wallpaper

20131114

Mak Bapak Terlebih Over


Menjadi ibu bapa adalah anugerah dari Allah. Maka bersyukurlah jika dianugerahkan dan bersabarlah jika yang masih tidak dikurniakan zuriad. Teruskan usaha.

Ibubapa zaman ini tidak sama dengan ibubapa zaman dahulu. Zaman ini ibubapa kebanyakannya memaksa anak merealisasikan impian mereka, jika dahulu mereka tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti, mereka memaksa anak mereka belajar bagai nak gila supaya menjejakkan kaki ke universiti, Anak dihantar ke kelas tambahan siang dan malanm sehingga menyebabkan anak-anak mereka tertekan.

Ada yang memaksa anak menjadi seorang
doktor kerana dahulu mereka bercita-cita menjadi seorang doktor tapi tak berpeluang, maka anak mereka terpaksa berkorban jiwa raga untuk merealisasikan impian ibubapa mereka walaupaun mereka terpaksa melupakan impian mereka sendiri.

 Ibubapa zaman MET dahulu, kebanyakannya tak kisah pun, asalkan anak mereka pergi sekolah, itu sudah cukup memadai.

 Disini, MET ingin berkongsi pengalaman sebagai ibubapa bersama teman dan ahli mesyuarat tingkap yang lain. Bukannya nak mengutuk dan mengaibkan orang lain, sekadar berkongsi cerita.


Menghampiri Hari Peperiksaan

Sekarang, bila sekolah mengadakan ceramah motivasi, maka ibubapa akan dijemput sama untuk menghadirinya. Dari pengalaman MET, Mak yang terlebih motivasi tapi anak selamba aje. Ibubapa akan 'disekolah'kan bila ada perjumpaan dengan guru, ibubapa juga turut sama sembahyang hajat supaya anak mereka mendapat keputusn yang baik dalam peperiksaan. Semakin hampir hari peperiksaan, debaran dihati ibubapa semakin terasa. Anak relax aje, mengadap komputer, tv dan game.

Mak : Mak tengok kau ni tak ambil buku pun, kan lusa nak periksa?

Anak : Alah, relaxlh Mak, apa kecoh-kecoh!

 Mak : ??????????/ aku ke dia yang nak ambil periksa ni?


Hari Peperiksaan 

Ada ibubapa yang mengambil cuti menemani anaknya mengambil peperiksaan di sekolah. Ada yang mengaji dan berborak di kantin sekolah.

Mak : Macamana? Dapat jawap soalan?

Anak : Bolehlah.......


Menunggu Keputusan Peperiksaan 

Kata orang penantian itu satu penyiksaan. Tak berapa jam lagi keputusan UPSR akan diumumkan. Pengalaman MET dahulu, tak boleh rasanya nak tidur malam. Bimbang, bagaimanalah keputusan anak nanti. Anak juga tak tidur malam tapi tengok cerita korea.


Hari Mengambil Keputusan

Muka ibubapa punyalah stres, tapi muka anak gembira saja sebab dah lama tak jumpa kawa lama. (SPM cuti lama)


Keputusan Baik, Dapat Hadiah

Zaman MET dahulu, jangan harap dapat hadiah. Dapat no.1 ke, no,10 ke. Tak pernah merasa hadiah. Dah dapat makan pun cukup baik kerana di zaman itu semua orang susah. Zaman sekarang ibubapa mewah, tak payah anak minta hadiah, ibubapa dahulu yang bertanya. Ramai teman MET yang memberikan hadiah yang mahal pada anak mereka, ada bagi blackbary, I pad, Lap top, H/P yang mahal, ada juga motosikal. Kalau tanya pada MET, perlukah beri hadiah yang mahal pada anak jika mereka memintanya?. Jawapan MET, apa salahnya. Jika mampu. Lebih baik si ayah memberi anaknya hadiah yang mahal daripada beri perempuan GRO kat kelab tu (jangan sentap aaaa)
Ada teman MET yang hanya memberikan anaknya jam tangan RM10 yang dibeli di pasar borong bila anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Hanya itu yang si ayah mampu. Anaknya bersorak gembira kerana dia faham, mereka bukan dari kalangan orang berada. MET pula?, MET hanya memberi RM10 pada anak MET. Hanya itu yang MET mampu. Berapa hinggitlah sangat gaji MET sebagai Pengurus Rumahtangga.

Anak MET : Mak, PMR ni kalau orang dapat 9A, orang nak blackbery.

MET         : Boleh, nanti mak beli bungkus, berapa kau nak?

Anak MET : Anak MET katawa tergelak. Confirm dia tak akan dapat!


 Keputusan Anak Tak Baik, Ibubapa Furst Giler

Setiap ibubapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Ada ibubapa yang kecewa bila keputusan anaknya tak setanding dengan anak kawannya. MET pernah melaluinya, anak MET tak memperolehi A dlm. PMRnya. MET sedih, berhari perang dingin sehinggakan anak MET yang lain pun susah hati bila melihat MET senyap aje. MET ni jenis yang mesra alam....
MET tunjukkan anak MET, dalam surat khabar, orang buta pun dapat 5A. Tuan tanah menegur MET. Tiap anak tak sama. Lalu tuan tanah MET hantar anak MET ke Kolej Vokasional. Alhamdulillah, sekarang anak MET serasi disana.
Kadang kala kita sebagai ibubapa terlupa dengan tahap kebolehan anak-anaknya. Tiap anak-anak berbeza.


Keputusan Baik, Ke Sekolah Yang Baik?

Bila keputusan baik, tentunya anak akan di hantar ke sekolah yang baik dan terpilih. Ibubapa terpaksa fikir dan mengumpul wang untuk menghantar anak mereka ke sekolah terbaik contohnya ke sekolah berasrama penuh. Percaya tak kalau MET katakan ada sekolah sains berasrama penuh memerlukan belanja RM3,000.00 (beli buku,baju,kasut kulit,alatan dan segala mak nenek)?.
Pada mulanya MET tak percaya bila seorang isteri Doktor memberitahu begitu. MET ingat dia gebang aje. Tapi bila kawan MET yang marahen ni bercerita kerana anaknya dimasukkan ke sana, barulah MET percaya. Sepatutnya MET suruh dia simpan resit sebagai bukti.

 Kawan MET : Kereta aku aje yang buruk MET, kereta mak bapak dia orang, mahal dan besar, Merc, BMW, Estema,....(Kereta kawan MET ni 2th. lepas Nissan Sunny dan Proton Iswara Hijau).

Cuba bayangkan. Oranng yang macam mana yang mampu masuk ke sekolah itu. Kadang kala MET pun pening kepala, 'kata sekolah yang berasrama penuh diujudkan untuk membantu ibubapa yang kurang berkemampuan?'. Sekali sekala, jika ada masa lalulah ke sekolah-sekolah macam ini, lihatlah sendiri. Memang tak dinafikan, ada murid dari keluarga yang miskin tapi rasanya terlalu sedikit sahaja.
Masalah ini bukan baru berlaku. Ianya berlaku dari zaman MET sekolah dahulu, jarang anak orang kampung yang pandai dapat ke sekolah sebegini. Kalau ada pun, ibubapa mereka ada berharta dan berpangkat sedikit di kampung.
Bukannya MET kecewa, Anak MET tak mohon pun sebab mereka tahu MET tak mampu. MET juga puas hati, walaupun mereka bersekolah biasa, pelajaran mereka memuakan. 
MET katakan pada anak-anak "Murid yang luar biasa, datangnya dari sekolah yang biasa, guru yang biasa, ibubapa yang biasa tapi keputusan peperiksaan mereka luar biasa". Kata-kata ini MET kutip dari cikgu Rozita, beliau pakar motivasi yang memberikan motivasi pada anak murid yang bakal menduduki peperiksaan termasuk mak bapak sekali.
Tahniah, untuk esok yang mana anak-anak awak mendapat keputusan yang cemerang dalam UPSR. Pada yang kureng....jangan bersedih. Perjalanan hidup mereka masih jauh. Sentiasa berdoa untuk mereka.

Awak? Ada apa-apa nak tambah!

6 comments:

  1. Sangat suka dengan entri ini. Memang ibu bapa yang lebih gelisah berbanding anak-anak. Sedikit tergelak membaca tentang 'bungkus blackberry'. Hehe.

    Tentang sekolah berasrama penuh tu pula, sangat tak dinafikan. Saya berpeluang bersekolah di sebuah sekolah elit. Namun, saya hanyalah daripada keluarga yang biasa-biasa. Setiap kali hujung minggu, atau cuti, pasti kereta-kereta mewah yang memasuki kawasan sekolah.

    Kereta Proton Waja pun susah sangat nak nampak. Apatah lagi Kancil, Myvi.

    HEHE. Teringat pula zaman sekolah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. em...tak salahlah tanggapan MET selama ni. terima kasih Wan.

      Delete
  2. saya sbg guru, bab peperiksaan, saya juga gelisah menanti.. adakah anak2 didik boleh jwb exam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang cikgu. Jasa seorang guru tak mampu untuk dibalas. Terima kasih.

      Delete
  3. aiza takde anak lagi.. tapi teringat masa sekolah dulu mak aiza yang gelisah masa nak tunggu keputusan exam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali fikir, bila kecewa, rasanya ibubapa lebih kecewa dari anak-anak, tapi bila 2 kali fikir, dah dapat macam tu...nak buat macamana???????????.

      Assalamualaikum Aiza....

      Delete