Bab 29
Johan sampai di Kelab Golf Kota Permai agak lewat dari sepatutnya.
Nampaknya semua perkara dah ‘close deal’ Cuma tunggu ‘black&white’ sahaja.
Segala perancangan telah dipersetujui dengan sebulat suara.
“Lambat sampai Johan?”. Tidak pasti adakah itu satu pertanyaan
atau sindiran dari Datuk Azlie sewaktu mereka berjabat tangan.
“Maaf Datuk, sebenarnya saya dari kampung terus ke mari”. Jawab
Johan dengan tenang.
“Oh, sihat orang tua
awak?”. Tanya Datuk Azalie ingin tahu berkenaan bekas besannya.
“Alhamdulillah mereka sihat, Cuma ayah saja yang kena jaga makan
dan minumnya maklumlah orang dah berusia”. Datuk Azlie mengangguk-anggukkan
kepalanya mungkin membayangkan bekas besannya. Selepas itu mereka berbincang
semula berkenaan dengan projek.
'