wallpaper

20140522

e--novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 23

Bab  23

Di hujung minggu yang di janjikan, mereka ke Cameron Higland. Subhanaallah! Cantiknya pemandangan di sini. Sana bunga sini bunga, tiada tempat yang tak ada bunga. Cantiknya pokok-pokok bunga berbagai warna dan jenis, berbagai saiz. Rambang mata Durrah melihatnya. Rasa hati, semuanya ingin di bawa balik. Dan yang paling cantik, apalagi mawarlah. Kalau tanam di rumah, saiznya kecil sahaja tetapi di sini, mak datok, bapak besarnya dan subur pula tu.

Berduaan dalam cuaca dan suasana yang romantik, Durrah teringat akan kata-kata Rita, "
"‘sentuhannya membuatkan kita rasa dikasihi, dakapannya membuatkan kita rasa dilindungi, kita akan rasa selamat dan bahagia’. Tidak dapat Durrah nafikan dia rasa selamat berada dalam dakapan Johan dan bahagia bila dibelai sebegini rupa.

“Arrah suka tempat ini?”. Johan bertanya, di waktu itu mereka berehat di kamar. Berbaring setelah penat seharian melihat bunga-bungaan dan memetik strawberi. Punyalah banyak makan strawberi sampai sakit perut di buatnya.

Di luar, hujan gerimis, suhu yang sejuk bertambah sejuk. Johan semakin mengeratkan pelukannya, menyalurkan kehangatan.  Durrah hanya tersenyum sendirian  menghayati keindahan  hatinya kini.

“Suka, best sangat, cantik tempat ni, Arrah tak pernah nampak bunga-bunga yang cantik macam kat sini, rasanya hidup dalam taman. Arrah rasa tak mahu baliklah, tak puaslah 2 hari aje kat sini.” Johan ketawakan Durrah bila melihat isterinya bagaikan orang lupa diri melihat bunga-bunga  yang cantik dan memetik buah strawberi. Iyalah, kat belakang rumah emaknya mana ada pokok strawberi, yang ada hanya pokok getah, pokok jambu air dan pokok jambu batu sahaja.

“Nanti selepas projek baru abang tu siap, kita bercuti ke Belanda, boleh tengok pokok bunga tulip pula”. Johan bagaikan berjanji. Durrah membayangkan bunga-bunga tulip yang berwarna –warn, ada warna merah, oren, kuning, ungu macam yang terdapat dalam filem Hindustan, Salman Khan dan Rani Mukarji sedang bernyanyi berlatarbelakangkan bunga tulip dan kincir angin. Wow Romantiknya!. Anganannya terhenti bila memyedari ada sesuatu yang merayap di belakangnya. Durrah tersenyum memandang suaminya.

“Betul ke? Tapi ada orang kata jangan percaya dengan janji seorang lelaki bila dia di atas katil sebab dia akan melupakan janjinya selepas dia keluar dari bilik air”. Johan ketawa mendengar hujjah Durrah.

“Betul ke?”. Johan pula bertanya sambil ketawa.

“Entahlah, wait & see”. Jawab Durrah. ‘Ya, aku akan tunggu dan lihat nanti’. Kata hati Durrah. Adakah Johan akan mengotakan janjinya atau hanya setakat mainan di bibirnya.

“Em….rugikan kita ni Arrah, bodoh betullah abang ni, kalau tak, dah lama kita honey-moon kat Uk dulu”. Durrah tersengeh.

“Tau tak apa”. Jawab Durrah selamba. Johan menarik hidung  isterinya.  Durrah terjerit kesakitan. Bayangan  Belanda dan bunga tulip mula berterbangan entah kemana bila ulasan jari-jemari Johan semakin rancak mencetuskan irama baru di hati Durrah, yang ada kini kuntum-kuntum kasih mula berbunga di jiwa.


Cinta itu indah. Sejujurnya Durrah baru merasakan cinta itu bersama dengan suaminya Johan.
CINTA? ‘Eh! Bila pula kami bercinta, abang Johan tak pernah pun menyatakan cintanya padaku walaupun dia melayani aku dengan baik’. Dalam diam Durrah mula merasakan kasih sayang Johan mula meresap ke dalam hatinya.

KASIH SAYANG? CINTA?

Durrah pernah mendengar orang kata ‘lelaki boleh melayani perempuan hanya kerana nafsu bukan kerana cinta'. Hati Durrah tertanya-tanya. Dia teringat akan kotak yang pernah dijumpainya sewaktu mengemas bilik Johan.  Durrah  mengeluh.

‘Untuk apa bertanya pada Johan?. Tanyalah pada hati kau sendiri’. Ada suara halus yang membisik di telinganya. Durrah tersenyum. Hatinya sudah pandai merindui, mengingati dan menghayalkan Johan. Macam mabuk laut pula bila dia teringatkan Johan. Saban hari dia menantikan kepulangan suaminya dengan rindu.
Dalam deba rasa, seraut wajah Johan ditatapnya penuh kasih. Alunan suaranya bagaikan satu gubahan muzik  indah yang menjadi halwa telinganya di waktu kesunyian.

“Arrah belum tidur lagi?”. Suara Johan mematikan lamunan Durrah, lantas dia berpaling. Johan mengambil kedudukannya.

“Belum”. Durrah menguap, mengantuk!

“Arrah, abang nak beri teka-teki”.

“Emmm…”.Durrah malas nak melayan.

“Kalau seorang, sendiri tahu, kalau berdua, sama-sama tahu, bertiga, tak ada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu. Apakah dia?”. Dengan penuh bersemangat Johan memberi teka-teki.

“Em….entah tak tahu”. Johan ketawa lalu memicit hidung isterinya.

“Kentut”

“Ha?. Apalah abang ni, itu pun jadi teka-teki?”. Durrah turut ketawa bersama Johan.

“Betul apa, dia sorang, dia aje tahu, kalau berdua pula, tentunya mereka sama-sama tahu, kalau bertiga, tak siapa yang tahu, kalau berempat, lagilah tak tahu”. Mata Durrah yang tertutup turut terbeliak semula. Gelihati dengan penerangan Johan. Suaminya ini bukannya boleh dilayan lebih sangat, mulalah otaknya yang kuning itu akan menjadi oren.   




No comments:

Post a Comment