wallpaper

20140407

e - Novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 13

Bab 13


Akhirnya pagi yang mendebarkan tiba jua. Pagi-pagi lagi Salmah sudah mengarahkan agar pakaian malam yang Durrah pakai hendaklah di lemparkan ke atas atap selepas Durrah mandi. Petua supaya hujan berhenti. Yang gelihatinya bukan hujan berhenti, malah makin lebat jadinya.

Terdengar lagi kata-kata usikan dan suara-suara sumbang, ‘ini pengantin suka makan belacanlah ni’. Durrah hanya ketawa gelihati, kalau orang Melaka tak makan belacan, bukanlah orang Melaka namanya. Bukan sahaja masak asam pedas sahaja yang campur belacan, kalau boleh masak sayur tumis air pun nak di taruknya belacan.

Pagi ini Durrah berdoa panjang di atas sejadah, mudah-mudahan di perrmudahkan majlisnya nanti, diberi keberkatan, rumahtangga yang bahagia dan semoga dia menjadi isteri yang soleha dan menjadi dambaan suaminya.

Mujurlah hujan berhenti sebelum pukul 10.00 pagi. Entah bagaimanalah keadaan di luar rumah. Durrah hanya dapat mendengar hilai tawa, gurau senda jiran tetangga dan sanak saudara. Terdengar juga sekali-sekala suara Salmah ketawa gembira bila diusik kawan-kawannya. Mana tak suka, Salmah dapat menantu sulung bukan calang-calang orangnya, berbesan pula dengan cikgu Jarrah. Siapa yang tak kenal dengan cikgu Jarrah? Dan yang paling Durrah pasti emaknya gembira kerana Durrah akan berkahwin. Dengan siapa, itu jatuh no.2.

“Best kahwin musim hujan ni tau, sejuk aje….”."

20140403

Perlu Kepala Budak Sebagai Korban Untuk Jambatan Baru



Mendengar cerita dari seorang teman yang baru berpeluang melintasi jambatan baru di Pulau Pinang membuatkan MET teruja apatahlagi ada yang cerita tentang hantu di jambatan tersebut.  MET tidak lagi berpeluanag melintasi jambatan baru itu. Jambatan Pulau Pinang yang pertama pun dah bertahun MET tak lalu. Di zaman MET sekolah dahulu, kita boleh berhenti di tengah-tengah jambatan tersebut, tetapi disebabkan ramai orang yang bunuh diri di jambatan itu, mungkin sekarang ini jambatan tersebut tidak lagi di benarkan berhenti di tengah-tengahnya. Semakin seronok apabila di tokok tambah yang jambatan baru perlukan darah untuk dkorbankan.

Ianya mengingatkan MET masa zaman dulu-dulu.

Pada zaman MET kecil dahulu, mana ada komputer dan segala permainan yang canggih macam sekarang?. Maka, kebanyakan anak-anak zaman dahulu bertebaranlah di semak, ladang, padang, sungai dan bermain merata-rata tanpa ada rasa takut dengan bahaya. Cuma mungkin sedikit rasa takut pada ular, tapi rasanya ular lebih takut pada mereka sebab mereka ramai, lasak dan nakal. Bila nampak ular sebesar lidi, maka mereka akan mengambil kayu sebesar peha. "