wallpaper

20161220

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 69



Bab 69

Durrah melepaskan dirinya dari pelukan Johan. Dia berjalan masuk ke dalam. Johan pula melepaskan keluhan. Masing-masing masih lagi melayani sisa – sisa rajuk yang ada entah bila akan reda. Johan mendapatkan Juddin di katilnya. Diciumnya Judin dengan penuh rindu. Rindu pada Judin yang berlabuh tapi lebih rindu lagi pada ibu Juddin yang masih lagi belum nampak pelabuhannya.

“Apalah nasib ayah ni Juddin, nama aje ada dua kapal tapi tak ada satu pun kapal yang nak ikut ayah belayar. Ingatkan ayah datang nak minta bekal”. Johan masih lagi membelek anaknya. Durrah buat muka. Dia bukannya tak faham apa maksud dari Johan itu.

“Kalau Juddin jaga dan menangis, nanti awak beri dia susu eh”, ugut Durrah.

“Boleh…”. Jawab Johan. Setakat susu apa ada pasal!

“Eleh, senangnya cakap, Juddin tu asyik meragam aje, dia rindu kat awak rasanya”. Itu rumusan yang Durrah buat. Juddin masih kecil bukannya boleh dia bercerita tentang apa yang dia rasa. Nak kata Juddin demam, suhu badannya normal aje, lagi pun dah beberapa hari Juddin tidak bertemu dan bermain dengan ayahnya.

“Sian anak ayah demam ye rindukan ayah. Ibu tak rindukan ayah ke?”. Johan bertanya Durrah tapi mata dan tangannya masih lagi membelek Juddin. Sesekali hidungnya di ratakan ke segenap badan Juddin, Tak dapat nak cium ibu Juddin, cium Juddin pun oklah. Bau ibu Juddin pun dah macam bau Juddin.

“Tak ada maknanya… ni pakai smart malam-malam ni nak kemana?”. Pelik pula Durrah melihat Johan berpakain kemas, rasanya bukan baru balik dari pejabat.

“Nak pergi Johor lagi”. Macam malas pula lagak Johan malam ini. Dia memusing-musingkan badannya ke kiri dan ke kanan.

“Bagus punya projek, baru balik dah pergi balik”. Sindir Durrah. Entah bila Johan balik ke sini dan tiba-tiba malam ini Johan mengatakan yang dia akan ke Johor semula. Durrah mula terasa hati dan merasakan dirinya terpinggir.

“Insya Allah…kami akan buka satu lagi di Turkemestaan. Doa-doakanlah”. Johan melayan sindirian Durrah dengan cara yang berhemah.

“Turkemestan tu kat mana?”. Manalah si Durrah ni tahu kat mana tempatnya itu. Keluar dari Malaysia pun dia tak pernah.

“Ala… dekat-dekat Negara Go Head Go stand”. Johan menyakat. Durrah buat muka menyampah. Johan tergelak-gelak.

Tiba-tiba handpone Johan berbunyi

“Ya Asmadi apa cerita…” Johan tekun mendengar bicara di hujung sana dengan muka yang berkerut-kerut. Sesekali dia meraut mukanya.

“Allah Huakhbar…” Terasa lemah longlai segenap badan bila mendengar berita yang baru disampaikan oleh pembantunya itu tadi. Durrah memandang dengan perasaan cuak.

“Dah confirm ke?”. Tanya Johan bagaikan tidak percaya. Bibirnya di ketapkan. Durrah tahu yang Johan dalam kegusaran tapi dia tidak tahu apa yang Johan gusarkan.

“Thanks Asmadi, nanti kita bincang lagi. I kena bincang dulu dengan Dato’”. Johan diam lagi, mendengar segala butir bicara yang disampaikan oleh pembantunya.

“Ok”. Johan memandang handponenya, jari jemarinya masih agi menari-nari di atas papan kekunci. Mencari nama seseorang. Dia cuba beberapa kali tapi panggilannya dibiarkan sepi tidak bersambut.

“Kenapa?”. Durrah mula bimbang jika ada sesuatu perkara yang buruk berlaku,

“Arrah ada berhubung dengan Asiyah tak?’. Pertanyaan dari Durrah itu tidak berjawap malah dia bertanya pula pada isterinya.

“Asiyah? Tak adalah kenapa?”. Pelik Durrah. Mereka bukannya rapat sangat. Melihat Johan mengeluh, Durrah semakin bimbang jika Asiyah ataupun Zarul ditimpa musibah.

“Tak apalah Arrah, hal syarikat aje…”. Johan malas nak membebankan Durrah dengan masalahnya. Masaah mereka belum lagi selesai.

“Em..baguslah tu, apa-apa pun tak nak kongsi dengan kita, kita ni sapalahkan Juddin kan?”. Durrah mula merajuk. Ada kesedihan pada suara itu.Rasa diri tidak begitu penting bagi Johan.

“Apa pula Arrah cakap macam tu? Abang cuma tak mahu bebankan Arrah dalam hal syarikat abang tu”. Semakin sakit kepala Johan, dalam masa begini Durrah pula buat hal.

“Tak nak susahkan Arrah konon, dulu tu sampai beria pujuk saya minta izin nak rujuk semula dengan isteri awak dulu tu tak susahkan saya?”. Durrah mula panas hati.

“Dah lah, tak nak kongsikan dengan saya pun tak apa, saya sedar diri saya. Kata nak pergi Johor? Dah malam, nanti lambat sangat bahaya pula malam-malam kat jalan raya”. Bukan niat menghalau, tapi dalam rajuk dia turut bimbang Johan bermalam di atas jalanraya.

“Arrah, mari duduk sini”. Johan menarik tangan Durrah lalu mereka duduk di atas kati. Entah mengapa mereka seringkali bertikam lidah bila berjumpa.

“Abang bukan nak belakangkan Arrah, tapi ni hal syarikat. Oklah abang cerita. Syarikat abang dalam masalah. Besar punya masalah. Asiyah dah jualkan syer dia dalam syarikat pada orang lain”.

“Emm…apa salahnya dia jual syer dia, itukan hak dia?”. Bagi Durrah tak ada masalah pun. Bukannya Asiyah rompak duit syarikat mereka.

“Memanglah nampak tak salah sebab itu hak dia tapi dia jual dengan orang yang tak sepatutnya”. Susah nak Johan terangkan.

“Maksud awak?”. Durrah masih blur!

“Dia jual pada orang yang ada buat kerja-kerja jenayah di sebaliknya. Maksud abang, abang bimbang nanti mereka akan jadikan syarikat abang tu sebagai wayang atau pelindung kerja-kerja haram dan jenayah mereka”. Masalah. Masalah…

“Ha? Kenapa pula macam tu? Kak Asiyah tu tak tahu ke yang orang tu tak baik?”. Durrah pelik kenapa Asiyah boleh bertindak begitu. Sengaja masuk perigi ka?

“Asiyah tak tahu rasanya yang orang tu ada buat kerja-kerja haram ni. Dia ni memang taukeh besar, luaran memang nampak dia ada syarikat yang besar dan berjaya tapi tak ramai orang yang tahu kerja-kerja di sebalik tabir mereka ini. Kalau pun tahu, mereka ini sukar nak di tangkap dan dibuktikan, ahli mereka bukan orang biasa. Orang luar biasa”. Durrah garu kepala. Pening!

 “Apa perlunya kak Asiyah jual syer dia?”. Durrah inginkan lagi pencerahan.

“Rasanya dia dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan syarikat kami lagi. Lagi pun kan dia dah bercerai dengan Zarul”. Pencerahan dari Johan benar-benar membuatkan mata Durrah terbuka luas. Terperanjat.

“Haa? Bila dia orang bercerai?. Kenapa dia orang bercerai? Habis tu kak Asiyah sekarang kat mana? Anak-anak dengan sapa?”. Bertubi-tubi soalan dari Durrah.

“Berapa banyak soalan dah?”. Johan menggosok kepala Durrah. Nampak Durrah bebar-benar terperanjat. Siapa yang tak terperanjat, tak ada angin tiba-tiba aje rumahtangga Zarul dengan Asiyah boleh runtuh. Rumahtangga mereka yang dipukul taufan pun masih lagi bernyawa walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Arrah tak tahu ke? Apalah dia ni, orang satu Malaya dah tahu sebab dah keluar dalam suratkhabar”. Dalam serius sempat juga Johan mengusik isterinya.

“Ha.. keluar suratkhabar? Dengan siapa pulak ni kak Asiyah kawin lain sampai keluar suratkhabar segala bagai?”. Johan ketawa dengan lagak isterinya yang ada kalanya memang lurus bendul.

“Bukan Asiyahnya yang nak kawin lain tapi si Zarulnya yang nak kawin lain…”. Terang Johan. Tak sampai hati melihat Durrah yang kebingungan itu.

“Oh, ingat kak Asiyah nak kawin dengan menteri ke….si Zarul nak kawin dengan artis mana?”. Durrah ketawa, saja berlawak. Orang lelaki ni kalau berduit aje mulalah cari selebriti ataupun artis. Standartlah tu…

“Ala…pelakon baru tu sapa namanye ek? Peah, piah, ala sikit-sikit macam tulah”. Johan bukannya kenal sangat artis ni lebih-lebih lagi artis baru.

“Ha artis?’. Semakin Durrah terperanjat, dia ingat saja mengusik Johan tapi rupa-rupanya betul si Zarul ni tangkap artis. Kelas kau Zarul!

“Kan Arrah pun cakap artis kan? Memanglah bakal isteri baru Zarul tu artis popular”. Johan pun sama  blur, dia ingatkan Arrah tahu sebab dah keluar dalam suratkhabar. Bukannya keluar dalam Tamil Nesan atau pun Sun Jit Poh.

“Wait….wait…..wait… oh! Jadi, si Faeny pelakon melayu yang perasan orang puteh yang sibuk digongsipkan dengan dia tu abang Zarullah ek? Kononnya usahawan melayu yang berjaya. Kisahnya!.” Menyampah pula Durrah rasa. Faeny a.k.a Fatimah adalah pelakon yang mula mendapat tempat dan namanya sekarang sedang mula mencanak naik, pun sebabnya bukan kerana lakonannya yang mantap tetapi hangat skandel dengan suami orang. Tak sangka dengan orang yang dia kenal. Kecilnya dunia.

Rumahtangga Johan yang dilanda badai, siapa sangka rumahtangga Zarul yang tenggelam dan terkubur didasaran. Johan mengeleng kepala dengan berita perceraian yang diterima. Durah menjerit terperanjat. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pokok tumbang. Rupanya ada booldeser  yang datang’.

 “Kasihan dengan kak Asiyah. Ya Allah, tabahkanlah hati kak Asiyah, setabah hati isteri Firaun. Dan peliharalah dia dan anak-anaknya dalam mengharungi hidup ini ya Allah…”. Durrah mengaup wajahnya. Ada air mata yang mengalir dipipi. Tiba-tiba dia merasa ngilu menghiris hati.

“Kenapa Arrah cakap setabah isteri Firaun pula?”. Soal Johan tak mengerti.

“Apalah dia ni, buta sejarah betullah. Kan Asiyah tu salah seorang isteri Firaun yang dibunuh kerana dia mengaku Allah tu tuhannya bukannya Firaun”. Baru nak feeling. Kacau daun betullah di ni!

“Macamana dengan kak Asiyah sekarang? Kasihan dia dan anak-anak. Nanti saya nak jumpa dengan dialah. Bolehkan?”. Rasanya tak salah untuk mereka bertemu. Sebagai seorang kawan, apa salahnya memberi bantuan dan kata-kata semangat dan pertolongan dalam keadaan sekarang.

‘Apa yang kau boloh tolong Arrah? Nasib kau juga sekarang ni di hujung tanduk’. Suara hatinya mengejek diri. Tiba-tiba didalam hatinya berasa takut. Takut ditinggalkan, takut menjadi janda, takut itu, takut ini, segala macam takut.

“Nantilah, abang pun dah lama tak jumpa dengan dia. Dia dah tak masuk  pejabat. Abang sibuk dengan projek abang dan kadang-kala terpaksa cover projek Zarul. Biasalah Arrah, bila orang tengah angau ni, bukannya mendengar nasihat orang lain. Dia dia fikir tindakan dia aje yang betul”.Johan melepaskan keluhan. Sudah puas di menasihati Zarul tetapi segala nasihatnya tak diguna pakai malahan dia pula dimarahi oleh sahabatnya itu dengan mengatakan yang Johan cemburu dia berpasangan dengan pelakon popular yang muda dan cantik. ‘ek alah!’

“Tak guna punya laki, dia ingat dia apa? Lagi lingkuplah hidup dia buat isteri dia macam tu…”.marah Durrah. Marah bila pengorbanan seorang isteri yang sentiasa disisi di kala susah dan payah.
Segala kebimbangan Johan mula menjadi kenyataan. Dengan situasi sekarang berbagai perkara buruk bakal berlaku Esok dia harus segera berjumpa dengan Dato’ Azli berkenaan dengan perkara ini. Atau pun mungkin terpaksa bertukar ke plan B.

“Arrah kenapa ni?”. Johan memaut bahu Durrah. Mata Durrah yang berkaca itu menandakan yang dia dalam kesedihan. Marah dalam kesedihan. Durrah mengelengkan kepalanya.

“Tak ada apa-apalah. Cuma rasa sedih. Awak dah nak pergi?’. Durrah sedaya upaya menahan air mata dari gugur. Johan mengangguk lemah.

“Kata tadi nak bawa bekal”. Johan blur, tak faham apa yang Durrah cakapkan

“Bekal apa?”. Soal Johan lagi.

“Ah lembab, kata datang sini tadi nak ambil bekal. Kalau nak sila kunci pintu.tawaran terhad untuk malam ni sahaja. Tak nak sila keluar saya nak tidur, selamat jalan, berhati-hati di jalanraya”. Entah apa punya bengong tiba-tiba sahaja Durrah membuka tawarannya. Selalunya dia cukup marah jika Johan mengambil haknya. Mungkin kerana kesedihan dan rasa tidak mahu di tinggalkan dia bertindak di luar kawalan.

“Oh, ok..ok..ok…”. Bukan mudah mendapat tawaran sebegini. Maka dengan pantasnya Johan mengunci pintu, handpone di tangan di picit.
Off line!


Terdengar tangisan Juddin, lantas Durrah mengambil Juddin lalu disusukannya. Dia mengusap kepala Juddin dengan penuh kasih sayang. Juddin tekun dengan kerjanya.Durrah hanya mengelengkan kepalanya melihat Johan tidur mati disebelahnya. Mungkin keletihan dengan kerja yang terpaksa berulang-alik ke Johor untuk menguruskan projek baru dan memantau projek yang masih lagi berjalan. Dengan usia sebegini mungkin Johan penat apalagi dengan makan minum dan hidup sendirian yang tak terurus. Nama aje ada bini 2 tapi bersepah sini sana.

Durrah melepaskan keluhan. Tak tahu bagaimana dengan hubungan mereka akhirnya. Dengkuran halus Johan meruntum hati Durrah. Rasa bersalah masih lagi beraja dihati. Membiarkan hubungan mereka ini bergantungan.

“Emm…ayah ada kat sini sayang. Awak menangis macam nak roboh rumah ni pun ayah tak sedar”. Durrah mengadu dengan Juddin. Tidur semula ye, ibu nak solat subuh dulu nanti bila ayah dah bangun baru awak boleh main dengan ayah”. Durrah menepuk-nepuk perlahan belakang badan Juddin. Selepas Judin sendawa kekenyangan, barulah Durrah meletakkan Juddin disebelah ayahnya.

“Bang, bang….bangun subuh…”. Sebelum Durrah melipatkan kain telekungnya, dia datang mengejutkan Johan untuk solat subuh.

“Eee….” Johan mamai. Matanya terpisat-pisat. Otaknya cuba mencernakan situasinya sekarang. Agak janggal rasanya dia bangun pagi Durrah ada didepan matanya. Ada pun kadang kala di rumah mereka, itu pun jika dia tidak ke Johor.

“Sayang….”Johan menghulurkan tangannya. Ingin bermanja.

“Dah  6.30 en Johan oi. Sekarang ni subuh habis awal, tak sampai 10 minit lagi hari dah nak cerah”. Durrahmula membebel. Dalam membebel sempat juga dia menghulurkan tuala mandi pada Johan.

“His…busuklah pegi mandi dulu”. Johan tergelak bila Durrah menolaknya ke bilik mandi.

“Eh, apa yang ada kat mata awak tu?”. Tanpa kebenaran Durrah mencuit lengan Johan yang tak berlapik.

“Arrah, abang ada air sembahyang”. Jerit Johan.  Dia menyapu benda yang terselit di pangkal matanya.

“Hes tahi mata samalah macam tahi cicak, mana boleh buat sembahyang?”. Johan buat muka.

“Dah,dah pegi ambil sembahyang balik. Cepat subuh dah nak habis”. Sekali lagi Durrah menolak Johan ke bilik air.

“Saja aje dia ni tau, nanti lepas solat, taulah abang nak kerjakan Arrah..”. Ugut Johan. Durrah pula buat muka.

“Kena mandi balik…”Jerit Durrah dari luar. Tahi mata tu bukannya najis, tapi ianya menghalang dari air sampai ke kulit. Durrah mendapatkan Juddin bila mendengar suara anaknya. Mungkin Juddin terperanjat bila mendengar suara kuat Durrah sebentar tadi.

“Tak pergi Johor ke?” Durrah pelik melihat Johan yang bersantai mengulit Juddin. Juddin ketawa terkekek-kekek. Suka benar dia. Hilang ragamnya.

“Tak. Abang nak jumpa Dato’ dulu. Kita sarapan kat luarlah. Arrah tak payah buat sarapan. Dah lama kita tak sarapan sama”. Durrah menganggukkan kepalanya. Dia bersetuju dengan cadangan dari Johan itu. Lagi pun jika dia lewat pasti tersangkut dijalanraya. Pagi-pagi begini semua orang berlumba-lumba utuk ke tempat kerja. Stress!!

“Buka mulut”. Durrah menyurus Johan membuka mulut.

“Eh tak mahulah”. Semakin katup mulut Johan bila Durrah menyuakan sebiji pil ke tepi bibirnya.

“Ini bukan ubatlah, kesip aje macam gula-gula. Manis…”. Pujuk Durrah.

‘Baik nama aje dah berusia tapi takut makan ubat mengalahkan Juddin’.Kutuk Durrah dalam hati.

“Untuk sakit apa ni? Abang bukannya sakit”. Mana ada orang makan ubat saja-saja. Johan kesep juga pil yang disuakan oleh isterinya.

“Sedapkan tak pahit?”. Johan menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan kata-kata Durrah. Durrah menghulurkan botol yang cantik pada Johan.

“Al Jawlah, penawar penyakit saraf,sendi dan otot”. Dengan perlahan Johan membaca.

“Abang tak ada sakit ni semua….”. Johan masih lagi tak puas hati.

“Sayang oi…. Ini makanan tambahan bukannya ubat. Awak tukan selalu travel jauh-jauh, kadang-kala bawa kereta dan dan kadang-kala naik kapal terbang, tentu letihkan?. Dia juga yang mengadu kadang-kala sakit badan, lenguh-lenguh kaki…..”. ejek Durrah.

“Alah cubalah makan. Ianya diperbuat dari buah-buahan. Kalau tak caya nanti cuba tanya si Yasir… awak pun kadang-kala ke gim…ianya baik untuk memperbaiki otot-otot tu….”. Johan mencubit pipi Durrah. Dia tahu Durrah mengusiknya. Manalah dia ada otot di lengan. Bukannya selalu dia ke gim.

“Jangan lupa makan. Satu hari 2 kali, pagi sekali, malam sekali. Kalau malas, ambil sekali pun taka pa. senang aje hisap macam gula-gula bukannya telan dengan air. Nanti beritahu dengan Arrah kesannya macamana”. Durra membebel lagi sambil tu tangannya memasukkan botol tersebut ke dalam beg sandang Johan.

“Baiklah sayang….sayang juga Arrah kat abang ek?”. Durrah mencemikkan biibirnya. Dia menadah tangan.

“Apa?”. Johan buat-buat tanya.

“Mana boleh free….sebotol 75 hinggit”

“Eh, bukannya 70 hinggit ke? Tukan harga promosi?”. Johan pon menyakat juga.

“Promosi tu kena makan sendiri….ni servis sampai ke tepi bibir”. Johan ketawa senang hati bila Durrah sudah melayan dia dengan baik sedari malam tadi. Dia membuka zip begnya dengan senyum meleret.
   

“Ehem….sambil buat kerja pun boleh tersenyum?”. Durrah menganggkat kepalanya bila terdengar seseorang menegurnya. Durrah tersengeh.

‘Ketara benar ke ???’. Durrah tersengeh lagi.

“Bila sampai?”. Durrah berbahasa-basi. Dia melirikkan matanya ke jam didinding.

‘Patut pun, dah pukul 1.05. semua orang dah keluar mencari makan.’

“I dah lama sampai. Saja aje tengok orang tu khusyuk buat kerja”. Ammar mengusik.

“Jom kita lunch. I nak bawa you kat satu restoren ni sedap tau. Tak jauh, kat sini-sini aje…”. Ammar menggesa. Durrah garu kepala.

“Sorylah Ammar, saya banyak kerja. Takut tak sempat nanti, nanti budak-budak kata apa pula, saya dok sibuk marah mereka balik lunch lambat, tiba saya pula yang balik lambat…”. Durrah beralasan sebenarnya dia bimbang jika dia makan di luar akan terserempak dengan Johan. Hari ini Johan berada di sini. Naya…..!

“Walaupun sibuk takkan you tak makan. Dah jom kita makan kat kantin. Makan tetap kena makan. Kesihatan pun kena jaga juga. Kalau you sakit nanti anak you pun turut sakit sama sebab you susukan dia”. Ammar mula beri ceramah percuma. Mahu tak mahu, terpaksa Durrah mengikut Ammar ke kanti untuk makan tengahari.

Makan tengahari mereka terganggu dengan bunyi deringan teepon Durrah. Seharian dalam kesibukan, baru sebentar dia menekan butang on, sudah ada pemanggil. Melihat nama pemanggil tu, Durrah malas nak menjawapnya.

“Kenapa tak jawab?” soal Ammar, satu lagi suapan masuk ke mulutnya. Durrah hanya mengungkitkan bahunya. Dia makan tanpa rasa bersalah dengan pemanggil di sana.

“Johan?”. Tekan Ammar. Durrah mengeleng. Amamr angkat kening.
Bila deringan masuk kali ke 5, Ammar menghulurkan tangan. Segera Durrah capai dan bawanya ke telinga.

“Ya…ada apa kak?”. Tanya Durrah lembut. Berlakon sikit!

“Hei, mana Johan? Dari malam tadi dia matikan telepon. Dia kata nak datang jumpa aku tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Macam orang bodoh aku tercongok tunggu dia. Ni kerja kau lah ni yang tak kasi dia jumpa aku….”. lagi dan lagi dan lagi, Durrah hanya menjauhkan handpone dari telinga. Otaknya mula memproses sesuatu.

‘Johan pakai smart malam tadi sebab ada date dengan isterinya..’. Durrah menyengetkan bibirnya. 
Dalam baik dia tertipu! Betul kata P.Ramlee….

“Saya tak tahu dia kat mana, saya ni tengah kerja. Maaf ye bos saya dah panggil dah tu”. Segera Durrah menekan butang ‘off’. Menyesal sungguh dia menekan butang ‘on’ tadi.

“Who?” Ammar pelik. Dengar macam nak rak orang disebelah sana marahkan Durrah tapi Durrah boleh pula senyum.

“Isteri Johan…”malas Durrah nak panjangkan cerita.

“Selalu ke dia macam tu? Kenapa dia marah-marah?”.

“Dia cari suami dia..”

“Johan ke mana?”. Tanya Ammar lagi. Durrah angkat bahu. Dia membasuh tangan. Mujue dia sudah habis makan. Jika tidak pasti seleranya mati.

“Susah juga dapat madu macam ni, you jadi isteri I ajeklah Durrah, isteri I tak adalahsampai macam ni…”. Durrah ketawa perlahan/

‘Entah-entah lagi tercabut tulang belulang aku agaknya. Perempuan Arab ni kasar orangnya.

“Habis tu you nak buat apa?”. Durrah memandang Ammar. Perlukah dia menjawab pertanyaan Ammar itu.

“Buat bodoh la…”. Senang nye jawapan.

“Takkan youn tak tahu Johan ke mana?”. Ammar tak puas hati dengan jawapan Durrah. Entah apa yang dia tak puas hati, dia sendiri pun tak tahu. Selalunya dia juga macam Johan, bukannya isterinya tahu dia ke sana ke sini dan apa yang dia buat. Kerja ke? Berdating ke, yang isterinya tahu dia bekerja mencari rezeki.

“Dia bekerja mencari rezeki Ammar, banyak kerja yang perlu dia kerjakan….”. Jawapan ringkas dari Durrah itu moga diterima oleh Ammar.

‘Gila nak cakap dengar Ammar yang malam tadi Johan bersama dengan dia?’

“Baik sungguh you ni Arrah….”Durrah mencebikkan bibirnya.

“Baik ada makna tu…”. Ammar ketawa!


‘Tangan yang menggoncang buaiyan, boleh menggegar dunia’. Johan percaya denga kata-kata itu. Dan sekarang, bukan dunia yang Asiyah goncang tapi syarikat mereka. Johan menggeleng kepala. Tindakan Asiyah tak terjangkau dek fikirannya. Lebih edvance!

“Maaf Johan sebab susahkan you. I tak boleh lagi berada di syarikat itu. I tak mampu lagi berhadapan dengan Zarul. You lelaki mungkin tak jadi masalah tapi I orang perempuan. Mungkin bagi perempuan lain tak ada masalah bila bekerjasama dengan bekas suami dalam satu syarikat tapi tidak I. I tak boleh. I harap you faham”. Asiyah merayu. Johan melepaskan keluhan.

“Sebenarnya I tak kisah you nak jual dengan siapa pun cuma I kesalkan you jual dengan Mr David Lim. Kenapa you tak Tanya I dulu?”. Johan garu kepala. Tidakkah Asiyah tahu siapa itu David Lim?

“ I nak tanya you, tapi I sibuk dengan kes I tu lagipun kita jarang jumpa. Alah, 20% aje tak banyak mana pun. Masa tu pun I perlukan duit. You pun tahukan manalah I nak cari duit dengan segera. I nak pindah rumah dan pindahkan sekolah budak-budak tu. Macam-macam benda yang I nak uruskan, semuanya pakai duit. Pembahagian duit dan harta sepencarian kami tak setel lagi, you tahulah Zarul tu macamana, kalau pasal duit dengan I bukan main berkira lagi.Duit saham I tak boleh jual lagi masa tu……I cerita kat member I. kebetulan dia kata Dato’ David memang nak luaskan bisnes dia. I pun ambillah peluang tu….”. Johan mengeleng kepala. Sah! Asiyah tak tahu siapakah Dato’ Lim itu. Oh! Dia terlupa, Asiyah ini lurus sikit orangnya. Patut pun senang sahaja suaminya menipu dia. Apalah yang Asiyah tahu. Dia bukannya ramai kawan. Kerjanya hanya dipejabat dan dirumah menguruskan anak-anak. Jarang sekali dia merewang diluar rumah. Jika dia keluar pun, pastinya anak-anak akan dibawa sama.

“I dah bincang dengan Dato’ Azlie. Dia suruh I jual syer I. Bisnes  Gas dan Bahan api yang kita bincang untuk syarikat kita dulu tu terpaksa dibatalkan. Selepas I jual syer syarikat kita tu, I nak tumpukan sepenuhnya pada syarikat yang baru ni. Syarikat ni usahasama I dengan Dato’ Azlie aje. Kiranya syatikat anak menantu. Segara urusan, I yang jaga. Buat permulaan dia bantu mana yang perlu. Selebihnya I yang akan usahakan sendiri.

“Wah! Bestnya. Tentunya besar kompeni you nanti. Dekat mana?”. Belum puun sempat Johan menerangkan. Asiyah sudah terlebih excited. Macam dialah yang punya. Namun Johan tersenyum dengan telatah sahabatnya itu. Dia tahu Asiyah seorang yang jujur dalam berkawan. Dia sentiasa gembira bila kawannya gembira dan dia sentiasa menghulurkan bantuan jika dia termampu bila kawannya itu menghadapi kesulitan. Begitulah sifat Asiyah. Justeru itu Johan selalu menasihati Zarul supaya dia berfikir sepuluh kali jika dia melepaskan isterinya itu. Asiyah isteri yang baik malahan dengan tanah pusaka Asiyahlah mereka mula membina syarikat ini. Jika kita melepaskan sesuatu yang baik dan berharga, jangan harap kita akan mendapatkannya semula. Menyesal kemudian apalah gunanya.

“Lepas dekat Penggerang ni berlalan lancar, kami merancang nak buka satu lagi kat  Turkemestan, tapi buat permulaan ni kena set-up kat sini dahulu…”. Johan tersenyum bila mengingati pertanyaan Durrah semalam dimanakah Negara itu. Dalam berlawak Johan menjawap… “Alah….kat Negara Gohet-Gostan…..nanti bolehlah Arrah ikut sekali”. sangka hatinya ingin mengusik isterinya tapi lain pula yang Durrah jawab. “Alah…boleh sampa ke asyik Gohet-Gostan, Gohet-Gostan (kedepan-kebelakang, kedepan-kebelakang) aje?...”.

“Hai, tiba-tiba senyum aje…apa hal?’. Johan ketawa.

“I teringatkan Arrah,  dia tanya I kat mana Turkemestan tu. I pun kelentonglah dia…”. Mereka berdua sama-sama ketawa.

“I suka tengok you berdua bahagia bersama. Untung Arrah dapat you Johan. Jaga dia baik-baik Johan, jangan kecewakan dia…..”. Asiyah bernada sedih. Sedih kerana segala pengorbanannya tidak dihargai oleh suami sendiri. Eh! Bekas suami daaaa…..

“Bukan Arrah yang beruntung kerana dapat I tapi I yang beruntung dapat dia, Asiyah. Insyaallah, I akan jaga dia dengan baik. Dia dan anak-anak adalah amanah dari Allah. Dialah permata dalam hidup I, sanggup berkorban untuk kesenangan I dan dia bersusah payah lahirkan zuriat untuk I. I tenang dan bahagia bersama dengan dia. Alhamdulillah…”. Pengakuan ikhlas dari Johan. Biasalah rumah tangga ada pasang surutnya.

“I nanti nak minta tolong you. Maklumlah, pasal akaun ni I tak mahir sangat lagipun I susah nak percayakan sebarang orang lebih-lebih lagi pasal duit ni”. Asiyah tersenyum.

“Insyaallah…..I akan tolong you Johan setakat yang I mampu. Kita masih lagi berkawan walaupun I dah berpisah dengan Zarul, you tetap kawan I dunia akhirat. I selesa berkawan dengan you. You dah beritahu Zarul pasal ni?”. Seperti kata orang dahulu, berkawan sehingga akhir hayat, berkasih sehingga bercerai. Johan mengelengkan kepala. Zarul sekarang berada di kota Paris, berbulan madu. Entah bagaimanakah reaksi dia nanti bila dia tahu Asiyah telah menjual syernya kepada Dato. David Lim. Dia juga bakal menjual syer dia. Bukan dia hendak menjahanamkan sahabat sendiri tetapi dia harus menjaga periuk nasi sendiri juga dia perlu menjaga reputasi Dato’ Azlie. Mungkin orang tak tahu siapa Dato’ David Lim yang sebenar tetapi dia tahu yang Dato’ Lim itu siapa. Dato’ Lim banyak menjalankan perniagaan yang haram disebalik perniagaan halalnya. Dia rasa Zarul juga tahu tentang hal ini.

“You buat apa sekarang ni Asiyah?”. Hendak juga dia tahu dia mana sahabatnya bekerja sekarang ni.

“I sekarang ni buat ‘internal-dΓ©cor’. Alah, sikit-sikit. Kawan I ajak. Dia ada syarikat sendiri. I tolong-tolong aje. Lagipun I minat. I tak adalah terikat dengan dia. I buat ‘free lance’ aje. I tak boleh sangat terikat dengan waktu kerja yang pajang. Faham sahajalah, anak-anak mangsa perceraian ni ada masalah sedikit. Anak I yang dua orang tu bolehlah dia faham sikit tapi anak I yang nombor dua tu dia mula buat perangai. Walaupun dia tak cakap tapi I tahu dia sedih sangat. Walaupun dia tak rapat dengan ayah dia tapi dia tertekan dengan perceraian kami. Dahulu dia akan letakkan gambar kami sekeluarga yang dia lukis kat sebelah katil dia tapi sekarang ni I tengok gambar tu dah tak ada. Sekarang ni dia lagi jadi seorang yang pendiam. Susah I nak teka hatinya.” Asiyah melepaskan keluhan. 

 “Yang suka melukis tu ye?”. Asiyah menganggukkan kepalanya.

“Dia tu kurang pandai dari adik beradik yang lain tapi dia suka melukis. I ikut nasihat you supaya hantar dia ke kelas melukis setiap minggu tapi sorok-sorok dari Zarul tahu. Susah Johan jika suami isteri mimpinya berlainan. Dengan angah I beritahu dia, kalau dia nak pergi kelas melukis, dia juga kena pergi kelas tambahan. Dia setuju lagi pun I yang hantar dan jemput dia, Zarul tak tahu. Alhamdulillah, pelajaran dia semakin baik dan lukisan dia semakin cantik.
Tapi sejak pindah sekolah ni, tak tahulah macamana I nak cakap. Nampak dia lain sangat.” Asiyah melepaskan keluhannya.

“Kenapa perlu you berpindah? Kan lebih selesa you di rumah lama? Anak-anak pun tak perlu pindah sekolah?”. Asiyah mengelengkan kepalanya.

“Joahan, I tak mahu menghadapi masalah dimasa hadapan. Manalah I mampu nak bayar rumah mewah itu. You kenal Zarul hanya sebagai kawan, berbelas tahun sebagai kawan tapi I lebih kenal dia Johan. Berbelas tahun kami hidup bersama. Makan, tidur pun bersama walaupun mimpi berlainan. I bukannya nak burukkan dia, I cuma ambil langkah berjaga-jaga, I malaslah nak bergaduh dikemudian hari. Biarlah kami tinggal dirumah yang lebih kecil sedikit asalkan hidup kami aman dan tenteram. Lagipun I nak bina hidup baru. Kalau I masih tinggal dirumah lama tu, bimbang I semakin sedih”. Dia berdoa semuga hidup baru ini memberi sinar dan harapan yang baru dalam hidup dia dan anak-anak.

“Kenapa you minta cerai dari Zarul, Asiyah? Tak salah jika hidup bermadu kerana Zarul mampu?”.Asiyah tersengeh.

“Macam I kata tadi, I yang lebih kenal siapa Zarul. I tak mahu peristiwa lama berulang kembali Johan.”. Johan menanti cerita seterusnya dari Asiyah. Asiyah dengan sabar menghabiskan makanan didepannya. Menyedut pula air dari dalam gelas. Mengesat mulutnya dengan tisu.

“Dahulu, emak I orang kampong, tak kaya dan tak miskin. Sedarhana sahaja. Emak I pandai melukis. Dia selalu melukis bila ada orang buat pameran lukisan. Disitulah dia jumpa dengan ayah I. mereka jatuh cinta dan akhirnya mengambil keputusan untuk hidup bersama. Ayah I anak orang kaya, keluarganya tak suka emak I. Mereka kahwin juga akhirnya. Perkahwinan yang tanpa restu, banyak dugaan dan tak kekal lama.

Ayah I jatuh cinta lagi dengan seorang perempuan bangsawan sewaktu emak I mengandungkan adik I. ayah I tak mahu ceraikan emak I mungkin kasihankan kami tapi dia tak pedulikan emak I. Bukan senang hidup bermadu, emak I makan hati, mula-mula aje ayah berlaku adil, makin lama dan semakin lama dia melupakan terus kami. Isteri baru ayah I tak suka kami, macam-macam fitnah  dan keburukan kami ditaburkan pada ayah. Akhirnya ayah semakin jauh.

Emak I merana. Dia sangat menyintai ayah. Dahulunya ayah merupakan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan romantis. Setiap hari emak I tunggu ayah di muka pintu siang dan malam hingga suatu hari kami menemuinya tidak lagi bernyawa ditepi tangga. Sedih Johan. Mujurlah kami masih lagi ada nenek. Dia yang jaga kami sehingga kami dewasa. Ibu tiri kami membantah keras bila ayah hendak menjaga dan memberikan kami wang. Neneklah yang bekerja keras menorah getah. Alhamdulillah, I dapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Masa Zarul ajak I kahwin masa kat luar Negara masa tu I tak mahu sebab I takut I tak mampu pikul tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan pelajar. Ada kawan-kawan kita yang terkandas dalam pelajaran mereka bila mereka berkahwin dan sibuk dengan anak-anak kan?. Zarul marah I sebab itulah hubungan kami putus. Dah jodoh, selepas beberapa tahun I kerja, terjumpa lagi dengan Zarul. Kami sambung semula hubungan kami dan berkahwin.

I tahu   Zarul mampu dari segi wang ringgit. Tapi dia tak mampu dari segi kasih sayang. Dia selalu mengabaikan kami. Bukan hendak mengata, dia berkira jika hendak mengeluarkan wang untuk  I dan anak-anak. Susah nak berkompromi dalam hal rumahtangga dan anak-anak. Biarlah I dan anak-anak hidup dengan cara kami sendiri. Yang terputus ikatan hanyalah antara I dengan dia. Antara dia dengan anak-anak, sampai matipun mereka tetap anak-anak dia juga. Tapi itulah, sejak kami berpisah, dia tak ada langsung jenguk anak-anak. Dia buang terus anak-anak, leka dengan dunia baru dia sekarang.

Rumah yang Iduduk sekarang ni adalah rumah lama kami. Rumah tu dah habis bayar. Jadi, tak payahlah I nak pening kepala fakir pasal bayar rumah. I cuma cari duit untuk makan dan hidup serta persekolahan anak-anak. Alhamdulillah, sekarang ni kami masih lagi boleh hidup walaupun tak semewah yang dahulu. Anak-anak I pun tak kisah sebab mereka I dah didik dengan hidup yang sederhana. I percaya dan yakin dengan Allah. Ada rezeki untuk I dan anak-anak.”. Asiyah menutup bicara. Johan menganggukkan kepala.

“Patut pun anak you yang kedua tu pandai melukis. Dia ikut neneknya rupanya”. Asiyah ketawa.

“I ikut nasihat you supaya hantar dia kelas melukis. Alhamdulillah, hasil seni dia semakin baik. I tak kisah walaupun terpaksa hantar dia secara sembuny-sembunyi dari pengetahuan Zarul”. Asiyah ketawa lagi mungkin teringat kisah dia meng ‘kelentongkan’ si Zarul barangkali.

“Dia ada kelebihan, you perlu gilap kelebihan itu. Insyaallah, dia boleh pergi jauh”. Johan memberi perangsang.

“Terimakasih Johan, you selalu memberi semangat  dan perangsang pada I. you kawan I yang baik. You lebih nampak apa yang Zarul tak nampak. Sebab itulah juga I tambah satu lagi bilik untuk dia. Kat rumah tu ada 3 bilik aje. Sekarang ni masing-masing ada satu bilik. Si angah tu suka buat lukisan kat dinding bilik dia”. Kata Asiyah, sebagai seorang ibu, dia yang kenal dengan anaknya.

“I harap Arrah tak cemburu dengan persahabatan kita ni, ialah I ni kan janda. Orang sekeliling pandang lain perempuan macam I ni”. Asiyah bimbang jika isteri Johan tidak senang dengan persahabatan mereka.

“Arrah terjerit bila dia tahu Zarul adalah orang yang digongsipkan dengan artis tu, marah sungguh dia bila Zarul menceraikan you. Dia lebih rela you jadi madu dia dari Juita”. Johan ketawa dengan saranan isterinya. Asiyah juga turut ketawa.

“Tak mahulah I, I nak jadi sahabat you dan Arrah, dunia akhirat. Insyallah”. Pengakuan jujur dari Asiyah.

“Bagi I, jika kita bersahabat, ianya tak atas putus sampai bila-bila. Lagipun I gembira dengan dunia baru I. I dapat menterjemahkan kreativiti I dalam kerja baru I  sekarang ni. Seronok sangat rasanya bila berjumpa dengan orang yang memahami jiwa kita. Kawan I tu tak membataskan kreteativi I, dia suruh I cuba apa pun asalkan ianya bersesuaian dengan kehendak pelanggan”. Cerita Asiyah, teruja dengan kerjayanya yang baru.

“You pun orang seni macam mak you. See….you ada kelebihan yang orang lain tak ada. Gunakanlah ke jalan kebaikan. Insyaallah, Allah akan permudahkan jalan hidup you dan moga suatu haru nanti Allah akan mempertemukan jodoh untuk you dengan lelaki yang lebih baik. I pun tak adalah berhajat nak jadikan you isteri I, isteri yang ada ni pun I dah serabut kepala, nak tambah isteri lagi? Alamatnya, tergoleklah I kat tepi jalan. Macam you juga, I nak kita jadi sahabat  sampai akhirat, Insyallah. Kalau you ada masalah jangan lupa beritahu I, I akan tolong. Insyallah.”. Johan lebih suka mereka bersahabat. Seperti kata Asiyah tadi, persahabatan, ianya tak akan putus sampai bila-bila.



6 comments:

  1. Assalamualaikum makieteng....maaf....nak tanye lah...nape siri 68 tak der yer???actually dah bace...tapi,rasa pelik sikit bila tak nampak siri 68😊😊😊😊sorry just corius je

    ReplyDelete
  2. haaa ek? pelik juga ni,
    bab 69 pon tak edit lagi heee...pafam2 sendiri la yee....ada masa Met editkan.

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh..rezki saya..dah lama berulang alik nan hado..tup2 arini cuba nasib masuk balik, tgk2 ada..

    Sian aisyah..harap2 si zarul tu dapat la balasan sbb layan bini yg sanggup berkorban masa susah n pinggirkan anak2 sbb betina..

    ReplyDelete
  4. Nyari Bokep Skandal Vanessa Angel Yang versi Panjang?
    Nih link nya!!

    indahbokep.com

    ReplyDelete
  5. Hallo Semua kami dari SUKAHOKI88.COM

    Kami menyediakan berbagai pilihan permainan yaitu :
    - Slot game
    - Casino Online
    - Taruhan bola
    - Tembak Ikan

    Ayo raih puluhan sampai ratusan juta bersama kami.
    Kami menyediakan WELCOME bonus sebesar 25 % lho dan
    bonus harian sebesar Rp 10.000,-
    Syarat dan ketentuan berlaku

    Kami juga menyediakan free poin sebesar Rp 10.000 lho!!!
    silahakan kunjungi sukamodel.com ya untuk claim free point tersebut!!!
    Ayo tunggu apa lagi langung kunjungi website kami di
    SUKAHOKI88.COM

    ReplyDelete