wallpaper

20140403

Perlu Kepala Budak Sebagai Korban Untuk Jambatan Baru



Mendengar cerita dari seorang teman yang baru berpeluang melintasi jambatan baru di Pulau Pinang membuatkan MET teruja apatahlagi ada yang cerita tentang hantu di jambatan tersebut.  MET tidak lagi berpeluanag melintasi jambatan baru itu. Jambatan Pulau Pinang yang pertama pun dah bertahun MET tak lalu. Di zaman MET sekolah dahulu, kita boleh berhenti di tengah-tengah jambatan tersebut, tetapi disebabkan ramai orang yang bunuh diri di jambatan itu, mungkin sekarang ini jambatan tersebut tidak lagi di benarkan berhenti di tengah-tengahnya. Semakin seronok apabila di tokok tambah yang jambatan baru perlukan darah untuk dkorbankan.

Ianya mengingatkan MET masa zaman dulu-dulu.

Pada zaman MET kecil dahulu, mana ada komputer dan segala permainan yang canggih macam sekarang?. Maka, kebanyakan anak-anak zaman dahulu bertebaranlah di semak, ladang, padang, sungai dan bermain merata-rata tanpa ada rasa takut dengan bahaya. Cuma mungkin sedikit rasa takut pada ular, tapi rasanya ular lebih takut pada mereka sebab mereka ramai, lasak dan nakal. Bila nampak ular sebesar lidi, maka mereka akan mengambil kayu sebesar peha. "
"Maka ular pun cabut larilah.....

Hanya satu sahaja yang membuatkan mereka takut. Takut pada 'Keling pemotong kepala' (Maaf pada orang India). Bukanya MET nak mengutuk, cuma MET nak menceritakan kisah dulu kala.

Maka orang-orang tua pun dapat satu akal nak menakutkan sedikit pada kanak-kanak pada zaman itu supaya ada sedikit rasa takut dan waspada pada diri kanak-kanak supaya mereka lebih berhati-hati dengan keadaan sekeling. Maklumlah bahaya sentiasa ada di mana-mana walaupun waktu itu tidak ada pendatang asing seperti sekarang.

Dan apabila kanak-kanak yang sedang bermain ternampak sahaja seorang lelaki India yang berjalan sambil memikul satu guni putih di atas bahaunya, maka kanak-kanak tersebut akan berlari bertempiaran pulang kerumah sebab takut kerana telah terserempak dengan 'Keling pemotong kepala'. (Maaf sekali lagi pada orang India). Cuba bayangkan, kanak-kanak perempuan yang sedang bermain 'kawin-kawin', berlari dengan kepala sarat dengan bunga dan daun!

Sebenarnya lelaki India itu bukannya seorang 'pemotong' kepala untuk dibuat korban pada jambatan baru tetapi lelaki India tersebut hanyalah seorang pemburu biawak. (Biawak tersebut mungkin untuk dijual ataupun di makan) maaf jika MET salah teka.

Mungkin juga diwaktu itu jambatan Pulau Pinang (jambatan 1) sedang di bina, maka orang tua-tua pada waktu tersebut menggunakan alasan itu untuk menakut-nakutkan anak-anak mereka supaya tidak bermain bersepah-sepah dan supaya anak-anak mereka ada sedikit rasa berhati-hati pada keadaan sekeliling. Nama pun kanak-kanak, manalah fikir sangat tentang bahaya Yang mereka fikir hanyalah rasa seronok dapat bermain dengan kawan-kawan.

Mungkin pengalaman awak dan anak-anak pada zaman sekarang berbeza dengan zaman MET dahulu. Namun, setiap dari kita mempunyai pengalaman yang indah untuk di kenang.

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

6 comments:

  1. selalu degr org citer camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ini memang femous masa dulu-dulu

      Delete
  2. mak aiza pernah bercerita.. masa zaman dia kecil dulu memang wujud 'pengait kepala' ini.. mereka selalu aktif ketika musim pokok padi meninggi dengan cara bersembunyi di sebalik pokok padi itu.. rakan sepermainan mak aiza nyaris menjadi korbannya, mujurlah ketika itu dia cepat-cepat melarikan diri.. kata mak aiza, pengait kepala itu akan mencari kanak-kanak atau wanita untuk dijadikan korban kepada jambatan yang sedang dibina pada waktu itu.. puncanya kerana kebanyakan jambatan yang dibina tiba-tiba roboh ketika dibina, bomoh-bomoh tentulah mengatakan itu kerja penunggu jambatan yang mahukan korban.. padahal ianya runtuh mungkin kerana struktur jambatan itu tidak kukuh atau berlaku bencara seperti kepala air yang turun dari bahagian hulu sungai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm.....zaman dahulu macam-macam versi cerita yang keluar, zaman sekarang lain pula....

      Delete
  3. tak sangka dizaman ni ada lg org percaya benda2 mengarut ni..
    sedih betul..ishk2..ngaku moden ..uh.

    ReplyDelete