wallpaper

20140515

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 20

Bab  20

Durrah sampai  di rumahnya lewat petang. Malas rasanya hendak memasak, dia hanya membeli lauk di kedai. Makan pun dia seorang sahaja. Johan pun mungkin balik lewat lagi, sejak  akhir-akhir ini semakin lewat dia balik. Mungkin sibuk dengan kerjanya barangkali. Entah Durrah pun  tidak tahu apa yang disibukkannya.

Telah 4 bulan Durrah menjadi isteri Johan. Yang lebih tepat ‘orang gajinya kot’. Entahlah malas Durrah hendak fikir. Makin difikir, makin sakit kepalanya dan makin sedih hatinya. Jika beginilah nasib yang tertulis, terpaksalah  Durrah terima dengan Redha.

‘Redhakah aku?’!

Bagi mengisi kekosongan malam yang sunyi, Durrah membawa pulang kerja-kerja pejabatnya yang tertangguh dan yang tidak dapat diselesaikan.

“Dum”. Durrah terperanjat bilamana terdengar pintu utama di hempas oleh seseorang. Durrah mengurut dada. Durrah  berpaling, dia melihat Johan berjalan dengan pantas ke bilik tanpa menyapanya.

‘Hem…., dah nasib badan,"
" di pejabat dia terpaksa mengadap bos yang ‘berangin’, di rumahnya pula dia terpaksa mengadap suami yang ‘kepala angin’. ‘Semua orang lelaki memang macam ni ek?, pelik aku, agaknya kalau aku pula naik angin, macamana ye? Baru dia orang ni tahu.’. Durrah bersungut sendirian.
Durrah menghabiskan keja-kerja pejabatnya. Tak kuasa dia nak melayan ‘angin’ suaminya itu. Lantaklah!.


Perlahan-lahan durrah masuk ke bilik, terus dia ke bilik air, wuduk, sembahyang isyak dan selepas itu dia ingin tidur. Mengantuk sangat rasanya, letih badan dan otaknya melayan orang yang berangin ni.
Dengan perrlahan Durrah memanjat katil, takut teman sebelah terjaga, nanti tak pasal-pasal kena marah. Durrah ketawa sendiri melihat aksinya bagaikan anak kucing sedang mengendap anak burung sedang makan.

“Ops…..”. Tiba-tiba tangan Durrah terpelecok dan badannya tertindih sesuatu. Alamak! Bukannya bantal peluk yang dia tindih tetapi…..

Secepat kilat Durrah ingin bangun tetapi pergerakannya terkunci. Dia mengerahkan segala kudratnya yang ada tetapi tidak berdaya melayan satu lagi kudrat yang lebih perkasa dari dirinya. Ada sesuatu yang merayap di badannya, tak tahu apalah yang di cari. Di fikiran Durrah terlintas cuma satu perkara tapi Durrah tak suka diperlakukan begini, ianya tanpa kerelaannya.

Semakin kuat Durrah meronta, semakin kuat segala pergerakannya di kunci. Akhirnya Durah kalah dalam pertarungan ini. Kudratnya tak mampu mempertahankan suatu mahkota agungnya. Airmatanya mengalir perlahan bersama sendu yang cuba di tahan.
Malam pertamanya berlaku dalam keadaan yang paling hina di rasakannya.

‘Gila apanya dia, walaupun aku ini miliknya, dia sepatutnya meminta izin daripada aku dahulu, bukannya menceroboh’. Durrah memprotes di dalam hati. Tak sedar entah bila dia terlena.


Durrah terlewat bangun pagi  ini.Dengan perlahan dia bangun mencapai tuala buat penutup badan.
‘Aduh!  sakitnya hati, sakitnya badan, segala-galanya sakit.’ Durrah bersiap untuk ke pejabat secepat mungkin. Tak terpandang rasanya Durrah akan teman sebelah. Hatinya menggelegak marah melihat teman sebelah yang tidur begitu lena.


Argh….terasa ringan kepalanya, cuma badannya sahaja yang agak sakit sedikit kerana menggunakan tenaga yang berlebihan malam tadi.

‘Ah! Kenapalah aku memperlakukan dia sebegitu? Tentu dia marah’. Johan mengeluh. Dia menyelak selimut dan bangun.

“Ya Allah”. Ada sesuatu di atas cadar tidurnya membuatkan dia terduduk semula di birai katil. Dia  melepaskan keluhan dengan perasaan bersalah. Bersalah pada isterinya.

“Rupa-rupanya dia masih lagi seorang gadis. Maafkan abang Arrah, selama ini abang berperasangka buruk pada Arrah”. Menggunung rasa sesal dan bersalah melanda hati Johan kerana memperlakukan isterinya sebegitu malam tadi. Dan menyesal kerana lebih 4 bulan hidup sebagai suami isteri tanpa apa-apa, dan terasa betapa bodohnya dia membiarkan hidupnya di penuhi dengan prasangka. Dia meraup mukanya dan melepaskan kesalan yang  tak terhingga.

Johan mendail no. handphone  isterinya tetapi tidak berjawab.
‘Ah! Mengapa aku harus meragui isteriku, aku tak sepatutnya mencerobohi taman larangannya walaupun dia milik aku. Aku juga tak seharusnya meragui kejujuran dia, sedangkan aku lebih teruk dari dia.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“I mengandung Jo”. Johan terpana dengan kata-kata Azreen. Roti yang ada didalm mulutnya terasa begitu kesat untuk ditelan.

“You tak ambil frecaution ke?” Johan menjatuhkan kesalahannya pada Azreen.

“Hari tu kan I dah beritahu you  yang ubat I dah habis, you kata iyelah…tapi bila tiba masanya, you tu mana ingat itu semua, you macam orang mabuk aje…”. Johan tersengeh dengan kealpaannya sendiri. Memang bila dalam keadaan begitu manalah nak ingat benda-benda lain.

“Kita kahwin Reen”. Usul Johan.

“You gila ke? Study kita belum habis lagi, nanti tahu father I, dia panggil I balik Malaysia lagi haru.”

“Habis tu you nak buat apa dengan baby tu?”.

“I nak gugurkan”. Senang sahaja alasannya. Sebelum ini pun bukannya dia tak pernah buat kerja macam ni.

“Jangan Reen, I bimbang apa-apa berlaku, dulu you dah buat sekali, I tak mahu kita jadi pembunuh, dahlah kita buat dosa bila buat macam ni, nak bunuh pula anak kita.” Johan tidak bersetuju dengan pilihan Azreen. Dengan didikan ugama yang dia ada, dia masih ingat dosa pahala tetapi dia selalu tewas dengan godaan nafsunya sendiri lebih-lebih lagi bila di goda oleh perempuan yang secantik dan semanja Azreen. Kadang-kala dia timbul rasa bersalah pada dirinya kerana hanyut dan hilang jati diri bila di rantau orang dan jauh dari pandangan orang tuanya. Jika orang tuanya tahu, tentunya mereka kecewa.

“Habis tu you nak I lahirkan dia? Eh! I nak jaga diri sendiri pun lintang pukang, inikan pula nak jaga baby, mana lagi my study. I tak mampu Jo”. Azreen mula naik berang.
“Kita jaga sama-sama. Ramai lagi kawan-kawan kita yang berkeluarga, mereka pun berjaya juga tamatkan  pelajaran dengan baik.” Johan memujuk Azreen. Dia bimbang kalau sesuatu terjadi pada Azreen kalau dia teruskan niatnya untuk menggugurkan kandungannya itu.


Seperti apa yang Johan takutkan, itulah yang terjadi. Azreen gugurkan juga kandungan itu dan akibatnya dia menjalani pendarahan yang teruk,nasib baik nyawanya tidak melayang, jika tidak, Johan turut merasa sesalanya.

Kan I dah kata, kenapa you buat Reen?” Johan mengucup kepala Azreen. Simpatinya melimpah ruah.

“I  tak mampu untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk anak you buat masa ini Jo, I tak bersedia.” Jawab Azreen dengan nada perlahan. Johan memandang Azreen lalu mengucup jari-jemari wanita kesayangannya itu. Nikmat mereka kecapi bersama tetapi sakitnya hanya dirasai oleh Azreen seorang.


‘Ah! Mengapa  aku harus menghukum orang lain sedangkan yang berdosa dan bersalah adalah aku, bukannya Arrah isteriku…’. Johan benar-benar rasa bersalah. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Baru kini dia sedar, setiap kali dia mengusik isterinya dengan kata-kata yang nakal atau sedikit lucah,  muka isterinya  akan kelihatan merah dan akan  memandang ke tempat lain. Mungkin dia malu. Sebagai seorang gadis memang begitulah yang  sepatutnya, cuma Johan kurang prihatin.

Pernah sekali Johan masuk ke bilik tanpa mengetuk pintu bilik, Durrah terjerit terperanjat   dan lari ke bilik air kerana waktu itu dia hanya memakai tuala mandi dan sedang memakai pakaian dalamnya. Di fikiran Johan, mungkin Durrah ingin menyembunyikan kandungannya dari di lihat oleh Johan. Dan sehingga kini, setiap kali hendak mandi, Durrah akan membawa pakaiannya  kedalam bilik air. Baru kini Johan sedar, sebagai seorang gadis yang belum pernah disentuhi oleh mana-mana lelaki, pastinya Durrah  malu untuk mempamerkan dirinya dalam keadaan yang agak memberahikan. Walaupun dirumah, isterinya kerap kali memakai skirt,tetapi tidaklah menjolok mata dan keterlaluan.  Durrah juga tidak pernah  menggodanya  bila mereka tidur di atas satu ranjang yang sama, cuma malam tadi, dan Johan pasti,  itu tanpa disengajakan oleh Durrah sendiri.


Johan berharap kesalahannya dapat di maafkan oleh isterinya dan dia harus memikirkan sesuatu untuk mengambil hati  Durrah dan semoga dia dapat membaiki perhubungan mereka.    

No comments:

Post a Comment