Bab10
Minggu yang
di tunggu-tunggu sampai jua akhirnya. Durrah mengagih-agihkan kad kahwinnya
pada hari-hari akhir dia bekerja. Semua kwan-kawan termasuk bosnya kekagettan. Masing-masing terperanjat beruk,
pun ada yang terperanjat monyet. Masing-masing dengan spekulasi sendiri. Ada juga yang kata Durrah
kena tangkap basah.Durrah hanya
ketawa.
“Lantaklah kau orang nak kata
apa, majlis nanti kau datanglah ke rumah aku kalau kau nak tengok suami aku”.
Hanya itu sahaja yang mampu Durrah beritahu mereka.En.Yazid pun turut
terperanjat .
“Eh! Macam tak pecaya pula,
tak dengar khabar you bertunang, tiba-tiba aje nak kahwin ni apa
cerita?”.
“Cerita apa pula
En., dulu you juga yang sibuk suruh
I kahwin cepat-cepat, ni I nak
kahwinlah ni, tak percaya pula dia.”. Durrah melemparkan senyuman pada
ketuanya.
“Kahwin juga you
ye, I ingatkan nak jadikan you wife I yang ke 2”. Durrah mengekek ketawa.
“Tak rela I
jadi ‘nek de’”. Mereka sama-sama ketawa.
En. Yazid memasukkan semula kad jemputan kedalam sampulnya.
“Husband you kerja di mana?”.
“Di KL, dia saudara I.
kami satu daerah, emak dia cikgu sekolah
I dan keluarga kami saling mengenali, dia duda tak ada anak”. Rasanya
panjang lebar dia menerangkan perihal bakal suaminya.Rakan-rakannya yang
lain turut pelik, tak ada angin tak ada rebut, bertunang pun tidak, tiba-tiba
terus kahwin.
“Bila masa pula aku
bercinta dengan orang lain?”.
“Tu dengan Pak Arab
tu?”. Si Azura menyampuk.
“Kan aku dah berkali-kali cakap dengan kau orang, pak Arab
tu dah ada isteri, aku tak perrnah bercinta dengan dia. Kami hanya berkawan
sahaja. Kami keluar makan bersama tak bermakna kami bercinta”. Tegas Durrah.
Memang benar kata Rita dahulu, bila usia sudah meningkat begini macam-macam
perspektif mereka bila melihat kita berkawan dengan lelaki.
“Kau ni pun satu,
apasal kau tak pas kat aku pak Arab tu?. Best apa dapat oran g Arab. Dia lebih tahu tentang agama.
Dunia dan akhirat, apa orang kata, sampai ke syurga?”. Celah Julia. Durrah
mengekek ketawa.
“Kawan, Allah tak
memandang manusia itu dari bangsa apa dan warna kulit tapi Allah pandang iman
yang ada pada mereka”. Terang Durrah. Allah tak menjanjikan syurga hanya kerana
mereka berbangsa Arab. Kalau bangsa Arab tapi bukan islam, macam mana? Kalau
islam tapi tak sembahyang, macamana pula?
“Betul cakap Arrah
tu. Tak semuanya oran g
Arab tu baik dan beriman. 10 tahun dulu abang aku ada kerja kat restoren oran g Arab. Restoren dia
VVIP aje yang masuk bukannya oran g biasa macam
kita tak boleh masuk tapi oran g
macam kita tak mampu nak bayar bil makanannya. Satu kali makan, harganya satu
bulan gaji kita, kau larat?.
Makanan disediakan
makanan arab dan di tambah dengan minuman keras. Macam-macam jenis ada. Isteri
dia pula perempuan Cina. Tak tahu dia masuk islam atau pun tidak. Abang aku
kata tengok bini dia punya dressing….meleleh…… Dekat tanah Arab sana mereka tak boleh buat
sesuka hati sebab tertakluk dengan undang-undang tapi bila dia pergi tempat kita
dia boleh buat sesuka hatinya”. Cerita Anom.
“Betul tu, sebab tu
ada yang duduk kat negeri oran g puteh tapi
mereka terlebih jadi oran g putih dari oran g putih sendiri.
Tengok aje budak lelaki dalam kumpulan One Derection….alah, aku pun tak pandai
sangatlah. Dia bukan oran g putih kan ? Tengok cara hidup
dia, siap bertatu lagi…”. Durrah pula menambah perisa. Apalah nak dibanggakan
sangat dengan keturunan. Kalau keturunan Rasulluallah tu lainlah…..
“Betul tu, minggu
lepas sepupu aku baru balik dari Arab. Dia kerja kat sana , masa kat dalam kapal terbang tu ada
seorang perempuan Arab terus buka purdah dia terus minta Brandee. Sepupu aku
pun terkejut beruk”. Amran pula menyampuk.
“Ala h…aku baru nak usha pak Arab tu”. Durrah
tersenyum dengan kata-kata Julia itu.
“Apa salahnya. Aku
rasa boleh. Usahalah lebh sikit”. Usik Durrah. Manalah tahu jika rezeki berphak
pada Julia pula.
“Bila kau orang
bertunang? Kau orang bercinta pun kami tak tahu”. Rajuk Anom.
“Alah, takkanlah
aku nak buat pengumuman dengan kau orang yang aku di alam percintaan. Dia
saudara aku, aku dah mengenalinya sedari kecil lagi, tak ada apa yang peliknya
tentang kami bila tiba-tiba kami ada jodoh”. Wah! Macam bagus sangatlah
pekahwinan ini di atur.
Durrah tidak mahu kawan-kawannya membuat andaian, perkahwnan
ini adalah sesuatu yang ‘terdesak’ untuk
menggugurkan gelaran ratu ANDARTU yang telah sekian lama dia sandang walaupun
mungkin ianya salah satu sebab dia terima pinangan ini.
Johan tersandar
lemah dikerusinya. Tidak beberapa hari lagi dia akan bergelar suami kepada
seseorang yang dia tidak begitu mengenali. Hatinya berbelah bahagi, dia
melepaskan keluhan. Telajak perahu boleh berundur, terlajak kata, diri sendiri
yang merana.
“Johan, oran g kalau nak kahwin,
punyalah suka, senyum memanjang aje. Kau ni pula aku tengok monyok aje. Apalah
kau ni, mak kau suruh kau kahwin bukannya suruh kau pergi berperang”.Zarul
datang mengusiknya. Johan melepaskan keluhan lagi.
“Entahlah, aku tak
rasa nak kahwinlah”.Johan melepaskan rasa di hati. Zarul tepuk dahi.
‘Sudah! Mati cikgu
Jarrah kali ini dengan perangai Johan’.
“Kau jangan buat
hal. Kasihan mak kau. Kau couple semula dengan Juita ke?”. Tannya Zarul lagi.
Johan garu kepala. Dia serba salah, dia bertindak terburu-buru dan menuduh
Juita ada hubungan dengan oran g
lain. Dia terbawa-bawa dengan sejarah silamnya. Ttapi kini semuanya dah
terlambat. Masa marah tempohari dia memberi keizinan emaknya untuk dijodohkan
dengan sesiapa pun waima dengan perempuan yang cacat sekali pun. Sekarangnya
bila dia mengetahui keadaan yang sebenarnya, dia mula rasa bersalah. Bagaimana
dia nak menerima perempuan lain sedangkan di hatinya masih menyimpan rasa cinta
pada Juita.
Payah!Payah!payah!
Juita masih lagi memburunya. Johan serbasalah. Ikut kata hati ataupun ikut kata
mak dan ayah!
bagus penulisan.. kalau dibukukan novel ini mesti mendapat sambutan..
ReplyDeletehaaa....insyaallah.....doakanlah. Tk. kerana sudi singgah
Deleteaiza doakan semoga terus success.. :D
Deleteyup sy setuju 2.. cerita bagus dan sy ska baca wpn lama2 ada sekali n3
ReplyDeleteTerima kasih. ini yang semakin bersemangat nih!. TK kerana sudi singgah
DeleteBetul, napa tak dibukukan....in syaa Allah, bakal mendapat sambutan...
ReplyDelete