Bab 65

Perlahan Durrah membuka pintu rumah. Semenjak dia lari dari rumah ini, baru hari ini dia menjejakkan kakinya semula disini. Itu pun kerana terpaksa. Kalau tak dek ugutan dari Johan, mungkin hingga ke hari ini dia masih lagi belum berada disini.
“Kita sudah pulang…..”. meleret laret suara bibik sambil mengendong Juddin. Kaki Juddin terketik-ketik dalam gendongan lagaknya bagaikan senang hati bila berada dirumah sendiri.
Bik ke biliknya bersama dengan Juddin. Durrah melangkahkan kakinya ke bilik utama mereka. Perlahan pintu dibuka. Pintu itu tidak berkunci.