wallpaper

20140216

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 7

Bab   7


Durrah tersandar di kepala katil sambil  mendengar lagu-lagu ddi radio Sinar FM.  Fikirannya menerawang ke kisah silam. Dia hanyut  dalam dunia semalam.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Mana abang Alan pergi malam tadi? Arrah tunggu sampai pukul 12 malam abang Alan tak nyanyi pun. Senyap  aje blok sebelah.” Durrah memasamkan mukanya.

“Sorylah sayang abang demam kena hujan semalam. Arrah tunggu ke?”.

 ‘ Alahai lembiknya, kena hujan sikit pun dah demam, aku kalau kena hujan satu hari suntuk dari pagi sampai malam, stady aje…’ kutuk Durrah dalam hati.

“Abang Alan ke mana? Takkan main bola?”. Durrah tahu, kekasih hatinya itu  ‘kaki bangku’ mana reti main bola sepak, main sepak takrow pun asyik tergeliat aje..yang dia tahu main muzik, bagilah apa pun jenis muzik, pasti terangkat punnya….

“Abang tengok >diorang buat latihan bola, kan minggu depan ada perlawanan bola sepak ‘diantara bahagian?’ ”. Betul juga, diaorang ni memang kaki kepoh kat tepi padang. Buat riuh kat tepi padang boleh la….

“Habis tu dah baik demam?”. Durrah meletakkan belakang tangannya di dahi Fazlan. Tak panas pun!. Dia orang ni bukan boleh percaya sangat,  setem di kepala tu kadang-kadang ‘auta’ (Tipu)  sebab tak mahu masuk kelas.

“Dah ada setem di kepala ni nak poskan kat mana?”. Dengan senyum Durrah bertanya.

“Blok sebelah boleh?”. Kata  Fazlan dengan lagak menggoda. Durrah membeliakkan matanya lalu memberikan satu cubitan buat Fazlan.  Sempat Fazlan mengelak lalu memegang tangan Durrah, mereka berdua ketawa.

“Ehem….”Mereka berdua menoleh kebelakang, tanpa di sedari ada orang yang  memerhati. Secepat kilat Fazlan melepaskan tangan Durrah.

“Selamat petang En.Khair”.Serentak  mereka  mengucapkan selamat pada pensyarahnya.

“Em…Fazlan, kenapa tak datang kelas? Tu dah ada setem nak poskan awak ke mana?”.

“Saya demam En.Khair, ni kepala ni nak di poskan ke blok E.” Dengan selamba Fazlan menjawab. Pensyarahnya ketawa. Durrah mencubit lagi lengan Fazlan dengan kuat. Fazlan menyeringai menahan sakit. 

Blok  E adalah asrama budak perempuan yang Durrah tinggal berhadapan  dengan asramanya.
Dan di malam itu sebelum melelapkan mata, kedengaran petikan gitar pekak di petik seseorang sambil menyanyikan sebuah lagu….

Tidurlah wahai permaisuri….
Tidurlah pejam mata….
Ahai…..
Tidur nyawa……

Durrah menangis lagi untuk kali ke berapa ratus apabila mendengar lagu itu tapi kali ini di nyanyikan oleh  Jamal Abdillah  dari  corong radio pemberian Fazlan, bukan  dari tuan punya radio itu.

“Tolonglah abang Alan, bagaimana harus Arrah lupakan abang, tolonglah….”Sedu sedan memenuhi ruang bilik tidurnya.

Tiba-tiba Rita datang merampas pen dan radio di hadapan Durrah. Durrah terpinga-pinga lalu mengejar Rita ke belakang rumah. Dengan selamba Rita mencampakkan pen dan radio tersebut ke dalam longkang besar. Durrah meraung, dia tak boleh berbuat apa-apa.

“Kau tak berhak membuang barang-barang aku”. Jerit Durrah marah.

“Selagi benda tu ada di tangan kau, selagi itu kau akan mati beragan. Satu hari nanti  kau akan berterimakasih kepada aku”. Dengan muka poyo Rita masuk ke dalam rumah dan terus tidur.

Malam itu Durrah tidak tidur sampai ke pagi.

“Pen ini untuk Arrah tulis riwayat cinta kita alam diari. Suatu hari nanti abang dan anak-anak kita akan membacanya bersama Arah tentang kisah kita yang indah bak lakaran warna-warna jingga di kaki langit.”  Bukan sahaja untuk menulis riwayat cinta mereka di dalam dairi, pen itu juga digunakan untuk menulis suratsurat cinta mereka. Membicarakan bait-bait yang indah di helaian-helaian putih, seputih cintanya.

Tapi kini tiada lagi pen pilotnya  juga tiada lagi radio buruk pemberian Fazlan yang selalu memutarkan lagu-lagu yang pernah Fazlan nyanyikan untuknya.

Tiada lagi……….


“Macam itik pulang petang aje kau jalan Arrah, maklumlah balik dari makan free.” Azura ni memang kaki sibuk. Pandai aje  dia ‘skoding’ . Durrah hanya tersenyum kekenyangan.

“Kau serius ke dengan pak Arab tu?. Bukan main lagi aku tengok.” Sibuk lagi si Azura ni.

“Tak  adalah, aku kawan biasa aje  dengan dia tu. Dia tu dah ada anak dan isteri tau?”. Durrah mengingatkan.

“Alah peduli apa, dia boleh pasang dua apa?. Bila balik Dubai, dia layan bini sana. Bila balik sini, dia layan kau pula”. Ewah! Senangnya cakap.

“Aku tak ada apa-apalah dengan dia, aku banyak tolong dia dalam kerja-kerja Payroll dan Admin, tu yang dia rajin belanja aku makan”. Kata Durrah bersungguh-sungguh menyakinkan Azura. Di dalam hatinya dia ketawa sendiri. Kalaulah Azura tahu yang Ammar melamarnya tadi, mahu heboh satu kilang dibuatnya. Ammar pun satu, baru lagi mereka kenal, dia dah terus melamar. Gila apa dia?!

“Dia tu romantk tak Arrah?”. Azura bertanya lagi tak puas hati, ialah bukan senang nak dapat pakwe Arab.

“Aku mana tahu dia romantic ke tidak, aku bukannya kekasih dia, jadi dia layan aku macam biasa aje.” Sebenarnya Durrah dapat rasakan yang Ammar tu seorang yang romantik. Tengok dari gaya dan layanan Ammar padanya. Itulah orang kalau sudah beristeri tentunya lain caranya dari orang bujang yang trang tang tang.

“Kau nak tahu Arrah, sepupu aku ada pakwe Arab yang sama belajar dengan dia. Dia  kata pakwe Arab dia romantik  habis. Bila dating tiba waktu sembahyang, siap dia bawa sepupu aku pergi masjid lagi, sembahyang. Kalau pakwe melayu mana ada macam tu?”. Durrah ketawa besar.

“Ha ha ha….dia kena kelentong dengan pak Arablah tu. Perkara macam tu dah jadi budaya dia orang. Dia belum tengok temberang pak Arab  betul-betul. Dia orang ni kemaruk tengok perempuan-perempuan kat sini yang terbuka sana terbuka sini. Perempuan-perempuan di sana masih lagi berlitup. Kau tahu tak?. Sebenarnya bangsa dia orang ni adalah bangsa yang kuat, kasar dan ganas serta tahan lasak. Kau tengok aje rakyat Palestin, lebih setengah abad dia orang berperang dengan orang Israel kadang kala baling dengan batu aje, di kenakan sekatan, macam-macam sekatan tapi dia orang masih steady lagi. Mereka mempunyai daya juang yang tinggi. Aku rasa kalau bangsa kita kena macam mereka tu, gerenti tak sampai setahun kita dah bungkus dengan Israel.”  Eeee maaf ye, ini hanyalah kata-kata dari aku sahaja, tidak ada kena mengena dari mana-mana pihak. Azura pun turut ketawa sama.

“Kau pun tahukan Zura, kelmarin tu dalam surat khabar,  ada beri laporannya, dari setiap 10 pasangan yang berkahwin dengan pasangan  di kalangan  orang  Arab. 7 daripadanya akan mengalami perceraian.  Yang sama hanyalah agamanya sahaja, adat dan budaya kita berbeza. Makanan juga berbeza. Banyak perbezaan. Sebagai contohnya, perempuan  Arab ni kat rumah dia orang memakai pakaian yang cantik dan seksi, di luar rumah  mereka biasanya mengenakan jubah hitam sahaja. Berbeza pula dengan orang perempuan kita, kat rumah kita pakai kain batik dan baju T yang lusuh, tak pun pakai baju kelawar aje…bila keluar rumah pandai pulak tu pakai baju yang cantik dan dressing habis, cantik hanya untuk orang luar bukan untuk suami. Itu hanya pandangan aku saje…lagi satu, pasal poligami, bagi mereka, itu biasa aje tapi bagi kita, itu sensitive, silap gayanya boleh bercerai-berai, kena kerat 14. Bagi orang Arab, jika lelaki yang mampu, dia akan dikatakan kedekut jika isterinya hanya seorang.” Panjang lebar Durrah memberi syarahan.

“Pak  Arab tu aku rasa dia bukan ‘pure’ Arabkan? Aku tengok muka dia lain sikitlah Arrah. Kau tak tanya dia tu Arab campur apa?. Azura mengorek rahsia. 

“Dia Arab campur Melayu, kau jangan cakap Melayu sebarangan depan dia, dia faham bahasa Melayu malah cakap melayu pun tak teloh, bedal sambal belacan pun semacam aje.” Azura melopong mendengarnya, tak di sangka Pak Arab tu berketurunan Melayu.

“O.k apa, tak adalah asing sangat dia tu, pagi pun kau tu bukannya ada pakwe lagi, umur kau tu pun dah lebih 30 tahun, belasah ajelah….”. Durrah membesarkan matanya bila mendengar unjuran Azura.

‘Mentang-mentanglah dia tu baru kahwin dah berlagaklah tu’. Omel hati Durrah.

“Mak aku tak mahu menantu dia ‘berpasport merah’. Lagi pun mak aku tak mahu aku bermadu”.

“Eh! Pak Arab tu siapa ye?. Dia ada kena mengena dengan syarikat kita ni ke?”. Ha, tak habis lagi.

“Entahlah , aku pun tak tahu, bila aku tanya dia, dia kata “kita tak payah bercakap pasal kerja boleh?”. Durrah mengajukkan cakap Ammar.

“Habis tu, kau orang berdua cakap pasal apa?”. Laa…macam edisi syiasatlah pulak.

“Pasal politik”. Senang habis cerita.

Pada mulanya terkejut beruk juga Durrah di buatnya bila Ammar bercakap dengannya menggunakan bahasa Melayu. Rupa-rupanya dia berketurunan Melayu campur Arab disebelah ibunya. Datukya berasal dari Kesang, Melaka. Datuknya sedari muda remaja telah merantau mengikut kapal ke Mekah mencari ilmu agama. Dia berkahwin dengan wanita Arab dan tinggal di Damam, Arab Saudi. Datuknya mempunyai 8 orang anak termasuklah emak Ammar. Emak Ammar telah berkahwin dengan orang Yamen dan tinggal di Abu Dhabi. Ammar di lahirkan di Abu Dhabi.

Datuk Ammar telah meninggal dunia. Setiap kali jika ada kelapangan, Ammar akan ke Melaka bertemu dengan saudara mara yang masih ada di Kesang. Ammar belajar bahasa Melayu dari emaknya kerana datuknya akan bercakap bahasa Melayu dengan anak-anaknya manakala neneknya akan bercakap bahasa Arab dengan anak-anaknya.

Durrah masih lagi memikirkan lamaran Ammar dan lamaran dari cikgu Jarah untuk Johan. Petang ini dia betul-betul curi tulang. Tiada satu kerja pun yang dia buat.


Salmah menelephone  Durrah untuk mendapatkan kepastian.  Durrah masih lagi memikirkan, tak mungkin dia memilih Ammar kerana dia sudah beristeri, apatahlagi  Ammar ‘orang luar’ walaupun dia Arab campur Melayu tetapi dia bukan pemegang ‘pasport biru’.

Johan pula dia tidak begitu mengenali lelaki itu. Jadi menantu cikgu Jarah? Lawaknya. Pasti kawan-kawan sekolahnya ketawa mengekeh kerana guru yang selalu merotannya akan menjadi ibu mertuanya. Harap-harap janganlah jadi ‘nyonya Mansor’ macam dalam filem ibu mertuaku. Durrah mengeluh panjang.  Apa lagi pilihan yang dia ada.

Kedua-duanya lelaki yang dia tidak cintai. Bolehkah dia bahagia?. Cinta mengapa sukar untuk diperolehi….

“Terpulanglah pada mak, Arrah ikut aje..”.Durrah memberi kata putus. Dia berserah pada ALLAH kerana DIA lebih mengetahui.

3 comments:

  1. terima kasih Aiza. Terimakasih kerana sudi singgah

    ReplyDelete
  2. Best bacanya...harap dapat dijadikan rujukan untuk menulis juga. Terima kasih.

    ReplyDelete