wallpaper

20131207

Beza Orang Melayu dengan Omputeh

...........Orang melayu suka membanggakan orang luar. Kalau beli barang pun suka beli barangan buatan orang luar, sehinggakan nak beli selipar pun beli selipar Jepun. Mana ada selipa melayu?. Kalau pandang pun suka pandang ke Barat ataupun pandang ke Timur.

Kali ni MET nak cerita sikit pasal Omputeh. (Orang Puteh). Orang melayu suka degan orang puteh ni. Lebih-lebih lagi dengan generasi muda hari ni. Cuba kita tengok, cerita apa yang dia orang tengok kat TV?. Dia orang suka tengok cerita omputeh kecualilah cerita melayu yang diadaptasi dari novel-novel terkenal ataupun ada  hero hensem macam Aaron Aziz tu.  Emmm......dia pun orang luar kan?

Semakin melalut pula. Di sini MET nak berikan sedikit perbezaan kita dengan omputeh. Selain dari saiz badan dan warna kulit juga warna biji mata........

Omputeh       :      Omputeh, bila dia seorang, dia suka baca buku. Bila dia berdua, dlia suka mengembara. Bila dia ramai, dia akan menjajah. (Tak kira pemikiran ataupun negara).

Orang Melayu :     Orang Melayu, bila dia seorang, dia tidur. Bila dia berdua, dia mengumpat. Bila dia ramai dia bergaduh. 

Fakta ini MET dapat dari siri ceramah kat dalam radio. Tak tahulah ini fakta ataupun auta!. Fikir-fikir dan renung-renung, dan teleklah. Benar ataupun salah!

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

Jika dah baca jangan lupa komen ye, setuju atau pun tidak.....please....>

8 comments:

  1. ada benarnya juga.. tapi buka semua begitu.. semoga kita tak tergolong macam tu..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mmg sgt2 betul.. sy setuju 200 %.. heeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200% tak apa tapi jangan lebih, nanti orang marah..........

      Delete
  3. Salam ziarah MET.

    Apa yang dikatakan itu, ada betulnya. Cuma bukan semua orang begitu. Masih ramai yang bersikap profesional. Tapi macam biasalah. Kita sebut 'typical Malay'. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana dengan keluarga selepas banjir ni? semuga sabar dengan ujian dari Allah ini dan buat Wan, selamat menjalani semester baru.

      Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga menggenggam segulung ijazah. Peluang tak datang selalu.

      Delete
  4. Saya setuju dgn kata2 MET tu.. tapi bukan semua Melayu mcm tu. But since kita bangsa majority, yg buruk tu nampak sangat..

    ReplyDelete