wallpaper

20140604

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 26


Bab  26

Hari-hari yang Durrah  dilalui kini terasa sunyi. Sama seperti hari-hari yang dia lalui seawal usia perkahwinan mereka. Johan semakin pulang lewat ke rumah. Masanya lebih dihabiskan di luar. Hari minggu pun begitu. Ada aje kerjanya.

‘Agaknya dia dah tak suka lihat muka aku ni’. Bisik hati Durrah. Dia berkecil hati dengan Johan kerana makanan yang dia masak, tidak lagi Johan jamah. Air yang dia bancuh, tidak lagi Johan minum. Hati Durrah semakin walang.

Bila di rumah, selalu sahaja Johan dapat SMS. Durrah tahu, itu tentunya SMS dari Azreen. Seringkali  dia melihat Johan tersenyum. Pernah juga Durrah  skoding  handphone  Johan.

‘Alamak, macamana ni’.'
' Durrah bersungut sendirian. Handphone  suaminya itu punyalah canggih. Terkial-kial,  dia hanya sempat skoding  beberapa pesanan dari kotak ‘in-box’itu.

‘Kalau dia tahu, mampuslah aku..’. Dia bersungut lagi. Tak puas hati.

‘Ah! Lantaklah. Peduli apa aku? Betina gatal, kalau dah tahu sayang kat Johan, dulu kenapa bercerai? Buat susahkan aku aje. Jantan tu pun satu, dah ada bini pun masih miang lagi melayan janda dia tu kenapa? Padanlah dua-dua tu. Dan padan juga dengan muka aku….yang sengsaranya aku….aku….aku…’

“Ehem!” Durrah tersentak. Orang  yang dikutuknya tadi telah berada di depan matanya. Dia mengurut dada. Dia menjeling meja kecil ditepi katilnya. Mujurlah  handphone Johan telah diletakkan ditempat asalnya.  Durrah bangun lalu mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. Gilirannya pula bertemu dengan ‘best friendnya’

Johan tersenyum melihat gelagat isterinya. Dari jelingan Durrah pada handphonenya  itu tadi, Johan tahu tentunya Durrah telah skoding  apa yang tersembunyi di dalam handphonenya. Tapi Johan pelik kenapa isterinya itu tak pernah marah bila membaca

SMS yang Johan  terima. Berbeza sekali dengan sifat Azreen. Jika dia ditempat Durrah, sudah lama handphone Johan berkecai kerana telah dibaling ke dinding. Johan tersenyum lagi. Sengaja dia tidak membuang segala SMS yang diterima. Sebenarnya dia sengaja hendak membakar hati isterinya, dia hendak melihat samada isterinya itu cemburu atau pun tidak. Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Dia tidak pasti adakah Durrah sayang padanya atau pun tidak. Selama ini dia tidak pernah mendengar kata-kata sayang dari mulut isterinya. Berbeza sungguh dengan Azreen, sehingga kini walaupun telah tiada ikatan diantara mereka, Azreen masih lagi mengucapkan kata-kata sayang dan rindu  padanya.

‘Ah! Kenapalah aku asyik  membezakan mereka berdua?’. Johan menyalahkan dirinya sendiri. Dia harus menerima Durrah seadanya.

Johan mencapai handphonenya. Dia tersenyum membaca SMS dari Azreen. Azreen masih lagi seperti dahulu, cantik,manja dan menggoda.Satu pakej yang  pernah membuatkan hati  lelakinya goyah.Dan kerana itu juga Johan telah menerima satu tumbukan di muka  dari Jefry yang menyebabkan muka, mulut dan hidungnya berdarah. Sebabnya adalah kerana hati Azreen telah beralih arah kepada Johan.
Itu bukan salah Johan jika hati Azreen telah berpaling tadah dari Jefry kerana kesalahan itu bermula dari sikap Jefry sendiri.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Jef berlaku curang di belakang I Jo”. Azreen menangis teresak-esak di hadapan Johan pada suatu petang. Buku yang berada dihadapannya di tutup dan dia menumpukan perhatian tentang apa yang bakal Azreen perkatakan juga memberi ruang pada Azreen untuk meluahkan rasa hatinya.

“I tak sangka dia sampai hati buat  begitu pada  I Jo, sedangkan selama ini I layan dia dengan baik”. Azreen masih lagi menangis. Dia mengesat muka dan hidungnya yang merah.

“Mustahil dia buat begitu pada you, kan dia mencintai you?”. Kata-kata Johan itu sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati Azreen sahaja. Sebagai teman serumah  Jefry, sebenarnya segala rahsia  Jefry berada dalam kocek Johan tetapi dia tak pernah bercerita kepada sesiapa walaupun pada Azreen sendiri akan sifat buruk Jefry, biarlah Azreen sendiri tahu dari orang lain.

Dari pandangn mata Johan, Jefry sebenarnya adalah seorang lelaki buaya yang mempergunakan ketampanan dan wang dari keluarganya untuk kepentingan sendiri yang tak berfaedah. Masanya lebih banyak berhibur dari belajar. Biasalah, hari-hari makan ikan tenggiri, sekali-sekala teringin juga nak makan ikan masin. Walaupun baunya busuk dan masin, tentunya ia memberi rasa nikmat yang lain. Tanpa di duga Jefry tertangkap sewaktu sedang leka makan ‘ikan masin’. Yang menangkapnya adalah Azreen sendiri. Apa lagi, mengamuk sakanlah dia..

“Dia ada hubungan dengan Amanda di belakang  I. I yang menangkap mereka malam tadi”. Semakin kuat tangissan Azreen. Kasihan Azreen, sebenarnya bukan Amanda sahaja tetapi banyak lagi perempuan  ‘minah saleh’  yang telah menjadi kekasih gelap Jefry. Bijaknya Jefry, dia tidak melayan perempuan melayu, mungkin sebab itu Azreen tidak dapat menghidu kecurangan Jefry.

“You kenal kan Amanda?”. Soal Azreen dia memandang Johan. Johan menganggukkan kepalanya. Sememangnya dia mengenali Amanda yang bekerja sebagai  pelayan kelab malam dimana tempat  Jefry melepak. Sekali-sekala dia turut menemani mereka melepak di sana.

Buta  mata Jefry kalau dia suka dengan Amanda. Kalau di bandingkan antara Azreen dengan Amanda bagaikan langit dengan bumi. Amanda hanyalah seorang anak keturunan Afrika-Amerika. Bibirnya tebal, rambutnya kerinting dan berkulit hitam manis. Tapi ada kalanya bila nafsu sedang bergelora, mana nak perasan itu semua, tunggul kayu yang dipakaikan baju pun nampak cantik.

Penyudahnya, pada Johanlah tempat Azreen melepaskan keluh kesahnya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Sehinggalah terjalinnya satu perhubungan yang melampaui batasan sebagai orang melayu yang beragama Islam. Apatahlagi mereka hidup jauh dari keluarga dan di bumi barat yang berkiblatkan wang dan nafsu. Johan akhirnya karam jua dengan godaan dan syurga dunia yang disajikan di hadapan mata. Dia lupa pesan emaknya. Dia lupa pesan ayahnya. Dia juga lupa pesan nek Somnya. Dia telah lupa pesan semua orang.

Azreen banyak mengajar Johan meneroka ke alam baru. Kalau dahulu dunianya dibayangi kata-kata  dari emaknya cikgu Jarah, sekarang tidak lagi. Cikgu Jarah berada nun jauh beribu batu. Cikgu Jarah tidak akan tahu apa yang Johan buat. Johan telah banyak berubah. Johan juga sudah pandai bersosial seperti Azreen. Soal wang bukanlah masalah utama kerana Azreen mendapat tajaan penuh dari papanya yang berstatus Datuk. Hanya satu sahaja yang tak berubah. Johan tetap belajar dan membawa pulang segulung ijazah. Itu janjinya dahulu pada cikgu Jarah. Dan janji itu mesti ditunaikan walau bagaimanapun keadaannya.
Jefry semakin berang bila dia mengetahui akan hubungan Johan dengan Azreen. Berbagai kata-kata kesat dilemparkan terhadap Johan.

“Eh! Kau tak malu ke ambil sisa-sisa aku?”. Johan hanya tersenyum mendengar kata-kata Jefry. Bagi Johan  itu hanyalah kata-kata dari orang yang kecewa.

‘Peduli apa aku, walaupun sisa Jefry, bukannya kaki/tangan Azreen tinggal satu ataupun ada yang membuatkan Azreen cacat. Walaupun hanya ‘itu’ satu yang hilang. Aleh! Itu tak jadi hal. Azreen yang aku dapat ini bukannya calang-calang perempuan . Cantik, bergetah, segalanya sempurna sebagai seorang perempuan idaman lelaki, anak orang kaya lagi….’ Johan berkira-kira di dalam hatinya. Dia percaya, ramai  lagi lelaki di luar sana yang akan menyambar Azreen jika mereka tahu Azreen telah berpisah dengan Jefry. Justeru itu Johan berlapang dada bila Azreen memilihnya.

“I tak boleh memberikan you apa-apa Reen, I orang miskin” Johan merendah diri. Pun memang begitu kerana hidupnya disini hanya menggunakan duit biasiswanya sahaja. Jarang sekali ayahnya mengirim duit buat belanjanya  di sini.

“I tak perlukan itu semua Jo, hanya yang  I perlukan adalah seorang lelaki yang menyintai I tu jujur dan setia”. Bagi Azreen wang bukanlah  perkara pertama kerana setiap bulan papanya telah menyediakan  sejumlah wang buatnya. Yang dia perlukan hanyalah seorang lelaki yang hanya menyintainya dengan setulus hati dan setia.

Ya, memang Johan seorang  pencinta yang setia. Johan setia menjadi seorang suami yang setia walaupun  lebih 10 tahun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Walaupun hidupnya seringkali berasa sunyi kerana Azreen sentiasa sibuk dengan kerjayanya, tidak pernah Johan menduakannya.  Dia terlalu setia dan terlalu percayakan isterinya sehinggalah Azreen berlaku curang dibelakangnya. Betapa pedih dan sakitnya  hati bila dikhianati oleh orang yang disayangi.

Bagaimana pula dengan  Durrah? Ah Arrah!, dia seorang gadis kampung  yang sederhana dan pemalu. Punya kecantikan yang sederhana tetapi punya peribadi yang mulia, tak pernah lupa solat dan suaranya yang merdu bila melagukan ayat-ayat Al-Quran begitu  syahdu meresap kehatinya. Dia seorang isteri yang soleha.

‘Tapi kenapa dia tak memberitahu aku akan kandungannya?. Bukankah anak itu anak aku?  Atau adakah dia mengandungkan anak orang lain?  Kalau bukan anak aku, kenapa aku pula yang  mabuk darat?’. Pening kepala Johan memikirkan perangai isterinya. Sangkanya sukar mempunyai isteri yang bermulut laser, rupa-rupanya mempunyai seorang isteri yang pendiam adalah lebih sukar untuk menilik hatinya. Dia tidak dapat meneka apa yang ada di hati dan kepala isterinya walaupun  banyak  benda yang mereka kongsi, kongsi rumah, kongsi makanan, kongsi bilik, kongsi bilik air, malah kongsi katil. Rupa-rupanya banyak lagi yang mereka tidak kongsikan.

Atau adakah isterinya merasa  malu untuk memberitahunya? Kenapa tak SMS sahaja?. Johan menggaru tengkuknya pula.

‘Ah! Dia bukannya macam  Azreen, mungkin hubungan ini masih baru, itu yang membuatkan dia malu. Lebih 2 bulan dia tidur di sebelah aku tapi dia tak pernah menggoda aku. Dia benar-benar gadis Melayu yang pemalu. Tapi bila bila dia  menyorokkan anak itu dari pengetahuan aku, tentunya aku berhak marah. Entah sampai bila dia nak sorokkan dari aku, aku akan tunggu!’ Tekad Johan.

“Arah, hari sabtu ni kita balik kampung. Sepupu  abang nak kahwin. Kalau kita tak balik nanti mak marah pula, lagi pun kita dah lama tak balik kampung”. Durrah tersenyum sendirian. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar suara suaminya. Rindu akan suara itu. Suara yang suatu waktu dahulu sangat dirinduinya, malahan sehingga kini dia masih lagi merindui suara itu, Rindu dalam marah. Rumahtangga mereka sedang melalui musim salji kerana masing-masing melancarkan perang dingin.

Johan sempat melihat reaksi isterinya dari hujung mata. Dia terlihat ada senyuman pada bibir itu. Dia mulai geram. Bibir itu kini jarang mempamirkan senyuman. Dahulu bibir itulah yang membuatkan dia tergoda bila melihat isterinya tersenyum meleret. Masih ada lagi senyuman pada bibir isterinya. Johan dapat rasakan kegembiraan di hati isterinya bila diajak pulang ke kampung. Sememangnya telah lama mereka tidak pulang ke kampung. Sudah tentu isterinya rindu pada ibu dan keluarganya.

‘eee…balik kampung? Bestnya. Dah lama tak balik kampung. Rindunya pada mak dan keluarga’. Sejak berkahwin, jarang Durrah dapat balik kampung. Wang bulanan untuk emaknya pun dia hanya menggunakan perkhidmatan Pos sahaja.  Hendak balik sendirian, bimbang Johan tak izinkan dan bimbang emaknya dapat menghidu hubunga mereka sedang bermasaalah.


No comments:

Post a Comment