wallpaper

20131231

Mak Bapak pun kena 'SEKOLAH'



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.

Hari ni MET nak cerita pasal sekolah. Bukan anak-anak sahaja yang sibuk untuk ke sekolah. Mak bapak pun sibuk nak menyediakan segala persiapan untuk anak-anaknya bersekolah. Bila anak masuk ke kelas tahun satu, mak bapak pun terpaksa masuk ke kelas untuk di'sekolah'kan.

Bila masa beli buku, mak bapak pun terpaksa beratur untuk beli buku. Kalau anak-anak itu bersekolah rendah, tak apalah juga. Ini anak yang bersekolah menengah. Kalau tahun sebelum ni ibubapa perlu membayar yuran sekolah, mak bapak terpaksa ke sekolah untuk membayar yuran sekolah pada hari pertama persekolahan. Kalau untuk murid sekolah rendah, tak apalah juga....ni anak yang bersekolah menengah.

Tak tahu macam mana pula di Universiti, adakah mak bapak atau mereka sendiri yang mendaftar pada hari pendaftaran. MET tak masuk Universiti, jadi MET tak tahu. Ada sesiapa yang boleh kongsi cerita????

 Manjanya anak-anak di zaman sekarang. Kalau dahulu, mak bapak datang ke sekolah pada hari pertama persekolahan untuk tahun satu atau tingkatan satu, maka tahun-tahun berikutnya, pandai-pandailah anak itu sendiri membawa wang yuran sekolah untuk di bayar kepada guru kelas. Itu yang MET alami pada zaman dahulu malahan ada yuran sekolah yang terpaksa berhutang dan membayarnya secara ansuran, macam bayar ceti pula.

Zaman dahulu semua orang susah. Anak-anak dibawa bersama menanggung kesusahan dalam hidup sekeluarga. Itu yang menyebabkan anak-anak zaman dahulu lebih berdikari dan berani, walaupun tidak pandai dan berpelajaran tinggi.

Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang yang dilambakkan dengan kesenangan dan segala kemudahan. Apa-apa pun selamat bersekolah semula buat anak-anakku, juga anak-anakmu.........

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

2 comments:

  1. betul. budak zaman sekarang ni banyak yg manja2 mak ieteng.

    cerita kat universiti, semua benda settle sendiri. mcm saya, mak ayah datang masa saya nak konvo je. daftar ke apa ke selama 3 tahun, semua buat sendiri. dan teringat masa zaman sekolah, bayar yuran pon sendiri. tapi mcm mak ieteng cakap, bayar ansur2. macam ceti.. haha.

    bab buku pulak, sebab takde duit, saya selalu pakai buku rojak utk sebulan atau dua bulan pertama. muka depan BM, muka tengah BI, muka belakang Maths.. ahaha.. hadoi.. rindu pulak zaman masa budak2.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kerana dapat menuntut di universiti. kesusahan mengajar kita erti kehidupan.

      Assalamuaaikum.....

      Delete