Bab 69

“Apalah nasib ayah ni Juddin, nama aje ada dua kapal tapi tak ada satu pun kapal yang nak ikut ayah belayar. Ingatkan ayah datang nak minta bekal”. Johan masih lagi membelek anaknya. Durrah buat muka. Dia bukannya tak faham apa maksud dari Johan itu.
“Kalau Juddin jaga dan menangis, nanti awak beri dia susu eh”, ugut Durrah.
“Boleh…”. Jawab Johan. Setakat susu apa ada pasal!
“Eleh, senangnya cakap, Juddin tu asyik meragam aje, dia rindu kat awak rasanya”. Itu rumusan yang Durrah buat. Juddin masih kecil bukannya boleh dia bercerita tentang apa yang dia rasa. Nak kata Juddin demam, suhu badannya normal aje, lagi pun dah beberapa hari Juddin tidak bertemu dan bermain dengan ayahnya.
“Sian anak ayah demam ye rindukan ayah. Ibu tak rindukan ayah ke?”. Johan bertanya Durrah tapi mata dan tangannya masih lagi membelek Juddin. Sesekali hidungnya di ratakan ke segenap badan Juddin, Tak dapat nak cium ibu Juddin, cium Juddin pun oklah. Bau ibu Juddin pun dah macam bau Juddin.
“Tak ada maknanya… ni pakai smart malam-malam ni nak kemana?”. Pelik pula Durrah