wallpaper

20140121

e-Novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA bab 4

Bab 4


Dalam kesibukan bekerja menyebabkan kesibukan bekerja menyebabkan Durrah seringkali lupa akan hal-hal yang lain.

“Arrah, cek bayaran training untuk budak you esok dah dapatkan tandatangan dari En.Yazid? last week Jehan take from me didn’t approved yet’.  Ha? Terperanjat Durrah dengan soalan Ms.Lim accountant syarikat.  Durrah pantas berlari ke bilik Jehan mencari cek tersebut.

“Ya ALLAH, belum sain lagi….teruk betullah Jehan  ni, buat apalah dia buat jeruk cek ni….” Durrah membebel sendirian mengenangkan perangai cuai  ketuanya.

“Thank Ms.Lim, nasib baik you ingatkan I, kalau tak, matilah  I”. Durrah menghulurkan cek tersebut kepada Ms.Lim.

“Eh, youlah yang jumpa dia, malaslah I nak jumpa orang tua tu…”. Ms Lim mencuihkan bibirnya, kepalanya juga berpusing beberapa kali. 

“Kalau I yang jumpa dia nanti banyak pula songeh dia, tapi kalau you, pejam mata aje dia sain kalau lagi nasib baik you dapat duit poket lagi.” Ms. Ketawa kerana dapat menyakat Durrah. Durrah pula mencuihkan bibirnya tak kuasa dia nak melayan  si musang yang berbulu ayam itu. Eii… gelinya. Dengan pantas Durrah berlari menuju ke bilik En.Yazid, Pengurus Besar.

‘Alamak, mana pula si Julia ni, asyik mengular ajelah dia ni, belum lunch lagi dia dah lesap… aku aje yang kerja macam nak gila, training, HR, Payroll semuanya kena buat sendiri, macam nak tercabut kepala. Ada kalanya nak makan pun tak sempat inikan pula nak curi tulang’. Durrah mengomel di dalam hati.

“Ah! Redah ajelah…”. Durrah mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik En.Yazid tanpa melengahkan masa. Didalam kepalanya banyak kerja yang di fikirkan dan perlu di selesaikan.

“Assalamualaikum En.Yazid, I nak minta you sain cek ini untuk training besok, sorrylah lambat hantar sebab En.Jehan jeruk dulu.”  Tanpa membuang masa Durrah menghulurkan cek itu kepada En Yazid yang sedang berdiri di mejanya mencari sesuatu.

“Oppsss sorylah  I  tak tahu you ada visitor…”. Macamanalah dia tak perasan tadi ada ada orang diatas sofa di hujung bilik ini. Mungkin dalam kekalutan dan ingin cepat, dia tidak pandang kiri dan kanan. Tujuannya hanya satu, untuk mendapatkan tandatangan dari En.Yazid. Dia ni pun bukannya bukan senang untuk berjumpa dengannya.  Dia ni pun sikit lebih kurang macam Jehan juga.

“Tak mengapa Arrah, come meat Mr. Amar Eyzat Al Rashid from Dubai , Amar, this is Ms. Durrah  my HR Asst.”  Mungkin Amar melihat Durrah bertudung, dia hanya tersenyum, berdiri dan memberi salam. Durah menjawab salam. Terpesona dengan senyuman itu.

“Wah, saudagar minyak Arab”. Spontan Durrah menutup mulutnya. Entah macamana boleh terkeluar perkataan itu. Merah padam muka Durrah menahan malu. En.Yazid ketawa besar mendengar guraun Durrah itu. Jarang sekali Durrah membuat lawak. Selalunya Durrah  serious dan sibuk dengan tugasnya.

“Amar, everything in HR, Training and Payroll, you can ask her, she’s the best in the department”. Durrah membulatkan mata kuyunya.

“Eh! I pulak,  En.Jehan yang punya kerja….”  Durrah memprotes. Dia tidak suka denagn unjuran  En.Yazid itu. Lagi pun kerja-kerja HR banyak yang sulit mulit, mana boleh  sebarangan orang  tahu akan hal yang tak berkaitan. Lagi pun kalau ada visitor, selalunya Jehan yang akan take over, ialah Jehan kan manager, Durrah kuli aje….. Bahasa  English  Jehan lebih baik. Bahasa English Durrah lintang pukang, takut pula nantinya  Amar cakap A, Durrah cakap E. Jadilah cakap macam itik dengan ayam.

“Jom Arrah, join we all lunch”. En. Yazid sudah pun bangun dari tempat duduknya, dia menghulurkan cek yang telh ditandatangan kepada Durrah.

“Thank  En.Yazaid, I tengok aje muka dia, I dah kenyang”. Seloroh Durrah. En. Yazid ketawa lagi. Sempat juga Durrah memandang  dari ekor matanya,  dia tersenyum  ….. 

‘Hai mamat ni, nasib baik kau tak tahu cakap melayu, tapi rupa dia ni tak macam orang Arab tulin. Ni mesti Arab campur.  Campur  apa yeee?’  Durrah berkira-kira sendiri.

“Hei minah ni, berangan sampaikan aku pun kau nak redah.” Durrah mengurut dadanya terperanjat bila di sapa oleh Julia.

“Astagfiruallah, kur…semangat, kau ni buat terperanjat aku ajelah  Ju, kau pergi mana belum lunch lagi dah lesap?”. Durrah membebel. Hilang semangatnya seketika.

“Aku pergi toilet belek muka, nanti nak lunch dengan dengan En.Yazid dan pakwe Arab tu. Eh! Sugar dady kau tu tak ajak lunch sama?.  Durrah mengetuk bahu Julia dengan pen, dia berlalu sambil mencuihkan bibirnya, tak suka dengan gurauan Julia itu.

Didalam office ini, mereka selalu mengatakan yang En.Yazid itu sugar dady Durrah, ialah kalau apa-apa aje, nama Durrahlah yang akan dipanggil oleh En.Yazid. Betul juga kata Rita, Andalusia macam dia memang ramai yang cemburu, tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengutuk dan mengata ataupun apa-apalah  yang sewaktu dengannya.

Durrah juga  bukannya tidak perasan, En.Yazid tu kalau dilayan lebih-lebih menjadilah tu….Ah lelaki!. Kalau dilayan, kita akan dikatakan menggatal, kalau tak dilayan, kita dikatakan sombong sebab itulah tak laku-laku lagi. Susah juga jadi manusia ni, kalau jadi merpatikan senang, terbang kesana-kemari tanpa peduli.

Bagi Durrah, dia menghormati En.Yazid hanya sebagai bos dikilang ini, tidak pernah dia melayan lebih dari sepatutnya. Ada kalanyaDurrah  menggangapnya hanya sebagai ayah. Kalau arwah ayahnya masih hidup, mungkin En.Yazid seusia ayahnya. Anak-anak En.Yazaid pun ada yang lebih tua  dari Durrah, dah berkahwin dan dia pun dah bercucu. Dalam usia begini tak rela Durrah dipangil nenek. Eeeee…. 

‘Kalau dipanggil datin tak apalah juga’ bisik hatinya.

‘Eh! Apa aku melalut ni….’ Akhirnya Durrah ketawa sendiri.

“Ms.Lim nah, lepas you approvedkan cek ni, beri I semula tau jangan pulak lupa”. Ms.Lim menyambut cek itu lalu tersenyum simpul.

Kan I dah kata, kalau you yang minta sain, dia pejam mata aje terus sain, kalau dengan I macam-macam ma….Untung jadi anak dara macam you  ni….” Ms.Lim mulalah merepek.

“His asoh(makcik) ni, merepek aje…You pun anak dara.” Ms Lim ketawakan Durrah.

“I tak merepek maa…..I anak dara sudah tua,  betul apa, satu office sudah tahu ,bos kita tu syok sama you….” Ms.Lim seronok menyakat Durrah. Bukannya sakat kosong.

“Dahlah jangan bawa cerita, nanti kalau wife dia tahu, lagi haru. I tak minatlah suami orang ni, madu-madu tak mainlah.” Kata Durrah dengan bangga. Sememangnya dia tak minat dengan suami orang dan berkongsi kasih, baginya biarlah duda daripada suami orang.   

‘Hari ini dia peluk aku, esok dia peluk orang lain, lusa dia peluk aku semula….eeee gelinya….’. Durrah menggoyangkan badannya tanda kegelian. Ms. Lim masih lagi memerhatikan Durrah.

“Jangan celupar maa… nanti kena minyak nyonyong baru you tahu, siang-malam asyik ingat sama dia saja…” Mengekek Durrah ketawa.

“Apalah asoh ni, cakap pun tak betul, minyak senyonyonglah”.

“Apa-apalah, yang penting you kena cepat kawin kalau tak lagi kuat dia akan goda you..” Durrah hanya mencuihkan bibirnya tak setuju dengan cadangan Ms.Lim.

“Hei sini. Lunch time maa….”. Ms Lim tidak membenarkan Durrah keluar.

“Makanlah…..”. Durrah duduk juga di hadapan Ms Lim. Ms Lim menghulurkan sebungkus biskut di hadapan Durrah.

“Alah…macamlah I tak tahu you diet. You punya badan dah cantik, nak buat apa diet?”. Durrah tersengeh dengan tembakan dari Ms. Lim itu.

“Bukan dietlah. I selalu ambil sarapan berat waktu pagi, sebab itu lunch macam ni I selalu kenyang”. Lagipun bukannya dia kerja kat ladang menggunakan tenaga yang berlebihan dan cepat berasa lapar. Dia hanya duduk di depan computer aje.

“You bila nak kahwin?”. Tanya Ms. Lim. Durrah ketawa.

“Tanya orang, dia tu pun tak kahwin”. Durrah mengejek. Ms Lim juga ketawa.

“I dah tua. You tu muda lagi”. Ms. Lim merendah diri.
“Mana ada tua? Baru 40 tahun maa. Tu sapa tu?...ala….si Jony tu…macam dia suka you aje..”. Durrah mula menyakat Ms Lim. Ms Lim ketawa.

“I dengan dia tak ada apa-apa maa…Dia ada isteri. I tak suka kacau suami orang. Hati-hati dengan suami orang ni lebih-lebih lagi dengan lelaki yang telah berusia”. Ms Lim memberi nasihat.

“I ada friend sorang. Malay. Dia kahwin dengan lelaki yang berusia. Mula-mula o.klah. sampai 10 tahun, husband dia pencen. Kalau government ada pencen kan?. Husband dia kerja swasta. Mana ada pencen? Anak ada 3. Husband tak ada duit. Husband dia ada anak dari ister no 1, sedang membesar dan menuntut kat Univrsiti dan kolej. Nasib baik dia kerja dan terpaksa dia tanggung sendiri, anak dan husband dia. Anak-anak yang sebelah sana asyik minta duit aje. Dia selalu stress. Tak ada duit, husband asyik minta dia duit.

Dulu lagi  I dah cakap dengan dia. Fikir 100 kali. Tapi dia kata, orang lelaki yang tua ni lebih romantic dan berpengalaman dan lebih sayangkan isteri muda. Mula-mula memanglah macam tu….sekarang ni husband dia asyik keluar masuk hospital aje. Sakit!

Dulu, isteri tua yang jadi mangsa bila suami kahwin lain, tapi sekarang ni, isteri muda yang jadi mangsa tau…..”. Panjang lebar Ms Lim membebel.

“Tak apalah…sekurang-kurangnya dia ada anak-anak yang boleh jaga dia masa dia tua”. Durrah memberi pandangannya.

“Apa you ingat anak-anak zaman sekarang boleh jaga mak bapak ke?. Dulu orang Cina selalu hantar mak bapak dia orang kat pusat penjagaan orang tua-tua, sekarang orang Melayu pun sama. Jiran I kat kampong, anak-anak dia bergaji besar dan berkereta besar tapi mak dia jual karipap lagi sebab tak ada duit. Kasihan tau I tengok dia.

Untie I, anak-anak dia hantar dia kat rumah orang penjagaan sebab dia dah tua, selalu kencing berak bersepah-sepah, sudah  nyanyuk. Anak-anak dia kaya raya tapi menantu tak suka sebab rumah nanti kotor.

Orang Cina suka anak lelaki sebab boleh jaga dia tapi sekarang anak lelaki lagi tak guna. Tu adik I, lagi tak boleh di harap. Duduk dengan mak I. anak dia 2 orang mak I yang jaga. You tahu? Wife dia kalau beli barang selalu sorok dan makan dalam bilik.

Kasihan dengan mak I.  Dia selalu mengadu dengan I bila I balik. I rasa nak cakap aje dengan adik I tapi takut nantu gaduh pulak. Dia sayang bini macam apa…..”. Ms.membebel lagi. Durrah hanya tersengeh mendengar Ms Lim melepaskan perasaan yang terbuku di hatinya.

“Alah…susahlah macam ni. I ingat baru nak kahwin”. Durrah mengusik Ms Lim. Ms Lim ketawa.

“Kahwinlah. Tapi ada 4 orang lelaki yang you jangan kahwin”. Durrah mengerutkan dahinya bila mendengar kata-kata dari Ms. Lim

“Pertama, orang yang bernama Jamil, nanti dia banyak bini”. Kata-kata dari Ms Lim itu di sambut deraian ketawa dari Durrah.

‘Ini tentunya asoh ni terpengaruh dengan cerita P.Ramle. madu 3’. Bisik hati Durrah.

“Tapi betullah Ms Lim. Jamil kat kampong I dia kahwin 2, dia boleh kata, lepas ni nak cari lagi sorang”. Kata Durrah. Ms. Lim ketawa gelihati.

“Kedua, jangan kahwin dengan lelaki penjual kereta”. Durrah ketawa. Dia tahu kenapa. Sebabnya  Ms. Lim pernah kena tipu sewaktu dia hendak membeli kereta terpakai 2 tahun lepas.

‘Kereta baru melambak, nak beli kereta terpakai apa hal?’. Kata hati Durrrah.

“Ketiga, jangan kahwin dengan ahli politik sebab dia selalu cakap tak serupa  bikin. Pagi cakap lain, tengahari cakap lain dan malam cakap lain”. Durrah ketawa lagi dengan penerangan Ms Lim.

“Apasal pula? Tengok isteri ahli politik. Kaya raya, rumah besar, kereta besar dan badan pun akan jadi besar”. Usik Durrah lagi.

“Memang maa…tapi hati banyak susah. You tengok ahli politik, mana yang tak ada perempuan? Kalau orang Melayu, jarang yang ada isteri satu kan? Kalau yang bukan Melayu, mesti dia ada simpan itu perempuan lain”. Ada benarnya dengan kata-kata dari Ms. Lim itu. Itu Durrah setuju.

“Jangan kahwin dengan orang ‘marketing’. Nanti dengan you sekali dia jual…”. Durrah mengekek ketawa. Gelihati dengan palsafah Ms Lim.

“Alah…..tak kahwinlah I. banyak sangat yang tak bolehnya….”. Durrah dan Ms Lim ketawa lagi.

“Itu gurau ajelah….kahwinlah. you cantik dan baik maa….mungkin jodoh you akan ada tapi janganlah pilih sangat. Macam I ni dah tak laku lagi”. Nasihat dari Ms. Lim. Bukannya dia tak mahu kahwin tapi dia takut dengan komitmen sebagai seorang isteri dan ibu.

‘Ah! Satu masalah slesai, lunch time, nak pergi makan kat mana apa ek?  Tadi ada rezeki orang nak belanja tapi aku tolak’. Durrah bersungut sendiri. Dia rela berlapar dari makan  bersama dengan En. Yazid tu….Durrah tersenyum bila mengingati kata-kata Ms.Lim.

“Arrah ada call”. Jerit Zura.

“O.K. Thank”

“Waalaikumsalam mak, Arrah sihat mak, baiklah insyaallah Arrah akan balik nanti”. Ini yang malas ni nak balik kampung, Aminah teman yang seangkatannya dah nak kawin hujung bulan depan. Pedihlah  telinganya nanti, boring betullah. Kalau dia tak balik, tentu emaknya akan mengamuk  besar. Sabar ajelah hati….


         Secara tiba-tiba aku menginatimu
         Di kamar sepi di malam sahdu
         Inikah katanya rindu
         Sengsara  tidak terhingga
         Setelah perpisahan pun berlalu…..

Tiba-tiba airmata Durrah mengalir bila mendengar lagu itu dari siaran ‘Sinar FM’. Sememangnya dia sengsara tidak terhingga setelah perpisahan itu……

‘Akukah yang bodoh merindui, meratapi pada orang yang tak sudi, mustahil abang Alan sudah tak waras lagi. Katanya dahulu, selagi fikirannya masih lagi waras, selagi itu dia mencintaiku… tapi kenapa begini harus terjadi. Tak tahu apa lagi harus ku buat pada diriku ini, semakin aku lari, semakin ia mengekori setiap langkahku….’ Durrah merenung radio kecil pemberian Razlan.

“Buang aje radio buruk kau tu Arrah, selagi kau simpan, selagi itu kau tak akan dapat melupakan dia dan selagi itu kau akan hidup dalam dunia semalam kau tu” Kata-kata Rita memang ada benarnya  tetapi dia terlalu sayang untuk membuang radio buruk ini dan kenangan bersamanya.

“Kalau Arrah bersendirian nanti bukalah radio ini, andaikan yang abang nyanyikan Arrah seperti selalu sebelum tidur.”  Dan sejak itu dia tak pernah tinggalkan radio buruknya itu walaupun sewaktu pulang ke kampung.

“Arrah. Kau dah makan? Mana kau pergi? Tadi aku cari kau tapi kau tak ada”. Tiba-tiba Rita muncul didepan matanya. Durrah mengambil jambu batu yang berada didalam plastic di hadapannya.

“Aku kat dalam bilik Ms Lim tadi”. Jawab Durrah. Dia memasukkan lagi jambu ke dalam mulutnya.

“Kau dah makan?”. Tanya Rita. Dia juga memasukkan jambu yang dia beli kedalam mulutnya. Durrah menganggukkan kepalanya.

“Dah kenyang dah..”. kata Durrah. Kenyang makan ketupat. (mengumpat). Durrah tersengeh sendiri.

2 comments: