wallpaper

20140518

BILA MAK MAH KAWIN LAGI.....pukulan hebat buat si dara

emm.....Mak Mah kahwin lagi buat kali ke 4 / 5?. Tak kisahlah kali ke berapa pun. Yang penting kahwin....'SELAMAT PENGANTIN BARU MAK MAH !'

Mak Mah berumur hujung 60an tapi masih lagi nak kahwin. Sebab apa ek? Tentunya dia ada alasan yang tersendiri. Kita di luar pun tentunya ada alasan yang macam-macam untuk memuji dan sebaliknya pada Mak Mah.

Bagi MET pula (pada fikiran MET), hidup perlukan teman. Bigi wanita yang biasa ada suami, bahagia dalam perkahwinan dan bahagia hidup berteman, tentunya sunyi hidup tanpa teman. Anak dan cucu, tak sama dengan suami. Ada gaduh-gaduh manja, boleh meluahkan rasa dan tempat berkasih sayang.

Berbeza dengan seorang perempuan yang tidak pernah ada suami, mereka tidak kisah malahan lebih selesa hidup sendiri.Segalanya "
" lebih membahagiakan lebih-lebih lagi bila di kelilingi oleh rakan-rakan dan saudara mara yang mempunyai seribu satu macam masalah dalam rumahtangga.

"Lelaki zaman sekarang banyak yang tak betul"
"Susah nak cari lelaki yang  baik sekarang ni"
"Aku asyik jumpa lelaki yang tak guna aje..."
"Aku asyik jumpa dengan laki orang aje, orang bujang poket kosong pula"
"Malaslah nak kahwin, bila bercinta, asyik putus aje..."
"Ala....tak ada satu pun ciri-ciri lelaki idaman aku"

Pernah dengar alasan dari perempuan yang tak kahwin bila di tanya? Tentunya banyak alasannya. Itu belum lagi alasan bila putus cinta....

Kenapa MET berikan contoh Mak Mah? Sebab walaupun dah berusia lewat 60 an, dia masih laku lagi, berbanding dengan si dara yang masih lagi bergetah dan muda remaja.

Kenapa????????

1. Terlalu memilah
2. Lelaki di temui tak ada tersenarai dalam list pilihan
3. Tiada lelaki yang baik, kaya, romantik macam yang ada dalam novel-novel tu
4. Lelaki sekarang ni kebanyakannya poyo....(jangan marah a.....contoh aje...)
5. Bal...bla....bla....
6. So on, and so on and so on...........

Sedarlah wahai anak gadis di luar sana, selalunya kita tak akan dapat lelaki yang sempurna seperti idaman kalbu. Kalau dapat kaya, muka pula tak hansem. Dapat hensom, poket pula kosong, dapat lelaki yang soleh tapi miskin harta, dapat yang berharta, kaki perempuan pula.

Jangan kita sangka lelaki yang kita sangkakan baik dan memenuhi impian kita itu adalah seorang lelaki yang secocok dengan kita. Belum tentu sayang......manusia itu banyak yang bertopeng.

Cara yang terbaik adalah bangun sembahyang malam, bercerita dan mengadu dengan ALLAH. Sebelum itu, bertaubat dahulu denganNYA, kerana kita ini banyak berbuat dosa tanpa kita sedari dan berdoalah, serahkan diri pada ALLAH, mohon jodoh pada ALLAH supaya dikurniakan lelaki yang baik dan beriman dan paling penting kita terlebih dahulu menjadi perempuan yang baik dan beriman.

- 'Dah puas berdoa, tapi Allah tak kabulkan'!

Teruskan berdoa disamping berusaha mencari jodoh itu.

Berkahwinlah kerana berkahwin itu adalah satu ibadah. Suami itu sebagai satu alat untuk kita mengumpul pahala dan kebaikan untuk melayakkan kita ke syurga ALLAH. Pandang suami dapat pahal, pegang suami dapat pahala, mandi wajib setelah bersetubuh pahala bersedekah 1,000 ekor kambing. Kalau seminggu 2/3 kali kita mandi wajib, berapa banyak pahala yang kita dapat. Kalau sebulan, kalau setahun kalau 50 tahun???????

'Jika seorang perempuan yang sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat, menjaga dirinya (dan taat pada suaminya), maka pilihlah syurga dari pintu mana pun kamu suka'. Pernah dengar hadis ini? (lebih kuranglah maksudnya) - Sesiapa yang benar-benar memahami maksud ini, pasti tidak akan membazirkan usia hidup sendirian

Kerana dengan menjadi seorang isterilah maka seorang perempuan itu banyak mengumpul pahala kerana kehidupan yang akhir kita nanti adalah inginkan syurga, bagaimana kita nak masuk syurga sedangkan pahala kita kurang. Setiap ada pun yang kita lakukan pada suami, anak-anak, mertua serta kaum keluarga dengan ikhlas, ALLAH membalasnya dengan ganjaran pahala yang cukup banyak. contohnya seperti bersedekah kambing tadi. Kalau kita ingin bersedekah, banyak mana kambing yang mampu kita sedekah?, paling biasa pun mungkin setahun, seekor kambing. (Qurban), mampukah kita bersedekah 1,000 ekor kambing untuk seminggu?????

Lebih baik lagi jika kita meninggalkan  anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka akan menyedekahkan dan mendoakan kita bila kita telah meninggal dunia nanti. Bolehkah kita harapkan kawan-kawan ataupun adik beradik kita mendoakan dan mengirim sebaris fatihah untuk kita ????

- ' Perkahwinan tak bahagia, suami kaki perempuan dan kaki pukul'

Dalam Islam ada undang-undang. Walaupun perceraian itu ALLAH benci tetapi ianya tetap halal.

Di sini MET ingin bercerita tentang seorang perempuan tua......

Dia berkahwin dengan seorang lelaki pada masa mudanya. Perkahwinan pertama, suaminya itu seorang kaki pukul dan panas baran. Akhirnya dia bercerai kerana tidak tahan di pukul dan dibuli.
Berkahwin kali kedua, dengan seorang yang pemalas. Suka melepak di kedai kopi. Kerjanya lebih makan, tidur dan melepak sahaja. Dia bercerai lagi sebab suaminya itu tak mahu bekerja sehinggakan perempuan itu yang terpaksa mencari rezeki dan menanggung suaminya makan.
Berkahwin lagi untuk kali yang ke tiga, dengan seorang lelaki yang kaya dan kuat bekerja tetapi malangnya, suaminya itu seorang yang kedekut dan tangkai jering, duit 10 sen pun 'macam kereta lembu' maksudnya sangat kedekut dan terlalu berkira. Akhirnya dia bercerai lagi kerana tidak tahan dengan sifat kedekut suaminya itu, bergaduh jika dia meminta wang walaupun wang itu untuk membeli makanan.
Berkahwin lagi buat kali keempat, dengan seorang yang sederhana hidupnya, beriman, rajin bekerja dan penyayang tapi malangnya setelah beberapa lama suaminya itu meninggal dunia.

Bila ditanya, kenapa tak kahwin lagi?

- 'Aku dah tua, kalau aku muda lagi memang aku akan kahwin lagi' (jawap perempuan tua itu)

Apa yang nak MET kongsikan disini adalah, jangan putus asa untuk mencari bahagia. Jangan putus asa mencari jodoh yang baik untuk diri sendiri. Gagal dan kecewa sekali, tak semestinya gagal lagi untuk seterusnya. Percayalah ALLAH itu maha adil dan maha pengasih serta maha penyayang.

Seperti nenek tua yang MET ceritan diatas tadi, dia tetap tak berputus asa mencari bahagia walaupun sehingga menempuh perkahwinan sebanyak 4 kali. Awak, ada berani??

Jangan mencari kesempurnaan pada lelaki, kerana dia juga akan mencari kesempurnaan pada diri kita. Bersederhanalah, perkahwinan adalah saling melengkapi. Selalunya jodoh yang di jadikan adalah dari sifat dan perangai yang bertentangan denga kita. Di situlah kita perlu menanganinya dengan cara yang bijak sana kerana perkahwinan itu mematangkan seseorang baik lelaki mahupun perempuan.

Jangan berhenti belajar membina bahagia dalam rumahtangga kerana dalam perkahwinan ada fasa-fasanya dan ada cabaran-cabarannya yang tersendiri.

Apa yang penting, KERJASAMA.....

Terimalah jodoh yang dengan ikhlas,redha dan penuh kesabaran dalam melayari rumahtangga....

Maaf, jika terkasar bahasa.....

Semuga kalian di pertemukan jodoh......


Awak? ada apa-apa nak tambah?



.








4 comments:

  1. serik dengan pengalaman lama, mungkin?

    hmmm susah topik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mudah putus asa. Insyaallah, bahagia menanti selepas ini.
      MET doakan.....

      Delete
  2. nice entry...indahnya sebuah perkahwinan jika ia kerna allah swt. moga kita semua sentiasa mendapat keberkatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumahtangga banyak cabarannya. Semuga Allah memberkati hidup kita sekeluarga. Insyaallah

      Delete