wallpaper

20140221

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - bab 8

Bab 8

Johan makan dengan perlahan sambil matanya mencuri pandang pasangan yang sedang makan di meja hujung dalam  Restoren Nasi Lemak Antarabangsa. Mereka  begitu mesra, si lelaki         memegang tangan si perempuan. Dengan perlahan si perempuan menarik tangan ke bawah tertunduk malu, lalu minum air di hadapannya.

“Kau dari tadi asyik pandang sana aje Johan, apahalnya?”. Hisyam pelik . Johan asyik memandang pasangan itu.  Johan hanya tersenyum. Di fikirannya masih lagi berputar.Wajah perempuan itu, seakan-akan begitu ‘familiar’ di matanya. 

‘Di mana? Siapa?’ . Soal hatinya.Dia masih lagi memerah otak memikirkan jawapannya.

“Apa nak jadi dengan anak dara kita sekarang ni, tak ada lagi lelaki Melayu agaknya.  Aku rasa lelaki tu macam anak kacukan  Arab aje.” Hisyam mula meneka.

“Lelaki Melayu tak romantik”. Johan memberikan pendapatnya. Fikirannya masih lagi bekerja keras mencari jawapan.

“Iyelah tu….dalam surat khabar tu apa katanya. ‘every breathe you take (setiap hembusan nafasmu), akhirnya ditinggalkan buntang tak apalah, ini ditinggalkan bunting, kan ke parah tu? Emak bapak kat kampung tu juga yang susah.” Hisyam mula membebel. Kata-kata Hisyam menyentakkan Johan dan akhirnya dia menemukan jawapannya. Wajah itu, mata itu dan senyuman itu sama seperti dalam gambar yang dikirimkan oleh emaknya melalui Jasmin. Gambar itu di ambil sewaktu kenduri cukur jambul anak Jasmin  dua bulan lepas. Gambar bakal isterinya. Serta-merta Johan melepaskan sudu ke dalam pinggannya. Seleranya turut mati.

“Eh! Kenapa tak habiskan makan, kata tadi lapar sangat”. Hisyam hairan melihat Johan meletakkan sudunya tanda habis makan walaupun nasi masih lagi separuh berbaki.


Cikgu jarah memberitahu Johan, majllis akan di langsungkan awal bulan depan. Pihak perempuan ingin mempercepatkan. Setelah mendapat kata setuju dari pihak perempuan, mereka terus sepakat membincangkan tarikh kahwin, tak payah bertunang.

“Mana boleh macam tu mak, bulan depan Johan dah ada di U.K, krusus.” Johan beralasan. Jika boleh dia ingin melewatkan lagi tarikh tersebut.

“Kalau macam tu, hujung bulan ni ajelah”. Cikgu Jarah member kata putus.

“Mana sempat Johan nak siapkan apa-apa mak.”Kerja gila.

“Kau tak payah siapkan apa-apa, tak ada hantaran, Cuma duit belanjanya aje dia minta RM5,000.00 suci  bersih. Kau hanya siapkan baju melayu putih dan siapkan badan aje…”. Ah! Kacau di buatnya.

“Yang penting kau balik, lepas tu kau boleh bawa Arrah pergi honeymoon.”                             

“Johan kerjalah mak bukannya makan angin.” Johan membantah.

“Menyelam sambil minum air”. Tak tahu apa lagi yang Johan nak kata.

“Mak…”.

“Kau jangan banyak alasan Johan. Dulu kau juga yang suruh mak jalankan. Sekarang ni bila mak dah jalankan segalanya kau tak nak pulak, macam-macam alasan kau. kau nak tengok mak mati ye?”. Cikgu Jarah terus meletakkan telephon.Johan menggaru kepala yang tak gatal.

“Arrrrrrrrrrrr “.Jerit Johan. Dia membalingkan gambar Durrah yang telah direnyutkan sebentar tadi ke dalam tong sampah.


Durrah terperanjat, majlis kenduri kahwinnya akan di adakan hujung bulan ini, cuma tinggal 3 minggu lagi.

‘Ya ALLAH, biar betul.’Durrah mengurut dadanya. Sesak dan senak!

“Kamu kena ambil kursus kahwin cepat Arrah, nanti takut tak sempat”. Gesaan dari emaknya.

‘His, tak sukalah buat kerja tergesa-gesa ni.’ Durrah bersungut sendiri. Adiknya Asila ketawakan kakaknya.

“Tak sangka ya, akak dapat masuk ahli kelab ‘jeng jeng jeng’. Bukan senang tau nak masuk kelab tu tau, untung akak, his jelous orang…”.

“Ahli Kelab Jeng Jeng Jeng?”. Asila semakin galak ketawa. Durrah mencubit adiknya. Geram.

Kelab Jeng Jeng Jeng itu sebenarnya keluarga cikgu Jarah. Suaminya cikgu Jusoh dan anak-anaknya Johari,Johan,Jasmin dan Johardi, semuanya bermula dengan huruf   J.  Hati Durrah berdebar-debar. Macam tak percaya pula yang dia akan berkahwin tak lama lagi. Tentu budak-budak di kilang akan terperanjat. Tak ada khabar bertunang, tiba-tiba terus bekahwin. Macam kena kahwin tangkap basah sahaja. Ingin juga dia melihat wajah Johan dan dii beri tempoh suaikenal dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Nampak  gayanya segala harapan dan angan-angannya hanya tinggal harapan sahaja. 

‘Hai…nasib badan’, keluh Durrah.


- “Tolonglah Min, cakap pada mak yang abang tak bersedia lagi nak kawin dengan perempuan tu”. Johan merayu adiknya supaya memberitahu emak mereka yang dia belum bersedia untuk berkahwin semula.

-  “Abang ni biar betul. Mak dah siapkan segalanya, tinggal abang balik aje hujung bulan ni. Jangan buat mak dan ayah malu bang. Kalau abang tak bersedia nak kahwin, kenapa abang serah aje pada mak masa hari tu. Ni, bila mak dah carikan calon dan tetapkan hari langsungnya, abang pula buat  hal”. Bebel Jasmin. Johan hanya mendengar bebelan adiknya dari hujung talian telepon.

- “Abang tak bersedia lagilah Min. tolonglah…..”. Johan masih lagi merayu pada adiknya. Hanya pada adiknya sahaja peluang terakhirnya. Cikgu Jarrah sudah tidak mahu menjawap panggilan darinya. Yang cikgu Jarrah tahu, dia mesti balik pada hari perkahwinannya nanti. Titik. Tiada kompromi.

- “Apa alasan dari abang?. Abang dah ada calon lain?. Abang nak biar mak mati terkejut?. Dulu tak ada calon tapi bila mak dah ada calon, boleh pula abang kata abang dah ada calon?”. Marah Jasmin

- “Bang, tolonglah jangan malukan mak sekali ini. Kesihan kat mak. Ikutlah cakap mak kali ni. Mana tahu jodoh abang lebih berkat kali ni sebab abang ikut cakap mak. Min tak sampai hati nak cakap kat mak yang abang suruh batalkan majlis ni. Mak dah buat persediaan dah. Minggu lepas masa mak telepon Min, dia seronok aje cerita tentang persiapan perkahwinan abang”. Pujuk Jasmin lagi. Dia tak sampai hati nak cakap dengan emaknya. Bimbang dengan kesihatan kedua orang tuanya.

- “Abang tak kenal sangant dengan dia…”. Johan memberi alasan. Tapi dalam pemikirannya adalah lebih baik dia memilih Juita. Juita tidak seperti yang disangkakannya. Dia tersilap. Tapi nasi sudah menjadi bubur.

- “Cubalah dulu bang. Walaupun perkahwinan ni bukannya satu percubaan. Kalau tak berjaya pun abang  hanya rugi RM5,000.00 aje. Tak banyak mana pun duit tu bagi abang kan?. Percayalah cakap Min. Insyaallah abang akan bahagi dan dikurniakan cahaya mata. Arrah tu baik orangnya. Kalau betul tak mahu juga dengan perkahwinan ini, abang sendirilah cakap dengan mak. Mak tak sampai hati nak beritahu mak. Kasihan dia”. Jasmin terus menutup teleponnya. Dia melepaskan keluhan. Pening kepala dengan perangai abangnya yang sorang ni.

“Apasal ni sampai picit-picit kepala. Takkan mabuk lagi? Ke Jannah nak dapat adik lagi?”. Jasmin memukul lengan si suami. Tak suka dengan gurauan dari suaminya itu.

Abang Johan tak nak kahwin. Dia suruh Min cakap kat mak. His, pening betullah dia ni. Suruh kahwin pun tak mahu. Bukannya suruh pergi perang”. Jasmin mula bersungut. Sukri ketawa.

Susah,susah. Abang ajelah yang kahwin lagi satu”. Sukri menyakat isterinya.

Abang nak kena kerat 14?”. Sukri menyeringai menahan sakit dek cubitan si isteri.

“Min bukannya tak tahu selera abang Johan tu. Dia manalah nak budak kampong macam pilihan mak tu. Tengok ajelah dengan bekas isterinya. Perempuan yang kita jumpa masa kita makan dulu tu. Perempuan tu semuanya moden, dressing habis sampai tak sempatlah nak jahit kain yang singkat dan rabit tu”. Sukri mengusik. Jasmin menjeling suaminya. Tak padan dengan pendiam, rupanya orang pendiam ni pemerhati orangnya.

“Entahlah. Min tak tahu nak cakap apa. Biarlah dia. Dia berani buat, beranilah dia tanggung”. Akhirnya Jasmin hanya berserah pada Allah.

‘Nasiblah kau abang Johan…….’. Bisik hati Jasmin.

“Min kenal baik dengan budak yang  mak rekomenkan dengan abang Johan  tu ke?”. Tanya Sukri lagi. Tak pernah pula dia melihat perempuan itu selama ini. Kalau mereka bersaudara, tentunya sebelum-sebelum ini dia pernah meihat wajah perempuan itu di mana-mana majlis keluarga ataupun paling tidak, bila menyambut hari raya.

“Dia tu saudara jauh kami. Masa bersekolah dahulu rapatlah juga. Sejak ayah dia meninggal, terus kami tak rapat lagi, jumpa pun masa kat sekolah aje. Arrah tu dia budak baik walaupun tak secantik bekas isteri dan girlftriend abang Johan tu”. Ucapan tulus dari Jasmin. Sepanjang perkenalan dia dengan Durrah sewaktu zaman kanak-kanak hingga dewasa, Durrah bukanlah gadis yang lincah dan liar.

“Cantik tu abang tak boleh nak komen. Setiap perempuan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Tentang baik tu, susah juga abang nak akuinya, masa boleh merubah manusia. Apa-apa pun sayang, berdoalah pada Allah, jika perkara ini memberi kebaikan pada mereka, maka minta Allah permudahkan urusan ini”. Sukri memeluk isterinya. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Sentiasa menyokong tindakan isterinya asalkan tidak menyalahi undang-undang!





3 comments: