wallpaper

20141220

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA-Bab 54

Bab 54

Salmah meletakkan setandan pisang nangka di bawah pokok mangga. Diselimutkan pisang itu dengan kain batik lama supaya tidak diketahui oleh orang lain. Bimbang jika ternampak oleh Durrah. Anaknya itu suka makan pisang nangka goreng yang dicecah dengan kicap cili. Esok akan disedekahkan kepada jiran tetangga pisang itu. Dia melihat ada kereta Johan di halaman rumah.

“Awal pula Johan balik minggu ini. Selalunya petang jumaat baru sampai”. Omelnya pada diri sendiri. Sebenarnya Salmah agak canggung bila menantunya ada dirumah. Almaklumlah tiada lelaki dirumahnya kecuali Nasir anak lelakinya, itupun bila musin cuti, jika tidak, hanya dia dan adik iparnya sahaja. Mujur juga Johan tidak cerewet. Jika tidak,
susah juga dibuatnya. Salmah segera kedapur untuk menyediakan makan malam.

“Mana pula si Patonah ni. Ni mesti kerumah sebelah. Bergongsiplah tu. Boleh tahan juga dia ni”. Salmah membebel sendirian. Senyap sahaja didalam bilik Durrah sewaktu dia melintas dihadapan bilik anaknya itu.
Dalam perhatiannya, hubungan Durrah dengan Johan masih lagi dingin. Masih ada lagi yang tak beres. Kadang-kala dia kasihan dengan Johan bila dia bercakap dengan Durrah, Durrah buat muka 10 sen aje pandang dinding macamlah kat dinding tu ada ditayangkan film Hindustan. Salmah hanya mengelengkan kepalanya sbg emak apa lagi yang mampu dia buat, hanya sekadar memberikan nasihat, itupun tidak diguna pakai. Hendak dimarahi anaknya, bimbang pula jika Durrah meroyan.

Salmah membeliakkan matanya bila melihat buah dokong dan manggis di atas meja dapur. Segera dia menyorokkan buah tersebut, bimbang jika terlihat oleh Durrah.  


“Makanlah lagi. Makan buah-buahan baik untuk pencernaan. Nanti senang Arrah nak buang air besar.” Johan senang hati melihat isterinya makan buah dokong yang telah dibuang kulitnya.

‘Buah manggis yang masam-masam manis ni lebih manis dari muka isteri aku’.Bisik hati Johan. Dia masih lagi memandang isterinya. Dia memujuk hati supaya banyak bersabar melayan kerenah orang bersalin. Seperti kata emak mertuanya, orang bersalin ni banyak angin dan banyak ragamnya.  

Durrah mencapai pula buah manggis yang telah di buang kulit oleh suaminya. Mengherot mukanya menahan rasa masam. Diambil sebiji lagi. Walaupun masam ada manisnya. Johan turut makan buah tersebut. Sewaktu dia singgah di pekan, dia terlihat buah manggis dijual ditepi jalan. Geram dia melihat buah manggis yang sebesar genggaman tangannya bergantungan. Dia turut membeli buah dokong kerana dia tahu Durrah suka makan buah dokong. Baginya tidak salah jika Durrah makan walaupun dia didalam pantang kerana ianya hanya buah-buahan. Dia pernah terbaca dalam sebuah artikel, perempuan yang lepas bersalin digalakkan makan buah-buahan bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi ia juga dapat mengantikan kandungan air yang berkurangan dalam badan sewaktu proses bersalin.

Dia melihat Sirajuddin tidur pulas di atas katil dalam bedongan. Sempat dia memberikan satu ciuman buat anaknya. Sirajuddin mengeliatkan badannya mungkin tidak selesa dirinya diusik dalam waktu begini. Menganggu mimpinya barangkali! Tiba-tiba Sirajuddin tersenyum meleret. Johan ketawa senang melihat reaksi tanpa sedar anaknya itu. Dia mencium lagi pipi anaknya.

“Judin meragam lagi malam-malam?”. Tanya Johan. Durrah hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya Johan telah tahu kerana setiap hari dia akan menelephone ke rumah ini untuk mengetahui perkembangan semasa isteri dan anaknya.


“Malam ni biarlah abang jaga Juddin”. Durrah mengangguk lagi tanda setuju.


Sewaktu Salmah memanggil Durrah untuk makan malam, dilihat Durrah mengerotkan badan diatas katil menggigil kesejukan. Pelik!

“Kenapa ni Arrah?”. Salmah panic.

“Mak, Arrah sejuk mak. Perut Arrah sakit”. Durrah mula merintih.

“Kamu ni bentan agaknya. Kamu makan apa?”. Salmah mula bimbang. Tiba-tiba matanya terpandang semangkuk besar kulit buah dokong dan manggis.

“Ya Allah, kamu makan buah dokong dan manggis?”. Durrah hanya mengganggukkan kepalanya yang lemah itu. Salmah berlari ke dapur membancuh segelas jamu dan madu lebah untuk memanaskan badan Durrah semula.

“Arrah minum jamu ni”. Salmah menyuakan gelas tersebut ke bibir Durrah. Durrah mencemikkan wajahnya tentunya rasa jamu tersebut tidak menyenangkannya. Emaknya memberikan 2 biji panadol.

“Arrah, isip garam bentan ni perlahan-lahan”. Durrah mencemikkan lagi mukanya kerana menahan masin garam pula. Dia menarik selimut keseluruh badan. Sejuk! Johan yang baru masuk kebilik selepas sembahyang magrib di tengah rumah hanya menjadi pemerhati kisah dua beranak itu.

‘Mana boleh telan panadol dan makan garam aje, nanti lain pula penyakit yang timbul’. Omel hatinya. Dia tidak bersetuju dengan cara emak mertuanya. Dia teringat akan kata-kata dari emaknya tempohari. Secepat kilat dia mengendong Durrah dan membawanya ke klinik. Salmah terpinga-pinga dengan gelagat menantunya.

“Kok, kemana tuan Johan mahu membawa puan itu?”. Suara Patonah membunuh kesunyian malam.

“Ke klinik agaknya. Biarlah, itukan isteri dia”. Perlahan suara Salmah memujuk hatinya. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri melihat kekalutan anaknya sebentar tadi bila dikendong oleh suaminya. Salmah senang dengan layanan baik Johan pada isterinya. Didalam hati Salmah berdoa agar rumah tangga anak dan menantunya beransur pulih dan dia juga berdoa semuga Allah melembutkan hati anaknya. Dia sedar, anaknya yang nampak tenang itu kadang-kala keras hatinya.  


“Maaf mak, Johan tak tahu yang orang bersalin ni tak boleh makan buah-buahan. Johan ingatkan sekadar buah, apalah salahnya kalau Arrah makan. Lagipun makan banyak buah-buah lagi bagus supaya senang nak buang air dan cepatkan penyembuhan. Itu yang Johan baca dalam internet”. Johan menggaru kepala. Dia tidak menyangkakan boleh terjadinya hal yang sebegini. Dalam internet tu tak betul ke?

“Bukan tak boleh Johan, boleh tetapi sedikit untuk merasa seulas dua. Kalau tak mendatangkan mudarat bolehlah dimakan lebih sedikit bukannya semangkuk besar macam orang sihat, itu cari nahas namanya”. Salmah ketawa perlahan. Kelam-kabut seketika dibuatnya. Johan turut ketawa kecil. Dilihat isterinya tidur setelah diberi ubat. Judin turut menerima tempiasnya kerana dia menyusu dari susu ibunya.

“Nama pun orang sakit. Kalau orang sihat, makan seguni buah pun tak  apa….”. Johan tersengeh mendengar lucuan dari emak mertuanya. Semenjak kebelakangan ini hubungannya dengan mertuanya semakin baik, mungkin mertuanya semakin selesa dengannya kerana dia selalu bercakap atau bertanya apa yang perlu atau tidak tentang isterinya. Almaklumlah, ini pengalamannya yang pertama menjaga isteri didalam pantang. Walaupun dia sudah berusia, manalah dia arif dengan hal yang sebegini. Dia sangkakan mudah sahaja menjaga orang yang dalam pantang tapi rupanya tidak. Serba-serbi kena berhati-hati jika tidak, badan akan merana. Mungkin bukan masa yang terdekat.

Patut pun dia selalu dengar emaknya berleterkan Jasmin sewaktu Jasmin dalam pantang anak pertama hinggalah yang ke tiga ini.

Sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur Johan bertanya dahulu ibu mertuanya jika ada apa-apa barang yang perlu dibeli.

“Tak payah beli apa-apa Johan, pati ayam dan pati ikan haruan tu ada lagi. Kalau nak beli pun, belilah biskut aje tapi jangan beli biskut yang pelik-pelik pula”. Johan ketawa dengan jawapan mertuanya. Dia faham dengan maksud emak mertuanya yang tidak mahu Durrah bentan lagi jika makan makanan yang pelik-pelik. Mertuanya juga yang akan susah kerana tiada siapa yang boleh di minta tolong kerana dia jauh di KL. Ada pun hanya ayahnya. Ayahnya itu pun bukannya boleh diharapkan kerana kesihatan dirinya sendiri pun tidak menentu baiknya.

Johan melihat Salmah memandikan Juddin. Si kecil menangis bila air yang suam-suam kuku menimpa badannya. Neneknya melata-latakan mandian dibadan. Selepas dibilas, neneknya menimang cucunya.

“Si badak minta isi, si bangau minta leher, si kancil minta akal”. Salmah menepuk-nepuk badan Juddin dengan perlahan.

“Puh!puh!puh!”. Salmah meniup kedua-dua telinga dan kelengkang Juddin. Dia menghulurkan Juddin yang sudah dibalut tuala kepada Johan. Johan pula menghulurkan Juddin kepada isterinya untuk dipakaikan baju. Sebelum itu sempat juga dia mencium muka dan badan anaknya. Terasa nikmat dengan bau badan si kecil itu.

“Petua apa tu mak?”. Ingin juga Johan tahu apa relevennya mertuanya menyeru gajah,kancil dan bangau untuk anaknya. Lagi pelik buat apa minta leher dari bangau. Seriau juga dia bila leher Juddin nanti panjang macam bangau. Lagi haru anaknya nanti gemok macam badak. Kalau otak anaknya cerdik macam kancil, kira  o.klah juga.

“Alah itu saja-saja, minta sikit kat badak supaya budak berisi sikit. Minta kat bangau supaya leher tu tegak sikit, tak adalah terliuk-liuk”.

“Emm…iyalah tu, tapi rasanya sekarang ni bukannya badan Juddin dah tambah isi nek, tapi Juddin tengok tu badan nenek yang terlebih isi…”. Mereka bertiga serentak ketawa. Malah ketawa Johan lebih kuat lagi kerana senang hati. Telah lama dia tidak mendengar gurauan dari isterinya itu. Tangannya melurut perlahan dibelakang Durrah. Durrah yang sedang menyapu bedak di badan Juddin terhenti seketika. Dia menoleh memandang suaminya. Mata mereka bertemu.

‘Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mncintai dan merinduimu….’Hanya pandangan mata yang dapat melahirkan hasrat hati. Seolah-olah Durrah mendengar bisikan hati suaminya, dia mencalitkan lebihan bedak Juddin dihidung Johan. mereka berdua ketawa. Entah mengapa!

Salmah bingkas bangun untuk memberi peluang pada anak dan menantu. Terasa malu pula bila melihat Johan memandang isterinya dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Nun jauh di lubuk hatinya, dia juga merindui pandangan itu. Pandangan yang penuh kasih dari suami yang tercinta. Disaat ini dia benar-benar merindui arwah suaminya.Walaupun tiada harta, hidup mereka tetap bahagia. Dan kerana bahagia itu, sehingga sekarang dia tidak dapat membukakan hatinya untuk orang lain. Dihatinya penuh dengan rasa cinta buat suami yang telah pergi.

‘Sal rindukan abang, tunggu Sal bang. Doakan untuk anak-anak kita sama’. Kata hati kecilnya. Dia menyapu air mata. Tangannya mencapai cangkul lalu cangkul itu diletakkan diatas bahu. Dia menghayun langkah menuju ke kebun belakang rumahnya. 

Durrah hanya memandang suaminya yang tergesa-gesa mencium dan mengomol-ngomol anaknya sebagai bekalan untuk seminggu.

“Juddin jangan meragam, nanti ayah pulang tau. Jaga ibu”. Dia berpesan pada anaknya seolah-olah anaknya itu mengerti akan pesanannya itu,

“Nanti abang telephon”. Itu janjinya. Sememangnya setiap hari dia akan menelephon ke rumah ini. Dia menyalami isterinya. Meletakkan bibir di kiri dan kanan pipi isterinya itu. Dia merangkul pula badan isterinya. Tanpa disangka, Durrah membalas pelukan suaminya. Johan melepaskan nafas lega. Dengan penuh kasih dia mencium ubun-ubun dikepala isterinya. Tidak dihiraukan dengan bauan rempah yang menyengat hidungnya. Dia berharap agar hari ini merupakan permulaan yang baik buat hubungan mereka.

“Jaga diri, jangan lupa makan ubat. Kalau ada apa hal telephon aje abang”. Dengan berat hati Johan melepaskan pelukan. Jika tidak kerana hal yang menunggu, rasanya mahu dia mengambil  cuti sehari lagi.


Bip! Durrah yang sedang mengurut Juddin memberhentikan pergerakan tangannya. Dia mencari dari mana datangnya bunyi itu. Dia tersepak sesuatu diatas lantai. Puas dia menyelongkar akhirnya dia terjumpa handphone Johan. Rupanya dia tersepak handphone Johan dan ianya terpelesok ke bawah katil. Dia mencapai handphone itu. Susah juga dia hendak  skoding telepon ini.

‘Telepon baru dia’. Kata hatinya. Dilihatnya ada SMS yang baru diterima.

‘Kenapa lambat sampai? I dah lama tunggu kat lobi’. Durrah mengerutkan dahinya.
Jemarinya menekan-nekan punat yang ada di atas handphon itu. Dia meletakkan handpon itu atas meja solek. Dia mendapatkan Judin diatas kati dan menyambung semula kerjanya mengurut seluruh badan Juddin.
Menurut kajian, jikan badan bayi diurut dengan lembut dan penuh kasih sayang, ianya dapat merangsang perkembangan bayi dengan lebih sihat. Tetapi dibenaknya bukan itu yang difikirkan. Fikirannya lebih tertunpu pada SMS kiriman Juita untuk suaminya sebentar tadi.

‘Dia di hotel ke? Hotel mana?  Buat apa? Mereka ada hubungan lagi ke? Patut pun tadi abang Johan tergesa-gesa’. Berbagai persoalan yang mengganggu difikirannya. Sangkanya hari ini adalah hari yang baik untuk permulaan hidup mereka berdua. Dia ingin memberi peluang pada Johan memperbaiki hubungan mereka yang telah retak. Setelah dia melihat kesungguhan dan kasih sayang serta perihatan dari suami untuk dirinya, dia ingin melupakan kisah lalu dan memperbaiki  semula rumahtangga  mereka. Namun harapannya hancur dan berkecai bila membaca SMS dari Juita untuk suaminya. Dia mula berperasangka yang tidak-tidak.

“Kat sini rupanya handphone  abang, puas abang cari”. Suara Johan mematikan lamunan Durrah. Dia melihat Johan mencium pipi Juddin yang terketik-ketik (kaki dan tangannya bergerak-gerak bagaikan dia sedang senaman pagi) diatas katil.

“Tak tidur lagi sayang? anak ayah senaman pagi ye?”. Semakin laju kaki dan tangan Juddin bergerak seakan dia tahu ayahnya menegurnya.

“Abang pergi dulu Arrah…”Sempat Johan melurutkan tangannya dibelakang Durrah. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Dia hanya memandang Johan dengan hujung mata. Dia melihat Johan pergi dengan tergesa-gesa. 

‘Emm… tak sabar nak jumpa buah hati dialah tu…..’.Gumam Durrah sendiri. Banyak perkara yang bermain di fikirannya. Dia berfikir tentang dia, Juddin,Azreen dan Juita. Semuanya menyemakkan kepala. Disini dia berasa tenang hidup tanpa gangguan Azreen, mungkin madunya itu tidak tahu nombor telepon rumah emaknya, lagipun sejak dia disini dia telah offkan handphonenya.

Durrah mencapai Juddin. Dia mula membedong Juddin. Anaknya itu mula menangis mungkin tidak suka dibuat begitu. Selepas dia menyusukan Juddin, dia meletakkan Juddin didalam buaian. Durrah mula berbaring diatas katil. Dengan keadaannya sekarang, tiada apa kerja yang boleh dibuat melainkan merehatkan diri. Jika dia sibuk didapur ataupun memegang penyapu, emaknya akan membebel. Segalanya kena ikut berpantang. Adakah menyapu itu akan membuatkan dirinya sakit meroyan? Emmm… ikut sahajalah kata emak jikan tidak mahu di bebelkan. Jika mengikut logok, jika kita menyapu, kita menggunakan tenaga dan kekuatan rahim untuk melakukan kerja sedangkan diwaktu itu keadaan rahim belum cukup sihat dan memerlukan rehat. Emmm…apa-apalah….

Durrah melepaskan keluhan. Puas dia berfikir mencari jalan yang terbaik untuk dirinya. Mampukah dia hidup sendirian membesarkan Juddin tanpa Johan?. Jika dia bersama lagi dengan Johan, mampukah dia hidup tenang dan bahagia tanpa gangguan Azreen dan yang terbaharu tentang hubungan suaminya dengan Juita. Apa pilihannya? Kebahgiaan diri sendiri ataupun kebahgiaan Juddin?

 Ada kalanya dia berasakan hidupnya sunyi dan terasa kosong sebelum kelahirannya Juddin. Johan sibuk dengan kerjanya dan juga sibuk dengan isterinya. Madunya itu seorang yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu bertolak ansur. Jika Johan tersalah simpang ataupun Johan hilang tanpa dapat dia kesan, habislah Durrah dimakinya macamlah Durrah yang mengambil suaminya.

Dalam diam Durrah akui akan kata-kata emaknya dahulu sebelum dia berkahwin. Bukan senang hidup bermadu, baik isteri pertama ataupun isteri kedua semuanya akan ada masalah dan makan hati. Makan hati pada madu ataupun pada suami sendiri kerana tidak berlaku adil dan berat sebelah. Kesabaran, kasih sayang adalah kunci kebahgiaan. Tetapi jangan lupa, setiap manusia punyai tahap kesabaran yang berbeza. Jika terlalu sabar dalam segala hal, bimbang pihak yang satu lagi akan mengambil kesempatan. Berpura-pura sabar dan memendam perasaan pun tak elok juga kerana ianya akan memakan diri sendiri ibarat api dalam sekam dan yang paling ditakuti, diri sendiri akan dihinggapi berbagai penyakit kerana mengalami tekanan. Tekanan yang terperangkap didalam diri adalah satu beban yang terpaksa dipikul. Ianya terlalu berat walaupun ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan akhirnya  sayang pun akan melayang entah kemana.

Benarkah suaminya itu masih lagi menjalin hubungan dengan Juita? Hubungan mereka sekadar teman sekerja atau lebih dari itu?. Teman tapi mesra?. Persoalan itulah yang sering bermain di benak Durrah. Sedari pagi lagi kepalanya berat memikirkan hal yang satu ini sehinggakan makan tengaharinya pun tidak berselera.

‘Orang, kalau dah biasa makan yang haram, walaupun ada yang halal, dia masih lagi inginkan yang haram kerana yang haram itu lebih sedap….’.kata-kata teman sekerjanya masih lagi terngiang-ingiang ditelinganya. Dia ngilu bila memikirkannya. Mungkinkah suaminya masih lagi mencari yang haram walaupun telah ada 2 isteri yang halal digauli? Durrah bangun lalu dia mencapai telepon rumah.

‘selamat tengahari, saya Intan dari Megah BHD. Boleh saya bercakap dengan En.Johan? ’. Puas Durrah menahan suaranya supaya tidak disyaki, lebih-lebih lagi jika telepon itu di angkat oleh Asiyah ataupun oleh Johan sendiri.

Terdengar suara di corong telepon disebelah sana mengatakan yang Johan masih lagi belum masuk kerja, mungkin dia bercuti.

‘kalau bagitu tak apalah. Terimakasih’. Suara dihujunga sana masih lagi berbahasa jika ingin ditinggalkan pesanan buat Johan.

‘tak apa puan, nanti saya call handphone dia’. Jawab Durrah dengan berhemah. Terdengar lagi suara disebelah sana berkata-kata sebelum meletakkan telepon. Durrah tersenyum. Sebenarnya dia tabik spring dengan Asiyah, dia bukan sahaja boleh buat kerja manager, kerja telephonis pun dia boleh buat dengan baik sekali. Tiba-tiba senyumannya mati. Johan cuti?!


Johan pulang agak lewat ke pejabat hari ini. Jam didinding telah menunjukkan pukul  6.00ptg.  Bertembung dengan Asiyah yang sedang membuka pintu biliknya untuk pulang kerumah. Para pekerja lain semuanya sudah balik.

“Eh, Johan! I ingatkan you cuti hari ni, dari pagi lagi tak nampak you?”.Sapa Asiyah.  Johan mengelengkan kepalanya. Jarinya mengurut leher. Letih dan penat barangkali.

“Mana pula cuti. I ke Seremban uruskan pasal projek kita tu. Letih sungguh. Hari ni panas pula. Sakit pula kepala ni. Dahlah malam jaga Juddin, dia meragam tiap malam”. Johan memicit-micit pula kepalanya.

“Errrr…bukan ke Zarul yang jaga? Semalam lagi dia dah pergi Seremban katanya ada masalah kat sana?”. Pelik juga Asiyah, jika Johan yang menguruskan hal di Seremban, Zarul dimana pula?

 “Errr…oh ye! Zarul ke Bangi, ada hal yang perlu diuruskan”. Jawapan dari Johan itu sangat meragukan. Ada riak serbasalah diwajah Johan.

“Johan…Ada apa-apa tentang Zarul yang I tak tahu?. Sejak kebelakangan ini I tengok dia lain aje….”. Firasat seorang isteri selalunya tak lari dari jangkaan. Terdengar keluhan dari Johan.

“Asiyah, I tak boleh nak komen apa-apa, sebagai seorang isteri you lebih kenal siapa suami you. Jangan dengar khabar angin, lihat dahulu fakta yang ada”. Dia tersenyum dengan jawapannya sendiri. Dia tersepit, kedua-dua mereka adalah kawan sendiri dan rakan kongsi dalam perniagaan.

“Sebagai seorang kawan pula bagaimana?”. Soalan itu sebagai peangkap untuk Johan.

“Sebagai seorang kawan, I hanya dapat memberikan nasihat jika ada sesuatu yang tak betul. Itu terpulanglah”. Jawapan yang selamat.

“So, sekarang ni Zarul dah jalan tak betullah ye? Patut pun dah selalu lupa jalan pulang”. Sekali lagi perangkap untuk Johan. Johan tersengeh. Dia mengangkat bahu. Malas mencampuri perihal rumahtangga orang lain. Rumahtangganya sendiri haru-biru. Cukup sekali dia memberi nasihat pada Zarul. Dia sudah dewasa, sudah dapat membezakan yang mana baik ataupun sebaliknya. Sendiri bermain api, sendirilah tanggung akibatnya.

Ada orang cari I ke?”. Johan berubah ke topic lain. Malas memanjangkan cerita.

“Tengahari tadi ada perempuan cari you….ha, namanya Intan kalau tak silap I. Eh! Kita ada link dengan MEGA BHD ke?”. Tanya Asiyah pula. Johan pula mengerutkan dahinya. Dia mengelengkan kepala. Bingung. Entah siapalah tu.

“Tulah, ramai sangat perempuan sampai lupa dan tak kenal mana satu…..”Johan ketawa dengan gurauan Asiyah.

“Dia ada tinggalkan no. telepon dia?”. Tanya Johan lagi. Aisyah mencebikkan bibirnya.

“Takkan girlfriend sendiri dah tak ada no?. dia kata nanti dia akan telepon you”. Aisyah mula melangkah. Dia harus segara pulang. Ada banyak tanggungjawab yang menantinya dirumah. Kakinya sahaja yang melangkah tetapi fikirannya menerawang mencari suaminya. 

‘ Dimanakah kau wahai  suamiku?’.

“Thanks Asiyah”. Aisyah hanya mengangkat tangan tanpa memandang Johan tanda o.klah tu!


1 comment:

  1. assalamualaikum semua....
    hidup ini penuh dugaan, prasangka dan ramalan.....
    selamat membaca

    ReplyDelete