wallpaper

20160110

Bila MET masuk UKM

agak terlambat untuk MET mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016, Dengan semangat dan azam yang baru. Azam tahun lepas dah terlaksana ke belum?

Ini n3 baru MET untuk tahun ini setelah sekian lama kita tak bersama dalam alam maya ini. Untuk peminat e-novel, insyaallah....akan MET postkan selepas ini.

Beberapa minggu yang sudah, dapat pula MET masuk UKM. Mungkin bagi orang lain, ia suatu yang biasa tapi tak bagi MET. ialah, MET ni mana pernah masuk Universiti, pijak tangga nek siti adalah....

Sememangnya auranya lain, walaupun MET hanya berpeluang berada di dewan gemilang untuk menghadiri majlis perkahwinan. dapatlah juga sambil lalu 'Kolej Rahim Kajai', hanya pernah dengar namanya sebelum ini dalam novel yang pernah di baca dulu..., ingatkan macam kolej biasa tapi rupanya tempat penginapan para siswa dan siswazah, uhawaaaa......

Sempat juga bersembahyang zohor di masjid situ, tengok wajah anak watan yang cerdik pandai membuatkan hati MET menjadi bangga, lalu MET berpesan pada anak anak, 'Berlajarlah pandai pandai wahai anak,
ciptalah sejarahmu disini....


Pada majlis tersebut juga dapat MET membeli buku 'SAMURAI KAMPUNG MEDAN"'. pengalaman hidup Dato Zulkifli Malik. pelajar kumpulan pertama program akademi Dasar Pandang ke Timur tajaan JPA. Anak Melayu pertama yang bekerja di ibu pejabat Yasuda Trust Bank Tokyo (1988) seterusnya ke Singapura dan Jakarta. Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai ketua perwakilan Yasuda Trust Bank di Malaysia. Beliau merupakan kunci tertubuhnya Yasuda Trust Bank di Labuan Offshore Financial Centre. Pada tahun 1998 beliau dilantik sebagai Country Advisor. Beliau berjaya menyakinkan bank untuk melebarkan sayap mereka ke Malaysia dan seterusnya melabur lebih USD300 juta pada tahun pertama penubuhannya.

Buku yang menceritakan kisah hidup beliau dari seorang anak setinggan hingga beliau berjaya hingga kini. buku ini boleh menjadi motivasi bukan sahaja pada pelajar sekolah malahan seorang pekerja dan buat seorang isteri bagi menyumbang kejayaan suami...

Menurut beliau, hasil jualn bukun ini akan di salurkan ke tabung masjid. (lupa pula nama masjid). justeru itu bila kita membeli buku ini, sambil membaca dan mengutip ilmu teladan, sambil menderma.

Jika berminat untuk membelinya,  boleh layari....

 (En. Norhisyam Nordin)  http://pustaka.my

#SAMURAI KAMPUNG MEDAN


***Maaf, dah lama tak menulis, bahasa pun kurang......



9 comments:

  1. Assalamualaikum kawan2, dah lama tak melabun....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam..alhamdulillah MET sihat ya..selamat tahun baru 2016..rezki saya masuk, tup2 ada posting dari tuan rumah..alhamdulillah e novel nak disambungkan..semuga dipermudahkan segala2nya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Widuri....TQ krn masih lagi ingat kat MET

      Delete
  3. W'salam.Selamat berjumpa semula di 2016.semoga MET sihat sejahtera.Teruskan perjuangan semoga 2016 lebih berjaya dari sebelumnya...

    ReplyDelete
  4. Salam MET...cerita ni best..bila nak sambung lagi...dah tak sabar nak baca...hihi

    ReplyDelete
  5. Ukm, Tempat menimba ilmu dulu. Tempat jumpa jodoh jugak. Eh. Hiks.

    Mcm best plak samurai kampung medan.hmm

    ReplyDelete
  6. Hee....Tempat jatuh tangga lagikan di kenang, inikan pula tempat jatuh cinta..

    Samurai kampung medan memang best....tak rugi membelinya, juga buku motivasi dan kita mula mengenal cara bekerja orang jepun. anak2 MET pun membacanya.

    Semuga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat, cinta yang paling indah adalah di saat kita bergelar pelajar, tak kira di peringkat tinggi ataupun rendah....

    ReplyDelete