wallpaper

20130924

Malang Ada Di Mana-mana

Assalamualaikum..... Bukan sahaja bahagia ada dimana-mana, malang juga ada dimana-mana. Ia juga tidak berbau. Tidak kira masa dan tempat.Ada kalanya malang berlaku diitempat dan hari-hari yang biasa kita lakukan, ditempat kerja, ditempat awam dan ada kalanya dibilik mandi, malah ada yang berlaku dibilik tidur. Hari ini, MET nak ceritakan satu malang yang menimpa seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Tak kira apa pun tugas kita, ia tetap mempunyai risiko yang tersendiri samada bahaya ataupun tidak. Terlalu banyak pula 'repoter' yang tidak berbayar menyebabkan sesuatu cerita itu sukar untuk diperakui. Ditambah pula dengan berbagai spekulasi....

 SEHARI DI WARONG MENJUAL NASI LEMAK

Pelanggan 1 :   Nasi lemak 1. Bang,ada polis mati kena bunuh pagi tagi ek? kat kilang dalam tu.

Taukeh        :   Ha? bila? (Terpinga-pinga, dia tak tahu sebab warung ini baru sahaja dibuka).

Pelanggan 1 :   Kat kilang dalam tu pagi tadi, katanya ada polis mati kena tikam masa tangkap perompak.

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Pelanggan 2 :   Bang, ada polis mati kena baling dengan batu masa dia tengah tangkap pencuri ek bang? 

Taukeh         :   Ek? (Baling batu pulak....)

Pelanggan 2 :   Polis tu 2 orang tengah round kat kilang dalam tu, terjumpa dengan budak curi barang lusuh, dia nak jual barang kat situ.Sorang dapat tangkap, sorang lagi polis tengah nak ngelonkan yang sorang lagilah tu, polis tu tengah 'coling-coling' kawan dia, masa tulah yang budak tu hempok polis tu dengan batu.Polis tu kejar budak tu, tiba-tiba aje dia rebah. Entah kepala dia sakit, entah dia kena serangan jantung....

Taukeh         :  Sakit jantunglah pulak.......

 Pelanggan 2 :  Bang nasi lemak satu, sambal lebih. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pelanggan 3 :   Nasi lemak tambah telur bang.Ada polis mati kena langgar dengan budak rempit ye bang? 

Taukeh         :   Bila????

 Pelanggan 3 :   Malam tadi...

Taukeh        :   Pulak.......

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Pelanggan 4 :   Bang, nasi lemak kasi telur lebih, sambal lebih bang.

 Taukeh        :  O.k. siap!

 Pelanggan 4:   Bang, ada polis mati kena beduk dekat kedai barang-barang lusuh kat tepi jalan ni ek bang? 

Tauke          :   Kena beduk pulak....Bila?

Pelanggan 4 :   Pagi tadi.

Taukeh       :   Ada juga dengar cerita tapi tak tahu yang mana betul. (Kedai membeli barang-barang lusuh ada banyak tempat, ada yang tepi jalan dan ada juga yang berada dalam kawasan kilang) 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Pelanggan 5 :   Bang, bungkus nasi lemak 2 bang.

 Taukeh        :   hai, awal balik bang?

 Pelanggan 5 :   Malas nak tunggu bang, kat depan kilang tu tengah kecoh.

 Taukeh        :   Apasal?

Pelanggan 5 :   Abang tak dengar kecoh-kecoh pasal seorang polis kena hempok dengan batu masa dia bergelut dengan budak kat dalam tu?

Taukeh         :   Apa cerita sebenarnya?.....

Pelanggan 5 :    Pagi tadi ada dua orang polis bawa motosikal, entah dia round agaknya terjumpa dengan 2 orang budak nak jual barang-barang curi agaknya kat kedai lusuh dalam tu.Sorang polis tu dah dapat tangkap sorang budak. Tinggal sorang lagi polis tu tengah 'mengelon' budak yang sorang lagilah tu, polis tu pun tengah 'coling-coling' kawan dia, apa lagi, budak tu pun hempoklah polis tu....budak tu lari, polis tu masih lagi boleh kejar tapi separuh jalan dia rebah......

Tauke        :    Kau ni pandai-pandai aje bercerita.

Pelanggan 5:   Laa....kat depan kilang kita orang..... 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Didalam berita radio pula - Seorang anggota polis maut dalam satu operasi Ops Cantas! 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Berbagai cerita yang kita dengar sehinggakan kita tidak tahu mana yang betu. Akhirnya MET pun baca kisah sebenar dalam suratkhabar...
 "Polis maut dihentak penjenayah" - Seorang anggota polis maut akibat diserang dengan objek keras dipercayai batu oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan diri dalam serbuan Ops Lejang di sebuah kilang besi buruk di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.

 Boleh percaya ke????? MET angkat bahu. Kadang-kala sesutu perkara itu sukar untuk kita percayai sehinggalah ianya berlaku dihadapan mata kita. Apa pun kita sama-sama berdoa semuga roh allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Samad ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman. Amin....... Dan semuga isteri serta kaum keluagra beliau sabar dalam ujian ini. Dan jika ada kemampuan, bantulah keluarga ini.

 Awak? Ada apa-apa nak tambah!

No comments:

Post a Comment