Bab 46
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Lewat malam, baru mereka sampai di kampung Tengah. Keesokan harinya akan diadakan majlis. Majlis ‘lenggang perut’ diadakan pada pukul 10.00am. Salmah telah datang seawal pagi dengan Nasir dan Asilah. Salmah bersyukur kerana anaknya diterima baik oleh keluarga sebelah mertua dan lebih menggembirakan hatinya bila melihat Durrah mengandung dan dilayan dengan baik oleh Johan.
Nek Som mengocak-ngocak air didalam tempayan sambil mulutnya membaca mentera. Air didalam tempayan itu adalah air paip bercampur dengan air dari kolah masjid Kampung Hulu yang telah diambil oleh cikgu Jusoh semalam untuk mandian ‘air tolak bala’ buat menantunya.
Durrah menggigil kesejukan bila disiram air tersebut ke tubuhnya. Seperti biasa Johan yang suka menempel nek Somnya, mentertawakan isterinya yang kesejukan. Nek som turut mencampakkan segayung air ke kepala Johan.
“Sejuklah nek…” Jerit Johan. bajunya habis basah. Nek som hanya tersengeh sambil menenyeh sentil tembakaunya.