wallpaper

20160130

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 64


Bab  64

Durrah hanya mendiamkan diri sambil memangku Juddin. Johan focus dengan pemanduan. Sekali-sekala tangannya meraba kaki Juddin yang terketik-ketik. Sesekali juga tangannya singgah ke jarijemari isterinya.

Durrah diam lagi. sebenarnya dia tidak begitu selesa bila Johan mengulit jari-jemarinya kerana dia rasakan jari-jemari Johan lebih lembut dari jarinya.dia malu!

“Tak ada kerja lain nak buat ek?”. Marah durrah. Johan hanya ketawa melihat reaksi isterinya. Mata yang kuyu itu sudah membulat bak bulan purnama. Johan akui yang jari-jemari Durrah tidak selembut jari-jemari Azreen. Jari-jemari Azreen halus dan lembut kerana ia sangat menitik beratkan tentang penjagaan dirinya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sehinggakan jari yang cantik itu tidak pernah membuatkan suaminya secawan kopi apatahlagi memasak didapur.

Apalah gunanya jari yang cantik itu jika ianya tidak mendatangkan
pahala buat tuannya, biarlah jari yang kasar tapi sentiasa berguna dan mendatangkan pahala buat tuan badannya. Seperti jari Durrah sekarang. Melihat pada jarinya sahaja orang sudah dapat meneka betapa dia bekerja keras menggunakan kudrat tangannya seawal remaja lagi.

“Nanti awak berhenti kat kedai runcit tu, saya nak beli susulah, susu saya dah habis”. Bicara Durrah mula kedengaran.

“Tak payahlah, nanti kita shoping dulu. Abang nak beli pakaian Juddin dengan Arrah sekali. Tentunya uniform sayang dah bertukar kan?”. Usik Johan. Dia cuba membelai hati Durrah, dia tahu sedari malam tadi marah Durrah masih lagi belum habis.

“Emm…betul juga, takkan nak pergi kerja pakai baju mengandung”. Omelnya.

“Arrah pun minum susu lagi ke?”. Tanya Johan. Dia memang tak minum susu kecualilah teh susu. Susu yang tak berkhasiat.

“Em…kalau tak nanti susu badan tak banyak. Anak awak ni bukan main lagi kuat menyusu. Kalau susu tak banyak nanti dia marah”. Adu Durrah pada Johan. Johan tersenyum lebar bila Durrah menceritakan perangai anaknya.

“Anak ayah ni baiknya sayang…”. Johan menepuk nepuk badan Juddin. Juddin lena dipangkuan ibunya.

“Arrah, abang rasa janggallah bila Arrah bahasakan diri awak, saya dengan abang. Please….kita gunakan katanama macam dulu tu, abang, Arrah. Itu lagi bagus….lembut aje kalau panggil sayang lagi abang suka”. Pinta Johan. Durrah buat muka.

‘Em…berbulu pula telinga aku panggil sayang….’.

Johan memberhentikan keretanya disebuah kedai kereta, banyak kereta mewah tersadai di hadapan matanya Durrah mengerutkan dahinya. Johan meletakkan Juddin didadanya. Juddin tidur dengan lena.

“Arrah….abang tak  mampu nak belikan kereta yang Arrah nak tu, kalau kereta yang secondhand tu bolehlah”.Johan menunjukkan kereta Merc smart forfour  dihadapan mereka.

“Arrah, abang minta maaf sebab selalu tak adil pada Arrah dan tak dapat nak mewahkan Arrah. Jujur abang beritahu Arrah yang duit simpanan abang, abang dah laburkan pada projek baru abang. Insyaallah jika projek baru abang ni berjaya, abang akan penuhi permintaan Arrah ”.Johan mula buat janji. Durrah melepaskan keluhannya. Dia tak suka orang buat janji kerana jika kita berjanji dan kita tak dapat penuhinya nanti, itu dikira seorang yang munafik.

“Tak payahlah nak berjanji bagai….kancil ada lagi tak?” Durrah bukan lapaq sangat pun dengan Merc tu, saja aje si Rita buat dajal, pekenakan si Johan ni. terpaksa guna nama Ammar padahal jantan tu tau pun tidak yang Durrah perlukan kereta untuk ke tempat kerja.

“Ada kat rumah, dah betulkan pun. Zaki telepon abang masa Arrah dalam pantang tempohari”. Durrah menganggukkan kepalanya. Dia bukannya kenal sangat dengan budak Zaki tu, Cuma dia hanya mengikut arahan Johan yang mengatakan jika kereta kancil menghadapi masalah, call aje budak workshop tu.

“Arrah nak tukar kereta lain ke yang besar sikit”. Pujuk Johan. Durrah mengelengkan kepalanya.

“Kancil tu pun dah cukup untuk kami berdua. Dahlah jom kita pergi, nanti dia orang ingat kita nak beli kereta pula”. Durrah menarik tangan Johan. Johan hanya mengikut Durrah ke kereta mereka.
Puas membeli belah, mereka duduk bersantai sambil makan ais kacang.

“Eee….tak sejuk ke Arrah?”. Johan hanya memandang Durrah menyudu ais kacang ke dalam mulutnya dengan penuh berselera.

“His….jangan bising, nanti mak tahu dia perambat Arrah sebab minum airbatu lepas pantang”. Durrah buat lawak. Johan ketawa. Dia tak suka minum minuman yang sejuk.

“Susah tak sayang masa dalam pantang tu?”. Sengaja Johan bertanya padahal dia sudah tahu akan deritanya dalam proses tersebut.

“Emm….mimpi ngeri”. Johan ketawa dengan jawapan itu lebih-lebih lagi dengan gaya spontan dari Durrah.

“Ala…macamanalah abang nak tambah bilangan anak lagi ni….”. Usik Johan.
“Beranak sendiri”. Durrah menjawab dengan pantas. Johan ketawa kecil.

“Mak Salmah garang tak Arrah masa jaga Arrah hari tu?”. Johan berteka teki, mana lebih garang? Mak Salmah ke atau mak Jarrah?

“Bapak garangnya. Nak minum air banyak pun tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh…eeee penyudahnya sembelitlah kawan. Ada orang tu punyalah pandainya bagi orang makan buah…”. Durrah tak dapat menghabiskan kata-katanya bilamana mereka berdua ketawa mengingati peristiwa itu.

“Arrah….marilah balik rumah kita,  rumah kita sunyi tanpa Arrah. Abang rindu Arrah dengan Juddin. Abang rasa sunyi bila duduk rumah tu sorang-sorang. Abang tak selesa kat rumah Rita tu. Tentu Arrah pun sama kan?. Marilah kita bina hidup baru Arrah, abang tahu abang banyak buat salah dengan Arrah. Bagilah peluang abang betulkan kesilapan abang”. Johan tak berputus asa untuk memujuk Durrah.

“Berilah Arrah masa. Isteri awak selalu ganggu saya kalau dia tak dapat cari awak. Macamana hidup saya nak tenang macam ni. selesaikan masalah awak tu dulu. Maaf, hati saya tidak lagi boleh bersabar macam dulu. Saya juga ada hak. Kalau awak tak dapat memenuhi hak untuk saya….maaflah, saya tak tahu apa nak cakap. Berilah saya masa untuk bertenang, saya tak mahu kembali hanya untuk Juddin. Saya pun nak bahagia. Hidup ini pun bukannya lama …..”

“Arrah…apa Arrah cakap ni. abang tak suka Arrah cakap macam ni. Abang nak hidup lama dengan Arrah, dengan Juddin”. Johan memintas kata-kata dari Durrah. Dia tidak suka Durrah sebut pasal mati. Kalau boleh dia ingin hidup dengan isterinya 100 tahun lagi.

“Abang nak hidup dengan Arrah 100 tahun lagi….”. Johan memegang erat tangan Durrah. Mata mereka berpadu. Tiba-tiba Durrah ketawa. Kuat! Sehingga orang di meja sebelah memandang mereka.

Ada aku kesah!

“Kenapa Arrah ketawa?”. Johan pelik.

“Entah masa tu, saya kenal awak lagi ke tidak”. Durrah masih lagi dengan sisa tawanya. Johan pun turut sama tersipu. Tapi dia senang hati melihat isterinya ketawa seperti tadi.

“Abang sayang Arrah, abang ingin selalu bersama dengan Arrah dan anak kita. Abang takkan lepaskan Arrah pada sesiapa pun. Arrah milik abang. Milik abang dan anak-anak. Milik kami”. Durrah hanya menelan kata-kata dari Johan itu. Ianya sebagai satu ugutan jika di perhalusinya.

“Abang akan beri peluang untuk Arrah bertenang, tapi janji yang Arrah dan Juddin akan balik rumah kita pada hujung minggu. Rumah kita sentiasa terbuka untuk Arrah. Dan Arrah mesti ingat, kemana pun Arrah pergi Arrah masih lagi isteri abang”. Tekan Johan lagi. Durrah faham dengan kata-kata itu. Maksudnya dia tidak boleh melayan Ammar lebih-lebih.

“Kalau Arrah ingkar, abang akan guna perintah mahkamah”. Durrah Menjengilkan matanya. Johan buat dono aje.kuasa di tangan dia.

Aku peduli apa!      


Durrah duduk bersantai diruang tamu. Fikirannya menerawang entah kemana.

“Hei, apasal aku order Merc, kancil yang sampai?”. Usik Rita. Durrah ketawa mengekek.

“Apalah kau ni…..Johan bawa  aku pergi kedai kereta. Kaulah punya pasal…”. Durrah tersenyum lagi.

“Habis tu apasal bawa kancil lagi? tak minta kereta yang besar sikit?’. Rita pelik.

“Tak mahulah aku, nanti ada yang pengsan bila aku bawa Merc Smart forfour kat office.”. Durrah ketawa kecil.

“Apalah kau ni, nilah masanya nak kikis duit Johan tu, kalau tak nanti jangan menyesal bila bini dia kikis. Orang lelaki ni bukannya dia ingat nak bagi kita kalau kita tak minta”. Rita mula mengajar Durrah ilmu poligami. Mungkin pengalamannya banyak membantu hidupnya kini. Kalau tidak masakan dia mampu hidup mewah sebegini dan mempunyai perniagaan sendiri.

“Biarlah dulu, nanti aku kikislah……”. Malas Durrah nak berlawan kata dengan Rita. Pastinya dia yang akan kalah. Dia tak mahu menyusahkan Johan kerana menurut Johan dia mempunyai projek baru yang memerlukan penambahan modal yang bukan sedikit.

“Rita, selama aku kat sini tak nampak pun suami kau….sory kalau pertanyaan aku buat kau marah”. Tanya Durrah. Bimbang pula jika tersalah soalan.

“Emmm….jarang….”. dengan malas Rita menjawab. Dia bangun dari sofa.

“Jom tidurlah, esokan kau mula kerja?”. Durrah bingkas bangun, betul kata Rita itu. Esok merupakan permulan hari barunya.



Penat, memang penat! Lebih 2 bulan bercuti, badan pun naik lemak. Kerja pun lembab. Mata 
mengantuk. Terasa masa begitu lambat beransur petang.

“Aduh….laparlah pula….” Durrah melihat jam ditanngannya.

“Patut pun, dah lebih pukul satu”. Durrah bersungut seorang diri. Dia keluar dari bilik Jehan. Sedari pagi lagi dia sudah bertapa didalam bilik itu menyelesaikan banyak perkara yang tertangguh.

“Kosong dah. Teruk betullah diaorang ni, rehat tak ajak aku….”. segera Durrah mencapai beg duitnya. Ingin segera sampai ke kantin.

“Durrah, jom lunch sama” Durrah berpaling. Kelihatan, Ammar datang merapatinya dengan senyuman yang menawan.

“Aik, kata kat London…”Durrah tidak menyangkakan Ammar ada di sini. Setahunya Ammar berada di London.

“Baru malam tadi sampai, esok balik ke Dubai pula…”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Ammar naik kapal terbang macam naik bas ekspres aje. Dia yang telah hidup lebih 30 tahun pun tak pernah lagi naik kapal terbang.

‘Salam….nak lunch dengan Ammar..’

Sambil berjalan menuju ke kereta, Ammar hanya memandang Durrah menaip sesuatu pada handponenya..

‘Tak boleh!’ balas orang di sana.

‘Erk!’ Balas Durrah. Dia menekan butang ‘off’

“Ammar, saya tak boleh ikut awak keluarlah….:” Durrah memohon maaf. Ammar yang baru sampai ke keretanya terhenti seketika lalu berpaling.

“Johan tak kasi you keluar ikut I?”. Tanya Ammar. Durrah pamir giginya.

“Please…sekejap aje….lunch”. pujuk Ammar. Durrah geleng kepala lalu dia memusingkan kepalanya.

“Ok,ok, kita pergi kantin ajee…”. Ammar tewas, segera dia memanjangkan langkahnya menyaingi Durrah.

Emmm…susahnya memikat burung larangan….

“Kenapa tak ikut Johan balik rumah?”. Tanya Ammar. Matanya memandang Durrah.

“Nantilah….”. Durrah menyedut perlahan air dihadapannya. Tiba-tiba dia tersedak. Segera dia mencapai tisu dihadapannya.

“Emm…..abang sebut tu. Tentu dia marah sebab you lunch dengan I”. Usik Ammar. Durrah mengesat hidung dan matanya yang berair.

“Apa yang akan you buat selepas ini bila you tak tinggal lagi dengan suami you?. Sambil makan sambil meratah muka wanita dihadapannya.

“Buat bodohlah…”. Durrah angkat bahu. Senangnya jawapan diberikan. Sebenarnya dia sendiri tak tahu dia nak buat apa. Ammar hanya ketawa dengan lagak poyo Durrah. Mungkin dengan cara Durrah yang bersahaja itu yang menawan hatinya. Jarang sekali dia bertemu dengan wanita seperti ini, sempoi dan tak berlakon. Selalunya wanita yang menemaninya akan sentiasa menjaga penampilan dan berlagak ayu untuk menawan hatinya.

“Kenapa tak kawin lagi? Kata nak bini sorang kat sini jaga awak?”. Durrah menyuap semula nasi ayam dihadapannya.

“Dah you tak ada. I bukannya banyak calon lain”. Jawap Ammar, dia tersenyum menggoda.

“Iyelah tu, Tu Suzie tu bukan? I tengok dia tu lain macam aje dengan awak, rumah awak tu pun dah macam rumah dia ajee….”Durrah serkap jarang. Tapi dalam pemerhatiannya Suzie tu macam luar biasa sahaja dengan rumah Ammar.

“His….mana ade….”. Ammar menafikannya. Durrah tergelak. Bukannya boleh percaya dengan lelaki sekarang ni, lebih-lebih lagi lelaki yang banyak duit macam Ammar. Kucing mana nak menolak ikan lebih-lebih lagi kucing di hadapannya ini yang selalu kelaparan…

“Kalau ada pun apa salahnya Ammar, tapi biarlah dengan cara yang halal…”. Sebagai seorang kawan, tak salah rasanya dia member nasihat.

“Emm….I nak cari yang macam you, sentiaasa tertutup dan tak nampak dek orang, lebih seronok mencari rahsia yang tersembunyi dari dapat melihat terus,terang lagi nyata….”. Usik Ammar. Durrah merah muka.

“Ooo…Suzie tu buat stok geli-gelilah ni ek?”. Marah Durrah.

“Apalah you ni, selalu kutuk I jahat….”. Ammar merajuk.

“I kalau nak cari bini, bukannya macam Suzie tu. I nak yang sopan, baik dan solehah sebab kalau I tinggalkan dia keseorang di sini, dia boleh jaga maruah dia dan I suaminya. I tak selalu ada kat sini Durrah, susah I nak cari seorang perempuan yang jujur dan baik lagi beriman, dulu dah jumpa tapi orang tu yang tak mahu….”. Durrah hanya ketawa melihat aksi Ammar yang merajuk. Buruk rupanya bila bapak orang merajuk!

Tipikal lelaki hipokrit ! tak kira lelaki bangsa apa pun, dari zaman apa pun, biarlah dirinya jahat dan bergelumang dengan maksiat asalkan dapat perempuan yang baik untuk dijadikan isteri kerana perempuan yang baik akan melahir dan menjaga zuriat mereka dengan baik. Mereka lupa yang membawa benih itu adalah mereka sendiri.

“Tapikan…..I tetap akan rezepkan satu kuota untuk you, tak kiralah jadi isteri no 2, 3, ataupun no 4…:. “. Ammar ketawa melihat Durrah yang mencerlungkan matanya.

“Tempat you sentiasa ada dalam hati I. dan tak akan putus berharap…”. Kata-kata Ammar itu meresap jauh ke lubuk hati Durrah…

Durrah melangkah lemah melepasi pintu pejabat. Kenyang dan malas!

“Aduh!” Durrah menyeringai menahan sakit. Entah macamana kakinya tersandung pintu. Sudah berates kali dia melepasi pintu ini, tidak pernah pula kakinya tersepak pintu. Durah bersungut sendirian sambil mengurut jari kakinya.

‘Emm…..ni daulat laki ni. Agaknya bahaya lagi besar kalau aku ikut Ammar keluar makan tadi’. Durrah melepaskan keluhan. Suka atau tidak, dia mesti akui yang dia masih lagi isteri Johan. Mana nak letak muka kalau dalam suratkhabar terpampang wajahnya ‘Seorang isteri kemalangan bersama dengan seorang lelaki’. Orang bukannya kira, makan pagi ke, makan malam ke, makan tengahari ke….masyarakat masih lagi suka dengan cerita-cerita yang macam ini. Ada kalanya cerita yang sejengkal boleh jadi sehasta.

“Amboi….seronok nampak orang tu…. Makan orang belanja…”. Ada nada sinis dalam suara itu. Durrah tunujuk senyum yang menawan.  

“Alah, orang belanja kat kantin aje Ju, nak buat apalah kau nak cemburukan bukannya makan kat Hilton ke…”. Durrah membalas kata. Malas nak melayan rakan sekerjanya segera dia berlalu pergi dengan kaki yang terdincut-dincut.
Durrah ada juga terlihat rakan sekerjanya bergongsip tapi sewaktu dia melintasi mereka, cerita itu terhenti. Tahulah Durrah bahawa dirinya ada dalam carta sesi cerita sensasi. Mungkin kedatangan Johan tempohari untuk mencarinya menguatkan lagi rumusan mereka.

“Arrah dah makan?”. SMS dari Johan

Dah”

“Dengan Ammar?”

“Emm”. Jawap Durrah. Takkan nak bohong pula.

“Kan abang tak izinkan Arrah keluar dengan Ammar. Kenapa Arrah degil sangat”. Marah Johan

“Kat kantin ajelah”. Jawab Durrah. Dia terus offkan handpone malas dia nak melayan SMS dari Johan.

Johan membuat panggilan tapi panggilannya tak disambut.

Arrr…..

Johan meraup wajahnya. Kenapalah marahkan Asiah, Durrah pula yang dapat tempiasnya. Sudah puas dia mencari Asiah tapi wanita itu tidak  menyambut panggilannya, datamg ke pejabat pun tidak.

“Kenapalah aku nak marah Arrah. Dia dan Ammar makan kat kantin aje. Apalah Ammar boleh buat dengan Arrah kat kantin’. Johan memujuk hatinya. Dalam masa yang sama dia bersyukur kerana Durrah meminta izin darinya. Dia tahu Durrah bukannya tak belajar agama. Dan bukannya tak tahu soal halal dan haram tapi kadangkala orang yang beragama pun boleh terbabasss….

Johan melepaskan keluhan yang berat, masalah laporan kewanngan dihadapannya juga merupakan masalah yang berat. Sangat berat, jika tak ditangani dengan bijaksana, mahu lingkop perniagaan mereka. Matanya masih lagi member focus dan tumpuan serta penelitian yang bukan sedikit!





8 comments:

  1. Terimakasih kerana sudi membaca, jika ada idea, boleh juga kongsi disisni......

    ReplyDelete
  2. MET thank you update. Best ceritanya. Harap Durrah tak dikecewakan lagi.

    ReplyDelete
  3. Tkasih sbb sambung cerita naa.... Nak lagi.... hihihi....

    ReplyDelete
  4. Sy harap johan akan berpisah dgn reen...dan kwn johan yg nk kawin 2 tu terima balasan sbb aniaya isteri sebaik aisya (maaf klu slp xingt sapa nm )

    ReplyDelete
  5. Akhirnya selepas lama menunggu..terima kasih daun keladi..kalau rajin sambungle lagi...

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka dgn perangai durrah..ada pendirian sendiri..selalu baca wife yg sgt lembik sampai kita baca pun rasa cam nak muntah bila dah letak kat bawah tapak kaki pun masih hadap sgt dgn laki..

    ReplyDelete
  7. Terimakasih Kim, Aunty Agony,Ananymos,Azaini,Ardifaum,widuri manja dan kawan-kawan semua.....kerana mengomen dan membaca KPSD ini

    ReplyDelete