wallpaper

20150127

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 57

Bab 57

Johan memberhentikan keretanya dibahu jalan dihadapan rumah mertuanya. Dia menyandarkan badannya ditempat duduknya. Sudah seminggu dia tidak menatap wajah kedua orang yang sayanginya. Seminggu juga dia tidak mendengar khabar berita dari kedua-duanya. Sudah seminggu juga dia tidak mendengar rengekan anaknya. Sudah seminggu juga hidupnya sengsara dan sudah seminggu juga tidurnya tidak lena.

Permintaan Durrah terlalu berat untuk ditunaikan. Mana mungkin dia melepaskan isterinya. Jika boleh setiap hari dia ingin
menatap wajah isteri dan anaknya selapas dia pulang dari bekerja. Dia ingin melihat anaknya membesar dihadapan matanya.dia ingin melihat Juddin ketawa, menangis dan memanggilnya ayah. Panggilan yang ditunggunya begitu lama. 

Dia ingin perkembangan Juddin setiap hari, dari menyarap ke meranggak, berdiri, berjalan, berlari dan seterusnya mereka boleh bermain bersama. Dia ingin melihat adakah Juddin anaknya itu akan nakal sepertinya, adakah anaknya itu akan bijak serta tampan sepertinya. Dia ingin melayan ragam Juddin setiap hari. Dia ingin melihat mereka setiap hari dan jika boleh setiap saat dan masa.

Dia ingin mendidik Juddin dengan penuh kasih sayang. dia ingin menjadikan Juddin manusia yang berguna hasil dari tangannya sendiri bukan dari orang lain. Jika dia melepaskan Durrah, tidak  mustahil akan ada orang lain yang akan menantinya. Durrah dan Juddin akan dimiliki oleh orang lain. Johan tak rela Juddin menjadi milik orang lain. Johan tak rela Juddin memanggil orang lain dengan panggilan ayah, papa atau apa pun  yang sama dengan maksudnya. Juddin hanya milik dia. Lebih malang lagi jika lelaki itu akan membawa Durrah dan Juddin ketempat asalnya nun jauh di tanah Arab. Dia tidak rela!

‘Aku ayahnya. Aku lebih berhak keatas anakku’. Tekad Johan. dia pasti Durrah sudah habis berpantang. Bila-bila masa sahaja Durrah boleh melarikan Juddin dari dirinya. Dia mesti bertindak sebelum terlambat.
Perlahan dia memasuki halaman rumah mertuanya. Bibik yang sedang mengendong Sirajuddin di tengah rumah terperanjat melihat tuannya yang tiba-tiba terpacul di muka pintu.

“Bik, ambilkan saya air”. Bibik sememangnya yang sedia menurut perintah tuannya segera menyerahkan Juddin ketangan Johan lalu segera kedapur untuk mengambil air.

“Untuk siapa air tu bik?”. Tanya Durrah bila dia melihat bibiknya meletakkan segelas air diatas dulang. Pasti ada tetamu tetapi masakan tetamu hanya diberi air putih sahaja.

“Air ini untuk tuan Johan, dia ada didepan dengan Juddin”. Jawab bibik dengan tulus. Manalah dia tahu suami-isteri itu ada kontrovesi.Durrah yang sedang makan hanya mengangkat keningnya. Emaknya pula ada didalam bilik. Demam!

Bibik membawa air ke tengah rumah tetapi tuannya tidak kelihatan. “Tuan, airnya saya letakkan diatas meja”. Laung bibik  didepan pintu bilik tuannya dengan harapan tuannya mendenar suaranya itu.

‘Mungkin dia leka dengan Juddin didalam biliknya’. Dia meletakkan air keatas meja lalu dia kedapur.

Cikgu Jarrah yang baru keluar dari dapur terperanjat melihat Johan sedang memangku anaknya diruang tamu.

“Mak ingatkan ayah kau yang balik. Kau dah makan Johan?”.  Johan hanya mengelengkan kepalanya bagaikan orang bengong.  Dia mencium-cium anaknya bagaikan melepaskan rindu yang dipendam bertahun. Cikgu Jarrah hanya memandang tanpa mengsyaki apa-apa.

“Mak kedapur dahulu tanak nasi untuk kau dan Arrah. Nanti ayah kau balik dari surau bolehlah kita makan bersama. Lagipun bolehlah kau bincang dengan ayah kau pasal kenduri untuk  Juddin tu. Ayah kau tu asyik membebel dengan mak. Manalah mak tahu, tak pasal-pasal mak yang dibebelkannya”. Cikgu Jarrah pula membebel dengan anaknya.  Dia kedapur semula untuk menanak nasi. Sangkanya Johan membawa isterinya untuk bermalam disini kerana isterinya itu sudahpun habis berpantang. Mungkin  juga Johan membawa Durrah bermalam disini kerana Johan kurang selesa di rumah mertuanya.

Tiba-tiba telephone berbunyi.Cikgu Jarrah berlari-lari anak mendapatan telephone.

“Mak, abang Johan ada, suruh dia bawa balik Juddin. Dah sampai masa Juddin  menyusu dan tidur.”  Cikgu jarrah terpinga-pinga mendengar suara menantunya dihujung talian. Sangkanya Durrah didalam bilik.

“Johan, kenapa kau bawa Juddin malam-malam buta begini. Arrah suruh kau hantar Juddin balik. Dia nak menyusu”. Cikgu Jarrah pelik melihat  Johan bagaikan orang  dungu. Juddin mula merengek-rengek.

“Cepat Johan, Juddin dah mula menangis tu. Lagipun tak baik bawa budak kecil keluar rumah malam-malam begini. Besok kau bawalah dia dengan emaknya kesini”.

‘ Mungkin seronok sangat dapat anak, siang dan malam pun Johan pukul rata.’ Bisik hatinya.
Setengah jam kemudian, Durrah menelephone mertuanya semula. Johan tak sampai-sampai lagi.

“Mak abang Johan tak sampai lagi”. Bukannya jauh mana pun rumahnya dengan rumah mertuanya, tak sampai 10 minit jika berkereta.

Mungkin dia bawa Juddin ke pekan, tungguhlah sekejap lagi”. Hati Cikgu Jarrah mula tidak tenteram. Cikgu Jusoh yang baru balik  dari surau terperanjat bila diterpa oleh isterinya.

“Awak ni terperanjat saya, terpa saya macam tak jumpa saya setahun. Kok ye pun sabbarlah dulu, awal lagi, barilah saya ni makan dahulu…”.  Hampir tergelak cikgu Jararh mendengar gurauan dari suaminya itu tetapi perihal Johan lebih mengusarkan hatinya.

“Awak ni, kesitu pulanya dia, Johan ayahnya…”. Cikgu Jusoh mengerutkan dahinya. Dia mula memegang dadanya. Bimbang pula datang serangan jantung bila mendengar berita yang bakal di cakapkan oleh isterinya itu.

“Kenapa dengan johan?”.  Cikgu Jusoh bimbang, manalah tahu jika Johan kemalangan kerana sejak Durrah bersalin setiap hujung minggu dia akan balik kekampung. Cikgu Jusoh beristighafar di dalam hati.

“Tadi Johan bawa Juddin datang sini. Saya ingatkan dia bawa Arrah sekali tapi rupa-rupanya dia bawa Juddin tanpa pengetahuan Arrah. Dah 2 jam Arrah kata mereka tak balik lagi. Takkanlah dia bawa Juddin ke pekan sampai 2 jam bang? Awak balik tadi tak nampak kereta dia ke?”. Cikgu Jusoh menggaru kepalanya. Sakit kepalanya memikirkan cerita isterinya perihal Johan.

“Baik saya ke pekan cari Johan, mana tahu dia melepak dengan kawa-kawannya kat pekan tu. Manalah perginya kepala otak dia bawa budak malam-malam buta macam ni”. Cikgu Jusoh bersungut sendirian. Marah! Menyusahkan dia. Perutnya mula berkeroncong.

Puas cikgu Jusoh merayap di pekan. Kedai di pekan kebanyakannya ntelah ditutup. Cikgu Jusoh telah disapa oleh Zikri di stesen minyak.

“Hai pak long, isi minyak?”. Soalan bodoh dari Zikri.Zikri memanggil cikgu Jusoh sebagai pak long kerana cikgu Jarrah adalah sepupu ayahnya Hj.Kasim. Cikgu Jusoh terperanjat. Dek kerana terlalu memikirkan hal Johan dia tidak perasan akan orang disekelilingnya.

“Iyelah Zikri, nasib baik pak long nampak lampu merah kat meter tu, kalau kena tolak malam ni naye dibuatnya. Pak long ni mencari Johan. Ada kamu nampak dia dimana-mana? Dah puas pak long cari satu pekan tapi kelibat dia haram tak nampak pun”.  Zikri mengerutkan dahinya bila mendengar suara cikgu Jusoh yang bernada marah. Kenapa malam-malam begini cikgu Jusoh perlu mencari Johan?. Johan bukannya budak kecil lagi yang tidak tahu jalan pulang.

“Tapi tadi masa saya baru balik dari Bandar, ada kereta kami berselisih tapi rasanya dia tak perasankan saya. Dia dah balik KLlah pak long. Kan hari esok dia kerja?”. Jawab Zikri. Cikgu Jusoh mengurut dadanya. Bertuah punya anak!

Sewaktu dia sampai dirumah, cikgu Jarrah menerkamnya lagi.

“Bang, Arrah baru telephone, Johan tak hantar Juddin lagi. Ada awak nampak Johan kat pekan?”. Cikgu Jusoh membeliakkan matanya.

“Zikri kata dia nampak kereta Johan balik ke KL, saya ingat dia dah hantar anaknya pada Arrah. Takkanlah dia bawa lari anaknya pula?”. Makin senak fikiran cikgu Jusoh dibuat dek Johan.

“Agaknya dia orang ni masalah tak selesai lagi, itu yang  Johan bawa lari anaknya. Macamana ni ayahnya, risau saya. Johan tu bukannya tahu jaga anak. Kalau dia bawa bibiknya lainlah.” Kata-kata dari isterinya semakin merunsingkan kepala cikgu Jusoh.

“Kita kena cari dia di KL malam ni juga. Kalau dibiarkan nanti masalah lain pula yang akan timbul. Pergi telephone Johari suruh dia bawa kita ke KL. Mana saya nampak memandu malam-malam begini. Kalau setakat ke pekan tu tak apalah juga.” Secepat kilat cikgu Jarrah mendail no. telepon anaknya Johari.

“Abang Johari tak ada mak, dia ke JB. Mungkin hari Rabu baru dia balik”.  Jawab menantunya. Ah! Payah. Siapa pula yang boleh diminta tolong malam-malam begini? Apa gilanya Johan kali ini. Cikgu Jusoh menggaru kepalanya. Dia meletakkan tangannya ke dada. Cikgu Jarrah mula panik. Dia bimbang dalam keadaan begini, cikgu Jusoh pula yang tumbang.

“Kita tunggu Johari balik dahulu bang, nanti kita pergi KL sama dia. Abang tu janganlah macam ni, takut saya.”

“Saya bukannya apa, saya bimbang jika Johan bawa balik anaknya ke KL dan terus kerumah  Azreen, silap haribulan berputih matalah  si Arrah tu. Awak tu bukannya tak tahu, Arrah tu  kita yang pilihkan untuk Johan sedangkan Azreen tu cinta hati Johan sendiri.” Sebenarnya cikgu Jusoh juga bimbang jika Johan masih lagi tidak menerima Durrah sebagai isterinya dengan sepenuh hati. Tetapi bila dia melihat cara layanan Johan pada Durrah dia pasti yang Johan sayang akan isterinya itu cuma peristiwa sewaktu Durrah hendak melahirkan anaknya dahulu yang nampak sedikit kecoh. Mungkin juga Durrah merajuk, ialah bukannya senang hidup bermadu.   

“Betul juga kata abang. Penat-penat aje Arrah beranak tapi orang lain yang dapat. Kalau dah ditangan mereka, jangan haraplah si Arrah tu dapat balik. Mereka tu kaya bang, semuanya boleh dibeli dengan duit. Kalau macam tu, kita minta tolong Zikri ajelah bang untuk bawa kita ke KL, nanti kita bayarlah duit minyak dia…”.Cadangan bernas dari cikgu Jarrah memecah kebuntuan.

“Ialah, awak pergilah siapkan makan saya dahulu. Kepala saya ni dah mula pening bila perut ni kosong. Karang pitam pula saya.lepas tu awak pergi bersiap, biar saya telepon Zikri. Kalau dia boleh tolong bolehlah kita ke KL malam ni dengan Arrah sekali”. Cikgu Jarrah menganggukkan kepalanya, dia segera ke dapur untuk  menyediakan makan malam buat suaminya diatas meja. Betul kata suaminya itu. Kesihatan perlu juga dijaga walaupun dalam keadaan kalut macam ni lebih-lebih lagi bila sudah seusia begini.

Arrah, kamu bersiap. Sekejap lagi kita bertolak ke KL. Kita cari anak kamu. Kalau dia di rumah madu kamu, kita pergi serang malam ni juga…..”. Cikgu Jarrah memberi arahan. Siapa yang berani menentang cikgu Jarrah!

Mereka ke KL bersama Durrah. Zikri pemandunya. Bibik tinggal menemani Salmah yang demam. Mak usu Durrah pula akan bekerja shift malam.

Perlahan-lahan Durrah membuka pintu utama. Sejak dari rumah lagi dia bimbang akan Juddin, malah dia bimbang jika Johan memberi anaknya pada madunya untuk dipelihara. Walau bagaimana sukarnya dia akan tetap mengambil anaknya itu. Juddin tetap miliknya. Hatinya sedikit lega bila melihat kereta Johan ada di tempat parking.

Dia melihat 2 beranak itu tidur bergelimpangan dihadapan TV. TV masih lagi terpasang tetapi penontonnya sudah terlena  mungkin keletihan barangkali.  Dengan perlahan Durrah mendapatkan anaknya. Johan yang berada disebelah Juddin tidak sedarkan diri. Tidur barangkali. Durrah berdiri, matanya memandang sekeliling. Cikgu Jusuh tidak kelihatan, mungkin ke tandas barangkali. Cikgu Jarrah pula sedang menunjukkan Zikri bilik untuk dia berehat. Awal pagi esok dia perlu pulang semula ke Melaka kerana esok dia bekerja.

Telinga Johan mendengar suara-suara orang berbual. Dia menenyeh-nenyeh matanya. Matanya terbuka luas bila dia melihat kedua orang tuanya duduk menyamdar di sofa. Fikiran Johan mamai memikirkan yang dia berada dimana sekarang. Dirumahnya ataupun di rumah orang tuanya.

“Mak, ayah, ……” Tegur Johan. Matanya menyapa segenap ruang tamu.

“Bila mak dan ayah sampai? Datang dengan apa?” tanyanya lagi bila dia sudah dapat pastikan yang dia kini berada di rumahnya. Pelik juga bila dia melihat emak dan ayahnya berada dirumahnya. Macam Doremon pula!

“Baru aje. Minta tolong dengan Zikri bawakan kami ke sini. Abang kau ke JB. Ni apa kisah kau ni Johan?” Suara cikgu Jusoh sudah mula meninggi. Johan buat muka tak bersalahnya.

“Bang, esok aje kita bincangkan. Dah pukul 3.00 pagi ni, nanti menganggu pula jiran tetangga”. Pujuk cikgu Jarrah. Seriau juga dia bila melihat suaminya mula naik darah.

“Eh, Juddin mana mak?”. Tanya Johan. Baru dia sedar yang Juddin tidak ada di sebelahnya.

“Arrah dah bawa dia masuk bilik, tidurkan dia. Kau tu pergilah masuk bilik, salin baju tu. Solat dulu sebelum tidur”. Cikgu Jarrah mula membebel kan anaknya macamlah si Johan tu budak sekolah lagi. Johan bangun menurut perintah emaknya. Dia melangkah ke bilik utama.

“Abang tak nak rehat? Nanti sakit pula awak tu”. Cikgu Jarrah mengajak suaminya berehat ke dalam bilik.

“Nak tidur pun bukannya boleh tidur sebab beralih tempat tidur. Awak pergi ambilkan air suam untuk saya. Haus pula rasanya”. Cikgu Jusuh mengurut lehernya. Terasa haus pula tekaknya. Cikgu Jarrah menuju ke dapur.

“Apa yang kau cari keluar masuk bilik ni Johan?”. Tanya cikgu Jarrah bila dia terlihat Johan bagaikan memeriksa setiap bilik seperti mencari benda yang hilang.

“Johan cari Arrah. Dia tak ada pun kat dalam bilik”. Jawab Johan dengan cemasnya. Sudah puas dia mencari anak dan isterinya tapi tak ada pun mereka di rumah ini.

“Eh, mana pula dia pergi malam-malam begini?”. Cikgu Jarrah juga turut cemas. Dia juga memeriksa setiap bilik. Tiadak ada nampak Durrah dan Juddin. Beg pakaiannya pun tiada.

“Apa yang dihebohkan ni?”. Tanya cikgu Jusoh. Lama benar dia menanti air dari isterinya, lalu dia pergi ke dapaur da terlihat 2 beranak itu sedang berada dalam keadaan yang mencurigakan.

“Arrah dan Juddin tak ada ayah, puas dah Johan cari”. Jawab Johan, dia mendapatkan telipon  rumah lalu mendail. Agak lama, barulah talian itu diangkat. Cikgu Jarrah dan cikgu Jusoh saling berpandangan, dan melihat Johat berbual dengan seseorang didalam talian.

“Arrah tak ada lalu kat gurd pun ayah”. Jawab Johan tanpa menunggu soalan dari ayahnya. Dia mendapatkan kunci keretanya. Matanya tercacap pada kunci kereta kancil yang tergantung ditempat biasa. Memberi maksud yang Durrah tidak memandu kereta kancilnya.

“Kau nak kemana tu?”. Tanya cikgu Jusoh bila melihat Johan sudah menyarung jaket dibadannya dan kunci keretanya sudah ditangan.

“Nak cari diaorang ayah. Ayah dan mak tunggu kat rumah. Rehat dahulu. Johan nak cari mereka kat bawah”. Segera Johan berjalan ke muka pintu.

“Kalau jumpua, jangan pula kau apa-apakan si Arrah tu Johan.” Pesan cikgu Jusoh. Bimbang juga dia bila dia melihat muka Johan sudah memerah. Marah! Marah kerana dalam waktu begini entah dimana anak dan isterinya berada.

“Ya Allah, kemana aje Arrah ni pergi bang. Kat luar tu dah bunyi guruh. Dah hujan pun bang…..”. suara cemas cikgu Jarrah bilamana dia melihat hujan dudah turun dengan lebatnya.

Puas sudah Johan meronda di dalam kawasan tempat tinggalnya. Pada gurd pun dia sudah bertanya. Bukannya senang nak berkomunikasi dengan mat Bangla itu. Payah juga jika pekerja bangsa asing yang menjaga kediaman mereka.

Hujan sudah semakin lebat. Jarak pandangan matanya terbatas. Tangannya tak henti-henti membuat panggilan ke handpone Durrah tapi tak ada yang menjawabnya.

Berpuluh masej sudah dihantar kepada Durrah tapi satu pun tak berbalas.

“Ya Allah, selamatkanlah anak dan isteri ku. Ya Allah, tolonglah aku….Arrah, kalau pun Arrah marah dengan abang, tolonglah jangan buat abang macam ni….”. rintih Johan. Airmata jantannya menitis lagi untuk kali kedua. Dari rasa marah, bertukar rasa sedih. Dia tak mampu menyekat fikirannya dari  membayangkan perkara-perkara yang buruk yang bakal berlaku pada Durrah dan Juddin lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini setiap hari didada akhbar memaparkan kes pembunuhan, penculikan, rogol dan rompakan semakin berleluasa.

“Ya Allah, tolonglah aku. Pertemukanlah aku dengan anak dan isteriku. Peliharalah mereka berdua dari perkara yang tak diingini”. Doa Johan lagi. Suaranya ditenggelami dengan bunyi curahan hujan yang menimpa ke bumi. 

12 comments:

  1. alahai, 2x hilang.....mungkin juga ianya marah sbb Arrah lari dari rumah.

    buat anak-anak dan adik-adik diluar sana, jangan lari dari rumah tau sbb para malaikat melaknat setiap langkah si isteri jika dia keluar dari rumah dan tidak diredai oleh suaminya....
    lari tak akan menyelesaikan masalah....

    setuju atau nak komen?????

    ReplyDelete
  2. Sewel dah agaknya si johan ni. Suruh la 2nd wife dia beranak...gerammmnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Johan nak kena 'bangkong' dengan cikgu Jarrahlah jawabnya...

      tq ju...

      Delete
  3. Sewel dah agaknya si johan ni. Suruh la 2nd wife dia beranak...gerammmnn

    ReplyDelete
  4. Hahaha lawak la MKT....sekejap ayah bawak lari anak...pas tu mak plak larikan anak....,apa2 pun novel ni mmg best aaaa;)))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah perebutan anak ni biasa kalau ibubapa yang berpisah. dalam suratl khabar pun selalu keluar.

      tq ardi

      Delete
  5. Hahaha... johan mula bikin ribut..apapun best puan writer, so next n3 please nak tahu kemana arrah bawa juddin pergi pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amacam? boleh tak? puas MET perah otak rombak skrip yang ada ikut saranan tifah, niza dan lain. kelakar juga...inilah sedikit hasilnya. harap puas hati dan tunggu berita selanjutnya.

      Delete
    2. Asalammualaikum...mak ieteng .....Saya salute...pandai cari idea kasi kelibut kelibut !!!!.....cuma tu la....boleh request tak ...seminggu 2 kali update ke...boleh tak.....tiap tiap hari pun tak pe.....sikit pun saya tak kecik hati...berbesau besau hati lagi le ada !!!....HI HI HI ...!!!!

      Delete
  6. best MKT.. pestaim bagi komen kat sini setelah lama menjadi silent reader... seronok e novel ni sbb..1. jalan cite yg bes iaitu lain dari yg lain dan kekadg ada gak scene yg suspen 2. dialong novel pn bersahaja, 3. jalan cite tak bercelaru.... good job mkt... teruja nak tau cite seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mayang sbb sudi baca KPSD ni. saja MET ni syok sendiri buat diri ini yang suka membaca dan menulis.

      Delete
  7. Aduh..puan writer,jiwa saya penasaran ni..kemana arrah dan juddin pergi....lama dah menunggu n3 baru

    ReplyDelete