wallpaper

20160117

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 63


Bab 63

Durrah mengeluarkan barang-barang dari dalam plastic ke atas meja. Satu persatu barang-barang dapur dan barang mandian dibeleknya.

“Banyak barang kau beli?”. Tiba-tiba Rita menyapanya dari belakang. Tangannya turut membelek barangan yang berada di atas meja.

“Habis tu, nak masak satu apa pun tak ada”. Jawab Durrah selamba.

“Aku makan seorang, malas nak masak. Lebih senang dan jimat makan kat luar. Jimat wang dan masa. Kau pun tahu aku kan sibuk. Bagus juga kau ada, boleh jadi teman aku kat rumah ni, kalau tak tinggal aku sorang aje. Boring betul”. Kata Rita.

“Apalah kau ni, sekali sekala kenalah bagi makan suami hasil dari air tanagn kita. Suami kau tak marah ke aku tinggal lama kat sini?”. Bimbang juga di hati Durrah jika suami Rita tidak suka dia tinggal disisni. Entah kemana dia nak pergi lagi.

“Tak adalah. Wah, kau ni jadi duta barangan Faizah ke apa? Semua barangan Faizah kau beli, beras, kicap, tepung, sos, bihun, rempah ratus”. Ejek Rita, dia membelek barangan dapur keluaran syarikat Faizah. Yang dia tahu hanya beras dan rempah ratus sahaja, tak tahu pula ada barangan lain.

“Kalau kita tak sokong barangan dan keluaran orang kita, siapa lagi nak sokong?. Nak harapkan bangsa lain? Sorylah….paling senang kita tengok kat

stesen Petronas, jangan harap mereka nak isi minyak kat situ. Mereka marahkan kita perkauman tapi mereka lagi perkauman. Jangan harap mereka nak pergi kedai bangsa kita. Mereka kaya dan perniagaan mereka maju pun sebab bangsa kita yang mengkayakan mereka. Beli barangan mereka dan ada kalanya beli suratkhabar pun kat kedai mereka. Dengan alasan kedai orang kita mahal sedangkan mahal 5 ke 10 sen aje.

Manalah bangsa kita nak maju. Bangsa kita yang tak sedar diri dari dahulu sampai sekarang. Paling sedih kau tahu? Kat kampong aku dulu, beli kapet untuk masjid pun beli kat kedai Apek malah Apek tu yang pasang karpet dalam masjid. Malu tau, macamlah orang Islam tak ada yang jual karpet.
Salah siapa? Salah orang kita sendiri. Tak mahu bantu sesame Islam. Kalau orang kita saling bantu membantu, dah lama bangsa kita maju dan kaya raya. Dari dahulu mak aku pesan, belilah kat kedai orang kita dan barangan orang kita, paling tidak pun jika mereka kaya, mereka bayar zakat. Dapat juga kita pahala.

Ini tidak, makan kat kedai mamak yang bukan Islam, lasat2 mamak tu kaya, dia bawa balik duit tu kat negara dia, paling ngeri dia buat kuil kat sana, haaa kat akhirat nanti kita jawablah depan Allah sbb kita sebagai penyumbang untuk agama tersebut”. Ujar Durrah dengan panjang lebar.

“Betul cakap kau Arrah. Generasi sekarang ni dah tak kisah makan kat mana-mana, makan kat kopitiam yang tak halal pun mereka dah tak kisah”. Tambah Rita.

“Em…..bila keluar kat FB ada barangan yang tak halal dalam makanan tersebut, barulah marah macam orang meroyan. Orang kafir ni memang macam tu, tengok ajelah kuih saje aje dia letakkuih dengan nama orang melayu. Rupa-rupanya kuih itu bukan keluaran orang melayu Islam malahan pekerja mereka juga bukan orang Islam. Yang islam hanya tukang drebar sahaja dan nama itu diambil untuk mengaburi mata orang Islam. Betapa jahatnya mereka ini”. Marah sungguh Durrah.

“Aku kalau banyak duit, nak aja aku buat kilang mee besar-besaran macam kilang roti tu. Susah betul nak beli mee basah keluaran orang kita. Yang ada kebanyakannya keluaran orang bukan islam. Pernah satu hari aku tanya orang tua sedang hantar mee ke kedai-kedai orang kita. Aku tanyalah orang tua tu, ni mee melayu ke?. Dalam tergesa-gesa orang tua tu jawab ya. Lepas tu aku pun ambiklah. Sampai kat rumah mak aku kata ni mee syarikat orang cina punya. Mak aku pasal mee ni memang dia ambil berat. Tengok tu, orang tua alim pakai songkok aji pun nak menipu juga dalam perniagaan”. Marah Durrah lagi. Zaman sekarang tak kira haji tak haji, suka menipu.

“Kita sebagai seorang ibu kena pastikan sumber makanan yang kita bagi untuk anak kita bukan sahaja dari sumber pendapatan yang halal tapi barangan yang kita beli pun kita kena pastikan ianya barangan yang halal. Setiap apa yang kita makan akan jadi darah daging. Darah daging yang haram, ke nerakalah tempatnya.”. tambah Rita lagi

“Eh, tak ada pun kereta kau kat luar”. Tanya Rita. Lemas melayan Durrah yang berceramah bagaikan seorang ustazah.

“Aku mana ada kereta. Kereta kancil aku dulu tu dah rosak, entah abang Johan dah betul ke tidak, aku pun tak tahu. Kalau tak ada, terpaksalah aku naik pengangkutan awam”. Durrah mengeluh. Nak Tanya Johan dia malu.

“Kau tak tanya Johan?’. Tanya Rita lagi.

“Malulah aku. Marah kat dia tapi kereta dia aku nak”. Rita ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Durrah itu.

“Merajuklah kononnya ni….” Ejek Rita.

“Tapi sekali-sekala merajuk bagus juga Arrah. Lebih-lebih lagi jika sakat dia. Nanti aku tolong kau. Atau lagi senang kau mengendeng dengan Ammar, tentu dia bagi kereta mahal punya….” Usik Rita.

“Tak mahu wei….nanti tergadai body”. Tukas Durrah. Rita ketawa galak.


Durrah meletakkan seekor ikan cencaru bakar keatas pinggan. Di atas meja ada semangkuk daging masak Gerang asam, kobis goreng, ikan cencaru bakar beserta dengan air asam. Durrah mengesat air liurnya. Terliur sendirian. Memandangkan malam ini dia makan sendirian sebab Rita hendak keluar sebentar lagi dan Johan pun mungkin tak datang malam ini. Malam semalam dia masak daging geram asam kerana menyangkakan yang Johan akan pulang dari Johor, tapi Johan tak muncul tiba.

‘Em….kata benci…..’ Durrah mengutuk dirinya sendiri.

“Aha, memang pun kos kita orang naik sikit. Bimbang juga dia semakin jatuh”. Durrah mengerutkan dahinya. Dengan tiba-tiba sahaja dia mendengar suara Johan bercakap dengan Rita. Rita berjalan dibelakang Johan.

“Hai sayang”. Tanpa dapat mengelak satu ciuman terlekat dipipi. Durrah menjeleng tajam.

“Wah ada ikan bakar”. Tanpa rasa malu Rita mencedok nasi ke dalam pinggannya. Durrah mengambil lagi sebiji pinggan untuk suaminya. Sebenarnya sebiji pinggan tadi tu untuk dirinya sendiri.

Durrah mencedok lagi nasi yang berada didalm periuk nasi. Selepas dia mencedokkan nasi ke dalam pinggan Johan, dia mengambil Juddin dari pangkuan ayahnya supaya Johan selesa menikmati makan malam dihadapannya.

Erkkkkkkk……Juddin mula meragam.

“Kenapa ni sayang?”. Tanya Johan. Dia mengusap kepala anaknya.

“Dia nak susu agaknya. Makanlah dulu, saya nak susukan Juddin dulu”. Durrah meminta diri. Dia membawa Juddin ke ruang tamu untuk disusui. Di dapur masih lagi kedengaran suara Johan dan Rita saling bertelingkah. Kadangkala terdengar juga suara Rita galak ketawa.

“Emmm……”. Durrah melepaskan keluhannya. Terselit juga rasa cemburu didadanya. Selepas menidurkan anaknya, dia mula ke dapur. Perutnya sudah mula berkeroncong.

“Tunggulah sekejap lagi I sampai”. Durrah melihat Rita terburu-buru mematikan handponenya.

“Arrah, aku tak sempat nak kemas. TQ. Sedap ikan bakar kau”. Puji Rita. Durrah hanya memandang tulang ikan di hadapannya. Dia menelan air liurnya.

‘Em… bukan rezeki aku nampaknya’. Dia memujuk hati sendiri. Tangannya mencapai pinggan mangkuk kotor ke singki untuk dicuci.

“Makanlah dulu sayang, nanti Juddin bangun tak dapat Arrah makan. Lambat makan nanti perut masuk angin. Terima kasih, sedap ikan bakar Arrah buat. Kalah ikan bakar kat umbai”. Puji Johan, dia bersendawa.

‘Em…nak makan apanya ikan dah tinggal tulang, nasi pun dah habis licin. Yang tinggal sayur kobis dengan kuih daging masak Gerang asam. Memang dia masak nasi sikit sebab Rita beritahu petang tadi yang dia ada dinner kat luar.

“Arrah, kau dah pilih tak mana satu kereta yang kau berkenan? Nanti besok kau beritahu aku. Ammar kata kereta ni sesuai untuk kau”Tiba-tiba aje Rita muncul. Tangan Durrah yang sedang mengelap meja terhenti seketika. Matanya memandang jari Rita. Jari runcing yang cantik itu menunjukkan sebuah kereta Merc Smart forfour

“Untuk orang tu bang Johan, dengar Arrah nak pergi kerja tak ada kereta aje, ada orang nak sponser kereta Merc. Siap suruh pilih lagi…jangan lambat. Esok aku nak booking kan kat kawan aku. Lepas tu nanti bolehlah kau beritahu Ammar harga kereta tu”. Durrah hanya memandang Rita tanpa berkelip. Otaknya mula ligat beroperasi, mencerna setiap butir bicara temannya.

‘Em…pengsan orang kat ofis tu nanti, kerani cabuk bawa Merc Smart forfour’. Durrah tersenyum sendirian.Di kepalanya dia membayangkan dia sedang memandu kereta tersebut dengan penuh bergaya.

“Arrah….abang tanya ni, Arrah minta kereta dengan Ammar ke?”. Suara Johan mula keras kedengaran.

‘Potong stim betullah dia ni…’. Kutuk Durrah di dalam hati.

“Arrah…..”. Teriak Johan lagi. Naik angin juga dia bila Durrah mendiamkan diri.

“Mana ada….”. Jawab Durrah acuh tak acuh.

‘Betul apa ……’

“Habis tu…..”. Johan tak puas hati. Durrah angkat bahu. Cakap lebih-lebih nanti dah kes menipulah pula. Dia mencapai sebungkug mee segera dari dalam cabinet lalu mee segera itu direndam didalam mangkuk air panas.

“Eh, kenapa Arrah makan mee segera ni? kan lauk ada lagi ni”. Johan pelik. Lauk masih lagi berbaki.

“Lauk ada, nasinya elek. Dah orang tu makan tak ingat orang belakang”. Sindir Durrah.

“Masaklah nasik sekejap aje…”. Pujuk Johan. Dia rasa bersalah kerana telah menghabiskan nasi sehingga tidak berbaki malah lebih terasa bersalah bila mendengar perut Durrah berbunyi.

“Maafkan abang sayang….” Hilang sudah marahnya pada Durrah tentang Ammar sebentar tadi. Dia hanya memandang Durrah makan mee segera sambil meniup-niup mee tersebut kerana panas.

Tak tahu nak buat apa, Johan mencapai majalah di atas meja yang dibawa oleh Rita tadi. Sewaktu dia datang tadi Rita sedang membaca majalah.

“Fuh, dasyatlah perempuan ni Arrah, duduk dalam tiub kaca selama 2 minggu dengan ular dan binatang berbisa. Berani betul dia ni”. Sengaja Johan memancing isterinya. Sedari tadi Durrah membisu sambil menikmati mee segera.

“Alah, tak heran saya lagi berani, 2 tahun saya makan minum, tidur baring, satu katil malahan satu selimut dengan buaya”. Durrah mencebik bibir. Ada senyuman di situ. Johan mengerutkan dahinya. Melihat ada senyuman sinis di bibir itu….Johan menerkan Durrah.

Arrrrrrr……..


Sewaktu Durrah selesai merapikan diri untuk tidur, dia terdengar loceng berbunyi bertalu-talu. Hatinya berdebar-debar.

‘Siapa pula yang datang malam-malam ni?’. Durrah mengurut dadanya. Dia bimbang jika suami Rita yang datang. Tentunya tak molek jika dia datang diwaktu ini sewaktu Rita tak ada dirumah.

‘Tapi kalau suaminya takkanlah tak ada kunci pendua’. Hatinya berkata-kata lagi. Hatinya semakin bimbang. Johan pula telah pulang ke rumah mertuanya. Ada hal yang perlu mereka dibincangkan. Itu kata Johan tapi kerat kepala ayam pun Durrah tak percaya.

Tiada pilihan lain, dia perlu segera meminta bantuan dari Johan. Moga Johan belum jauh lagi. Dia segera mencapai handponenya. Hamper terjatuh handponenya dari tangan bila tiba-tiba sahaja ianya berbunyi.

“Johan”. Bisik Durrah. Segera dia menekan butang ‘on’.

“Arrah cepat buka pintu”. Suara Johan yang kuat menyentakkan Durrah.

“Kenapa?”. Durrah cemas bimbang ada hal kecemasan ataupun sesuatu berita buruk yang Johan bawa.

“Cepatlah” Tukas Johan.

“Ok, ok..”. Segera Durrah berlari membuka pintu. Johan di pintu pagar. Dia segera ke sana.

“Nah, ambil ni”. Johan menghulurkan satu bungkusan. Durrah menyambutnya.

“Apa ni?” Tanya Durrah. Lagi mau Tanya!

“Bom”. Usik Johan.

“Ah?’. Durrah berlagak bendul.

“Nasi ayamlah. Dah masuk dalam cepat”. Johan menggesa Durrah masuk.

“Kan orang dah makan”. Durrah tak puas hati.

“Makan mee segera, manalah nak kenyang. Nanti malam Juddin menyusu, tentu Arrah lapar. Dah masuk cepat. Ms J ni tentunya balik lambat”. Durrah mencerlungkan matanya pada Johan.

“Tak baik tau kata Rita tu Ms J. dia ada suamilah….”. Durrah membela kawannya. Johan tersengeh.

“ Sayang, kalau Arrah tak nak masuk, abang yang akan masuk. Dengan pakaian Arrah sekarang ni tengah menggoda abang tau…”. Ugut Johan. Secepat kilat Durrah berlari mendapatkan pintu. Johan
meninggalkan rumah itu bilamana dia sudah pastikan Durrah sudah selamat masuk ke dalam rumah.

Durrah melepaskan lelahnya. Dia meletakkan bungkusan itu diatas meja solek. Sekilas dia terpandang dirinya di cermin. Matanya membulat ditalakan ke hadapan. Susuk badannya yang berisi hanya dibaluti baju tidur yang nipis tanpa bantuan ‘pakaian kecilnya’.Dia menutup mukanya. Malu!

Tit!

Durrah membuka SMS

‘Hei pompuan….mana Johan?’ Durrah membaca sms itu dengan herotan dibibir.

‘Macam aku ambik laki kau’. Kutuk hati Durrah. Dia menekan butang ‘off’’.

Durrah mencapai bungkusan dihadapannya lalu dibukanya. Bau semerbak harum nasi ayam membuatkan perutnya kembali lapar. Dia terharu dengan sikap prihatin suaminya itu tapi buat masa ini dia ingin hidup berasingan dahulu, mungkin untuk sementara atau pun selamanya, dia pun tak pasti. Tiba-tiba dia ingin menakal dengan Johan.

‘Terimakasih sayang…sedapnye yang tadi tu…..jangan balas SMS ini kerana sayang sedang memandu. Semoga selamat sampai’. Durrah menekan butang ‘om’

Walaupun di tulis jangan balas SMSnya tapi dia tetap menanti balasan dari Johan.

Bengong! Durrah mengutuk dirinya sendiri. Dia berharap malam ini madunya mengskoding handpone milik Johan. Sengaja dia buat Dajal.

Durrah menyuap lagi nasi ayam ke mulutnya. Suapan yang kedua. Bila perasaan bahagia dan gembira, makan cekodok pun rasa ayam!

Tiba-tiba handponenya berbumyi.

“Dah makan dah?”. Tanya orang disana.

“Tengah makan….”Jawab orang disini.

“Kenapa telepon? Kan tengah memandu, bahaya…” Tanya orang disini pula.Orang di sana ketawa.

“Kalau abang mati pun bukannya ada orang peduli…”. Rajuk orang disana.

“Iyelah tu tak ada orang peduli. Ni baru sekejap tadi bini dia cari, marah kita kata kita sorok laki dia. Ada orang tu kata nak jumpa mertua dia tapi rupanya nak jumpa dengan anak mertuanya ….”. Ejek Durrah. Johan ketawa tembelang dah pecah.

“Betul….abang tak bohong, papa nak jumpa sebab ada hal nak bincang pasal projek baru kami tu”. Johan membela diri.

“Emm….iyelah tu, banyaklah awak punya projek. Ok bye”. Segera Durrah ‘off line’. Rasa bahagia sebentar tadi terbang entah ke mana… dia melepaskan keluhan. Nasi ayam yang sedap tadi entah mengapa terasa begitu tawar sekali!

Niat dihati ingin mengusik orang disana, rupanya orang disini yang terusik!

Johan membelek-belek laporan bulanan kewangan di hadaannya. Dia menggaru-garu dahinya ada beberapa tanda yang ditinggalkan Asiah. Dia tahu tentunya Asiah mahu dia menelitinya. Terdengar pintu biliknya di ketuk.

“Masuk”. Laung Johan. Kelihan seorang pemuda yang awal 20an datang ke mejanya.

“Dah puas saya call tapi Pn. Asiah tak angkat pun En. Johan”. Adu pemuda itu.

“Tak cuba tanya Zarul mana bini dia pergi?”. Tanya Johan lagi.

“En. Zarul pun tak datang lagi dari pagi. Semalam dia datang sekejap aje lepastu kelur dan tak balik-balik. Handpone dia pun dia tutup”. Johan hanya mengeluh dengan aduan itu.

“Tak apalah Asmadi. Nanti kalau ada masa call lagi Asiah. Katakana penting untuk saya jumpa dia”. Pesan Johan.

“Baik En. Johan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dahulu”. Asmadi minta diri. Johan hanya menganggukkan kepalanya.

Asmadi adalah pembantunya yang baru diambil bekerja dibawahnya. Teringat dia di waktu dia mengugut Zarul.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Ini aku perkenalkan pembantu baharu kau, Asmadi namanya”. Zarul memperkenalkan Asmadi pada Johan.

‘Macam doktor Asmadilah pulak!’. Mereka bersalaman sambil memperkenalkan diri masing-masing. Semenjak 2 bulan lepaas Johan sudah mendera Zarul supaya mencari pembantunya untuk projek di Damansara dan di Bangi.

Pada mulanya Zarul buat endah tak endah sahaja dengan permintaan Johan sehinggalah Johan hantar surat perletakan jawatannya barulah Zarul kelam-kabut.

“Engkau jangan macam ni Johan, masak aku kalau kau tak ada”. Zarul mula memujuk Johan . Dia akui, jika Johan tak ada pasti pincanglah perjalanan syarikat mereka. Sudah tentu syarikat Azlie Berhad tidak akan menyuntik lagi modal dalam syarikat mereka.

“Malaslah aku nak kerja macam ni, semua kerja aku nak buat. Baik aku balik kampung potong getah lagi bagus. Hati tak sakit. Harga getah sekarang ni pun dah mahal RM4.00 sekilo. Paling kurang pun sebulan aku dapat RM3,000.00 dalam tangan. Duduk kampung itu dah kira o.k dah. Kerja dari pagi sampai tengahari saja. Petang aku boleh lepak dengan anak aku, malam aku lepak pula dengan emak dia”. Dalam marah sempat juga Johan melawak.

“Jangan macam tu kawan, aku tahulah bapak kau tu banyak kebun getah. O.klah, o.klah aku janji aku akan carikan kau pembantu secepat mungkin”. Bimbang juga si Zarul bila dia melihat Johan sudah mula mengemaskan barangnya.

“Aku tak main-main, kau tak tahu, pasal aku sibuk dengan projek kita dan sibuk cover projek yang kau jaga tulah rumahtangga aku hampir punah. Kau sibuk jual ubat urat. Kerja kau lintang pukang. Hello kawan, tolonglah. Jangan campurkan urusan peribadi kau dengan kerja. Aku bukannya nak ungkit, Arrah terpaksa berkorban untuk aku dan syarikat kita, jadi tolonglah serius sikit. Aku nakkan seorang lagi pembantu takkan itu pun kau nak berkira….”

“O.klah, o.klah, relaxlah bro, aku janji…”. Zarul angkat tangan tanda mengalah dengan desakan Johan.

Tiba-tiba muka Zarul terjengul di muka pintu. Dia masuk tanpa kebenaran. Macam biasa juga.

“Hai”. Zarul terus duduk di hadapan meja Johan. Tangan Johan menarik satu fail disisinya lalu diletakkan di atas laporan kewangan yang sedang dibacanya tadi.

“Engkau ke mana? Lama tak nampak?”. Johan memerli sahabatnya.

“Mana nak nampak, kau bukannya selalu ada kat sini”. Zarul buat-buat ketawa. Johan memandang muka sahabatnya. Zarul tidak selesa. Johan merasakan ada sesuatu yang tak beres dengan sahabatnya ini. Apa ek?!

“Kau dah dapat laporan kewangan kita bulan ni?” Tanya Johan.

“Belum. Kau dah dapat?”. Tanya Zarul pula.

“Belum”. Johan berbohong. Bohong sunat.

“Mana Asiah? Aku tak Nampak dia dari pagi lagi. Call dia pun tak dapat-dapat. Mana dia pergi? Dia tak sihat ke?”. Soal Johan bertalu-talu.

“Entah, aku pun tak tahu”. Zarul angkat bahu.

“Kau biar betul. Bini sendiri pun tak tahu ke mana.kau kan satu rumah. Atau pun kau dah tak balik rumah?”. Johan serkap jarang. Dia terhidu sesuatu. Bagaikan ada yang tak kena dengan hubungan suami isteri itu. Dia mengeluh. Hubungan dia dengan Arrah pun keruh, adakah hubungan Zarul dengan Asiah pun keruh juga?

“Kalau aku tak balik rumah, mana pula aku nak pergi. Dia ada hallah tu….”. jawapan dari Zarul itu tidak memuaskan hati Johan.

“Macamana dengan projek kat Pengerang tu?”. Zarul tak member peluan pada Johan bertanya lebih. Segera dia potong jalan.

“Belum final lagi. Ni sedang usahakanlah ni. Kalau tak ada apa hal, insyaallah menjadi. Kita doa sama-sama”. Terang Johan. Zarul tersenyum lebar. Perniagaan mereka semakin maju. Tambah lagi satu aliran, Gas dan Petroleum. Beruntung dia mempunyai rakan kongsi menantu orang kaya. Dengan gelaran suami artis yang bakal dia sandang nanti, bakal menaikkan lagi nama syarikat mereka di mata orang luar. Zarul berkira-kira sendirian.

“Tolong beritahu Asiah, aku nak jumpa dia. Urgent!”. Pesan Johan

“Apasal?”. Tanya Zarul dia tak senang duduk.

“Aku nak laporan kewangan cepat, nak tengok duit kita ada berapa yang ada. Nak kena spare sedikit duit untuk projek baru kita tu, Azlie Berhad ada sediakan bajet, kalau tak cukup juga, terpaksalah kita buat pinjaman. Tu yang nak bincang dengan Asiah. Pertama sekali nak settle kan dulu hutang kita dengan supplier. Rasanya projek kat Bangi tu banyak lagi supplier yang kita belum bayar. Projek belum siap lagi, kalau dia orang tak hantar barang lagi, mati kita”. Johan mula membebel.

“Eh, kau dah nak balik?” Tanya Zarul bilamana dia nampak mula mengemas mejanya. Ada beberapa fail yang dia masukkan ke dalam beg sandangnya.

“Aku nak ke tapak projek sekejap”. Bohong Johan. Sebenarnya dia nak ada projek nak bawa Durrah beli kereta. Sebagai suami, dia terasa tercabar bila ada lelaki lain yang memikat hati isterinya.

“Ingat pesan aku, beritahu Asiah yang aku nak jumpa dia esok”. Pesan Johan lagi dengan suara yang lebih keras.

“O.k bos….”. Jawab Zarul. Johan dahulu ke muka pintu lalu mempersilakan Zarul keluar sebelum dia sendiri menutup pintu. Dia tidak suka sesiapa pun berada di biliknya sewaktu dia tidak ada. Biliknya sentiasa berkumci jika dia tidak ada di pejabat. Hanya Asiah yang ada kunci pendua. Itu pun jika ada hal yang terdesak dan amat mustahak, barulah Asiah akan memasuki biliknya untuk mengambil sebarang dokumen. Entah mengapa sedari dahulu dia begitu mempercayai Asiah. Mungkin jangkamasa yang lama mereka berkawan, mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.


7 comments:

  1. Blh tak kalau bab seterusnya nti Johan ceraikn isteri kedua dia tu..cite ni best tapi ada madu tu yg spoil...huhu...please no madu lagi..sakitnya bc bila johan abaikan Durrah sbb bini no 2 dia...hurmmm...

    ReplyDelete
  2. Welcome back MET. Miss your and your entry a lot.

    ReplyDelete
  3. wah.... met is baaaccckkkkk....

    Sila tulis byk2.

    ReplyDelete
  4. Thanks sbb bagi entry...selamat menulis dgn rajin2 yer...

    ReplyDelete
  5. WAH ...MET IS IN THE HOUSE YOU ALL....!!!!!

    ReplyDelete
  6. Wow!!!MET dah kembali;)))thanks....terhibur ngan citer arrah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ardifaum, Mh Aniza, Yosita, Auntie Agony, Kim, Anonynous dan kawan-kawan semua.....terimakasih kerana masih lagi mengikuti sambungan KPSD ini...

    ReplyDelete