wallpaper

20131106

Nasib Manusia Tak Sama

......Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan". (Riwayat Al-Bukhari)

 Perkara diatas adalah dirujuk.

Hadis di atas MET jumpa dalam UM beberapa hari yang lepas. Dalam melayari hidup ini, berapa ramai dari kalangan kita diuji dengan kesusahan? Ramaikan? Dan adakalanya kita rasa hidup ini tidak adil. Orang yang baik dan jujur serigkali hidupnya biasa sahaja dan adakalanya begitu susah tetapi orang yang jahat, penipu, rasuh, hidupnya senang lenang dan kaya raya.

Betapa kita inginkan kesenangan ada kalanya kita bekerja seharian bagai nak gila, lupa tanggungjaawab kita pada Allah, lupa tanggungjawab kita pada manusia yang lain dan ada kalanya lupa pada tanggungjawab kita terhadap diri kita sendiri. Pun  tak senang juga.

Bila toleh ke kiri, ramai orang yang susah. Hanya tinggal di rumah murah, rumah setinggan, bawah jambatan malahan ada yang tinggal dikaki lima. Bila kita toleh ke kanan, ramai juga yang tinggal di rumah banglo yang harganya berjuta, kondominium yang bertingkat-tingkat, apartment yang mewah.

Bila toleh ke kiri, terlihat seorang lelaki tua mengayuh beca. Dari pagi hingga ke malam, upahnya tak sampai RM50 sehari. Bila kita toleh ke kanan, terlihat seorang lelaki tua membawa kayu golf ditangan, jalan keliling padang, pukul bola entah kema, tak sampai 2 jam, projek masuk berjuta.

Nasib manusia tak sama.

Bila toleh ke kiri, ramai orang susah, nak makan ayam seminggu sekali pun payah. Tidur atas 'toto' yang nipis tetapi berdengkur hingga ke pagi. Bila toleh kanan, ramai orang senang, juga wang melimpah, tidur atas tilam yang emupuk pun tak boleh lena, makan pun tak boleh sebarangan....

Doktor peribadi     :   Maaf Tan Sri, hasil pemeriksaan kami (pakar perubatan) yang Tan Sri lantik, setelah kami membuat pemeriksaan terhadap kesihatan Tan Sri, maka kami sebulat suara menyatakan yang Tan Sri tidak boleh makan semua makanan kecuali kulit roti sahaja. Makanan lain semuanya akan membuatkan kesihatan Tan Sri bertambah merosot.

Tan Sri                 :    Biar betul....

Doktor peribadi    :   Dan lagi satu Tan Sri...emmm..(Doktor peribadi memandang doktor yang lain, mereka menganggukkan kepala).

Tan Sri                 :    Apa lagi? (Sergah Tan Sri , orang sakit memang cepat marah)

Doktor peribadi    :   Emm...aktiviti ehem,ehem Tan Sri terpaksa di berhentikan buat sementara waktu sebab jantung Tan Sri lemah. Tan Sri tidak boleh penat dan membuat kerja-kerja yang beeeraaatttt......

Tan Sri                :     Hemmm.....kasihan isteri muda aku...(kata Tan Sri didalam hati).

Mana satu yang awak mahu??????

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

4 comments:

  1. setiap org diuji dgn cara yg berbeza.

    ReplyDelete
  2. ujian datang dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  3. betul tu.. nasib manusia tidak sama.. semuanya telah diatur oleh Allah.. kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mengubah nasib itu.. namun Allah jua yang menentukan segalanya..

    ReplyDelete
  4. betul tu, terima kasih aswadz, puteri kasih dan Mizz Aiza.

    ReplyDelete