wallpaper

20130820

Betulke kerja polis sekarang lebih mudah?

Assalamualaikum.
Tentu ada abang-abang polis yang marah dengan MET bila baca tajuk diatas. Relaxlah tok! berbagai spekulasi bila cerita tembak-menembak diantara polis dengan penjenayah. setiap hari ada sahaja orang yang mati kena tembak. semua orang sibuk memberikan pendapat, kupasan dan pandangan. dari golongan propesional sehinggalah tukang potong rumput juga tukang sembur nyamuk. tidak terkecuali juga ahli mensyuarat tingkap.
MET tergolong dalam kalangan ahli mensyuarat tingkap. hanya ahli biasa, bukannya ahli majlis tertinggi dan bukannnya ahli jawatankuasa(AJK). ahli tediri daripada surirumah,isteri manager kilang,kerani sekolah,isteri pesara,isteri pekerja kilang minyak,isteri taukeh balak,kerani stesen minyak,binii taukeh warang nasi lemak pun ada.masing-masing pun ingin memberikan pendapat tentang isu-isu semasa.
Maka bersidanglah kami sambil berdiri. mulut bercakap tetapi mata memerhatikan anak-anak yang sedang bermain, takut dilanggar dek kereta.

A    :    His, takut pula nak keluar rumah sekarang. sana-sini kes tembak. dahulu tak adapun macam ni. senang aje nak bunuh orang. senjata pun boleh sewa aje pulak tu.
B    :    Alah, apa nak takut, yang kena tembak tu kebanyakannya ada duit, kongsi gelap, takpun orang yang kaya. orang macam kita ni apa yang ada.
C    :     Macam negara koboi pulak ek? sikit-sikit tembak. negara ada undang-undang. setiap orang ada hak di bicarakan dimahkamah sebelum dijauhkan hukuman. bukan boleh tembak aje terus mati. patut pun mereka mengujudkan badan khas untuk pantau penyalahgunaan kuasa ni.
D    :      Siapa yang cakap macam tu, bawa dia dibarisan hadapan. nak tengok dia terkencing ke tidak dia dalam seluar bila dah penjenayah tu mula menembak dengan peluru hidup. peluru hidup beb! bukan peluru getah.Peluru tu aje yang hidup, tapi kalau orang yang kena pasti mati punya. dah penjenayah tu guna pistol, takkanlah polis kita nak gunakan batu baling kat kepala dia?. agak-agaklah.
E    :    Biarlah, lagi bagus, tembak terus mati. kes pun tutup. tak banyak kerja polis nak siasat, turun naik mahkamah, last-last mereka lepas. buat membazir masa sahaja. masa akan datang mereka akan buat lagi. kat mahkamah tu, bertimbun kes yang tak selesai. setiap satu kes makan masa bertahun nak selesai. senang, pam! tembak, mati habis cerita.
MET  :  Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan satu pihak aje. Pihak polis menjalankan tugas mereka. dia juga barhak mempertahankan diri bila dalam keadaan bahaya. Badan khas yang ditubuhkan untuk memantau kerja polis tu, biarlah diaorang buat kerja dia. kalau tak nanti, orang kata makan gaji buta pula. eh! dia orang ada gaji ke?. Apa yang penting, kita sama-sama berdoa supaya tempat kita dan negara kita kembali aman dan sama-samalah kita sama-sama busybody dengan keadaan sekelilikg kita. penjenayah sekarang bukannya menyorok dalam hutan ataupun di dalam bandar. sekarang ni mereka berada-ada dimana-mana. bayangkan, dalam kawasan perumahan pun mereka boleh buat rumah pelacuran!

Awak? ada apa-apa nak tambah?

2 comments:

  1. penjenayah makin ramai. Orang awam pon kene tgk2 sama.... jgn 100% harapkan polis je....:)

    ReplyDelete
  2. itu sebabnya ahli mesyuarat tingkap seharusnya lebih pro aktif. Arya dah daftar ke belum jadi ahli?

    ReplyDelete