wallpaper

20160505

e- novel KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 66



Bab 66

Dalam marah, siap juga lauk untuk makan tengahari. Ayam masak asam pedas. Marah punya pasal, dia buat kau kau punya pedas biar terbakar lidah Johan. Marahnya pada suaminya masih lagi belum reda.

“Sedapnya bau….”. Johan masuk ke dapur sambil mengendong Juddin. Juddin tak senang duduk dalam gendongan ayahnya.

“Wow ada asam pedas ayamlah Juddin…kat sini jarang dapat ayam masak pedas, kalau ada pun entah apa-apa rasanya”. Puji Johan. Dia mengambil sudu lalu dihirupnya kuah tersebut. Durrah hanya memerhatikan sahaja lagak Johan.

‘Sekejap lagi terbakau lidah
baru padan muka’. Bisik hati Durrah, dia menyimpan ketawa kerana sekejap lagi dia dapat mengenakan suaminya.

‘Kalau tahu cik Salmah mampus aku kena leter kerana mengenakan menantu kesayangan dia’. Hati Durrah berbicara lagi. Tapi Percaturan Durrah tak menjadi bila dia melihat Johan dari tadi yang berdiri, sekarang ini sudah mula duduk mengadap nasi. Di sudukan lagi sudu kuah ke dalam mulutnya. Juddin sudah di bawa lari ke hadapan oleh bibik. Rita entah kemana perginya belum lagi menampakkan wajahnya.

“Marilah makan sama sayang, sedap ni”. Tanpa menunggu Durrah, Johan sudah semakin ligat memasukkan nasi berserta ayam ke mulutnya”.

“Tak pedas ke? Tanya Durrah.

“Sikit tapi best”. Johan tak pandang orang lain di sudunya lagi kuah ayam tersebut ke dalam mulutnya.  Timbul pula kasihan dalam hati Durrah bila melihat muka dan mulut Johan merah menyala.

‘Berdosa kau Arrah….penat-penat masak tapi tak dapat pahala’. Kutuk hatinya atas tindakan sendiri.

“Maaf, kuah ayam tu pedas sikit termasuk cili lebih….”. Durrah pohon maaf tapi tak ikhlas.

“Ok apa, sedap….” Johan makan lagi. Durrah berkira-kira sendiri.

‘Dapat balik pahala tak???’….

Durrah tak mahu ketinggalan lalu dia menyudu kuah ke dalam pinggan, digaul bersama nasi dan gumpalan tersebut masuk ke dalam mulutnya tapi….

“Arr…. Pedas, pedas, pedas….”. segera dia mencapai air di sebelahnya dan tanpa membuang masa terusnya ditelan air tersebut tanpa memberi ruang untuk bernafas.

“Ah….bapak pedasnya…”. Sungut  Durrah. Johan letawa terkekeh-kekeh melihat reaksi spontan Durrah. Durrah mula menyapu air mata dan hidungnya yang mula meleleh.

Semenjak kebelakangan ini Durrah tidak boleh lagi memakan makanan yang terlalu pedas. Mungkin juga semenjak dalam pantang tempohari dia tidak mengambil makanan yang pedas menyebabknan sedikit deria rasanya lari dari yang biasa.

“Marah abanglah tu sebab tulah masak ayam ni bapak punya pedas…”. Johan mengusik Durrah dengan bahasa yang Durrah gunakan sebentar tadi, Durrah mencebik.

‘Hemm….’. Hajat hati nak mengenakan suaminya rupanya diri sendiri yang terkena!

Alahai nasib……

“Tulah….berdosa tau marah pada suami…”. Ejek Johan.

“Pencuri”. Marah Durrah.

“Ai, ambil hak sendiri pun itu dikira pencuri ke?” Soalan bodoh dari Johan.

“Hak sendiri pun tanpa kebenaran itu dinamakan pencuri”. Tukas Durrah.

“Macamana tu ek?”. Johan buat-buat bodoh. Dia tahu Durrah marah tapi keinginannya malam tadi tidak dapat ditangguhkan. Nama aje ada 2 bini…kalau 2 tak boleh, nak di tala ke mana lagi???? Dia bukannya ada bini 3.

Dato’ Azli melangkahkan kakinya ke ruang tamu. Terasa badannya begitu penat sekali. Kelihatan anak perempuannya sedang membaca suratkhabar dengan lagak yang santai sekali. Dia mengelengkan kepalanya.

“Dah tengahari kamu tak mandi lagi Azreen? Apalah kamu ni, kat luar sana tu pandai pula kamu cantik-cantik, solek berbagai, kat rumah ni kalah hantu mak Limah”. Omel Dato’ Azlie. Azreen buat dono aje.

“Mana Johan?”. Tanya Dato’ Azlie ada satu perkara yang perlu mereka bincangkan. Awal pagi tadi semasa dia hendak pergi bermain golf dia tidak nampak kereta Johan sedangkan malam tadi setahunya Johan bermalam di rumah ini kerana Azreen sudah pulang dari Jepun,

‘Mungkin Johan pulang ke rumahnya selepas solat subuh tadi’. Dato’ Azlie berkira-kira sendiri. Dia tersenyum mungkin seronok agaknya orang punyai 2 isteri. Sekejap ke sana dan sekejap ke sini. Dia yang telah kematian isteri pun belum lagi berganti inikan pula nak berbini 2. Jauh panggang dari api.

“Entah!”. Marah sahaja nadanya. Maunya tak marah. Sedar-sedar sahaja suaminya tak ada disisi, dah lah lama tak jumpa tiba-tiba pula bendera merah sampai dahulu dari suaminya. Salah pengiraan!

 “Hem….manalah suami tu tak lari. Dah tengahari pun kamu tak mandi lagi, usahkan nak buatkan dia sarapan pagi….”Dato’ Azlie mula berjeda. Salah dia, asyik sibuk mencari harta kekayaan sehingga dia lupa mendidik anak dan isterinya menjadi wanita yang solehah. Bila dah tua begini baru nak menyesal, apa pun tak berguna lagi.

“Ubahlah perangai tu sikit Reen, kamu tu dah semakin dewasa….silap ayah tak mendidik kamu dengan betul”. Dato’ Azlie mengaku akan kesilapannya. Dia gagal menjadi ayah dan suami yang baik untuk keluarganya. Orang di luar mungkin nampak dia hebat tapi disebaliknya dia seorang lelaki yang gagal membawa ahli keluarganya menuju ke syurga. Dia gagal memberikan pendidikan agama buat isteri dan anak-anaknya sementelah pula isterinya merupakan wanita Barat maka dibiarkan cara barat merajai hidup mereka sekeluarga.

“Ha… nak kemana pulak tu?”. Dato’ Azlie hanya mengelengkan kepalanya bila dia melihat anaknya mengangkat punggong lalu menaiki tangga tanpa memperdulikannya. Betul pepatah orang dulu-dulu, melentur buluh biar dari rebung bukannya dah jadi buluh, silap hari bulan, buluh itu yang akan melibas kita semula.

Azreen membantingkan badannya semula di atas katil. Dia ingin menyambung semula lenanya. Rasa letih masih lagi melingkari susuk badannya. Walaupun hatinya ingin keluar dan bertemu dengan rakan-rakannya tapi badannya terlalu letih dan perlu direhatkan. 

Dia memejamkan matanya, hatinya terasa sunyi, jiwanya terasa kosong. Ke mana pun dia pergi waimah di dalam lautan manusia sekali pun dia tetap merasakan kesunyian. Sunyi dalam limpahan kekayaan dan kemasyuran….

Sudah seminggu perang dingin Durrah dengan Johan berlarutan. Walaupun begitu, dia masih lagi mempelawa dan melayan Johan makan macam pekerja restoren tu…tapi tak mesra.

“Arrah….Ada orang nak jumpa kat depan”. Lamunan Durrah terhenti. Tidak diketahui entah siapa empunya suara tapi dia tahu intipati suara itu yang menyuruhnya ke depan kerana ada seseorang yang ingin bertemu dengannya.

“Siapa ek”. Omelnya. Dia bingkas bangun.

“Akak Durrah ke?”. Tanya jejala tampan.

“Aha..” Jawap Durrah.

“Tandatangan kat sini..”. Jari lelaki itu menunjukkan satu ruang yang kosong untuk diisi.

“Terimakasih”. Durrah memandang dihadapannya. Satu bungkusan yang agak besar berserta satu pasu bunga ros yang ada tiga kuntum bunga.

“Wow…. Ini lagi special, dengan pokok bunga lagi dia bagi kau..”. Julia teruja. Durrah buat dono dia membelek kad yang terselit di balik batang pokok.

DINNNER WITH ME PLEASE…..HAPPY BIRTHDAY DARLING! Durrah tersengeh

“Untung orang tu …… makin laku sekarang, kalah aku yang anak dara ni..”. Ada nada cemburu bersalut sindiran pada ayat itu.

“Nak buat apalah kau kutuk aku Ju, suami aku yang beri, Johan Arif Jusoh sempena hari lahir aku hari ni. Dia beri aku bunga ros sebab aku suka tanam bunga ros. Kat rumah aku tu banyak bunga ros”. Durrah tersengeh. Sekarang ni bunga rosnya dirumah Johan semuanya dah mati beragan yang tinggal hanya batang-batang kering. Dia tidak menyalahkan Johan sebab Johan selalu sibuk, manalah dia ada masa nak jaga benda-benada tu semua.

“Arrah…..Jehan panggil”.

“Ok”. Segera Durrah membawa hadiahnya balik ke tempatnya.

“Eh, apa ni?”. Terperanjat besar Durrah, dihadapannya ada kek yang besar berserta lilin-lilin yang bernyala.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU…..Durrah hanya layan….ketawa bila mereka menyuruhnya berniat sebelum meniup api lilin.

Ikutlah adat orang kafir tu….tapi diturutkan juga ….tiup tiup…

Puh…..habis air liau bersepah!

“Ada hadiah untuk you”. Durrah menyambut hadiah yang di hulurkan oleh Jehan. Dalam kesibukan rakan-rakan menikmati sedikit jamuan yang disajikan, hati Durrah berbunga-bunga, jarang benar dia menyambut hari jadinya sebegini. Selalunya dia menyambut sendirian ataupun dengan keluarganya.

“Thanks….tak sangka you tahu pula birthday I”. Ucap Durrah malu-malu.

“Bukan I….”. jawab Jehan meleret. Dia tersengeh, satu mata dikenyetkan. Segera Durrah menyelitkan diri lalu membuka bungkusan hadiah di tangan.

SANAH HELWA  DURRAH.   

Dinner with me tonight. PLEASE…..
I akan datang ambil you…

Segera Durrah memegang dadanya. Dadanya bergerak kencang. Sejanbak bunga berserta dengan sebiji keronsang yang cantik berkilauan. Dia tahu tentunya keronsang ini mahal harganya bukannya Ammar beli di tepi jalan.

“Mati aku malam ni, Johan pun satu tak pernah nak sambut harijadi aku, tup-tup dia tahu pula…”. Dalam mengomel sendirian dia mencari-cari no tel. Rita si tukang penasihat.



5 comments:

  1. tkasih mak ieteng....

    Cerita mcm tergantung sikit.... jenuh ler nak nunggu sambungan....

    ReplyDelete
  2. Thanks mak ieteng ada update terbaru..lepas rasa rindu di hati..

    Wow..caringnya ammar..saya suka ammar sbb x amek kesempatan..johan ok tp typical lelaki melayu, dtg kat bini nak ehem2 n nak makan je..x suka saya..

    ReplyDelete
  3. salam mak iteng...sibuk ye...lame benar tak berkarya...anyway tq le untuk bab 66 ni...terubat rindu....keep up the good work ye...!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum makieteng....semoga sihat hendak nye;)))tqvm atas sambungan
    KPSD

    ReplyDelete
  5. Johan ni kan watak lelaki utama yang paling saya benci yg pernah saya bc... Dia ingat Durrah tu tempat lempiaskan nafsu dan orang gaji dia ??? Johan lelaki suami dan bapa yang tak guna.... Rasa nak cekik bg mati dia.... Since dah 66 bab ni kira Johan nilah hero kan ?? Hero paling menyakitkan hati dan mengecewakan! Kejam ! Kesian Durrah... dah la dimadukan...hmmmm
    TQ update

    ReplyDelete