wallpaper

20131204

Surat Cinta Penyelamat Rumahtangga

emmmm.....lama tak jumpa. Cuti sekolah ni, komputer sentiasa 'full'. o.klah, kali ni MET nak cerita pasal 'surat cinta'.

 Pernah tulis surat cinta?

 Pernah dapat surat cinta?

 Bila kali terakhir kita dapat surat cinta?

Zaman sekarang ni, orang tak pakai surat bila bercinta, H/P, SMS dan bermacam lagi alat elektronik yang digunakan untuk melahirkan perasaan. Percaya atau tidak bila MET katakan benda-benda tu semua tak mampu disimpan lama. Jika surat, ianya boleh menjadi kenangan berpuluh tahun lamanya. apatahlagi jika ianya di tulis dengan tulisan tangan. kita akan rasa begitu hampir dengan si penulis.

 Dalam sibuk orang berkahwin, sibuk juga pasangan yang bercerai-berai. Teringat satu cerita tentang kawan MET lebih 10th. yang lalu.

Kawan MET (ABC) ada menghadapi masalah rumahtangga. Berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali. Cuma kenal selepas bertunang (itu pun tak lama). Lelaki tersebut ingin berkahwin tetapi tak ada teman wanita, lalu dia menyerahkan pada keluarga. Keluarga pun carilah, berjumpa dengan keluarga teman MET. Teman MET (ABC) pun ditemukan dengan lelaki tersebut. Sekali nampak muka ABC, terus lelaki itu
berkenan. Confirm! maka jadilah mereka suami isteri.

Si lelaki berlulusan luar negara dan berkerjaya hebat manakala si perempuan hanya SPM (lulus paras hidung aje...)dan bekerja sebagai operator pengeluaran. Dengan taraf pendidikan dan pemikiran yang berbeza, mereka melayari bahtera rumahtangga.

Perlukah ijazah yang berderat-deret jika ingin menjadi seorang isteri yang soleha dan baik?


Rumahtangga memerlukan kerjasama dari kedua pihak. Jika dapat suami yang suka kerah,marah,arah......memang ianya mempunyai masalah. Masalahnya ABC tak boleh nak menasihati suaminya kerana akan di tuduh, memanda-mandai, tak hormat suami, derhaka dll walaupun sebenarnya bukan niat si isteri begitu.

Selepas puas berfikir, maka ABC dapat satu idea. (Mungkin juga ALLAH membantunya kerana ABC ni, seorang isteri yang soleha). Suatu hari dia menulis sepucuk surat, dan surat itu diselitkan dalam beg kerja suaminya. Dalam surat itu di meluahkan rasa kasihnya, rasa tidak puas hatinya, rasa sedihnya dan segala macam rasanya terhadap suaminya.

Selepas si suami menbaca surat itu, barulah si suami memahami rasa hati sang isteri. Moga cerita tadi, MET harap jika awak menghadapi masalah dengan suami, teman ataupun dengan sang kekasih.

Cubalah menulis surat. Tulis dengan menggunakan tangan sendiri, bukannya komputer ataupun dengan mesin taip. Tulislah dengan penuh harapan, dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kekecewaan, dengan penuh kelembutan. Insyaallah, jika kita ikhlas, si penerima akan dapat merasai apa yang ingin kita sampaikan.

Jika dia tak nak baca dan dia campakan ke dalam bakul sampah?

Jawapan MET, biarkanlah dia campakkan. tapi sebentar nanti dia akan ambil semula. Walau semarah dan sebenci manapun dia pada kita. Fitrah manusia, sifat ingin tahu ada dalam hati setiap manusia. Apatah lagi jika surat itu datang dari awak yang tak pernah bagi surat padanya, lebih-lebih lagi bila mendapat surat 'berdaftar' dari awak. Tentunya dia rasa 'bengong' sikit.

Cubahlah! tak cuba kita tak tahukan?.

Usaha di tangan kita. Penentunya ALLAH. Selepas berusaha serahkan kepada ALLAH. Terimahlah apa juga pun akibatnya. Jika ditakdirkan sampai setakat itu jodoh awak, maka terimalah. Percaya dengan ALLAH. Tiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya. Mungkin suatu hari nanti ALLAH akan beri jodoh yang lebih baik.

INSYAALLAH.......

 Awak! Ada apa-apa nak tambah?

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga jodoh teman MET tu kekal hingga ke Jannah dan semakin hari semakin bertemu dengan keserasian.. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sekarang ni anak diaorang dah berderet.....Dayah selalu dapat surat cinta tak?

      Delete