wallpaper

20140113

Burger Lembu Berperisa Ayam


Suatu pagi MET buat sarapan burger (bukan pagi tadi). Bila makan burger, kena buat sendiri bukannya beli kat gerai burger atau pun kat McD sebab anak-anak ramai, adalah lebih jimat membei daging burger dengan rotinya dan buat sendiri.

Bila MET tengok, 'burger lembu berperisa ayam'. MET garu kepala. Burger ayam ataupun berger lembu?.

Emmm.....
rupa-rupanya burger daging lembu campur daging ayam. Jadinya, burger lembu berperisa ayam.

Macam airlah pula, ada berbagai perisa.

Tak apalah asalkan halal di makan dan yang paling bagus bila sesuatu barangan itu di buat oleh orang islam sendiri kerana makanan itu lebih kita percayai dan lebih yakin.

Bercerita pasal makanan yang halal sekarang ni, orang bukan islam pun sibuk buat makanan dan di lebelkan halal. Sehinggakan 'bak kuteh' (sory kalau slah ejaan) pun nak di buat halal. Pernah suatu hari MET terbaca dalam suratkhabar, ada sebuah hotel yang memperkenalkan 'bak kuteh' yang halal di makan, semua orang tahu yang ianya di buat dari daging apakan? ianya di ganti dengan daging ayam...

Emmmm.....dengar namanya  pun MET dah kembang tekak, inikan pula nak makannya walaupun ianya di gantikan dengan daging ayam. Maklumlah, MET ni orang melayu sejati (bukan melayu asli).

Mungkin juga budak-budak zaman sekarang tak kisah kot......

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

6 comments:

  1. alahai.. dah terlebih cukup dah makanan kat negara ni. buat ape nak menghalalkan makanan yg dah sdia maklum har*m.. eh eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah Gee, yang haram juga yang orang suka cari dan buat....

      Delete
  2. pelik betul selera orang zaman sekarang.. dah banyak makanan di malysia ni, nak juga mencuba makan makanan pelik macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah Miza. manusia tu kan pelik?

      Assalamualaikum dan selamat pagi

      Delete
  3. pernah jugak tgk org share kat FB, instant noodles perisa bak kut teh.. huhu.. tp so far tak pernah lah nampak kat pasaraya.. mcm2 lah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu, sebagai pengguna kita kena berhati-hati. yang tertulis HALAL di luar pembungkus, tak semestinya di dalam pembungkus itu halal.

      Assalamualaikum dan selamat pagi Aisya

      Delete