wallpaper

20140225

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 9

Bab 9

 “Engkau ke mana Arrah? Dua hari cuti tapi aku tengok kau tak kemana-mana pun”. Fadhilah melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia mula mengunyah kerepek pisang yang baru dibeli.

 “Saja cuti, aku tak ada mood nak kerja.” Sebenarnya Durrah menghadiri kursus kahwin. Durrah keluar rumah selepas teman sekerjannya pergi kerja dan pulangnya sebelum teman serumahnya pulang dari kerja. Hanya Rita sahaja yang tahu. Teringat tentang Johan, adakah seorang duda pun kena menghadiri kursus kahwin?

“Mana Rita? Belum balik lagi? Dasyat juga mak janda tu ye, dah pukul 11.00mlm pun tak balik lagi.” Durrah menjeling Fadhilah, ikut suka mulutnya aje nak bercakap. Dia tu pun sama asyik keluar malam aje, entah jantan mana yang dia ikut, sekejap dengan si Jamil budak line 2, sekejap dengan si Llatif budak line I, entah mana satu yang dia steady. Rasa-rasanya dua tak boleh di buat teman kerana kedua-duanya tu suami orang.

“Tak baik cakap orang macam tu, esok-esok kena batang hidung sendiri baru tahu, dia tu janda memang orang tak heran, yang heran ada anak dara tapi
perangai macam bukan macam anak dara, nak kata janda pun bukannya janda, tak tahu apa nak kita panggil.” Dalam diam Durrah menyindir temannya.

“Kau ni, nampak diam aje tapi kalau sekali cakap, tak boleh tahan telinga aku”. Durrah tersengeh, faham pun si Fadhilah ni.

“Aku ni ikhlas memberi teguran, bukannya menyindir, atas dasar kawan tak salah kalau kita saling tegur menegur dan saling mengingati, kan manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang saling berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kebenaran.” Wah! Macam ustazahlah pulak dia….Fadhilah hanya tersengeh, dia hendak mengata Rita, sedangkan dia pun baru balik dari ‘dating’ , dengan suami orang pulak tu.

 “Engkau ni aku tengok dari dulu sampai sekarang asyik memerap aje kat rumah, siang malam. Hei Arrah,kat luar tu banyak mata-mata yang nak memandang kau tu Arrah, keluarlah mana tahu kalau-kalau ada yang akan tersangkut dengan kau?”. Bagus punya cadangan dari Fadhilah.

 “Terima kasih atas cadangan kau tu Dhillah, aku ni tak suka sangat keluar malam. Kalau boleh aku harap suami aku nanti pun tak suka keluar malam dan melepak dengan kawan-kawan. Aku inginkan seorang suami yang disiang harinya sibuk bekerja tapi di malam harinya pula melayan aku dan anak-anak dan turut sama membantu aku kerja rumahtangga.” Durrah tersenyum sendiri dengan angan-angannya.

 Teringat pesan dari emaknya, ‘mesti pandai jaga diri, keluar malam banyak buruk dari baiknya’.

“Apakata, kau jadikan si Amin tu suami kau, dia tu gerenti baik, cool aje, mesti siang dan malam dia akan tetap bersama kau”. Tiba-tiba Julia menyampuk. Dia yang baru keluar dari bilik dengan pakaian tidurnya terus duduk di hadapan TV sambil mengunyah kerepek yang baru diambil dari tangan Fadhilah. Tiba-tiba semua orang ketawa.

 “Aku bukan tak mahu si Amin tu jadi suami aku, aku takut nanti aku jadi Quen Controllah pulak, ialah dia tu baik dan lurus sangat”. Amin adalah budak pejabat, dia tu seorang yang lurus amanah dan tak pernah marah. Secara keseluruhannya dia cool aje…..

 “Mana ada lelaki yang macam tu sekarang ni Arrah, rata-rata lelaki sekarang ni tak kira yang bujang atau pun suami orang, semuanya suka keluar malam, bersidai di kopitiam ataupun di kedai mamak. Mereka lebih suka mengadap muka kawan-kawan atau pun muka cewek yang mengangkat cawan dari pandang muka isteri dan anak-anak di rumah.

"Dan ada pula tu boleh keluar dating dengan perempuan lain sedangkan di rumah si isteri dah macam superwoman, semua kerja nak di buat, dahlah penat kerja kat pejabat, bila kat rumah, semua kerja nak buat, kerja rumah tangga dan melihat pelajaran anak-anak”. Aini seorang lagi teman serumah memberikan pendapatnya.

 “Betul tu, dan yang paling sedih, ada juga perempuan yang tak bersimpati dengan nasib perempuan lain bila dia melayan suami orang di malam-malam begini. Sepatutnya dia menasihati lelaki itu supaya balik, tolong isterinya di rumah dan tengok-tengokkan pelajaran anak-anaknya”. Dalam diam sempat juga dia melibas kawan-kawannya dengan kata-katanya yang pedas. Sama sahaja keadaanya, baik di bandar mahu pun di kampung, serupa aje….

“OOOOO…. Dalam baik kau dah kutuk aku ye…?”. Hai terasa juga si Julia ni….dari angin-angin yang bersepoi di telinga Durrah, ada juga berita terkini yang di sampaikan. Menurut cerita, Julia menjalin hubungan terlarang dengan bosnya. Durrah hanya mengelengkan kepala. ‘dah tua pun tak sadar diri, dah bercucu. Memang nafsu tak kenal haji atau pun lebai, inilkan pula haji tok-tok-tok!’ gerutu Durrah.

 “Alah kau tu pun sama ajekan? Aku ada dengar yang kau tu pun bercinta dengan suami orangkan?. Untung kau Arrah, dia tu hensom dan aku rasa dia tu banyak duit, kalau aku, aku goda dia habis-habisan tak kasi lepas dengan mat Arab tu, kau kikislah duit dia, sama-sama untung, sama-sama member dan memerima”. Durrah membeliakkan matanya tak suka dengan cadangan Fadhilah.

“Aku tak terdesak sampai macam tu untuk aku kahwin, bagi aku jodoh di tangan tuhan, walau dengan siapa pun aku terima. Aku berdoa moga jodohku bukan dengan suami orang, tak data dengan orang bujang, dengan duda pun tak apalah. Malaslah nak berebut-rebut laki ni, buat sakit hati aje, lagi pun orang kata, jika kita menyakiti hati orang lain, suatu hari nanti, hati kita akan di sakiti pula. Lagi pun mana nak bahagia jika asyik disumpah orang aje….”. Durrah bangun lalu masuk ke biliknya. Makin di layan, makin sakit hatinya dengan teori ajaran sesat kawan serumahnya itu.

 Durrah bosan sendirian di dalam bilik, ingin dia mendengar lagu-lagu kegemarannya dari corong radio, malangnya radio buruknya pemberian dari Fazlan sudah pun hanyut di dalam longkang. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.

 “Waalaikum salam….”. Jawab Durrah.

“Kak, mak tanya akak dah pergi kursus kahwin?”. Tanya Asila adiknya.

“Dah, dah dapat sijil pun.”

 “Mak tanya lagi, akak dah tempah baju?”.

 “Dah, mahalnya, kopak duit aku.” Durrah bersungut. Mengekek Asila ketawa di hujung talian.

“Apalah akak ni, itu pun nak berkira, alah, baju tu boleh buat kenangan yang terindah dalam hidup akak. Bukannya calang-calang orang boleh masuk ahli kelab Jeng Jeng Jeng tu tau..”. Sengaja Asila membakar hati akaknya. Durrah hanya memekakkan telinga mendengar gurauan dari adiknya.


 Rita mengajak Durrah jalan-jalan, makan-makan, window shoing. Nak Shoping, belum ada gaji. Lagi pun Durrah harus berjimat. Dia dah nak kahwin.

 “Kau nak beli apa untuk hantaran nanti?”. Durrah mengelengkan kepalanya. Dia sendiri tak tahu nak beli apa untuk Johan sebagai buah tangan. Nak beli baju ataupun kasut, dia tak tahu saiz Johan.

“Tak payah beli apa-apa. Aku tak ada hantaran. Suci dan bersih. Senang cerita”. Jawap Durrah jujur.

“Walaupun tak ada, kena beli juga untuk buah tangan.”. Rita memberi pendapat.

 “Mungkin kuih dan buah-buahan aje kot. Entahlah, nanti pandailah mak aku”.Jawap Durrah dengan senang hati.

“Kau yang nak kahwin ke atau pun mak kau yang nak kahwin?”. Pertanyaan dari Rita membuatkan Durrah ketawa mengekek.

 “Senang hati aku kalau betul mak aku yang nak kahwin dengan Johan”. Rita pula ketawa dengan gurauan Durrah.

“Eh, jom kita beli kuih kat sana”. Rita menggesa Duraah mengikutnya. Dengan tanpa rela Durrah membuntuti sahabatnya.

“Kita beli kuih cucur udang ni ajelah. Dik RM1 berapa keeping dik?”. Tanya Rita tangannya sibuk membalik-balikam kuih tersebut dengan penyepit. Entah apa yang dia cari pada kuih tersebut.

 “RM2, 5 keping”. Jawap si penjual.

“Mak datok mahalnya. Dahlah kecik, tak ada udang pulak tu, nama aje cucur udang tapi tak ada udangnya pun..”. Rita mula bersungut.

“Akak tahu tak kuih apa tu?”. Tanya si penjual. Tangannya lurus menunjukkan kuih di sebelah cucur udang.

“Apa pula tak tahu. Tu cucur badak”. Jawab Rita. Dia mula panas hati dengan pertanyaan si penjual tadi.

“Akak nampak tak, ada badak ke dalam tu?”. Rita membeliakkan matanya bila mendengar sindiran dari si penjual kuih itu. Durrah ketawa mengekek melihat drama sebabak di hadapan matanya.

“Dahlah, apalah kau orang ni. Dik beri cucur udang ni RM4. goreng pisang RM2”. Senang cerita. Malas nak gaduh-gaduh. Rita memuncungkan bibirnya sehingga ke tempat menunggu bas. Durrah hanya pengelengkan kepalanya dengan telatah Rita. Macam budk-budak!

“Peh! Cantiknya. Aku memang idamkan kereta ni…..”Durrah turut memandang kereta Merc 2 pintu yang lalu di hadapan mereka. Tidak dapat dia menelek, siapakah didalam kereta itu, lelaki atau pun perempuan. Melayu ke Cina?

“Mimpi ajelah kita…..kau nak tahu, yang aku selalu nampak, kat tempat penumpang hanya 2 mahluk aje. Yang pertama anjing dan yang kedua, girlfriend.”. Giliran Rita pula yang ketawa dengan stament berani mati dari sahabatnya.

“Ha, kau tengok tu…kan aku dah cakap”. Kata Durrah. Mata Rita mencari kereta Merc tersebut. Tak sampai 100 meter dari tempat mereka menunggu bas. Dari kacamata Durrah mereka itu pasangan kekasih.

“Melayulah. Oraang muda melayu sekarang ni banyak yang dah hebat. Mampu berkereta besar dan mewah”. Rita memberi pendapat.

“Em….tapi kasihan. Duit banyak tapi tak mampu nak belikan pakaian girlfriend dia yang molek sedikit”. Durrah mula mengomel. Mulutnya penuh dengan goreng pisang yang mereka beli tadi. Mata Rita mula menyapa pakain teman wanita kepada lelaki melayu tersebut. Perempuan tersebut mengenakan tudung singkat di atas dada. Berkemeja sendat di atas ponggong dan berseluar jean ketet.

“Biasalah lelaki macam tu takkan kau harapkan girlfriend dia berjubah dan bertudung labuh pula”. Tukas Rita. Durrah tersengeh.

“Arrah, nanti bila kau dah kahwin, tak dapatlah kita jalan-jalan, rewang-rewang macam ni ek?’. Suara Rita seolah-olah dalam kesedihan. Bila Durrah berkahwin nanti, tinggallah dia seorang dia. Durrah tak tahu nak jawab apa.

 “Sebenarnya, aku takut nak fikirkan masa hadapan aku. Aku tak kenal Johan. Dia pula tak ada inesiatif nak kenal dengan aku. Aku ada juga rasa nak kenal dia tapi dah dia buat tak tahu saje, takkan aku pula yang nak lebih-lebih..”. Durrah melepaskan rasa gusar di hatinya.

“Insyaallah…..percayalah pada Allah”. Pujuk Rita. Durrah memandang Rita, macam tak percaya pula Rita boleh berkata sebegitu. Durrah hanya mendiamkan diri. Diri berserah pada Allah. Siapa lagi yang boleh dia harapkan.

 “Bas”. Rita mencuit lengan Durrah. Mereka sama-sama berdiri menanti kedatangan bas yang dimaksudkan.

2 comments: