wallpaper

20150517

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 62



Bab 62

Bagi Durrah pula, sememangnya dia masih lagi menyayangi suaminya dan tetap menyayangi suaminya itu. Walaupun jika mereka berpisah kelak, tiada siapa pun yang dapat menganti tempat Johan itu tetapi  biarlah dia mengasihi Johan dari jauh. Dia tidak mampu lagi hidup bersulam duka dengan Johan. Biarlah dia mengalah. Bahagia ada dimana-mana. Mungkin juga dia 
dapat bersabar dengan kerenah Azreen tetapi yang dia lebih terluka bila menyangkakan suaminya itu ada hubungan sulit dengan Juita. Syukur Alhamdulillah…..mereka berdua tidak ada hubungan lain selain dari hubungan rakan setugas.

Durrah memadamkan api gas. Dalam berangan, siap juga nasi gorengnya,

“Peh! Sedapnya bau nasi goreng”. Durrah membeliakkan matanya bila dia mendengar suara itu. Makin besar matanya bila dia melihat baju yang pakaian yang melekat di badan Johan. T shirt putih tanpa kolar dan berkain pelikat! Santai sungguh macam kat rumah sendiri aje…

“Sorrylah abang Johan. Tak ada stok makanan, esok nanti baru beli. Emmm…sedap nasi goreng ni. By, aku pergi dulu Arrah”. Selepas merasa sesudu dua nasi goring tersebut, Rita terburu-buru keluar dari dapaur.

“Wei, kau nak ke mana dah malam ni?”. Jerit Durrah. Tadi Rita juga yang kata dia lapar.

“Keluarlah cari teman….orang macam aku kalau tak keluar, mana nak ada teman????”. Jawab Rita dengan jeritan juga. Durrah mengelengkan kepalanya dengan perangai temannya yang sorang ini. Dari dahulu sehinggalah sekarang ni asyik merayap aje. Durrah bimbang jika perangai Rita ini tidak disukai oleh suaminya. Rita juga yang bakal dapat masalah.

“Apasal datang? Dengan kain pelikat pulak tu?”. Tanya Durrah. Dalam marah, dia sendukkan juga nasi ke pinggan Johan. Dia mengambil Juddin dari tangan Johan supaya Johan dapat makan dengan lebih mudah.

“Saja…takkan nak pakai kain songkit pula?” Durrah mencemikkan bibirnya dengan jawapan yang bergred D itu!

“Emmm sedapnya sayang. Dah lama ayah tak makan masakan ibu”. Seolah-olah Johan bercakap dengan anaknya. Tangannya masih lagi menyuap nasi goreng berulam telur dadar ke mulutnya. Durrah juga menyuap sesudu nasi tersebut ke dalam mulutnya.

‘Tak sedap mana pun…..’ bisik hati kecilnya. Mungkin sudah lama dia tidak masak menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan masakannya sendiri.

Durrah tak suka melihat Johan yang terbaring santai di atas katil. Di tengah-tengah, Juddin tidur dengan lena.

“Kenapa tak balik lagi ni? Takkan nak tidur kat sini? Arrah tak selesalah, nanti apa pula kata Rita. Kita kan dah janji biarkan Arrah dengan Juddin kat sini dulu?”. Durrah benar-benar tak selesa. Dia malu dengan Rita.

“Rita tak kisah pun, kita masih lagi suami isteri. Lagi pun, abang dah lama tak tidur dengan Arrah dan Juddin. Esok abang nak hantar mak ayah balik, lepas tu terus ke Johor mungkin 3,4 hari. Abang nak bawa balik bibik sekali untuk jaga Juddin”. Johan menerangkan perancangannya.

“Bibik nak tinggal kat sini jaga Judddin?”. Tanya Durrah. Macam bengong pula. Dia ingatkan nak tempatkan Juddin di nursery bila dia bekerja.

“Iyelah, habistu apa gunanya bibik tu? Abang ambil dia tu untuk jaga Juddin dan tolong Arrah”. Tak ada mananya Johan nak letakkan anaknya kat nursery. Bahaya!

“Takkan bibik pun nak tinggal kat sini….”. seganlah Durrah pada Rita. Dahlah dia berdua dengan Juddin, tambah lagi dengan pembantu rumah lagi…..

“Kalau macam tu, biar bibik dengan Juddin tinggal kat rumah kita, Arrah aje yang tinggal kat sini..”. Johan main tarik tali. Dia pasti Durrah pasti tak akan setuju.

“Eh, mana boleh…”. Durrah membantah. Johan tersenyum. Dia mula masuk jarum.

“Hari Isnin sampai Jumaat, bibik dengan Juddin tinggal kat sini. Sabtu dan Ahad,  bibik dan Juddin tinggal kat rumah kita, kalau Arrah nak ikut lagi bagus…..”. Durrah membeliakkan matanya bila mendengar arahan dari Johan.

“Arrah juga yang tak suka abang tidur kat sini kan? Abang nak juga tidur dengan Juddin. Tentu Arrah tak kisah kan????”. Johan memasang perangkap.

“Kalau Juddin tak balik tidur kat rumah kita, nanti tiap-tiap malam atau selang semalam abang akan datang tidur kat sini”. Ugut Johan. Dia tahu tentu Durrah terpaksa menerima cadangan darinya.

Durrah tidak memberikan jawapannya. Dia masam muka. Terus dia tidur mengadap dinding. Sakit hatinya, dia ingat boleh bersenang-senang bila Johan tak ada.

“Sayang, dulu kan ada orang cakap dengan ayah, jadi isteri ni senang nak kumpul pahala dan masuk syurga. Pegang tangan dapat pahala, basuh baju, masak, bagi servis lagilah dapat pahala. Tapi sekarang ni, pandang muka ayah pun tak nak. Orang tu dah tak nak pahala….em kesian ayah ni…..”. Durrah hanya diam memasang telinga  Johan mengulit anaknya.

“Pergi Jasin bawa parang. Ayah Juddin kaki temberang”. Durrah mula menjual

“Ala, ini yang ayah kalah ni sayang. Ayah ni manalah tahu pantun. Nama aje anak cikgu Bahasa Melayu. Yang ayah tahu, ayah sayangggg sangat kat ibu….”. Tangan Johan mula mendarat kat bahu Durrah.

“Apa guna berambut panjang, jika tidak di sisir rapi. Apa guna berkata sayang, jika tidak sepenuh hati”. Durrah menjual lagi. Dia tahu tentu Johan susah untuk membeli.

“Apa pula sekerat hati, memang sepenuh hati abang sayang pada Arrah”. Jawab Johan Durrah mencemikkan bibirnya.

“Dari kebun  punai melayang, hinggap mari pohon cempaka. Kalau tak tahu pantun dan dondang sayang, jangan mengaku orang Melaka”. Terasa klasik pula malam ini.

“O.klah ayah nak pantun untuk Juddin.  Juddin nak berus gigi, alamak…..gigi tak ada…..”. Johan buat lawak. Buat pantun macam dalam viral whatsAPP.

“Kalau pantun macam tu, baik tak payah. Buat rosak bahasa. Sepatutnya anak yang sekecil itu diajar benda yang berfaedah. Rugi kanak-kanak yang sedang membesar diajar dengan benda yang tak berfaedah.  Cubalah kanak-kanak tu diajar bacaan surah-surah lazim, berselawat, berzikir, paling tidak pun belajar menghafal doa-doa ataupun membaca as maul husnah. Bukannya lama pun perjalanan ke sekolah tapi di waktu pagi macam tu, otak kanak-kanak masih lagi fresh dan segar, itulah peluang yang terbaik untuk ibubapa mengambil peluang mencuci dan meletakkan benda-benda yang baik ke dalam kepala otak anak-anak, bukannya dengan pantun yang merapu-rapu. Awal-awal pagi lagi dah diletakkan perkara yang merapu kat kepala otak anak-anak, penghabisnya kepala otak anak-anak banyak yang merapu. Bila anak-anak dan besar dan asyik merapu aje, ibubapa nak marah pula…..”. Durrah mula membebel. Dia membebelkan masyarakat sekarang yang banyak disogokkan dengan hiburan dan cerita yang merapu-rapu kat TV dan filems. Tak cukup dengan itu,  kat whatsAPP  dan segala macam boleh dicari kat internet. Akhirnya kepala otak kita banyak yang disumbatkan benda yang tak berkualiti.

“Kenapa ni sayang? Emo pulak malam ni…….”. Johan memujuk. Tangannya melata-lata di belakang Durrah.

“Jangan nak gosok lebih-lebih ek. Orang bendera merah ni. Ada yang kena terajang ni karang”. Tukas Durrah.

“Haaa…..Ganasnya sayang. Ni yang best ni”. Johan ketawa besar. Biasalah orang Melaka. Kalau bergurau, memang kasau! Rupanya Durrah uzur, sebab itulah emo sikit dia malam ini. Johan tidak mengendahkan amaran Durrah. Dia masih lagi menggosok belakang, bahu dan sesekali bermain dengan rambut isterinya.
Ada aku kesah!


Durrah tidur dengan begitu nyenyak sekali. Sudah lama dia tidak tidur sebegini. Tenang, selesa dan terasa selamat. Telinganya mendengar sayup-sayup suara tangisan.

‘Anak siapalah dibiarkan menangis malam-malam buta ni’. Sungut Durrah sendirian tapi matanya terasa kelat untuk dibuka.

Bagaikan terkena renjetan elektrik. Dia membuka mata dan telinganya seluaas-luasnya.

Juddin!

Segera dia merungkaikan pelukan Johan dan mencari anaknya. Rupanya Juddin berada di bawah, diatas tilam. Segera Durrah menyusukan anaknya. Dia memandang suaminya. Johan tidur dengan lena, tidak berkutik.

Betapa sabarnya dia! Memang benar, ayah adalah seorang yang sangat penyabar……tangisan anak bagaikan guruh pun dia masih lagi mampu tidur dengan lena….


Waktu pagi itu rumah Rita dimeriahi dengan kedatangan ibubapa Johan. Sebelum Johan menghantar orang tuanya balik ke kampong, mereka singgah sebentar melihat Durrah dan Juddin.

“Emm….sayang cucu nenek”. Cikgu Jarrah mengomol cucunya. Dia juga turut berbangga, Johan mempunyai waris. Tidak ada dalam keturunannya ‘mandul’.

“Bila nak bawa balik kampong ni Johan. Jangan sampai jambul Juddin ni dah macam jambul ‘mamud’ baru kau nak potong”. Usik cikgu Jarrah. Merujuk pada jambul si Mamud dalam buku Gila-gila zaman dolu-dolu…..

“Insyaallah…..lagi senang mak tanya pada Arrah. Johan ‘on’ aje….”. Johan meletakkan Durrah dalam serba salah.

“Nanti beritahu, boleh mak suruh ayah kau ambil air kat masjid kampong Hulu”. Panjang muncung cikgu Jarrah.

“Nak buat apa mak?”. Tanya Johan

“Nak mandikan kau…”selamba cikgu Jarrah menjawab.

“Nak buat apa pula. Bukannya Johan tak ada Jodoh. Orang mandi air kolah ‘masjid kampong Hulu’ ni selalunya nak cepat Jodoh”. Johan ketawa. Dia mengusik Durrah sebenarnya. Durrah menjelingnya.

‘Taulah mak aku dulu mandikan air masjid tu sbb nak cepat dapat jodoh’. Omel Durrah. Johan masih lagi ketawa. Dia memaut pinggang Durrah. Durrah yang sedang menuangkan air ke dalam cawan, tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dia tidak selesa dengan kelakuan Johan dihadapan orang tuanya. Cikgu Jusuh hanya mengelengkan kepala. Dia tahu anaknya itu sangat sayang pada isterinya. Sasaunya Johan bila kehilangan Durrah dan Juddin, tidak seperti Johan ditinggalkan oleh Azreen dahulu.

“Nak mandikan kau tu, biar dicuci segalanya. Kau Juddin jangan jadi macam ayah kau. Berbini aje banyak tapi bersepah sana sini. Makan minum kat kedai, tidur baring sorang diri, sakit pening tak ada orang peduli”. Johan tersengeh. Durrah menunduk. Mata seorang ibu tidak boleh dibohongi!

“Dah, kita tak boleh lama ni. Nanti Johan nak ke Johor lagi…”. Tegur cikgu Jusoh. Kalau dibiarkan, semakin rancak cikgu Jarrah membuka kitab.

Durrah hanya memandang kereta Johan bergerak meninggalkan rumah banglo ini. Entah mengapa hatinya terasa sayu, bagaikan sesuatu miliknya dibawa pergi.

Erkkk……

Juddin mula menangis. Segera Durrah membawanya ke dalam.

‘Selamatkan suamiku ya Allah, juga mertuaku dalam perjalanan pergi dan balik. Permudahkan urusan suamiku dalam mencari rezeki……’ itu doa yang selalu Durrah titipkan tiap kali suaminya berpergian.


Tiga beradik itu hanya saling memandang. Tidak pernah dia mendengar ibubapanya bergaduh sebegini hebat sehinggakan suara mereka boleh didengari di ruang tamu keluarga.

“Tolonglah bang, janganlah buat kerja gila macam ni. Apa lagi yang kurang pada saya. Tak cukup ke lagi pengorbanan saya selama ini pada abang?. Mana janji abang pada saya dahulu. Takkan bila dah senang, abang dah lupa pada janji abang”. Dalam esak tangis Asiah bersuara. Sudah lama dia memendam perasaan. Tak tertanggung rasanya. Sakit. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Maafkan abang, abang cintakan dia….”. pengakuan dari suaminya itu benar-benar menggoris hati Asiah.

“Habis tu saya macamana? Senang aje abang nak campak saya bila abang dah senang sekarang ni?”. Asiah tak puas hati.

“Hubungan kita sekeluarga tak akan berubah. Abang Cuma nak berkahwin dengan dia…”. Itu janji Zarul.

“Senang aje abang cakap. Hubungan kita tak berubah. Abang tahu tak yang keadaan kita sekeluarga dah banyak berubah sejak abang ada perempuan lain. Nafkah untuk kami abang kurangkan sehinggakan saya yang terpaksa tanggung segala perbelanjaan keluarga kita. Duit abang habis pada perempuan tu, pergi holiday, beli hadiah mahal-mahal. Abang tak adil dengan saya, kenapa dengan perempua tu abang lambakkan kemewahan tanpa dia bersusah paya, belikan rumah, kereta, beg tangan RM20,000. Abang sedar tak? Sejak kita kahwin abang tak pernah beri hadiah lebih dari RM1,000.00 pada saya.” Asiah mula mengungkit. Bukan susah benar dia nak skoding pengurusan kewangan suaminya.

“Abang abaikan anak-anak. Pernah taka bang duduk semeja dengan mereka? Tanya pelajaran mereka. Tanya apa mereka belajar hari ini. Tanya apa masalah mereka paling tidak pun Tanya apa mereka makan hari ini. Abang sibuk dengan kelab motor abang, kesana kesini tak pernah nak lekat kat rumah”. Asiah mula membebel.

“Aku sibuk cari bisnes untuk kita”. Bentak Zarul. Pantang dia orang mengutuk dirinya.

“Sejak bila awak bawa bisnes untuk kita?  Setahu saya Johan yang bawa masuk semua projek tu. Awak tu usung perempuan kesana kesini adalah”. Jerit Asiah. Marah! Suasana dalam bilik semakin membahang.

“Aku suami, aku boleh buat apa yang aku suka. Duit aku, aku punya, ikut akulah aku nak buat apa pun”. Jerit Zarul pula.

“Oh duit awak? En Zarul, sedar tak yang awak tu bukannya kaya mana pun, bisnes kita tak maju mana. Tanah saya yang awak pajakkan pun tak habis bayar lagi masih ada di tangan bank. Dan lagi satu, jangan ingat saya tak tahu yang awak ambil wang syarikat. Fikirkanlah sendiri kalau Johan tahu. Macamana awak nak berbini dua. Belum pun jadi bini, habis duit syarikat kita  dikikisnya”. Mata Zarul memerah. Dia rasa tercabar.

“Saya tetap dengan keputusan saya untuk berkahwin dengan dia. Sama ada awak setuju ataupun tidak, terpulang kat awak”. Zarul menggunakan kuasa vitonya!

“Baiklah kita berpisah. Kalau awak rasa awak bahagia dengan dia, saya pun akan cari orang lain untuk rasa bahagia. Adilkan?”. Asiah tak mahu mengalah. Apa ditunggu pada orang yang dah tak sayang. Bagi dia, suaminya itu dah tak sayang padanya lagi…..

“Ada ke orang nak kat you ni….”. Zarul senyum mengejek.

“Tak semua lelaki sukakan perempuan jalang macam awak. Tentunya setiap pemberian awak pada dia bukannya free kan? Well….orang kata ‘benda yang haram tu memang sedap…”. Asiah mengangkat bahunya, sebelum berlalu, dia memberikan senyuman sinis pada suaminya.

“Dan satu lagi Zarul…..pulangkan hak, nafkah  dan segala wang yang sepatutnya menjadi milik saya dan anak-anak. Saya tak halalkan walaupun satu sen wang dan segala hak saya yang awak berikan padanya termasuk masa untuk kami yang awak curi. Saya tak halalkan. NEVER!!  Saya akan tuntut, tak dapat didunia ini, saya akan tuntut di hadapan ALLAH nanti.”. Asiah menutup pintu dengan kuat.

Dia mencapai kunci kereta. Tidak dihiraukan pandangan dari anak-anaknya. Dia ingin segera keluar sebentar dari rumah ini. Dia tidak mahu anak-anaknya melihat dia menangis.
  

Asiah memutar-mutar stereng keretanya. Dia tidak tahu hendak kemana. Bila perutnya mula berbunyi, barulah dia sedar yang dia belum makan dari pagi lagi. Dia memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoren.

Asiah hanya memandang nasi dihadapannya. Seumur hidupnya dia tidak pernah makan makanan tersebut. Nasi itik! Dia tersenyum sendirian. Tanpa mengetahu restoren apa dia pun masuk dan duduk bila melihat ramai pengunjung dan ada beberapa orang wanita yang bertudung, justeru itu dia mengandaikan yang restoren ini adalah restoren halal.

“Assalamualaikum….ada masalah ke dengan makanan cik ini?”. Asiah mengangkat mukanya. Dihadapannya berdiri seorang lelaki separuh abad berwajah cina, ada apron di pinggangnya.

“Saya pekerja kat sini. Saya lihat cik tak makan, Cuma tenung aje nasi tu. Saya ingatkan ada mahluk asing ke dalam nasi tu, boleh saya tukar dengan yang lain”. Asiah tersenyum dengan jenaka dari pekerja tersebut. Dihatinya memuji keperihatinan pekerja di restoren ini.

“Tak apalah, emm….Cuma saya tak pernah makan nasi itik ni”. Jawapan tulus dari Asiah.

“Memang jarang orang makan nasi itik, selalunya orang popular dengan nasi ayam. Tapi percayalah, kalau sekali dah makan pasti lain kali datang lagi …..”. Asiah ketawa bila mendengar pekerja tersebut memuji restoren sendiri. Asiah pun teragak-agak menyudu nasi tersebut ke mulutnya.

“Cubalah rasa manisan ni, boleh buka selera”. Lelaki tersebut menghulurkan semangkuk kecil ke sisi pinggan Asiah.

“Manisan ni boleh ambil kat sana lagi, free aje…..”. Asiah memandang jari lelaki tersebut yang menunding ke satu sudut.

“Terima kasih”. Ucap Asiah. Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya.

“Enjoy your meal”. Asiah hanya memandang lelaki itu berlalu ke satu lagi kelompok pelanggan, kelihat pekerja tersebut saling bergurau bagaikan kenalan lama.

Asilah merasa manisan tersebut. Kacang merah bersama air gula tanpa santan! Dia makan bersulam dengan perasaan. Hatinya terbang entah kemana. Kata orang tua, hidup tanpa hati. MATI! Sekarang ini pun dia sudah merasakan sebahagian dari hidupnya telah mati….

Dari jauh ada sepasang mata yang sepet sedang memerhatikannya.

‘Jumpa lagi kita….’ Bisik hati si lelaki. Dia menguntum senyuman. Tidak diduga dia bertemu lagi dengan seorang perempuan yang sedang dalam kesedihan. Fikirannya terbayang kembali saat mereka berlanggaran bahu sewaktu di tempat letak kereta. Di waktu itu wanita itu dalam kesedihan dan diwaktu ini wanita tersebut masih dalam kedukaan.

Sengaja dia datang menegur dan memberikan semangkuk manisan. Semuga manisan itu dapat menyembuhkan sedikit rasa rawan di hati.

“Ya  ALLAH, siapa pun dia, kau campakkanlah sdikit kegembiraan di hatinya….” Doanya dari jauh.  



 


   

8 comments:

  1. slmt membaca dan mengomen. Met juga akan memasukkan sedikit cerita tentang Asiah dan Zarul (kawan sekerja Johan).

    Jika ada sedikit idea, bolehlah juga menyalurkan pada MET

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mak ieteng..akhirnya dapat saya baca karya puan

    ReplyDelete
  3. Thank you masukkan bab baru. Hari hari check. Best sangat

    ReplyDelete
  4. Thank you masukkan bab baru. Hari hari check. Best sangat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.. Dh lama tggu entry baru...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih makieteng....

    ReplyDelete
  7. Salam...selamat brpuasa puan penulis..
    Dok hari2 bercatwalk kat sini..
    Kot2 ada entry terbaru ke��
    X sabar nak tau kisah selanjutnya..
    Intan n suami x gunanya tu..
    Durrah, madu n suami..
    Harap puan penulis x menghampakan kita semua ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....nampak nya bukan sorang ja la dok menunggu entri baru MET ni

      Delete