wallpaper

20141112

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 50

Bab  50

Durrah tekun menyemak rekod kedatangan para pekerja. Keinginan makan ayam kampung berempah di restoran Mar Suri di Danau Kota Setapak begitu menggaru hatinya. Bukannya tidak ada ayam kampung berempah ditempat lain, bersepah tapi tak sama dengan direstoren Mar Suri, rasanya lain dari yang lain.

Selain dari itu ada 30 jenis masakan kampung yang disediakan. Teringin juga makan tapai yang berbungkus daun getah. Amar pula suka makan gulai kawah yang panas-panas dicolek dengan roti. Selain dari restoran Nasi Lemak Kg. Baru, direstoran Mar Surilah tempat yang selalu Amar bawa Durrah untuk makan.

Telah 5 kali Durah mendail no. telepon Johan tapi taliannya tidak dapat disambungkan. ‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi’. Benci Durrah mendengar suara itu.

“Entah lubuk manalah dia ni pergi”. Durrah bersungut sendirian. Dia merasakan sudah lama Johan tidak melayan kerenah ‘mengidamnya’. Atau mungkin perasaannya sahaja. Dia mengeluh. Hidungnya terbau-bau ayam kampung berempah.

Sewaktu Durrah melewati pintu hadapan untuk ke kantin dia bertembung dengan Ammar. Tergamam seketika Durrah. Telah lama mereka tidak bertemu.

“Durrah, you nak kemana?”. Sapa Ammar mesra '
seperti dahulu walaupun agak kekok sedikit.

“I nak pergi makan kat kantin”. Durrah gugup, terasa begitu canggung.

“I nak ke restoren Mar Suri nak ikut? Marilah kalau you nak ikut sekali”. Pelawa Ammar. Durrah tersenyum lebar. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal tapi kali ini lebih lagi. Dalam sedar, Durrah menyaingi Ammar ke kereta. Ammar melirik Durrah disebelahnya. Ternyata bentuk fizikal Durrah sudah berubah.

                             
"You kena makan lebih sikit sebab you makan untuk 2 orang”. Ammar meletakkan 3 ketul ayam kampung berempah ke dalam pinggan Durrah. Ammar sememangnya tahu Durrah suka makan ayam berempah dengan gulai pucuk paku. Ammar juga turut meletakkan 2 tngkai tapai ke dalam piring untuk Durrah.

“Thanks Ammar, I tak boleh makan banyak sangat tapai, tak baik untuk baby”. Durrah meletakkan kembali setangkai tapai. Cukuplah dia merasa hanya setangkai.

“Oh! I’m sorry, I tak tahu, yang I tahu you memang suka makan tapai ni”. Durrah hanya tersenyum tanda terima kasih kerana Ammar masih ingat lagi makanan kegemarannya.

“You macamana Durrah hidup berumahtangga ?”. Ammar memandang Durrah sambil mengunyah roti yang telah dicolek dengan gulai kawah. Matanya memandang mata Durrah yang kuyu itu. Rasa rindu menyapa hatinya. Apakan daya hasrat hatinya tidak kesampaian. Dia terpaksa menghormati keputusan yang Durrah ambil.

“Oklah, biasa aje”. Kata Durrah. Tangannya mula membuka daun getah yang berisi daun pulut.

“Biasa aje? Tak ada yang luar biasa?”. Soal Ammar sambil mengangkat keningnya. Muncung Ammar ditalakan ke perut Durrah. Durrah ketawa dengan usikan Ammar.

“Ammar, boleh I tanya ?”.Tanya  Durrah. Ammar memberhentikan kunyahannya lalu merenung ke arah Durrah.

“Tanyalah apa yang you nak tanya”. Jawabnya dengan lagak yang romantis.

“Ammar, dahulu masa you tengok tapak tangan I, you kata yang I akan hidup bermadu. You memang tahu tengok nasib atau pun  you temberang aje kat I?”.

“You bermadu ke?”. Ammar hairan.

“I tanya you tapi you tak jawab pun, dah tu soal I pula”. Rajuk Durrah.

“I temberang aje….”. Jawwab Ammar. Durrah tersenyum.

“Masin mulut you”. Kata Durrah lirih. Ammar rasa bersalah.

“Maafkan I Durrah, I tak pernah mendoakan you begitu”. Ammar kesal kerana temberangnya dahulu menjadi kenyataan. Betul pesan orang tua-tua. Bercakaplah dengan perkataan yang baik, jika tidak adalah lebih baik diam. Tanpa pamitan Ammar memegang tangan Durrah. Entah gila apanya, Durrah hanya membiarkan, mungkin dia perlukan seorang kawan untuk merawat hatinya yang rawan.

“Tak apalah, memang dah nasib I. I ingat you pandai tilik nasib, nak juga I suruh you tilik nasib I, I nak tahu nasib I selepas ini”. Durrah melepaskan keluhan.

“Dah jangan nak buat kerja yang berdosa tu. Syirik namanya. Syirik tu dosa besar tau”.

Durrah dan Ammar makan dengan berselera. Banyak yang mereka ceritakan. Mereka makan tanpa mempedulikan orang lain. Terasa hanya mereka berdua yang berada di restoren ini. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka sedari mereka masuk  sehinggalah mereka habis makan.


Durrah membaringkan badannya di sofa panjang menantikan siaran seterusnya selepas Berita Perdana di kaca TV.

“Dum!”. Terperanjat Durrah, dia mengurut dadanya. ‘kursemangaat…’

‘Abang Johan balik? Salah simpanglah tu..’. Kata Durrah untuk dirinya sendiri. Sejak kebelakangan ini, semakin kucar-kacir giliran yang diaturkan oleh Johan. susah Durrah dibuatnya. Bila masak lebih, suaminya itu tak pulang. Bila dia masak ala kadar sahaja, suaminya itu pulang pula. Ada kalanya kedua-dua buah rumah Johan tidak pulang. Durrah sendiri tidak tahu Johan dimana. Apa lagi, Azreen mulalah naik hantu.
Dengan malas Durrah bangun lalu menuju ke bilik tidur. Tentunya ada sesuatu yang tak kena. Jarang sekali Johan balik dalam keadaan marah sebegini. Takut juga Durrah bila Johan naik angin.

“Abang nak makan? Biar Arrah siapkan”. Durrah bertanya dengan suara yang  lembut tapi soalannya tidak berjawab. Durrah duduk dibirai katil. Matanya memandang Johan yang sedang mencari sesuatu didalam almari pakaiannya.

Suasana sepi seketika.

“Abang cari apa?  Nak Arrah tolog?” Durrah menghulur bantuan.

“Awak kemana tengahari tadi?” Johan bertanya tanpa memandang isterinya. Hatinya sakit bila memandang Durrah dan Ammar makan sambil berpegang tangan. Mujurlah dia bersama dengan pelanggannya. Jika dia bersendirian, mau ditumbuknya muka pak Arab itu.

“Arrah makan di restoran Mar suri kat setapak”. Hati Durrah sudah berdebar-debar. Panggilan Arrah sudah bertukar menjadi’awak’.

“Wah! Bukan main lagi seronok makan berdua-duaan sampai berpegang tangan. Eh! Awak tu isteri orang. Bagus ke keluar makan dengan lelaki lain dalam keadaan awakmacam tu?”. Takut pula Durrah melihat muka Johan yang kelihatan merah menahan marah. George Clooney telah bertukar menjadi George Bush!

‘ Bila pula dia skoding aku?’. Bisik hati Durrah. Hati Durrah semakin takut bila mengetahui yang Johan tahu Ammar memegang tangannya. Dia benar-benar kesal, masalah mereka semakin rumit.

“Arrah nak sangat makan ayam berempah kat restoran tu. Arrah telepon abang tapi tak dapat, Arrah nak ajak Rita tapi dia dah tak kawan Arrah lagi. Arrah terjumpa ammar kat pintu besar masa Arrah nak pergi kantin. Dia kata nak pergi restoran Mar Suri dan dia ajak Arrah sekali. Lagi pun kami makan aje tak buat apa-apa, cuma dia pegang tangan Arrah sekejap aje, takkan itu pun salah?”. Jawab Durrah dengan berani. 

Selama ini dia selalu beralah sehinggakan semua orang hendak memijak kepalanya termasuk suami dan madunya sendiri.

Walaupun begitu, didalam hatinya terlalu takut bila melihat Johan semakin menyinga menahan marah. Tidak pernah Johan sebegini. Berdentum pintu almari dihempasnya.

“Aha, kau ingat apa yang kau buat tu betul? Atau kau masih lagi ada hubungan dengan dia dibelakang aku?”. Hati Durrah mula naik panas dengan tuduhan melulu dari suaminya itu.

‘Dari laman web mana yang dia baca?’

“Entah-entah anak yang kau kandung tu bukan anak aku”. Berdesing telinga Durrah mendengar kata-kata dari Johan itu. Walaupun perlahan, dia masih lagi mendengar apa yang Johan sungutkan. Air mata Durrah berjujuran. Dadanya sebak menahan marah.

“Abang jangan nak tuduh Arrah yang bukan-bukan, Arrah tak pernah berlaku curang dibelakang abang.  Abang yang abaikan Arrah. Abang tu yang  berlaku curang dibelakang Arrah. Jangan nak jatuhkan  kesalahan abang pada Arrah”. Durrah semakin berani melawan kata-kata suaminya. Hatinya semakin sakit dengan tuduhan Johan.

“Aku tak pernah berlaku curang dibelakang kau. Aku sibuk dengan kerja, tak bermakna kau boleh keluar dengan lelaki lain dibelakang aku”. Bentak Johan. Panggilan awak sudah menjadi kau pula.

“Abang tak boleh jadikan alasan sibuk dengan kerja sampai abang abaikan Arrah, selalu balik salah rumah. Ada kalanya berhari tak balik langsung. Telepon pun tak. Bila Arrah telepon abang tak angkat, perempuan lain yang angkat. Betapa susahnya Arrah nak jumpa dengan suami sendiri.  Entah esok-esok Arrah nak bersalin dan nak mati pun Arrah tak dapat jumpa abang”. Johan keluar dari bilik. Dia menutup pintu bilik dengan kasar.

Durrah masih lagi dibirai katil dan memandang pintu bilik dengan pandangan yang polos. Dia tahu dia berdosa pada suaminya tetapi sekurang-kurangnya dia dapat memberitahu Johan yang suaminya itu telah mengabaikannya walaupun dalam keadaan yang tegang.

“Sayang ibu, ibu dan ayah taka pa-apa sayang. kami o.k aje. Sayang jaga diri ye, jangan meragam eh”. Durrah mengurut lembut perutnya. Sedari tadi perutnya meragam, mungkin sama ragam dengan ayahnya. Hatinya hiba bila Johan mempertikaikan kandungannya.

Dia mencapai teleponnya dan menekan-nekan punat diatasnya.

Abang, maafkan Arrah, memang Arrah salah. Abang pun salah sebab tak adil pada Arrah.


Sambil memandu dia menjeling SMS yang baru diterima. Hatinya benar-benar panas. Namun terselit juga rasa bersalah bila dia mengeluarkan kata-kata yang tidak enak terhadap isterinya. Apatahlagi bila dia mempertikaikan kandungan isterinya itu.

“Astagfirullah…..”. berkali-kali dia beristighafar didalam hati. Hari ini dia telah mendengar bisikan syaitan.
Hatinya sedikit terubat bila melihat SMS dari isterinya itu namun dia tidak mahu mengalah supaya Durrah tahu yang dia benar-benar marah. Dia tidak mahu isterinya itu ada hubungan dengan lelaki lain dibelakangnya walau hanya sebagai kawan dan walau apa pun alasannya. Buat sementara waktu ini dia ingin mengajar isterinya dengan menjauhkan diri buat seketika. Dia melihat kalender didalam handponennya, tarikh untuk Durrah bersalin masih jauh, hampir dua minggu lagi. Johan mengeluh kerana sering membiarkan isterinya itu ‘check up’ kandungannya sendirian. Kejamkah dia?

Kadang-kala Johan pelik kerana sejak kebelakangan ini dia bagaikan membenci Durrah. Bila berjauhan terasa dia begitu rindukan Durrah tetapi bila Durrah didepan matanya, entah mengapa tiba-tiba dia berasa benci dan marah pada isterinya walaupun isterinya itu tidak membuat apa-apa kesalahan. Sebab itu dia lebih suka mendiamkan diri bila berhadapan dengan Durrah, bimbang jika dia tidak dapat mengawal diri dan kata-kata yang bakal diluahkan dari bibirnya nanti akan menyakiti hati isterinya.

Lihatlah, apa yang terjadi hari ini. Kemarahannya berapi walaupun sebenarnya kesalahan Durrah itu tidaklah sebesar mana walaupun dihatinya terselit rasa cemburu dan marah bila Ammar memegang tangan Durrah. Johan melepaskan keluhan kerana hari ini dia tidak dapat menahan kesabarannya terhadap isterinya.

Pernah Johan bercerita dengan Zarul dan memintakan pendapat. Malahan  Zarul ketawa besar bila mendengar ceritanya. Menurut Zarul itu perkara biasa bila isteri mengandung lebih-lebih lagi jika mengandung anak lelaki. Kata Zarul lagi. Pernah sepupunya mengalami masalah yang serupa malah lebih teruk lagi sebab dia tak boleh nak jumpa isterinya tapi bila tak nampak muka dan berjauhan, tiap-tiap jam telepon kata rindu, hantar  SMS tak payahlah cerita, berderet-deret. Kecohlah juga rumahtangga mereka sekejap, mujurlah orang tua mereka masuk campur. Kita orang ingatkan sepupu aku tu dah ada perempuan lain.  Bila dah bersalin, berlebih-lebih pula sayang bininya. Pulak!

Johan tersenyum sendiri. Berbagai ragam dan kerenah, bukan sahaja pada isteri, suami pun turut menerima tempiasnya. Bukannya senang nak  melahirkan zuriat. Johan semakin tersenyum lebar. Mungkin kah isterinya mengandungkan anak lelaki? Dihatinya tetap akan bersyukur, baik lelaki ataupun perempuan, ianya adalah satu amanah dari Allah. Dia tidak kisah asalkan anak dan isterinya sihat dan selamat.


Sudah 3 hari Durrah terputus hubungan dengan suaminya. Johan tidak pulang kerumah dan tidak mahu menjawab panggilan telepon darinya. Durrah tahu itu satu hukuman buatnya.

‘Sampai hati dia menghukum aku kerana kesalahan kecil yang aku lakukan. Kalau nak di bandingkan dengan pengorbanan yang aku buat untuknya, apalah sangat kesalahan yang aku lakukan apatahlagi aku dalam keadaan yang begini’. Durrah bercakap pada dirinya sambil mengesat airmata yang bercucuran laju diatas pipinya.

Dia tidak pernah terfikir akan melalui detik ini setelah dia berkorban segalanya untuk suaminya. Dia tahu suaminya itu tidak kisah akan dirinya kerana selain dari dirinya dan Azreen , Johan ada Juita. Dan Durrah pasti suaminya itu ada hubungan istimewa dengan perempua n itu. Julia juga pernah beberapa kali nampak Johan dengan seorang perempuan. Bila Julia menggambarkan tentang perempuan itu, Durrah pasti itu adalah Juita. Durrah melepaskan keluhan yang berat.


Hari yang ke 4

“Kok puan enggak pergi kerja hari ini?”. Tanya bibik bila melihat Durrah duduk bersantai di atas sofa pagi ini. Biasanya dalam wktu-waktu begini puannya telah pun pergi bekerja.

“Saya ambil cutilah bik, tak laratlah, tangan saya ni kebas, susah nak pegang barang. Lagipun kereta saya rosak, petang semalam saya balik naik teksi. Pagi-pagi begini susah nak dapatkan teksi, orang semua nak pergi kerja”. Bibik datang lalu bersimpuh dibawah sofa. Tangannya membelek-belek kaki dan tangan Durrah.

“Saya udah mengandung  9 orang, tapi kaki dan tangan saya ngangak pernah sebegini rupanya”. Bibik mula menggosok kaki Durrah dengan minyak hijau, perlahan-lahan bibik mengurut kaki puannya. Dia kasihan melihat kaki Durrah bagaikan kaki gajah.. Durrah senang diberi layanan sebegini.

“Puan nak makan apa hari ini? Biar saya masakkan”. Bibik menghulurkan bantuan. Dia ingin Durrah berehat. Kasihan dia melihat puannya masih lagi memasak didapur dalam keadaan yang begini. Tetapi puannya itu degil.

“Tak apalah bik, biar saya masak, bik tolong aje ye”. Sememangnya dia tidak gemar dengan masakan pembantu rumahnya itu. Seleranya tidak dapat menerima cara masakan bibik yang dianggapnya ‘entah apa-apa’ itu. Lagipun  dia ingin menajamkan lagi skill masakannya. Kan orang tua-tua pernah berkata, nak tambat hati suami, tambat perutnya dan dibawah perutnya. Ha! Ingat tu.


Durrah berharap hari ini Johan akan pulang. Rindu pada suaminya semakin membuak-buak. Dia menanak nasi. Sewaktu nasi mendidih, dia mengacau nasi mengikut putaran jam sambil menyeru nama Johan supaya pulang. Petua yang dibaca dari novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni. Durrah turut memasak  daging  masak ‘gerang asam’. Selain dari masak kari, daging masak gerang asam adalah masakan kegemaran Johan.

“Dah pukul 9.00 malam, puan ngak makan lagi”. Risau juga bibik bila melihat Durrah termenung.

“Nantilah bik, saya tunggu tuan balik”.

“Teleponlah  sama tuan bilang sama tuan supaya segera pulangnya, ngak bagus puan lambatkan makan”. Bibik memberikan cadangan.

“Tak payah bik, kalau dia sayang sama saya, tentu dia pulang”. Bibik terdiam. Dia mendengar suara puannya bernada sayu. Mungkin merajuk dengan suaminya kerana beberapa hari lepas dia mendengar mereka bergaduh. Selama ini dia tak pernah mendengar puannya meninggikan suara pada tuannya.

Sememangnya Durrah merajuk. Sepatutnya malam  ini Johan pulang kerumahnya. Tetapi dia tidak pasti adakah Johan akan pulang atau sebaliknya. Ataupun Johan masih marah lagi padanya. Malam ini Durrah ingin makan bersama dengan suaminya.

Perut Durrah mula terasa sakit. Dia mula rasa tidak selesa. Dia kerap ke bilik air.

“Aku dah nak bersalin ke?”Soalnya sendiri. Tapi tiada air yang keluar dari rahimnya. Darahnya hanya sedikit diseluar dalamnya. Selalunya di kaca telivison, di dalam drama melayu dia melihat perempuan yang hendak bersalin,  darah keluar  meleleh-leleh hingga ke kaki. Dia menggaru kepalanya. Sakit hanya sesekali dirasakan.

“Takkan aku nak bersalin, doktor kata minggu depan”. Dia berkata sendirian. Dian mengambil beg tangannya dan melihat tarikh yang dijangkakan untuknya bersalin.

“Assalamualaikum…kak, abang Johan ada kat sana tak?”. Durrah memberi salam pada madunya. Dalam keadaan genting sekarang dia terpaksa mencari suaminya.

Kalau dia balik ke sini, maknanya dia tak mahu kat sana….itu pun susah nak percaya ke? Sedarlah diri tu sikit yang kau tu tak ada harganya buat Johan cuma sekadar beranakkan anak dia sahaja”. Tanpa menjawap salam madunya menjawap. Jawapan yang sangat menyakitkan hati Durrah.

Durrah kembali semula diruang tamu. Dia duduk menanti Johan.  Menurut doktor, dia akan bersalin pada minggu hadapan tetapi ada kalanya ianya diluar jangkaan, justeru itu dia dinasihatkan supaya berhatihati dan bersiap sedia. Doktor juga menegurnya datang sendirian tanpa suaminya, namun memberikan alasan yang suaminya masih diluar negara dan akan pulang secepat mungkin sebelum dia bersalin.

Perutnya semakin tidak selesa. Sakitnya semakin menyengat-nyengat. Dadanya berdebar-debar. Takut!

“Udah pukul 11.00 malam, puan ngak tidur lagi? Tuan ngak pulang ya?”. Suara bibik memeranjatkan Durrah.

“Tuan tidak sayang sama sayalah bik”. Suara Durrah perlahan, antara dengar dengan tidak ditelinga bibik.

“Tuan sayang sama puan. Masakan suami ngak sayang sama isterinya, barangkali tuan punya urusan yang penting yang mesti diberesennya dahulu kok”. Bibik memujuk. Durrah semakin sedih. Dirinya kini bukanlah urusan yang paling penting buat suaminya.

“Bik pergilah tidur dahulu. Kalau ada apa-apa nanti saya kejutkan bibik”.  Bibik hanya menganggukkan kepalanya lalu masuk ke biliknya.

Durrah masih lagi diruang tamu. Gelisah! Sekejap dia kebilik air, sekejap ke koridor dan sekejap dia duduk di sofa. Hatinya berdebar-debar. Perasaan takutnya mula datang menerjah ke kalbu. Takut hendak menghadapi saat-saat yang genting antara hidup dan mati. Kata orang, bersalin umpama pergi berperang. Antara hidup dan mati. MATI?????

Seandainya dia mati, bolehkah dia masuk ke syurga sebelum sempat dia meminta ampun dari suaminya. Dia menangis teresak-esak. Dia cuba mendail handphone Johan tetapi tidak berjawab. Durrah takut. Dia benar-benar takut!

“Mak, Arrah takut”. Dia menangis teresak-esak di corong teleponnya.

“Ya Allah, Arrah dah pukul 1.00 malam, kenapa tak tidur lagi nak?”. Salmah terpinga-pinga mendengar anaknya menangis dihujung sana malam-malam buta begini. Dia ingatkan ada kecemasan atau kematian bila telephone berbunyi malam-malam buta begini.

“Mak, Arrah takut mak…”.Durrah menangis lagi. Dia menekan perutnya.

“Arrah, apa yang Arrah takutkan. Ya Allah tolonglah anakku. Beristighafar, banyakkan selawat dan baca surah nabi Yunus. Sembahyang, minta ditenangkan hati Arrah. Emak pun akan sembahyang disini. Mana Johan?”. Salmah bimbangkan Durrah, bimbang jika Durrah nak bersalin.

“Abang Johan ….tidur mak”. Bohong Durrah.

“Kejutkan Johan, biar mak cakap dengan dia sekejap”. Perintah Salmah.

“Tak apalah mak, abang baru balik, tentu dia penat”. Durrah meletakkan ganggang telepon, dia memandang tempat tidur Johan yang kosong dan tak berpenghuni. 

Durrah semakin tidak selesa. Dia mengejutkan bibik.

“Bangun bik, tolong saya berkemas dan tolong temankan saya ke hospital”. bibik bangun terpisat-pisat . Dia melompat dari katil bila terdengar nama hospital disebut oleh Durrah.

Durrah membuka beg duitnya. Hanya terdapat 3 helai RM10.00 dan 5 helai RMI.00. Mana mungkin dia bersalin di Hospital Pantai dengan duit sebanyak itu. Durrah menggaru kepalanya. Wang simpanannya didalam bank hanya tinggal beberapa ratus sahaja kerana telah membayar yuran semester dan sara hidup adiknya Asilah. Adiknya asilah tidak membuat pinjaman SSPN kerana dia telah ditawarkan Biasiswa kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.  Biasiswanya telah ditamatkan kerana keputusan peperiksaannya tidak bagus. Banyak matapelajarannya tidak lulus.  Asilah terpaksa menggunakan wang sendiri. Dari mana lagi wang itu diperolehi  jika tidak dari Durrah dan Nasir. Dan yang paling teruk, Asilah telah bertukar ke kolej lain.

Nasir tidak dapat banyak membantu kerana dia masih lagi dalam belajar walaupun sudah bekerja. Terpaksalah Durrah mengorek wang simpanannya.dia tidak mahu adiknya Asilah menamatkan pengajiannya. Dia mahu adiknya Berjaya dalam pelajaran. Hanya pelajaran yang bakal menjamin masa depan adiknya kerana ayah mereka tidak meninggalkan harta berjuta. Perkara ini diluar pengetahuan emak mereka. Sengaja mereka merahsiakan berita ini kerana tidak mahu emaknya berasa sedih.

Durrah mengeluh, adiknya adalah pelajar yang pintar cuma dia terkena kejutan budaya dan salah memilih kawan. Pada awal pengajiannya dahulu dia mampu memperolehi keputusan yang cemerlang. Cuma apabila dia bertemu dengan kawan yang salah dan sudah ada teman lelaki, mulalah dia mula mengabaikan pelajarannya, mujurlah adiknya tidak terus hanyut. Teruk jugalah adiknya itu kena ‘basuh’ dengan Nasir. 

Nampak sahaja pendiam tetapi jika sudah marah, boleh tahan juga laser mulutnya. Cikgulah katakan.    
Durrah melepaskan keluhan. Dia bimbang jika Johan tidak mahu membayar kos perubatannya setelah Johan mempertikaikan kandungannya. Dengan wang ditangan dan wang didalam bank, dia tentunya tidak mampu membayar kos perubatannya di hospital swasta yang harganya mencecah ribuan ringgit.  

Dengan sedih tangan Durrah mendail 999.




7 comments:

  1. emm.....amacam? ada nak komen??????

    ReplyDelete
  2. Sedihnya...Sian Durrah... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Kejamnyer johan!!! Nmpk Sgt tidak adik nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kawin 2 ni, memang selalu macam tu......

      Delete
  4. keluar air mata baca...kenapa johan macam tu!!

    ReplyDelete
  5. ohsem puan writer..next n3 pleeezzz..;)

    ReplyDelete
  6. Best. Menyampah dengan Johan and Azreen grr. Next entry please kak.

    ReplyDelete