut kepala Begaim, kat KL tak ada biskut ni..”. Mereka semua ketawa lalu terkeluarlah cerita tentang biskut kepala Begaim hilanglah sebentar cerita tentang Johan. Berlainan pula dengan Durrah. Biskut kepala Begaim mengingatkan lagi dia pada suaminya.

“Johan dah beritahu kamu Arrah bila dia nak buat Aqiqah dan cukur jambul si Juddin ni?”. Durrah menggelengkan kepalanya.

“Entahlah mak, abang tak cakap pun lagi dengan Arrah”. Jawab Durrah degan tulus. Johan tidak pernah membangkitkan hal ini lagi dengannya.

“Bertuah punya anak. Ayahnya suruh confirmkan nanti senang dia nak tempah kambing buat Akikah. Imam pun nak kena boking juga, dia tu selalu sibuk. Kalau nak suruh ayahnya bacakan doa boleh juga tapi doa makanlah….”. Berderai mereka semua ketawa dengan lawak cikgu Jarrah. Salmah tidak menyalahkan Johan jika dia tidak berbincang dengan isterinya kerana dia tidak diberi peluang untuk berbincang. Durrah dengan perangan pendiamnya.

Durrah tidak tahu pun perancangan Johan dengan ayahnya. Tidak pula Johan bercerita dengannya. Mungkin juga suaminya itu lupa. Durrah malas hendak memikirkan hal itu. Mungkin juga lepas habis berpantang nanti dia akan ke bank melihat baki duitnya.  Dia masih dibayar gaji walaupun dia cuti bersalin. Mungkin duit itu nanti dia boleh gunakan untuk membeli 2 ekor kambing buat aqiqah Juddin. Jika dia tidak cukup duit untuk membuat kenduri, cukuplah sekadar harga 2 ekor kambing dia sedekahkan ke rumah anak yatim sebagai aqiqah Juddin. Bolehkan?

16 comments:

  1. Siannya... Rasa nak lepuk jer si Azreen ngan Johan nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.....sakit hati kan? bukan senang nak dapat payung mas....tq liza

      Delete
  2. Pada saya,Johan seorang lelaki dan suami yang sangat dayus.Disebabkan rasa kasih yang lebih terhadap azreen serta rasa berdosa kerana pernah berzina serta menyuruh azreen menggugurkan anak luar nikah mereka hingga menyebabkan azreen mandul semasa mereka belajar di luar neheri dulu tealah menyebabkan Johan bersikap sambil lewa serta tidak adil dan menyebabkan durrah makan hati.Kalau saya ditempat durrah ,saya terpakasa mengambil keputusan sama ada stay n fight hak dia dgn johan,menjadi lebih aggresive dari azreen .ORG SEPERTI AZREEN PERLU DIAJAR DAN ORG SEPERTI JOHAN PERLU DIDERA EMOSINYA BIAR DIA PENING DENGAN 2 ORG BININYA......atau minta cerai dan lepaskan johan kerana selamanya dia akan terus berdosa dengan sikap tidak adil serta DAYUSnya yang membiarkan azreen mengugut untukmengangg durrah dan anaknya .BUKAN DURRAH YANG MENYEBABKAN PERCERAIAN AZREEN JOHAN TAPI KECURANGAN AZREEN LAH AKIBAT SEBENAR PERCERAIAAN MEREKA.ITUPUN ATAS IZIN DURRAH ISTERI PERTAMA.MASIH BONGKAK TAK SEDAR DIRI.DAN SIBACUL DAYUS JOHAN MASIH GAGAL MENDIDIK AZREEN......Ujudkan watak hero kedua yang lebih tinggi dan hebat statusnya tanpa perlu bergantung sumber pada perempuan seperti johan untuk memikat durrah dan boleh menerima anaknya hingga durrah berkahwin semula.Masa tu biar Johan sasau .Itu kalau sayalah ditempat Durrah.....apa pendapat yang lain pula......

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum Niza dan para pembaca semua.
      Menambat hati suami adalah dengan tolak ansur, kasih sayang dan hormatinya bukannya dengan membentak-bentak. Justeru itu, hati Johan tertambat pada Arrah dan jatuh sayang. Kisah silam Johan memang buruk tetapi tidaklah menyuruh Azreen menggugurkan kandungannya malahan dia mengajak Azreen berkahwin tetapi disebabkan si sengal Azreen tak mahu menjadi ibu dan isteri diwaktu itu, dia menggugurkan kandungannya. Sebenarnya Azreen ada mengandung selepas mereka berkahwin di Malaysia tetapi sekali lagi Azreen menggugurkannya tanpa pengetahuan Johan (ada dalam bab yang akan datang. sudah pun tersedia. tunggu......)
      Johan bukanlah suami yang jahat sangat dan selalu melebihkan Azreen, dia berbuat begitu sbb tak mahu si psiko tu buat hal dan menganggu Durrah. Anggapan Johan, Durrah faham dan boleh bertolak ansur
      Johan sangat menyayangi Durrah sbb dia isteri yang tak banyak kerenah dan menyenangkan. Johan lebih terasa aman bila berada di samping Durrah. Bila terlalu sayang, rasa cemburu itu berlebihan, maka Johan tak mahu Durrah di dampingi dan disayangi oleh orang lain. sebagai seorang suami, hanya dia sahaja yang berhak terhadap isterinya.
      Kesibukan Johan dengan kerjanya (terpaksa pikul tugas kawan a.k share partner nya yang sedang gila bercinta - baligh kali ke2, membuatkan Johan semakin sibuk dan diburukkan lagi dengan kehadiran Juita - si kekasih lama, lebih memburukkan lagi keadaan walaupun sebenarnya tiada apa antara mereka tetapi sebuah prasangka yang boleh meruntuhkan sebuah empayar....
      Salah sangka, salah percaturan dan salah rasa, ianya punca rasa kecewa. Durrah juga akan minta cerai dari Johan walaupun dia sangat sayang pada suaninya (sapa tak sayang laki oiii...) tapi tak adalah setragis cadangan dari Niza itu, cuma rajuk-rajuk manja aje kalut sikiy pun bila si Johan bawa lari anaknya...
      Emm... cadangan dari Niza itu amat menarik. MET dah mula fikirkan dan bayangkan. Insyaallah MET akan selitkan adegan yang difikirkan menarik pada skrip yang telah sedia ada cuma mengambil masa sedikit. boleh???????
      terimakasih pada semua..babaie...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tersilap tekan.sebenarnya nak tulis minta cik penulis kita ni kalau boleh cepat cepat lah update selalu ye...tak sabau sabau menunggu buah tangan cik penulis.sori juga sebab banyak sangat typing error di komen saya diatas.chaiyok chaiyok !!!!!....ganbate !!! HI HI HI HI !!!!

      Delete
    2. lp full selalu....ni pun minta menyelit sekejap dari budak-budak ni....

      Delete
  4. thank you for the chapter. please sambung cerita secepat mungkin.

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru Puan writer,harap saya tidak terlewat untuk mengucapkannya.

    Kerana kekangan waktu santai,beberapa bab terakhir saya baca secara marathon kelmarin dan telahan saya gagal dengan watak Juddin, fikirkan dia sebagai second hero,rupa2nya anak Johan..dan kisah bestfriend Johan bersama scandalnya ada sambungannya tak?

    Juga saya setuju dengan penjelasan puan writer diatas, kesimpulan dan pencerahan yang lebih rasional itu lebih enak untuk direnung bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt tahun baru juga buat tifah. second hero adalah ammar, anak kacukan arab. dlm skrip akn dtg, watak ammar tlh ditamatkan tpi bila fikir unjuran dari niza, buatkan met nak jadakan si ammar sebagai pesaing. amacam??????

      Delete
    2. tentang besf pren si johan tu, ada kisahnya. tunggu.....

      Delete
  6. seperti Aniza, saya juga menunggu fasa 'second hero' diwujudkan. Kiranya ammar berjaya meraih undian tertinggi dihati sang penulis sebagai pencetus kontroversi untuk mencantik dan melunakkan jalan penceritaan ,ya harus diteruskan

    ayuh penulis,bak kata Aniza.."bikin johan jadi sasau"....chaiyok

    ReplyDelete