wallpaper

20161029

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 68

Bab 68

Durrah melabuhkan punggungnya di sofa, matanya terpandang pada satu botol yang cantik diatas meja disebelahnya.

“Al-Jawla….” Durrah ketawa

‘Macam jawelah pulok…’. Tangannya membelek-belek botol tersebut sambil dia membaca apa yang tertera di sekeliling botol itu.

Mencegah dan merawat
#          Sakit lutut dan Tumit
#          Kebas kaki dan tangan
#          Lemah kaki dan tangan
#          Gout
#          Sakit belakang
#          sakit tengkuk
#          Sakitr bahu
#          Sengal badan/ kepenatan
#          Kelesuan
#          Tidur tidak nyenyak
#          Strok
#          Parkinson
#          sakit sendi

“Wah banyaknya sakit dia boleh rawat…”. Durrah mengomel sendirian.

“Apa yang kau ngomel tu”. Tiba-tiba suara Rita menyapa.

“Ni ha ubat ni. Ubat apa ni?” Durrah menunjukkan botol tersebut kepada Rita.

“Itu bukan ubat, itu makanan tambahan dari buah-buahan, boleh merawat berbangai penyakit, kalau tak ada penyakit, kita boleh ambil ianya sebagai makanan tambahan untuk badan kita. Disamping menjaga badan, ianya juga boleh merawat stress dan jika pengambilannya berterusan ianya boleh memcantikkan kulit kita sebab ianya diperbuahan dari buah-buahan seperti tomato,ceri, dll…”. Dengan panjang lebar Rita menerangkan kebaikan Al Jawla.

“Kau dah cantik pun, buat apalah nak membazir duit aje….”. Memang dari pandangan zahir, Rita sudah cukup cantik dari pandangan matanya lebih-lebih lagi Rita mempunyai salon kecantikan, sudah semestinya dia perlu menjaga kecantikan luarannya supaya nampak cantik dan menawan. Yang hak dalaman tu, belakang kira.

“Yang kat luar memanglah nampak cantik tapi kau tak tahu yang dalaman aku?” Durrah terlopong.

“Kau sakit ke?”. Soalan bodoh dari Durrah. Selama ni dia tak nampak pun Rita sakit. Malah Durrah semakin pelik bila melihat Rita ketawa.

“Tak adalah sakit sangat, Cuma kaki tangan aku selalu kebas, sakit tengkuk, sakit belakang dan aku selalu susah nak tidur…” Rita mengurut-ngurut tengkuknya.

“Kau stress kot?”. Itu kesimpulan yang Durrah buat. Tapi apa yang perlu Rita streskan? Duit banyak, rumah dan kereta besar, suami kaya, malah hidupnya kini lebih baik dan selesa dari dibandingkan dia menjadi kerani kilang macam dulu.

‘Kalau aku ni stress, memanglah patut pun’. Kata hati Durrah.

“Memang aku stress, sejak aku ambil Al Jawla ni, Alhamdulillah kebas-kebas aku pun dah hilang, aku dah boleh tidur malam dengan lena, kandungan gula dalam darah aku pun  ok”. Rita sungguh berpuas hati dengan Al Jawla.

“Kau muda lagi dah ada kencing manis ke?”. Terperanjat Durrah, selama ni dia melihat kawannya itu ok aje.

“Penyakit keturunan sebab tulah kena kawal…”. Naik malu juga Rita, luaran nampak cantik dan bergaya tapi dalaman eee…..

“Tak sangka juga kau ni ek?”…Durrah mengelengkan kepalanya. Bak kata orang dolu-dolu luaran tak sama dengan dalaman.

“Ala barang secondhand….”. jawab Rita. Mereka sama-sama ketawa.

“Kau bagus senang hati, Johan tak datang ke?” Tanya Rita. Dia lihat Durrah relaks memeluk bantal sambil badan dan kepalanya disandarkan ke sofa

“Dia pegi Johor..”. dengan malas dia menjawap. Tangannya masih lagi memegang helaian al jawla. Dia mengerutkan dahinya….

“Johan tak ada, ajaklah Ammar pula keluar….” Rita menjongketkan keningnya.

“Kau ajar aku jadi jahat ek?”. Durrah buat-buat marah. Rita ketawa-ketawa. Durrah tersenyum simpul.

“Siang tadi aku dah date dengan dia”. Jawapan dari Durrah itu membuatkan suara Rita naik 2 noktah!

“Lagi advance!”. Durrah ketawa dengan tukas Rita. Dia senyum melerat bila teringat lunchnya dengan Ammar tengahari tadi.




Ammar hanya memandang Durrah yang makan didepannya dengan penuh berselera. Tanpa menoleh kira atau pun kanan, Durrah tekun menyuap makanan dihadapannya. Ammar tersenyum senang memandang Durrah. Penampilan Durrah sudah berubah seperti juga ‘title’ yang disandang, dari anak dara kini wanita itu sudah menjadi seorang  ibu.

Durrah dihadapannya kini agak berisi sedikit. Entah mengapa dia masih lagi mengharap wanita ini jatuh ketangannya sedangkan dia sedar banyak lagi wanita yang lebih cantik dan hebat dari Durrah.

“Apasal tak makan?” Teguran dari Durrah mematikan anganan Ammar yang menerawang entah kemana.

“Sedap?”. Ammar berbahasa basi.

“Bolehlah….” Jawap Durrah. Ammar ketawa kecil.

‘Bolehlah aje?’.satu pinggan habis licin sedangkan lauk yang Durrah ambil hanyalah nasi, sayur kobis, kuah kari dan seketul ayam goreng.

“Terimakasih sebab belanja makan. Pagi tadi saya tak sempat sarapan, tu yang tale semacam aje…”. Dalam ketawa kecil Durrah menutup malu. Mau tak malu, makan tak ingat ingat dunia….

“Apasal tak ambil sarapan? Youkan susukan anak you?”. Ammar tahu, Durrah masih lagi memberi anaknya susu badan, dia pun turut menyokong usaha Durrah itu kerana susu ibu adalah susu yang paling baik untuk si anak membesar dengan sihat dan kuat.

“Saya bangun lambat”. Durrah member alasan. Dia menyedut air minuman. Kenyang sangat. Makanan yang paling sedap didunia adalah makan free!

“You buat apa tidur lambat?”

“Saya makan ubat, tu yang tidur mati…” dengan lagak bendul Durrah menjawap dengan penuh ikhlas dari sanubari.

“Takkan makan precaution pun tidur terlajak sampai ke pagi?” usik Ammar. Durrah blur!

“Eh, saya tak ambil precaution lagilah..”. Ammar pula yang blur dengan lagak lurus si Durrah.

‘Biar betau dia ni tak ada penapis? Atau…..’ Ammar memandang Durrah yang sedang mengelap mulutnya. Dia tersenyum sendiri. Melihat muka Durrah yang polos membuatkan hatinya tertawan.

“Malam tadi pergi mana?”. Dengan senyuman Ammar bertanya untuk mengorek cerita.

“Kuda emas…” Durrah ketawa sendiri, teringat peristiwa malam tadi.

“Tentu best kan?....”. bicara Ammar melerat…cemburulah tu!

“Best apanya? Makan pun tak sempat habis dah balik….”. Durrah ketawa lagi. Ketawa yang membuatkan Ammar berasa pelik.

“Apasal?”

“Johan belikan saya jubah moden  yang cantik semalam. Saya pakailah masa dinner tu. Saya pula tak boleh pakai pakaian yang belum dibasuh, apalagi….gatallah satu badan, rasanya 5 minit lagi Johan tak bawa saya balik, memanglah saya meraung kat situ juga….. terpaksalah Johan bawa saya ke klinik. Sebab makan ubat gatal tulah saya tidur macam orang mati, nasib baik Juddin tak meragam malam tadi….”. Ammar juga turut ketawa dengan cerita Durrah.

“Kenapa tak cakap dari awal tadi, boleh I bawa you kat sana, lepas makan ni jom I bawa you jalan-jalan atau shoping sikit”. Ammar mempelawa tapi hampa bila melihat Durrah mengelengkan kepalanya.

“Sorylah, saya banyak kerja, ada traning baru nak kena buat. Bos besar nak buat in-house traning, tu yang sibuk sikit, report bulanan tak siap lagi….”. Durrah member alasan. Walaupun hubungannya dengan Johan masih lagi dalam delima, dia masih lagi perlu menjaga batas pergaulannya. Sekarang ni pun tentu ada mata-mata nakal yang memandang dan menafsirkan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya.

“Bila you nak selesaikan masalah you dengan Johan? Berapa lama lagi you nak menumpang rumah Rita? I tahu you tentu tak selesakan tinggal kat sana sebab dia ada suami. Rumah I kosong tapi you lari pula….”Ammar seolah-olah merajuk.

“Tentang saya dengan Johan bukannya perkara mudah untuk diselesaikan. Ianya melibatkan banyak pihak. Bukan sahaja 2 keluarga apatahlagi kami bersaudara. Saya tak mahu mak saya sedih. Sekarang ni pun dia tak mahu cakap dengan saya sebab dia marah dengan saya. Dia sayang sangat dengan menantu dia tu. Lagipun kami sekampung, pusing-pusing pun kami jumpa juga nanti, itu belum lagi cakap-cakap orang keliling….”. sebenarnya dia sendiri juga tidak tahu apakah kesudahannya nanti hubungannya dengan Johan. Johan sekarang ni sibuknya yang amat…..

Durrah berasa dia lebih selamat tinggal dirumah Rita dari rumah Ammar. Fitnah boleh meruntuhkan sesebuah Negara apatahlagi lagi hubungan sesama manusia dan mana mungkin Johan mengizinkan Durrah tinggal di situ walaupun Ammar memberikan alasan yang rumahnya kosong dan tidak berpenghuni. Silap haribulan Johan akan membuat perintah mahkamah untuk dia “pulang dan kembali patuh’ pada suami….

“Durrah, I sayangkan you….I tetap harapkan you…”. Pengakuan Ammar semakin menakutkan Durrah. Bercerai dengan Johan adalah pilihan terakhir yang akan dia buat jika krisis rumahtangganya ini tidak dapat diselamatkan lagi manakala menjadi isteri kedua atau ketiga waima keempat isteri Ammar, tiada dalam list perancangannya…

“Ammar, hubungan saya dengan Johan, saya pun tak pasti macamana akhirnya”.

“Kalau tak ada lagi rasa cinta dihati you untuk dia, buat apa you siksakan diri untuk jadi isteri dia lagi? Biarlah apa orang nak kata. Mereka bukannya rasa apa yang you rasa”. Ammar memberi jalan mudah. Tapi tak semudah itu bagi Durrah.

‘Aku tak cintakan Johan lagi? Dia sendiri kurang pasti. Tapi mengapa dihatinya ada rasa cemburu bila Johan melayan Rita atau mengapa mesti ada rajuk dihatinya bila Johan tidak menghubunginya beberapa hari?

 “Saya tak boleh menerima hadiah dari awak Ammar, barang ini mahal harganya…”. Durrah meletakkan sebuah beg kertas yang kecil di atas meja lalu disorongkan dihadapan Ammar.

“Saya kawan dengan awak ikhlas Ammar bukan kerana sesuatu”. Ammar memandang beg kertas tersebut seketika, matamya kembali memandang Durrah dan melepaskan kelhan kecil.

“I juga ikhlas beri you, sepanjang kita kenal, tiada satupun pemberian I yang you ambil. simpanlah ia sebagai kenangan dari I…”. Ammar bangun dan tanpa berpaling dia meneruskan langkahnya keluar dari kantin. Dihatinya perit kerana hadiah yang tak seberapa ini tidak mahu diterima oleh Durrah sedangkan dia mampu memberikan Durrah barangan yang lebih mahal dari itu. Tidak pernah lagi mana-mana perempuan yang pernah menolak pemberian darinya samada ikhlas darinya ataupun tidak.

Durrah hanya melepaskan keluhan. Dia tidak tahu adakah perbuatanya ini salah atau pun betul. Seorang isteri menyimpan pemberian dari seorang lelaki yang bukan suaminya.  


“Hoi! Berangan pula dia…. Kau berangankan Johan ke Ammar?”. Sergah Rita. Durrah tersengeh.

“Eh, aku macam pernah nampak budak lelaki ni ek, tapi kat mana ye?” Durrah buat muka. Matanya masih lagi memandang seraut wajah seorang lelaki yang Hensom pada risalah di tangannya.

“Dah tak payah kau nak sakit kepala fikir, tu hah kat dalam Tv depan kita ni yang sedang baca berita tu…”. Panjang muncung Rita. Dengan pantas Durrah melihat kaca TV dihadapannya. Buletin utama. Pembaca berita tu…dengan muka lelaki yang sedang berada dalam kertas di tangannya dipandang silih berganti dengan skrin TV.

“Yasir?”. Jerit Durrah

“Ya, Yasir Mansor…. Pembaca berita Tv 3. Ni dia punya produc”. Terang lagi nyata dari Rita.

“Patutlah aku macam kenal aje mamat ni….”. Durrah ketawa sambil kepalanya tergeleng-geleng.

“Nah cuba kau makan ni…”. Durrah menyuakan sebiji kepada Durrah.

“Nantilah aku ambil air dulu, bapak besaunye…tercekik aku”. Tu dia, keluar bahasa kampong Durrah.

“Ini bukan kapsul kau kena telan dengan air, ni macam gula-gula kemam atau hisap ataupun gigit dalam mulut macam kita makan gula-gula, manis”. Durrah capai juga lalu di masukkan ke dalam mulut.

“Aha, sedap manis macam gula-gula. Tapi tak  pa ke orang yang kencing manis makan?”. Soal Durrah lagi, peliklah pula.

“Manis al-Jawla ni sabab guna isomalt bukannya guna gula biasa. Sebab itu ianya tidak mempengaruhi kadar gula dalam darah. Ala aku lupa pula nak suruh kau sebelum makan, bacalah syahadah sekali, selawat sekali, intigfar 3 kali dan minta Allah bagi kesembuhan pada anggota yang sakit…”Macam ustazahlah pula puan Rita kita malam ni….

“Makan 2 kali sehari, sebelum makan atau masa perut kosong, sebagai rawatan, malam sekali, pagi sekali selama 2 atau 3 botol atau setelah sakit itu hilang, lepas tu bolehlah makan 1 kali sehari sebagai makanan tambahan untuk kekal sihat. Ianya juga baik untuk Anti kanser sebab ada buah apricot dan lagi satu, jika kau ambil Al Jawla ni berterusan, kulit kau akan menjadi cantik dan mulus sebab ianya mengandungi vitamin c dari buah buahan tersebut. Pelanggan aku cukup suka al-Jawla ni sebab senang nak di makan bukannya macam kita makan ubat kena telan dengan kapsul sekali, tersekat kat kerongkong, takut pula bakan banyak sangat kapsul, maunye tak hancur dalam badan, dapat penyakit lain pula…”. Lagi panjang muncung Rita. Bagus punya promo!

“Itu yang kau kisahlkan… yang kau melantak mee racun tu, tak hingat dunia. Banyak-banyak mee, mee racun juga yang kau suka makan. Maunya tak dapat penyakit, racun yang kau makan, cuba-cubalah kau makan mee sihat ke?. Entahlah orang sekarang ni pelik-pelik. Kat Melaka tu sekarang ni terkenal dengan mee bodohnya, la ni sibuk pula dengan mee bangkong, mee besen. Berpusu-pusu bawa anak  makan mee bodoh, nanti anak tu bodoh nak salah si anak pula sedangkan mak bapak yang beri anak mee bodoh. Cubalah kasi nama yang baik sikit, mee pandai ke, mee cerdik kee, nanti sapa yang makan nanti semua orang pandai dan cerdik”. Durrah mula bersyarah.

“Kau ni nanti dia orang saman kau baru kau tahu sebab menghina perniagaan mereka. Itukan salah satu strategi pemasaran untuk menarik pelanggan…:. Rita orang bisnes, dia lagi pandai dalam bab ini.

“Kau janganlah cakap kat orang lain, aku cakap kat kau sorang aje, nanti kena saman manalah aku ada duit nak bayo…”. Durrah ketawa.

“Aku bukannya apa Rita,  kau kena ingat, tiap percakapan itu satu doa. Contohnya bila kau nak makan, kau minta, ‘mee racun satu…’ dan kau pun makan…kau makan apa? Makan mee racun, mulut kau cakap racun kan bukannya cakap ubat ataupun pandaikan?. Itu sekali, kalau berkali-kali racun juga yang kau cakap maka seolah-olahnya racunlah yang kau makan walaupun dengan mata kasar kau makan mee tu yang sangat sedap dan lazat.”   

“Kau tahu, aku ada dengar satu ceramah agama dalam radio, ustak tu ceritalah yang dia jumpa seorang lelaki tua yang umurnya lebih 90 tahun tapi nampak sihat dan kayuh basikal lagi ke masjid, ustaz tu pun tanyalah apa amalan orang tua tu. Kau tahu apa yang orang tua tu cakap? Dia kata dia tak ada apa-apa amalan ataupun petua tapi yang dia selalu amalkan tiap kali dia makan atau minum, dia akan berdoa, dia kata ‘ya Allah, jadikanlah makanan yang aku makan ini sebagai obat pada badanku sekiranya ada penyakit dalam badanku dan jadikanlah badanku sihat’. Macam jugalah kau suruh aku syahadah,selawat dan beristigfar masa mula nak makan Al Jawlah ni, semuanya kerana apa? Kerana apa yang mulut kita ni cakap adalah satu doa, kalau kita cakap yang baik, baiklah yang kita dapat…”. Durrah pula jadi ustazah malam ni. Rita hanya duduk mendengar. Berfikir juga barangkali.

“Ala…tak bolehlah aku makan mee racun lagi….”. Poyo pula Rita..

“Boleh…tapi kau cakaplah kat abang tu, mee sihat satu!”. Rita dan Durrah sama-sama ketawa.
Tiba-tiba handpone Durrah berbunyi. Durrah hanya memandangnya sekilas. Rita pula yang panas hati dengan deringan handpone tersebut.

“Apasal tak angkat?  mana tahu ada hal penting ke?”. Rita bersungut. Tiada siaran yang menarik mala mini. Sekali sekala melepak di rumah ingatkan boleh menghilangkan stress rupanya lagi stress.

“Biarlah, tak ada yang penting pun, dari petang tadi cari laki dia, macamlah aku yang sorokkan laki dia”. Memek muka Durrah menggambarkan rasa hati. Menyampah!

“Woi, apa ganggu orang malam-malam ni?”. Tanpa pamitan, handpone Durrah, Rita bawa ke telinga.

“Kalau tak balik kat kau itu tandanya dia perlukan kau. Itu pon tak faham ke?”. Rita pula naik angin berbalas kata dengan orang di hujung talian sana. Durrah menarik tangan Rita, ingin mencapai handponenya tapi sempat di tepis oleh Rita.

“Macam aku pulak ambik laki kau. Dah macam Ahlong pulak kau kejar aku…”Durrah tepuk dahi. Rita ini tak boleh dibiarkan, lain pula jadinya.

“Senang-senang, kau telepon aje polis buat aduan yang laki kau hilang entah kemana. Entah-entah balik rumah no 3”. Rita matikan handpone. Dia tersengeh pada Durrah yang sedang bercekak pinggang dihadapannya dengan mata yang membulat.

“Apasal kau cakap macam tu? Kau ni, nanti dia bising kat Johan, aku malas nak bersoal jawablah dengan Johan…”. Durrah duduk semula di sofa.

“Kau tak boleh berlembut dengan orang macam ni Arrah. Nanti dia pijak kepala kau. Johan tu pun satu, biar aje bini dia tu buat sesuka hati kat kau. Hidup bermadu ni, kau kene kuat. Tak kiralah bini pertama ke kedua kea tau keempat sekali pun. Kau kena jaga hak kau”. Rita menjadi batu api.

“Aku malaslah nak gaduh-gaduh. Nanti hidup tak aman. Suami pula tersepit kat tengah-tengah”. Durrah malas nak kusutkan fikiran. Jalan paling baik, buat bodoh aje dengan madunya. Dah penat menyalak sendiri, nanti diamlah dia…

“Tulah kau, sampai bila kau nak mengalah dengan dia, tengok macam aku, kalau aku tak berkeras tuntut hak aku, aku mana dapat hidup macam ni…”. Dengan penuh bangga Rita menyatakan.

“Kau pun tahukan perangai madu aku yang nombor dua tu…” Durrah tekun mendengar. Walaupun dia bukannya kenal dengan madu Rita yang nombor dua tu tapi dia juga tahu kisah perempuan itu menyerang Rita di kilang mereka dulu.

“Masa suami kami ceraikan kami, perempuan tu meroyan…”. Mata Durrah terbeliak bila mendengar berita terkini yang disampaikan oleh Rita.

“Maksud kau, kau dah jadi jandalah ek? Tapi kenapa?”. Tak sabar pula Durrah.

“Kau….ada beritahu Johan ke yang kau dah solo sekarang ni?”. Soal Durrah lagi. Rita mengerutkan dahinya.

“Tak adalah. Apasal? Kau takut aku ambik laki kau ke?”. Rita ketawa-ketawa sambil menaiikan keningnya. Durrah mencebihkan bibirnya.

“Arrah, sejahat-jahat aku, insya Allah, aku tak akan ambil suami kawan baik aku”. Durrah tersengeh. Tapi dia pelik bagaimana Johan boleh tahu.

‘Hem…orang lelaki ni pasal benda-benda macam ni cepat aje dia tangkap benda yang tersirat’ Omel hati Durrah, pelik dengan tekaan Johan sedangkan dia yang sebumbung dengan Rita pun dia tidak tahu.

“Dato’ dah sakit. Dia kena strok, yang tinggal hanya isteri pertama dia yang jaga dia. Dia adalah bagi sedikit harta dia pada kami, dia juga nak pakai duit untuk mengubati penyakit dia..” Durrah hanya diam mendengar tapi hatinya berkata, bila dah susah baru cari isteri pertama….

“Tapi perempuan tu tak puas hati sebab aku mampu buka salon dan hidup sendiri dengan harta yang aku ada sedangkan dia sekarang ni hidup susah…”.

“Kenapa pula?”. Tak sabar pula Durrah. Terlalu lambat Rita bercerita. Dia larut dalam emosi.

“Aku ada visi dan misi tersendiri bila aku kawin dengan Dato’. Memang nampak aku jahat tapi aku nak hidup senang. Aku tahu aku dan Dato’ takkan lama untuk hidup bersama sebab dia dah tua dan ada penyakit, so aku mesti pandai rancang hidup aku. Kau tahukan impian aku nak buka salon kecantikan? Aku kumpul duit yangdia bagi, belanja harian aku jimatkan, tak beli barangan mewah, aku belajar sambil kerja kat salon sekejap. Perempuan tu pula, walaupun dia hidup lebih lama dengan Dato’ tapi dia boros. Selalu beli barangan mewah. Kau bayangkanlah, beli handbag satu pun harganya boleh beli kereta kau. Dato’ selalu marah dia. Apa lagi, lagilah dia angin dengan aku. Bila Dato’ lihat aku ada cita-cita dan usaha untuk aku buka salon ni, dia banyak bantu aku dan ajar aku tentang bisnes ni. Dia ajar aku tentang pengurusan wang. Dia kata walaupun bisnes bagus tapi tak pandai nak uruskan wang pun tak guna juga.

Dia kenalkan aku dengan isteri kawan-kawan dia dan macam-macam dia tolong aku cari customer, kenalkan aku dengan macam-macam orang. Dia pesan dengan aku, buat sungguh-sungguh, mana tahu nanti umur dia tak panjang, dia mahu kehidupan aku terurus selepas dia tak ada. Aku pegang kata-kata dia. Kadang-kadang aku pergi tengok dia, walaupun dia tak boleh bercakap tapi air matanya mengalir bila mata kami bertentangan. Aku benar-benar terhutang budi dengan dia”. Rita merenung jauh walaupun matanya ditalakan di kaca Tv tapi fikirannya menerawang mencari masa silam.

“Boleh pula. Isteri pertama dia tak marah ke?” Tanya Durrah. Matanya juga ditalakan ke kaca Tv melihat drama yang tak begitu menarik hatinya.

“Isteri pertama dia baik…”

“Apa jadi dengan bekas madu kau yang nombor 2 tu?”. Tak sabar betul!

“Dia susah sekarang, selalu kacau aku, marah-marah aku, dia kata sebab akulah dia susah sekarang, Dato’ banyak bagi duit dan harta kat aku. Dia siap pasang kaki penyangak malah ugut aku sampaikan aku buat report polis. Aku beri dia tengok report tu, aku cakap kat dia, kalau apa-apa hal jadi kat aku, dia yang bertanggungjawab. Tak hingin aku nak bagi duit aku kat dia, sapa suruh dia boros dan joli katak. Tak berani lagi dia ganggu aku dan minta aku duit”. Ada kelegaan dalam nada suara Rita itu.

“Berani kau ek?”. Tak sangka Durrah, tapi Rita ni pun memang berani orangnya.

“Aku belajar melalui pengalaman Arrah. Kalau aku tak berani melawan, siapa lagi yang boleh tolong aku. Berani atau tidak, aku kena pertahankan hak aku. Kalau aku lemah, habis duit aku di  ambil perempuan tu. Aku jadi kuat bila Hanan tinggalkan aku. Aku terpaksa berhadapan dengan umpat dan caci orang. Kau tak berada dlam keadaan aku Arrah, suami aku dipenjarakan kerana mengedar dadah. Satu Malaya tahu kisah aku. Aku pekakkan telingan dan butakan hati menghadapi hari sukar aku..”. Rita mengesat hidungnya. Mungkin tiada lagi airmata untuk ditangisi dek kenangan lalu.

“Kau masih lagi cintakan Hanan?” tanya Durrah. Rita tersenyum.

“Dia cinta pertama aku …. Walau sebanyak mana kemarahan aku terhadap dia, aku tak dapat membenci dia Arrah. Walaupun dimata orang lain dia tu sejahat-jahat manusia yang membinasakan kehidupan orang lain tapi bagi aku dia seorang suami yang setia dan cukup baik buat aku.menatang aku macam menatang minyak yang penuh….”.

“Masa beberapa hari sebelum dia melaksanakan hukuman, aku sempat jumpa dia, dia minta jaga anak kami supaya jangan jadi macam dia, dia juga minta maaf dengan aku sebab tak dapat jaga aku dan tak dapat tunaikan janji kami untuk hidup bersama hingga akhir hayat tapi kata dia, akulah wanita yang dia cintai dari dulu hingga akhir hayat dia…”. Rita menangis.

“Hanan dah meninggal?” Tanya Durrah. Rita menganggukkan kepalanya. Durrah juga turut mengalirkan air mata. Perpisan itu amat menyiksakan! Teringat Durrah akan kisah dahulu sewaktu mereka masih belajar dalam kolej yang sama walaupun dia tidak begitu rapat dengan Hanan kerana Hanan adalah seorang yang pendiam. Hanan pergi dalam usia yang muda tapi itu pilihan Hanan sendiri, dia memilih jalan itu.

“Innalillah…..”. Ucap Durrah. Didalam hatinya dia menyambung surah Al Fatihah. Hanya itu yang mampu dia kirimkan buat seorang kawan.

“Kenapa kau tak bawa anak kau kat sini hidup dengan kau?”. Soal Durrah, sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak Rita. Rupa anak Rita saling tak tumpah macam Hanan.

“Dia tak mahu, dia nak duduk dengan adik aku. Anak adik aku ada yang sebaya dengan dia, mereka rapat…”. Rita mencapai tisu lagi.

“Apa rancangan kau selepas ini? “

“Entah, rehat dulu kot?”. Rita menyandarkan badannya ke sofa matanya dipejamkan.

Hidup mesti di teruskan!

“Cari bopren baru dan kawin baru dan dapat anak baru?”. Usik Durrah. Rita masih muda dan masih cantik.

“Haa…nantilah dulu”. Rita ketawa dengan usul Durrah. Memang pon sekarang ni dia cuba mencari orang baru tapi masih belum berjumpa. Ada pon banyak yang tak boleh di pakai! Buat pegabih Bogheh aje..

“Kalau aku jadi macam kau kan senang, belum pom habis satu, dah ada yang menanti….”. usik Rita. Dia senyum meleret. Durrah mencebikkan bibirnya.

“Tak betul aku kata?”. Rita memancing lagi.

“Apa betulnyee….”. Durrah bersuara malas.

“Betul apa?, kau masih lagi isteri Johan tapi jadi rebutan Ammar. Bukan sebarang orang pula tu..kalah aku yang janda meletop ni”. Rita semakin galak. Durrah ketawa kecil.

“Betullah cinta tu sangat subjektif!”. Kata-kata Rita itu membuatkan Durrah sedikit terasa. Dia sedar dia bukannya secantik Rita tapi entah  apa yang Ammar pandanng padanya.

‘Cantik hati Arrah’. Durrah mendengar suara hatinya. Tapi dia tahu, hatinya pun bukanlah cantik, jika hatinya cantik, dia tidak berada di sini meninggalkan suami dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Kau ingat Ammar tu jatuh cinta pada aku ke?”. Tanya Durrah. Dia ingin meminta pandangan dari sahabatnya.

“Tentulah dia cntakan kau, dari dulu masa kau anak dara lagi sampai la ni, tak kira dah isteri orang ke apa.” Itu pendapat Rita.

“Aku tak rasa dia cintakan aku”. Durrah berkata sejujur hatinya.

“Apalah kau ni, kau tak nampak ke selama ni dia kejar kau, tolong kau, aku rasa kalau dia boleh beli bintang pun dia akan belikan untuk kau, kau minta aje pada dia mesti dia akan beri punya”. Terang Rita bersungguh-sungguh. Durrah hanya tersenyum. Baginya itu hanya pendapat seorang yang memandang duit adalah segalanya.

“Dia tak cintakan aku Rita, orang kaya macam Ammar tu, dia boleh beli cinta dengan duit dia. Bukan aku nak burukkan dia. Dia memang lelaki yang baik, banyak tolong aku dan tak buat perkara buruk kat aku. Apa sahaja dia boleh dapatkan dengan duit, tapi bila dia cuba kat aku,  tak jalan, dia rasa tercabar. Bagi aku dia umpama seorang pemburu. Kau tahukan bagaimana gairahnya hati seorang pemburu terhadap barang buruannya?. Semakin sukar, semakin dia bersemangat untuk mendapatkannya. Tungguhlah, bila dia sudah mendapatkannya, dia akan merasakan betapa dia adalah yang terhebat. 

Pemburu ni tak akan puas, selepas dia mendapat hasil buruan itu, dia akan relax sekejap dan selepas itu dia  akan mencari hasil buruan yang lain pula. Orang kaya macam dia, hati macam kita ni tak bermakna untuk dia. Bila-bila aje dia boleh dapat perempuan yang lebih cantik dan lebih hebat dari aku”. Bukannya Durrah nak memburukkan Ammar tapi dia tahu dan sedar diri. Dia hanya wanita biasa. Bila dia tengok si Suzie itu pun Durrah sudah tahu bagaimana selera Ammar. Kerat kepala ayam pun dia tak percaya yang Suzie tu hanya pembantu Ammar.

“Kau ni tak baik sangka dia macamtu, dia keturunan Arablah…. Rugi tau. Bukan senang nak dapat orang keturunan Arab ni”.

“Apa kau ingat orang berketurunan Aran ni senang masuk syurga ke? Kawan, Allah tak memandang keturunan tapi Allah memandang iman dihati hambanya, sebab tu Nabi Muhammad SAW dah dengar terompah bilal kat syurga walaupun dia bukan dari  keturunan orang Arab tapi si Abu Jahal orang Arab yang berketurunan Nabi SAW sendiri berada di dalm neraka”. Terang Durrah.

“Tapi Allah memuliakan orang Arab”. Rita tak mahu kalah.

“Memang Allah memuliakan orang Arab terutamanya keturunan Rasulluallah. Dahulu, Allah juga memuliakan bani Israil sehinggakan ramai para nabi terdahulu terdiri dari kaum itu tapi mereka sombong dan kufur. Yang Allah pandang adalah iman dan amal seseorang. Orang macam kita pun kalau kita beriman dan beramal dan patuh pada Allah, insya Allah akan masuk syurga juga”. Bagi Durrah buat apalah nak banggakan keturunan.

Dari kacamatanya, walaupun Ammar tu sebahgian darahnya darah Arab tapi kalau tiba waktu sembahyang pun dia lalu aje, tak guna juga. Bukan tak biasa bila waktu makan tengahari tu adalah waktu zohor tapi Ammar relax aje, Durrah yang  kalut takut mengambil masa yang lama bila makan dan tak sempat untuk sembahyang zohor. Dia cukup tak suka mengambil waktu rehat petang untuk bersembahyang zohor. Hari jumaat pun sama, janganlah dijadikan musafir itu sebagai alasan, paling tidak pun hormatlah sikit waktu jumaat. Kalau Johan buat macam tu, dah  lama kena basuh dengan Durrah.

“Habistu, kau masih lagi cintakan Johan lah ni ek?”. Rita ingin menduga hati Durrah.

“Johan suami aku Rita, baik atau buruknya dia tetap suami aku. Aku sayang dan cintakan dia kerana Allah, kerana dia suami aku. Walaupun dia kecewakan dan sakitkan hati aku, aku masih lagi sayang dia tapi aku tak tahu sama ada dia sayang lagi pada aku ataupun tidak atau mungkin juga hanya kerana aku lahirkan Juddin, anaknya”. Macam merajuk aje si Durrah ni.

“Johan sayangkan kaulah Arrah. Aku tengok dia pun aku tahu, dia sayang kau dan rindukan kau”. Pujuk Rita. Durrah mencebik.

“Kalau dia sayang kat aku, dia takkan buat aku macam ni. Lepas dia balik malam tadi sampai malam ni dia langsung tak telepon aku, hantar SMS ke, wass App ke apa. Ni hilang gaib aje, kadang-kadang, tiba-tiba aje muncul. Dia buat aku ni macam tak penting pun buat dia, kerja dia lebih penting dari kami. Hal kami tak selesai lagi. Bini dia tu asik kacau aku aje, bosan pula aku. Macamanalah aku nak percaya bila dia kata sayang kat aku.” Durrah mengeluh

“Dia sibuk barangkali…kau sepatutnya tak syak wasangka pada dia”. Pujuk Rita lagi.

“Entahlan Rita, sejak Alan buat aku, aku susah nak percaya lagi pada lelaki. Memang aku sayang dia lebih dari aku sayang Alan, cinta pertama aku tapi bila dia buat aku macam ni, aku sedih sangat. Beriyalah dia janji depan  cikgu Jusoh tu. Aku pun tak tahu betul ke dia perlukan aku atau pun tidak. Entahlah”. Malas Durrah nak fikir sangat. Sakit kepalanya. Dia bangun menuju ke koridor, malam ini langit tanpa bintang. Entah ke mana bintang pergi membawa diri, seperti hatinya juga. Jika boleh dia lari, dia ingin pergi lari jauh dari semua. Jauh dari Johan, jauh dari Ammar dan jauh dari segala-galanya.

Dahulu Alan pernah berjanji padanya yang Alan akan mencintainya selagi akal fikirannya masih lagi waras tapi akhirnya dia juga yang memungkiri janjinya sendiri. Kini Johan juga mungkin janji, janji untuk memperbaiki hubungan mereka tapi hubungan mereka makin jauh. Justeru itu dia tidak mengharapkan apa-apa lagi janji dari sesiapa pun lebih-lebih lagi janji dari lelaki seperti Ammar.

Tiba-tiba rembesan air menyapa wajahnya, gerimis di luar sama menari bersama rentak dengan gerimis dihatinya.



“Arrah….”. Durrah hanya mendiamkan diri bila namanya disebut dari belakang. Tanpa melihat orangnya pun Durrah tahu siapa pemanggilnya. Setelah 5 hari sepi tanpa berita entah mengapa pula tiba-tiba muncul pula Johan disini. Tangan Durrah segera memadamkan pesanan dari Ammar yang esok dia akan singgah ke Malaysia sebelum menyambung perjalanan ke Australia. Esok dia ingin berjumpa dengan Durrah di pejabat.

Durrah melepaskan keluhan. Dia letih dengan situasi begini. Letih dengan kerenah Ammar yang tidak mahu mengalah dan letih dengan kerenah Johan yang terlallu pasrah.

“Arrah..”. suara itu semakin dekat. Terasa hembusan nafas itu menyapa belakang tengkok Durrah. Terasa pinggangnya di peluk kemas.

“Cantik bulan malam ni, mengambang penuh”. Hidung Johan dijatuhkan kebahu isterinya. Ingin dia melabuhkan rasa rindu ini. Rasa rindu selama 5 hari yang ditahan. Sebenarnya dia merajuk dan terasa hati bila hadiah pemberiannya sewaktu hari lahir Durrah tempohari di tolak oleh isterinya.


Durrah memandang ke langit. Betapa indahnya ciptaan Allah, bulan di pagari bintang. Juga turut kelihatan bintang-bintang kecil bertaburan…. Namun tidak dapat menerangi hatinya yang walang. Marah dan rajuk digumpal menjadi satu. 

5 comments:

  1. Salam....
    Sunyi blog ini met rasa,sory kawan2, orang marahen macam met ni kena buat macam2 kerja utk hidup.
    Barang keperluan semakin naik, hangin pon haa...
    Kuta jumpa di episod seterusnya...

    ReplyDelete
  2. a'kum....cik mak ieteng....amin....on balik dah ye....tq very much sebab masih meneruskan cerita ini...saya tunggu sambungan ye...

    ReplyDelete
  3. Salam makieteng....😘😘😘😘

    ReplyDelete
  4. Wasalam..sian kat arrah..tetap pasrah walaupun di layan begitu oleh si suami..ntah la ya, mungkin saya ni seorang yg sgt demanding..pada saya isteri n anak tu amanah pd suami..bkn dibiar terumbang ambing..org lelaki yg betul2 ikut ajaran islam, dia takut nak kahwin lebih dari satu..takut senget bahu...

    ReplyDelete
  5. Yuk Gabung di Bolayo.com

    Minimal deposit 50ribu
    Bonus Member 30%
    Bonus Harian 5%
    Aman & Terpercaya
    hanya di bolayo.com

    Whatsapp kami
    +6282321807397

    ReplyDelete