Bab 8
Johan makan dengan perlahan sambil matanya mencuri pandang
pasangan yang sedang makan di meja hujung dalam
Restoren Nasi Lemak Antarabangsa. Mereka
begitu mesra, si lelaki
memegang tangan si perempuan. Dengan perlahan si perempuan menarik tangan
ke bawah tertunduk malu, lalu minum air di hadapannya.
“Kau dari tadi asyik pandang sana
aje Johan, apahalnya?”. Hisyam pelik . Johan asyik memandang pasangan itu. Johan hanya tersenyum. Di fikirannya masih
lagi berputar.Wajah perempuan itu, seakan-akan begitu ‘familiar’ di
matanya.
‘Di mana? Siapa?’ . Soal
hatinya.Dia masih lagi memerah otak memikirkan jawapannya.
“Apa nak jadi dengan anak dara kita sekarang ni, tak ada lagi
lelaki Melayu agaknya. Aku rasa lelaki
tu macam anak kacukan Arab aje.” Hisyam
mula meneka.
“Lelaki Melayu tak romantik”. Johan memberikan pendapatnya.
Fikirannya masih lagi bekerja keras mencari jawapan.
“Iyelah tu….dalam surat
khabar tu apa katanya. ‘every breathe you take (setiap hembusan nafasmu),
akhirnya ditinggalkan buntang tak apalah, ini ditinggalkan bunting, kan ke parah tu? Emak
bapak kat kampung tu juga yang susah.” Hisyam mula membebel. Kata-kata Hisyam
menyentakkan Johan dan akhirnya dia menemukan jawapannya. Wajah itu, mata itu
dan senyuman itu sama seperti dalam gambar yang dikirimkan oleh emaknya melalui
Jasmin. Gambar itu di ambil sewaktu kenduri cukur jambul anak Jasmin dua bulan lepas. Gambar bakal isterinya.
Serta-merta Johan melepaskan sudu ke dalam pinggannya. Seleranya turut mati.
“Eh! Kenapa tak habiskan makan, kata tadi lapar sangat”. Hisyam hairan melihat Johan meletakkan sudunya tanda habis makan walaupun nasi masih lagi separuh berbaki.
Cikgu jarah memberitahu Johan, majllis akan di langsungkan awal
bulan depan. Pihak perempuan ingin mempercepatkan. Setelah mendapat kata setuju
dari pihak perempuan, mereka terus sepakat membincangkan tarikh kahwin, tak
payah bertunang.
“Mana boleh macam tu mak, bulan depan Johan dah ada di U.K, krusus.” Johan beralasan. Jika boleh dia ingin melewatkan lagi tarikh tersebut.
“Kalau macam tu, hujung bulan ni ajelah”. Cikgu Jarah member kata putus.
“Mana sempat Johan nak siapkan apa-apa mak.”Kerja gila.
“Kau tak payah siapkan apa-apa, tak ada hantaran, Cuma duit belanjanya aje dia minta RM5,000.00 suci bersih. Kau hanya siapkan baju melayu putih dan siapkan badan aje…”. Ah! Kacau di buatnya.
“Yang penting kau balik, lepas tu kau boleh bawa Arrah pergi honeymoon.”
“Johan kerjalah mak bukannya makan angin.” Johan membantah.
“Menyelam sambil minum air”. Tak tahu apa lagi yang Johan nak kata.
“Mak…”.
“Kau jangan banyak alasan Johan. Dulu kau juga yang suruh mak jalankan. Sekarang ni bila mak dah jalankan segalanya kau tak nak pulak, macam-macam alasan kau. kau nak tengok mak mati ye?”. Cikgu Jarah terus meletakkan telephon.Johan menggaru kepala yang tak gatal.
“Arrrrrrrrrrrr “.Jerit Johan. Dia membalingkan gambar Durrah yang telah direnyutkan sebentar tadi ke dalam tong sampah.
Durrah terperanjat, majlis kenduri kahwinnya akan di adakan hujung
bulan ini, cuma tinggal 3 minggu lagi.
‘Ya ALLAH, biar betul.’Durrah mengurut dadanya. Sesak dan senak!
“Kamu kena ambil kursus kahwin cepat Arrah, nanti takut tak sempat”. Gesaan dari emaknya.
‘His, tak sukalah buat kerja tergesa-gesa ni.’ Durrah bersungut sendiri. Adiknya Asila ketawakan kakaknya.
“Tak sangka ya, akak dapat masuk ahli kelab ‘jeng jeng jeng’. Bukan senang tau nak masuk kelab tu tau, untung akak, his jelous orang…”.
“Ahli Kelab Jeng Jeng Jeng?”. Asila semakin galak ketawa. Durrah mencubit adiknya. Geram.
Kelab Jeng Jeng Jeng itu sebenarnya keluarga cikgu Jarah. Suaminya cikgu Jusoh dan anak-anaknya Johari,Johan,Jasmin dan Johardi, semuanya bermula dengan huruf J. Hati Durrah berdebar-debar. Macam tak percaya pula yang dia akan berkahwin tak lama lagi. Tentu budak-budak di kilang akan terperanjat. Tak ada khabar bertunang, tiba-tiba terus bekahwin. Macam kena kahwin tangkap basah sahaja. Ingin juga dia melihat wajah Johan dan dii beri tempoh suaikenal dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Nampak gayanya segala harapan dan angan-angannya hanya tinggal harapan sahaja.
‘Hai…nasib badan’, keluh Durrah.
- “Tolonglah Min, cakap pada mak yang abang tak bersedia lagi nak
kawin dengan perempuan tu”. Johan merayu adiknya supaya memberitahu emak mereka
yang dia belum bersedia untuk berkahwin semula.
- “
- “
- “Apa alasan dari abang?.
- “Bang, tolonglah jangan malukan mak sekali ini. Kesihan kat mak. Ikutlah cakap mak kali ni. Mana tahu jodoh abang lebih berkat kali ni sebab abang ikut cakap mak. Min tak sampai hati nak cakap kat mak yang abang suruh batalkan majlis ni. Mak dah buat persediaan dah. Minggu lepas masa mak telepon Min, dia seronok aje cerita tentang persiapan perkahwinan abang”. Pujuk Jasmin lagi. Dia tak sampai hati nak cakap dengan emaknya. Bimbang dengan kesihatan kedua
- “
- “
“Apasal ni sampai picit-picit kepala. Takkan mabuk lagi? Ke Jannah
nak dapat adik lagi?”. Jasmin memukul lengan si suami. Tak suka dengan gurauan
dari suaminya itu.
“
“
“
“Min bukannya tak tahu selera abang Johan tu. Dia manalah nak budak kampong macam pilihan mak tu. Tengok ajelah dengan bekas isterinya. Perempuan yang kita jumpa masa kita makan dulu tu. Perempuan tu semuanya moden, dressing habis sampai tak sempatlah nak jahit kain yang singkat dan rabit tu”. Sukri mengusik. Jasmin menjeling suaminya. Tak padan dengan pendiam, rupanya
“Entahlah. Min tak tahu nak cakap apa. Biarlah dia. Dia berani buat, beranilah dia tanggung”. Akhirnya Jasmin hanya berserah pada Allah.
‘Nasiblah kau abang Johan…….’. Bisik hati Jasmin.
“Min kenal baik dengan budak yang mak rekomenkan dengan abang Johan tu ke?”. Tanya Sukri lagi. Tak pernah pula dia melihat perempuan itu selama ini. Kalau mereka bersaudara, tentunya sebelum-sebelum ini dia pernah meihat wajah perempuan itu di mana-mana majlis keluarga ataupun paling tidak, bila menyambut hari raya.
“Dia tu saudara jauh kami. Masa bersekolah dahulu rapatlah juga. Sejak ayah dia meninggal, terus kami tak rapat lagi, jumpa pun masa kat sekolah aje. Arrah tu dia budak baik walaupun tak secantik bekas isteri dan girlftriend abang Johan tu”. Ucapan tulus dari Jasmin. Sepanjang perkenalan dia dengan Durrah sewaktu zaman
“Cantik tu abang tak boleh nak komen. Setiap perempuan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Tentang baik tu,
huhu..best gk novel..
ReplyDeletebaru nak belajar jadi penulis
Deletemoga berjaya....;)
ReplyDelete