wallpaper

20140319

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA-Bab 12

Bab 12

Sepatutnya malam ini, malam ‘berinai besar’ tetapi disebabkan Durrah bernikah esok hari, maka malam ini tidak di adakan majlis berinai besar. Durrah bernikah pukul 10 pagi esok dan terus sahaja hari langsung.
Cuma petang tadi sebelum waktu magrib mak andam datang untuk ‘mengandamkan.’ Durrah.Menurut emaknya ianya untuk upacara untuk menaikkan seri pengantin. Durrah hanya mengikut sahaja, tidak membantah bimbang emaknya berkecil hati. Biarlah emaknya buat apa yang di fikirkan perlu. Maklumlah Durrah anak sulung dan tentunya emaknya gembira nak menyambut menantu sulung. Tentu emaknya inginkan perkahwinan Durrah sama seperti perkahwinan anak-anak dara  orang lain di kampung ini, walaupun  Durrah tidak ada ayah.

Salmah menemani mak andam ke bilik. Durrah di arahkan duduk berteleku di depan mak andam selepas mandi dan membersihkan diri. Durrah ketawa kecil bila melihat mulut mak andam terkumit-kumit membaca mentera lalu disemburkan ke muka Durrah, dilalukan seketika dengan asap bara, kemudian itu anak rambut  Durrah di pintal dan diikat sedikit di kiri dan kanan di tepi telinga.  Durrah memandang emaknya. Salmah senyum meleret, tidak Durrah tahu apa sebabnya.

Mak andam turut ‘menepung tawar’ seluruh setiap penjuru rumah. Katanya untuk menghalang segala macam ‘benda’ yang kurang baik dari menganggu perjalanan majlis ini dan kedua pengantin baru. Durrah  hanya mengiyakan sahaja mak andam tua yang cukup terkenal di daerah ini. Kerjanya hanyalah ‘mengandamkan’ pengantin dan menepung tawar rumah pengantin manakala menatarias pengantin akan di lakukan oleh anaknya ataupun pekerjanya. Kiranya di kampung juga tidak ketinggalan menggunakan system ‘pakej’. Durrah tersenyum sendiri, berbagai cara yang digunakan dalam perniagaan, kreatif, asalkan mendatangkan  DUIT

20140314

Kita Ini Hanya Musafir



Satu hari MET ke rumah seorang teman yang meninggal dunia. Setelah membacakan surah yasin, MET ke tempat lain untuk memberi laluan orang lain pula menyedekahkan surah yasin ke pada jenazah. Maka mata yang nakal ini menerobos ke segenap ruang rumah tersebut (jangan ikut ek, tabiat yang tidak elok). Ruang tamu yang cantik, perabot dan perhiasan yang indah, pinggang mangkok mahal yang bertingkat-tingkat di dalam almari. Juga rumah yang besar dan selesa.

 Maka terfikir sejenak di fikiran MET. Apakah ianya kita bawa bersama jika kita pergi nanti. Rumah yang besar, perhiasan yang indah, kereta yang mewah, baju dan eksesori yang mahal dan segala bentuk material yang telah kita kumpulkan bagai nak giler....sekarang ini. Adakah akan kita bawa ianya bersama bersemadi di dalam kubur nanti?

Bila melihat di kaca TV (Indah Dekor),

20140312

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 11

Bab 11      

Salmah membebel di telepon bila hari khamis Durrah masih lagi tidak sampai di kampung. Salmah bimbang Durrah menarik diri dari majlis ini. Tentunya mereka sekeluarga akan malu besar.
Durrah pula entah kenapa berbolak-balik hatinya. Hendak diteruskan, rasanya seluruh hatinya tidak  ada rasa cinta terhadap Johan.  Walaupun dia ingat-ingat lupa pada  wajah Johan, rasanya tak  tak ingat langsung kot!.

Durrah pasti Johan  juga tak menginginkan pernikahan ini. Pandai-pandailah orang tua yang menguruskan. Nak di batalkan, majlis hampir berlangsung, baginya biarlah dia mati dari melukakan hati emaknya.
Kasihan emaknya. Emaknya terlalu sayang padanya. Sepanjang hayat, Durrah  sedar dia tidak akan mampu membalas jasa emaknya apatah lagi untuk melukai hati tua itu. Tak sanggup  dia membuat emaknya menangis. Terlalu lama emaknya hidup dalam  duka dan nestapa, juga hidup dalam kesusahan semenjak ayahnya meninggal. Emaknyalah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan dia dan adik-adiknya.

Jika pernikahan ini boleh mengembirakan hati emaknya, dia redha. Mana tahu, berkat doa dari emaknya dan sudah tersurat jodohnya. ‘Siapalah aku untuk mempersoalkan urusan ALLAH’. Bisik hatinya.

“Hei pengantin! Kenapa kau  ada di sini lagi?”.Terpernjat Durrah mendengar suara petir itu.

20140307

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 10

Bab10

Minggu yang di tunggu-tunggu sampai jua akhirnya. Durrah mengagih-agihkan kad kahwinnya pada hari-hari akhir dia bekerja. Semua kwan-kawan termasuk bosnya  kekagettan. Masing-masing terperanjat beruk, pun ada yang terperanjat monyet. Masing-masing dengan spekulasi sendiri. Ada juga yang kata Durrah kena tangkap basah.Durrah hanya ketawa.

 “Lantaklah kau orang  nak kata apa, majlis nanti kau datanglah ke rumah aku kalau kau nak tengok suami aku”. Hanya itu sahaja yang mampu Durrah beritahu mereka.En.Yazid pun turut terperanjat . 

“Eh! Macam tak pecaya pula,  tak dengar khabar you bertunang, tiba-tiba aje nak kahwin ni apa cerita?”.

“Cerita apa pula En., dulu you juga yang sibuk suruh  I  kahwin cepat-cepat, ni  I  nak kahwinlah ni, tak percaya pula dia.”. Durrah melemparkan  senyuman pada  ketuanya.

“Kahwin juga you ye, I ingatkan nak jadikan you wife I yang ke 2”. Durrah mengekek ketawa.

“Tak rela I jadi  ‘nek de’”. Mereka sama-sama ketawa. En. Yazid memasukkan semula kad jemputan kedalam sampulnya.

“Husband  you kerja di mana?”.

“Di KL, dia saudara I. kami satu daerah, emak dia cikgu sekolah  I dan keluarga kami saling mengenali, dia duda tak ada anak”. Rasanya panjang lebar dia menerangkan perihal bakal suaminya.Rakan-rakannya yang lain turut pelik, tak ada angin tak ada rebut, bertunang pun tidak, tiba-tiba terus kahwin. 

“Engkau ni macam bercinta dengan orang lain, kahwin dengan

20140305

Penyakit TIBI mula menular di sekolah


 Sekarang ini berbagai gejala penyakit ada Belum pun surut kes denggi, strok haba pula sampai. Sehingga hari ini, hujan masih lagi belum turun di tempt MET Kami masi lagi berharap dan terus berdoa semuga hujan turun dan membawa rahmat buat kami di sini

Berbalik dengan tajuk diatas, pada bulan lepas anak MET yang tk.2 (sesi petang)ada memberitahu yang rakan sekelasnya telah dimasukkan ke hospital kerana telah dijangkiti penyakit batuk kering (TIBI / Tuberkulosis (maaf ye kalau salah sbb MET ni bukannya doktor). Pihak sekolah telah pun mengeluarkan surat kebenaran supaya murid di dalam kelas berkenaan diberikan suntikan pencegahan dari dijangkitan penyakit tersebut. MET pun dah beri keizinan dan anak MET telah pun diberikan suntikan. Tidak pula MET tahu apakah namanya suntikan itu sebab MET ni pun bukannya faham benar dengan nama-nama sains ni. Tapi MET percaya pihak kementerian Kesihatan dan pihak sekolah tentunya inginkan yang terbaik buat anak murid mereka.

Sehari yang lepas, anak MET di th. 4 (sesi pagi, sekolah yang sama) pula bercerita, guru-guru di sekolahnya sudah mula memakai topeng muka kerana ada guru yang telah dijangkiti dengan penyakit tersebit (TIBI). Kita semua maklum, penyakit TIBI ini boleh berjangkitan melalui udara seperti batuk, bersin, air liur yang dicemari penyakit tersebut. Tidak diketahui adakah berita yang disampaikan oleh anak MET yg. tk 4 itu betul ataupun tidak (biasalah kat sekolah pun ada gongsip juga), namun sebagai seorang ibu, tentunya MET rasa bimbang dengan tahap kesihatan mereka.

Diharap pihak yang berkaitan peka dengan perkara ini dan ibubapa juga perlu mengawasi tahap kesihatan anak-anak mereka.

 Awak! ada apa-apa nak tambah?