wallpaper

20140520

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 22

KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bab 22

“Hei Arrah! Pagi-pagi lagi dah senyum sampai ke telinga. Dapat bonus ke?”. Rita ni kalau sehari tak menganggu orang, memang tak sah. Durrah menjeling Rita yang sedang mengepit fail di bawah ketiaknya. Tangan kanannya sedang asyik membetulkan lipstick warna merah hati sedondong dengan blaus yang baru di beli dari kedai abang Maillah tu.

“Aha, banyaklah kau punya bonus, mungkin tahun ni tak ada bonus’”. Saja Durrah menyakat Rita. Rita mesti percaya habis dengan Durrah kerana sebagai orang HR, Durrahlah yang akan tahu dahulu.

“Iye ke Arrah?. Alah, aku baru plan "
"nak shoping bila dapat bonus nanti, kat Tesco aku tengok ada sales, aku ni asyik-asyik shoping kat kedai abang Mail aje… handbang aku pun dah lama tak berganti”.  Durrah mengelengkan kepalanya melihat muka ‘poyo’ sahabatnya bila di beritahu tak ada bonus tahun ini.

“Handbang kau tu bayak tergantung dalam almari, tak cukup lagi ke?”.

“Alah, tu handbang lama”.  Durrah mengelengkan kepalanya lagi. Dia sedar, perangai boros Rita sukar untuk di buang. Itulah akibatnya bila suami terlalu memanjakan isteri, sehingga dalam keadaan yang tak mampu pun dia masih lagi tak dapat mengawal nafsu borosnya.

“Daripada kau perabis duit tak tentu hala, lebih baik kau balik kampung, pi bawa Wafi pergi bercuti ataupun belikan barang-barang untuknya, itu baru ada faedahnya”. Durrah membebelkan sahabatnya.

“Ah! Malaslah aku”. Durrah melepaskan keluhan bila mendengar jawaan dari Rita itu.

‘Apalah nak jadi dengan kawan aku yang sorang ni, marahkan bekas suami, anak sendiri di buatnya musuh’. Omel hati Durrah.

“Tak baik macam tu Rita, anak adalah amanah dari Allah, kalau kau tak jaga dia dengan betul, bermakna kau tak melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kepada kau. Berdosa besar tau. Di akhirat nanti apa yang kau nak jawab depan Allah”. Durrah memberi ceramah free. Rita hanya memuncungkan bibirnya. Sudah puas Durrah menasihati sahabatnya sampai berbuih mulut Durrah tapi kawannya ini buat tak reti aje.

“Kasihan aku tengok mak kau tu, dah tua-tua pun kena jaga budak lagi. Sepatutnya sekarang ni emak kau tu dok berehat bukanya sibuk jaga anak kau, kau tu pula kat sini sibuk  ‘melangu’ entah ke mana. Wafi perlukan kau, dahlah ayahnya tak ada. Kalau aku jadi Wafi, tentu aku sedih. Ada emak dan ayah tapi hidup macam anak yatim piatu. Dahlah ayahnya tak boleh berjumpa sebab dalam tirai besi, emaknya pula tak ambil peduli.”  Rita buat ‘dek’ aje dengan omelan Durrah.

‘ Ah! Susah nak menasihati kawan yang sorang ni, kepala batu, kalau kepala besi,  boleh juga di leburkan jadi batang besi dan kemudian boleh juga di ‘balun’ tengah belakang kawannya itu.’

“Kau tak tahu, kau tak rasa apa yang aku rasa Arrah. Tiap kali aku pandang Wafi, aku akan terbayang wajah Hanan. Muka wafi sebiji muka  ayahnya, macam Photostat. Itu yang  membuatkan aku menyampah”. Rita bersuara keras.

“Astaqfiruallah….kau tak boleh macam tu, jangan di sebabkan kau marahkan Hanan, Wafi yang jadi mangsanya. Wafi tak bersalah. Mak kau juga tak bersalah, kenapa kau membebankan dia pula. Kau dan Hanan yang bersalah.  Hanan dah pun  menerima hukuman  akibat dari kesalahannya,  sepatutnya kau juga turut  memikul akibat dari segalanya ini. Terimalah takdir ini Rita, kau dan Hanan pernah merasai hidup bahagia bersama dari kolej dahulu sampailah kau berumahtangga. Sehingga Wafi lahir, Hanan sentiasa memenuhi tiap permintaan kau, melimpahkan kau dengan wang dan kasih sayang walaupun seketika. Takkanlah marah dan benci kau tu telah melenyapkan terus kasih sayang yang pernah kau berdua miliki.” Durrah masih lagi memberi nasihat kerana dia sayang akan sahabatnya, dia kasihan pada Wafi dan dia kasihan dengan emak Rita yang selalu tak sihat sejak kebelakangan ini.

“Entahlah, aku pun tak tahu, malaslah nak fikir”. Rita mengangkat bahu lalu pergi meninggalkan Durrah sendirian di meja tulisnya. Durrah pun tidak tahu bagaimana lagi untuk dia terus menasihati sahabatnya itu.
Seketika teringat Durrah akan Fazlan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Kawan baik Arrah tu kawan dengan Hanan ye? Serius ke dia orang tu?”. Durrah pelik dengan soalan dari Fazlan itu.

“Aha, Hanan tu steady boyfriend si Rita, kenapa abang Alan?”. Durrah mula terasa tidak sedap hati

“Abang tak tahu macamana nak cakap, Cuma Arrah pesan dengan Rita supaya berhati-hati”. Durrah termanggu-manggu. Bagaimana dia mahu memberi pesan pada Rita. Sebagai kawan yang rapat, dia terlebih dahulu mengenali Rita, dia bukannya boleh sembarangan memberi nasihat, silap haribulan lain pula yang di terjemahkan, putus pula tali persahabatan mereka. Walaupun Rita itu kepala angin, banyak lagi sifat baik  yang ada dalam diri kawannya itu. Itu yang membuatkan  Durrah lebih selesa berkawan baik dengan Rita dari kawan-kawannya yang lain.

Durrah mengingati semula kata-kata yang berbaur amaran dari Fazlan, kini terbukti sudah. Patut pun masa di kolej dahulu Hanan selalu bagi Rita duit poket, malahan selalu membelikan Rita macam-macam barang. Gemok jugalah poket Rita di waktu itu. Durrah pun tumpang sekaki, bila duit pinjaman belum dapat lagi, pada Ritalah tempat dia meminjam buat menampal perut dan nafasnya yang sedikit sesak.   

Bila mereka dah berkahwin, Hanan terlalu memanjakan Rita. Setiap permintaan Rita dipenuhi. Pendek kata, hidup Rita benar-benar mewah dan senang tetapi rupa-rupanya duit itu hasil dari sumber yang tidak halal. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Rupa-rupanya Hanan mengedar dadah sebagai pekerjaan sampingan. Rita terpaksa menjual semua harta mereka, kereta, rumah dan wang simpanan Rita untuk membayar peguam. Nasib tidak menyebelahi  Hanan, Dia dijatuhi hukuman gantung smpai mati. Menurut  Rita, hukuman itu akan di jalankan hujung tahun ini.

Rita tak pernah lagi bercerita apa-apa tentang Hanan. Durrah tahu betapa kecewa, malu dan berbagai lagi rasa yang Rita alami. Mujurlah Rita masih lagi bekerja, setidak-tidaknya dapatlah juga Rita duit belanja untuk dirinya dan anaknya di kampung.

Durrah mengeluh, jika nasib buruk yang di tempah, tentu buruk juga yang akan kita dapat. Allah memberi kita akal fikiran, terpulang  pada iman kita untuk mengawal hati dan nafsu. Tapi ada satu perkara yang Durrah benar-benar ‘tabik spring’ pada Hanan. Bagi Durrah, Hanan adalah seorang pencinta yang setia. Sedari kolej dahulu  Durrah tak pernah dengar atau lihat Hanan ada ‘affair’ dengan perempuan lain. Ritalah yang ‘diayak’ ke hulu ke hilir.  Setelah mereka berkahwin pun begitu juga. Durrah tak pernah mendengar Rita berrsungut atau mengeluh atau tak puas hati terhadap suaminya. Semuanya o.k aje. Malah dari kacamata Durrah, Hanan bukan sahaja seorang suami yang baik malah seorang ayah yang baik buat Wafi. Tapi adakah ianya boleh diketegorikan sebagai ‘baik’?.  Mungkin juga. Mungkin dari versi yang berlainan. Dan yang paling kasihan adalah Wafi.!

Bila teringat akan wafi, Durrah rasa sedih. Mungkin Hanan rindukan Wafi kerana sejak Hanan di tangkap, mereka tak pernah lagi berjumpa. Jangan harap Rita akan membawa Wafi ke penjara untuk berjumpa dengan Hanan. Rita sendiri tak perrnah lagi pergi berjumpa dengan Hanan sejak Hanan dijatuhi hukuman. Putus sudah kasih sayang mereka. Durrah pernah mendengar Rita  mengherrdek  Wafi bila dia bertanyakan tentang ayahnya, kata Rita  ‘ayah kau dah mati’.

Kadang kala, teringin Durrh membawa wafi berjumpa dengan ayahnya. Tapi bimbang Rita marah dan dia malu pula dengan Hanan. Sedari dahulu sewaktu mereka di kolej, Durrah tak begitu rapat dengan Hanan kerana Hanan seorang yang agak pendiam.  Jika mereka bertembung  di jalanan, Hanan hanya akan senyum dan menganggukkan kepalanya sahaja kecualilah Jika dia ingin menyampaikan suatu pesan buat Rita melalui Durrah. Justeru itu Durrah teringat satu pepatah Melayu ada menyebut ‘diam-diam ubi’. Ada kalanya orang yang pendiam ini lebih bahaya dari orang yang bermulut laser kerana kita tak tahu apa yang ada di dalam hatinya. Selalunya orang yang bermulut laser ini hatinya di mulut. Apa yang ada di hatinya akan di terjemahkan pada mulutnya. Berbeza dengan orang yang pendiam.

“Arrah, you dah siapkan overtime statistic bulan ini?”. Suara Jehan mencantas anganan Durrah.

‘Potong stim betullah dia ni…’ kutuk Durrah di dalam hatinya. Matanya melihat Jehan sedang bercekak pinggang di pintu biliknya.

“Dah,  semalam I dah letak kat atas meja you”.Jawab Durrah

‘His rabun apa? Atas meja sendiri pun tak nampak?’ kutuk Durrah dalam hati. Sebentar kemudian Durrah menutup mulutnya. Memang pun Jehan tak nampak sbb dia tak pakai cermin mata. Bosnya itu memang pun rabun. Rabun jauh. Mesti cermin mata bosnya pecah lagi, entah kemanalah dia pergi semalam, main gusti agaknya.

“Kenapa bulan ni tinggi sangat dia orang punya overtime?”. Tanya Jehan. Jehan mula meneliti setiap department. Jumlah jam dan jumlah RM setiap overtime yang di rekodkan.

“La…..mungkin order banyak kot, kerja pun banyaklah, nantilah I chek dahulu”. Sebenarnya statistic ini belum siap sepenuhnya. Yang telah Durrah siapkan hanyalah jumlah jam dan RMnya sahaja bagi setiap department. Segala sebab dan alasannya Durrah belum lagi lihat di dalam ‘borang O.T’ setiap pekerja.

“I rasa bukan itu jawapannya yang tepat sebab tadi En. Yazid ada tanya I, production bulan ini tak banyak sangat tapi kenapa jumlah gaji bulan ini meningkat dari bulan lepas.” Tentunya  En Yazid tahu kerana dia yang telah sain cek gaji tempoh hari. Durrah bangun lalu mencari ‘O.T form dan  training form di sudut almari sebelah kiri Jehan. Dia meletakkannya di atas meja Jehan.

“Patut pun, kita banyak buat ‘In House Training’”. Durrah tunjukkan training form dan training statistic  untuk rujukan bosnya. Bosnya memang begitu, segala benda mesti disuakan di depan matanya, bukannya dia tahu cari sendiri. Jehan mencatat sesuatu di dalam dairinya mungkin sebagai persediaan untuk ‘monthly meeting’ barangkali. Selalunya setiap pertenghan bulan, akan diadakan ‘monthly meeting’ untuk bulan sebelumnya. Justeru itu segala macam statistic, report dan segala macam tok nenek report akan di bentangkan di masa itu nanti. Nasiblah kau!

“Hai! Buat training salah, tak buat pun salah. Bila tak buat training, nanti kata kita tak buat kerja, bila buat training, OT pula naik sebab yang bekerja shift petang terpaksa datang  waktu pagi untuk  masuk training dan sebelah petangnya pula terpaksa sambung bekerja. Bila datang waktu pagi untuk training, tentulah mereka ‘claim OT’. Kalau tak, mampus budak-budak  tu tak mahu masuk training. Pemikiran mereka ni dari dahulu sampai sekarang, sama aje tak berubah apa pun. Masukkanlah apa juga training tapi tahap kerja mereka masih lagi di takok lama. Training tu macam waktu senggang mereka aje. Dapat claim OT, dapat makan best lebih-lebih lagi bila training kat hotel, lagi best. Kadang kala mindah manusia ni susah nak kita ubah”. Jehan tersenyum mendengar kata-kata Durrah. Ada logiknya.

“Em….pandai juga you membebel ye?”. Durrah ketawa mendengar usikan dari bosnya, sememangnya dia jarang  komplen  dan membebel dengan Jehan.


No comments:

Post a Comment