wallpaper

20140625

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 35


Bab  35

Durrah merebahkan badannya di atas katil. Bau aroma rojak petis yang kuat telah  memaksan
ya ke bilik air. Nampak gayanya dia terpaksa melupakan makanan itu untuk beberapa bulan ini. Dia meraba perutnya. Pedih! Segala isi perut telah terkeluar secara paksa sebentar tadi.Dia berbaring diatas katil sambil memejamkan matanya.

“Eh! Siapa yang  muntah tadi aku dengar? Kau ke Arrah? Kau tak sihat ke? Rita masuk ke bilik. Dia meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Durrah. Panas!

“Kau demam ni, demam kan cik abang kot? Atau….
kau mengandung?”Rita teruja dengan soalannya sendiri.

“Arrah?”. Rita menggoncang-goncangkan bahu Durrah untuk mendapatkan jawapan bila dia mellihat Durrah hanya mematungkan dirinya.

“Betul tak?”. Tanya Rita lagi. Durrah hanya mengangguk kepalanya. Rita ketawa gelihati.

‘Dalam gaduh pun boleh jadi juga….’.Bisik hati kecilnya.

“Tahniah Arrah, tak lama lagi kau nak jadi emaklah ek? Eh, abang Johan tahu tak ni?”.Durrah serba salah. Dia menggelengkan kepalanya.

“La….,kenapa kau tak beritahu?”. Soal Rita memarahi sahabatnya, mana mungkin perkara penting seperti ini disorokkan dari pengetahuan seorang suami. Sepatutnya berita ini disambut dengan penuh kegembiraan.

“Buat apa aku nak beritahu dia, dia bukannya sayang aku dan anak ini. Dia yang halau aku dari rumah”. Dia menerangkan situasi yang sebenarnya pada  Rita mengapa di menumpang semula dirumah ini.

“Takkanlah macam tu sekali, aku tak percayalah. Mungkin ‘mis understood’ aje kot?. Rita tak percaya.

“Dia nak balik semula dengan jandanya”. Sedih Durrah mengenangkan hal. Dia turut menceritakan yang Johan selalu keluar berjumpa dengan jandanya dan mengabaikan dirinya dan bagaimana dia skoding telepon suaminya yang penuh kata-kata cinta dari Azreen.

“Pulak!”.Rita mencapai tuala. Dia mula mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala ditangan. Sebentar tadi dia tidak sempat mengeringkan rambut bila asyik mendengar berita sensasi ini. Semakin kuat dia  menggosok kepalanya bagaikan mencari idea.

“Dia tak mencintai aku Rita , sebab tu aku tak nak beritahu dia pasal kandungan aku ini, aku tak mahu dia terikat dengan aku semata-mata kerana anak ini, tak adil untuk dia. Biarlah dia tak tahu sampai bila-bila. Insyaallah aku mampu membesarkan anak ini tanpa dia, aku sanggup mengikat perut asalkan anak aku ni dapat hidup sempurna”. Rita hanya duduk termangu bagaikan orang dungu.

“Mak  dan mertua kau tak kampung tu tahu tak kau mengandung?”.Durrah mengelengkan kepalanya.
“Tak, tak ada siapa pun tahu kecuali kau”. Durrah pun sebenarnya tak tahu nak buat apa-apa di masa ini, segalanya dia serahkan pada Allah.
‘Aku pasrah’.Bisik Durrah.


- “Assalamualaikaum mak”. Jasmin memberi salam buat emaknya diawal pagi.

- “Waalaikumsalam…..oh kau Min, mak ingatkan siapalah pagi-pagi lagi dah telepon mak”. Lega hati cikgu Jarah, tetapi dia bimbang juga  jika ada berita yang tidak diingini akan disampaikan oleh anaknya di pagi hari begini.

- “Saja aje mak, nanti kalau Min lambat telepon mak, mak dah keluar dan sibuk dengan urusan mak”.

- “Baik juga kau telepon mak ni, sekejap lagi mak nak keluar pergi klinik chek up”. Sememangnya setiap bulan cikgu Jarah akan ke klinik untuk mengetahui tahap kesihatannya maklumlah orang yang berusia emas ini sering dihinggapi penyakit.

- “Kan dah betul Min kata, bagaimana dengan kesihatan mak, o.k tak?”. Bimbang juga Jasmin dengan tahap kesihatan emak dan ayahnya.

- “Bolehlah, kena jaga makan dan minum, ayah kau pun sama, kalau tak dua-dua pun kena masuk hospitallah jawabnya”. Mengekek Jasmin ketawa. Bila diusia subsidi begini, segala-galanya perlu dijaga termasuk hati dan perasaan. Mereka cepat sensitive.

- “Mak, Min nak tanya no.telepon makcik Salmah, emak si Arrah tu, mak tahu tak no.telepon dia?”. Berhati-hati Jasmin bertanya, bimbang emaknya dapat meneka sesuatu.

- “Nak buat apa dengan dia pula?”. Cikgu Jarah tertanya-tanya sendiri.

- “Min nak nombor telepon pejabat si Arrah tu, Min ingat nak ajak dia datang rumah, saja aje dah lama tak jumpa, Min telepon dia tak dapat, telepon abang Johan pun sama, nak aje Min cakap dengan dia orang tu suruh aje campak telepon dia orang tu dalam longkang”. Saja meriahkan suasana dipagi hari dengan emaknya. Terdengar suara ketawa cikgu Jarah dihujung talian. Rindu pada anaknya terlerai.

- “Betul tu Min, nama aje ada telepon tangan tapi bukan selalu nak telepon mak, abang Johan kau tu lagilah. Tak payahlah kau nak telepon si Salmah tu. Nombor telepon pejabat Arrah tu ada dalam buku kat rumah ni. Masa kenduri kahwin si Ali tu dulu mak dah suruh Arrah tinggalkan no. telepon pejabatnya senang kalau ada apa-apa hal mak nak beritahu. Kau tu pun, tengok-tengokkanlah sikit si Arrah tu. Bukannya jauh pun rumah kamu tu dengan rumah dia. Kasihan pula melihat dia, macam tak sihat sangat, abang kau tu buat tak reti aje kat dia, bimbang juga mak kalau abang kau tu buat hal. Kau pun bukannya tak tahu abang Johan kau tu. Kalau apa-apa hal, malu kita kat keluarga Salmah, nanti apa pula kata orang kampung.” Panjang cikgu Jarah membebel. Macamlah  si Jasmin pula yang buat hal. Jasmin hanya menahan telinga. Nasib!Johan buat salah dia pula yang kena….

- “Baiklah mak”…..


-  “Abang, dah dapat no.tel pejabat Arrah? Min dah SMS tadi”. Tanya Jasmin

 - “ Dah, terimakasih Min. Kaulah adik perempuan abang dunia akhirat..”. puji Johan.

- “Datanglah begongnya tu, dah memang Min aje adik perempuan abang. Abang mana ada adik perempuan 
lagi”. Tukas Jasmin. Terdengar Johan ketawa dihujung talian.

- “Mana tahu ayah kawin lagi dan dapat adik perempuan lagi…..” Sakat Johan.

- “Ah, sajalah ayah tu nak cari nahas….” Kata Jasmin. Mereka berdua ketawa dengan lawak bodoh Johan.

- “Bang, tahniah ek! Jadilah suami dan ayah yang baik. Kalau abang tak jaga Arrah dengan baik, Min tak tahu apa nak cakap kat abang. Abang sepatutnya bersyukur atas anugerah ini. Abang tu, banyakkanlah bersabar  kalau Arrah ada buat ragam. Orang mengandung ni emosinya tak stabil. Fikirannya lebih di pengaruhi oleh emosi, bukannya akal. Dalam islam pun haram jika seorang suami itu menjatuhkan talak pada isterinya yang sedang mengandung. Talaknya akan jatuh dengan sempurna bila perempuan itu sudah melahirkan anak.”. Jasmin mula beri ceramah.

- “Astaqfiruallah….abang tak adalah sampai kesitu Min. Abang sayang Arrah tu Cuma Arrah tu selalu berahsia dengan abang. Apa yang berlaku pada kami, dia lebih suka diamkan diri dan tak pernah nak cerita ataupun tanya abang. Abang bukannya ahli silap mata yang boleh tilik apa yang ada kat hati dan fikiran dia”. Johan mula mengadu dengan Jasmin. Kadang kala dia jadi buntu dengan perangai Arrah.

- “Macam kes dia mengandung ni. Dia sikit pun tak beritahu  abang. Farid yang beritahu abang masa abang jumpa dia masa kat kedai mamak dulu tu. Tiba-tiba aje dia ucap tahniah pada abang. Terperanjat beruk abang. Dia tahu pun sebab bini dia yang chek up Arrah. Si Arrah tu bukannya kenal Salina.  Bila hal ni berlaku, mulalah datang niat jahat pada abang yang bisikkan pada abang, Arrah mengandungkan anak orang lain tapi bila difikirkan semula, kalau Arrah mengandungkan anak orang lain kenapa pula abang yang kena ‘morning sickness’. Kau tahu tak? Abang ni kadang kala dah macam apadah. Mabuk sampai termuntah, kepala ni berpusing-pusing, rasa nak makan sangat tapi bila makan, mulalah nak cari bilik air sebab muntah.” Adu Johan. Jasmin ketawa di hujung sana.

- “Padan muka abang. Itu baru berbaloi. Habis tu Arrah tak mabuk ke?”. Tanya Jasmin lagi

- “Entahlah….dulu tu abang tengok dia steady aje…”. Jawab Johan. Semakin kuat Jasmin ketawa.

- “Min, betulkan  Arrah mengandungkan anak abang?”. Tanya Johan. Macam bengong pula.

- “Ya ALLAH. Bang, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau abang yang kena ‘morning sickness’nya, memang dah sah-sah yang Arrah tu mengandungkan anak abang.  Jangan biarkan syaitan menguasai abang. Syaitan memang suka meruntuhkan rumahtangga orang”. Pujuk Jasmin lagi.

- “Sebab tu abang kena cari Arrah dan selesaikan masalah ini dengan segera. Bercakap dari hati ke hati. Min ni seorang isteri. Bila seorang isteri tu merahsiakan sesuatu, mesti ada bersangkut paut dengan suaminya. Nak cakap salah dan tak cakap pun salah. Abang ada buat sesuatu pada Arrah tapi abang tak perasan. Jadi, dia ada beranggapan yang lain, yang abang tak tahu. Selalunya jadi perceraian macam nilah. Isteri anggap lain, suami anggap lain. Bila masuk kaunseling, baru timbul cerita….” Terang Jasmin lagi.

- “Jadi…masa abang dan Arrah balik kampong dulu tu, tak beritahu dia orang lah…” Jasmin pula yang teruja.

- “Tak. Abang pun dia tak beritahu, pada orang tua lagilah. Dia buat dek aje. Maunya abang tak rasa nak marah dia?. Kau tahu Min, sebenarnya abang rasa, sampai hari ni pun abang rasa Arrah tak tahu yang abang dah tahu dia mengandung”. Kata Johan lagi.

- “Dah bang, pergi cari dia. Jangan biarkan dia kat luar tu sorang-sorang, nanti kalau jadi sesuatu, abang juga yang rugi bincang baik-baik, elok-elok. Min doakan abang. Kalau tak boleh selesai juga, beritahu Min. Min boleh tolong tapi harganya lebih sikitlah kan. Ala…adik-beradik kan????”. Sempat juga Jasmin buat bisness. Bisnes is bisnes…..

- “Banyaklah kau….terimakasih Min. rasanya abang boleh uruskan lagi. Insyaallah. Doakan yang baik untuk kami.”.Pinta Johan

- “Insyaallah….bye bang”.

- “Bye..” Jawab Johan. Dia meletakkan ganggang telepon. Ringan sedikit kepanya bila bercerita dengan Jasmin. Kasih saudara. Sebab itu orang dahulu selalu berpesan, jangan putuskan tali persaudaraan kerana adakalanya bila kita susah, merekalah yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment