wallpaper

20131020

Cirit Di Hari Peperiksaan

Assalamualaikum....  Jumpa lagi kita. kali ini MET nak cerita pasal keracunan makanan yang boleh menyebabkan cirit. Sekarang ni di dada akhbar banyak memaparkan kisah keracunan makanan. Di sekolah anak MET yang ada mengadakan majlis korban pun, kena cirit bila makan daging korban masak kari.Tak tahu dimana silapnya. Pastinya guru besar dan guru-guru sudah memastikan tahap kebersihan yang betul.

 Malahan, disekolah yang sama pada minggu sebelumnya, anak MET yang menduduki peperiksaan PMR pun kene keracunan makanan. Habis satu asrama perempuan. Bila kena keracunan makanan, kesannya bukan sahaja sehari malah boleh berlanjutan 3-4 hari malah ada yang sampai seminggu. Sedih bila mendengar cerita dari anak MET yang mereka terpaksa ulang-alik dari dewan peperiksaan ke tandas. Tentunya mereka menghadapi peperiksaan dengan rasa sakit dan tidak selesa. Bukannya satu kertas sahaja tetapi 5 kertas peperiksaan. Cuba bayangkan tentang kesedihan mereka . Mereka telah mengembeleng tenaga untuk menghadapi peperiksaan yang penting ini, tiba-tiba musibah ini pula yang muncul, hasil kecuaian orang lain.

 Untuk menunding jari pada pihak sekolah, rasanya pihak sekolah telah mengambil langah berjaga-jaga terhadap pihak kantin supaya menjaga kebersihan pada kantin dan makanan, dan yang lebih penting supaya makanan yang disajikan tidak basi.Pihak sekolah juga ada memasang CCTV di dalam kantin termasuk dapur.

 Pihak kantin yang salah? Atau Warden asrama tidak turun padang melihat dan merasai makanan yang disajikan?. Apa yang penting, pihak sekolah perlu memastikan perkara ini tidak akan berulang kembai dimasa yang akan datang. Kasihan pada anak-anak kita yang sudah bertungkus lumus belajar tetapi keputusan peperiksaan mereka nanti tidak seperti yang diharapkan kerana dengan masalah di luar jangkaan ini.

 Awak! Ada Apa-apa nak tambah?

1 comment:

  1. Bila pembahagian tugas telah diurus,petugas laksana sehabis yang baik nya,kesilapan teknikal mana lagi yer..?Pemantauan sekerapnya mesti dilakukan.

    ReplyDelete