wallpaper

20160312

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 65



Bab 65

Hubungan Durrah dengan Johan masih lagi dalam delima. Masih lagi perlu diperbaiki dari perbagai sudut. Adakalanya Johan hanya singgah sebentar untuk melihatanak dan isterinya kesibukan Johan mengalahkan Menteri Kabinet.

Perlahan Durrah membuka pintu rumah. Semenjak dia lari dari rumah ini, baru hari ini dia menjejakkan kakinya semula disini. Itu pun kerana terpaksa. Kalau tak dek ugutan dari Johan, mungkin hingga ke hari ini dia masih lagi belum berada disini.

“Kita sudah pulang…..”. meleret laret suara bibik sambil mengendong Juddin. Kaki Juddin terketik-ketik dalam gendongan lagaknya bagaikan senang hati bila berada dirumah sendiri.
Bik ke biliknya bersama dengan Juddin. Durrah melangkahkan kakinya ke bilik utama mereka. Perlahan pintu dibuka. Pintu itu tidak berkunci.




“Ya Allah, macam tongkang pecah”. Durrah hanya mengelengkan kepalanya. Bilik berselerak dengan pakaian kotor Johan, tak tahu yang mana bersih dan yang mana kotor. Bercampur aduk.

Segera Durrah memunggah pakaian Johan, tuala mandi yang kering dan yang basah pun sama bergumpal.

“Apalah dia ni…..”. Durrah bersungut sambil tangannya sebelah menutup hidung. Dia mencari cadar yang baru untuk diganti. Dia membuka tingkap membiarkan udara yang kotor dan terperuap keluar.

Penat! Dia bergilir-gilir mengemas dan mencuci rumah dengan pembantu rumahnya, Juddin pula tidak mahu tidur dengan lena, sentias terjaga. Mungkin bertukar suasana rumah ataupun seronok balik ke rumah menyebabkan matanya sentiasa terbuka untuk bermain dan bercerita.

“Suka balik rumah ye sayang….”. Durrah mengagah-agah anaknya. Mulut Juddin terlopong-lopong bagaikan ketawa. Suaranya begitu nyaring sekali.

“Sukanya diaa…..”. Durrah melepaskan lelahnya melayan Juddin. Dia seperti Juddin juga, rasa selesa dan tenteram di rumah sendiri daripada  rumah orang lain tapi sengaja dia ingin tinggal berasingan dengan Johan untuk menguji hatinya dan hati Johan sendiri juga dia memberi peluang untuk Johan menyelesaikan masalah diantara mereka.

Semalaman Durrah menunggu Johan pulang tapi bayangnya pun tak kelihatan.

“Sibuk suruh aku balik tapi dia entah kemana”. Sungut Durrah.Marahkan Johan yang tak pulang dan tak menelepon mereka.

“Kata sayang aku….ni sayang taik kucing”. Durrah membebel lagi.

Sehingga ke petang Ahad, bayangan Johan tak kelihatan. Telepon pun tidak. Selepas Asar Durrah mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah Rita, bimbang jika lewat malam pula mereka akan sampai.


 Johan melangkah dengan perlahan memasuki ruang tamu. Dalam berusia begini berulangalik dari KL ke Johor sangat memenatkan tapi apakan daya, demi tugas dan masa depan mereka dia mesti terus berusaha. Ada sesuatu yang merunsingkan Johan, tentang syarikat yang dia kongsi bersama Zarul dan Asiah, dia bimbang jika tidak ditangani dengan bijaksana, maka akan berkuburlah segala usaha mereka selama ini. 

Benar kata bapa mertuanya, membuka perniagaan mudah tetapi nak mengekalkannya adalah teramat payah.

Hidung Johan menghidu bau yang harum didalam rumah. Dia lantas ke bilik utama. Dia menepuk dahinya yang bersulah.

Tangannya menekan-nekan handpone.

“Sayang, semalam Arrah balik ek?”

“Emm…..”

“Sorylah abang sibuk tak sempat nak balik”. Johan beralasan. Alasan yang boleh diterima kerana hari Ahad adalah hari bekerja bagi negeri Johor. Hari tersebut dia ada perjumpaan dengan beberapa orang kenamaan.

“Arrah, Juddin sihat?”

“Sihat”. Johan tahu Durrah marah sebab dia tak balik tempohari.

“Malam ni pun abang tak dapat datang sana sebab abang ada hal sikit. Esok kita jumpa ok? Lunch sama?”. Ajak Johan

“Sory, tak boleh sebab sibuk buat gaji”. Durrah beralasan. Sememangnya dia mula sibuk untuk mengira overtime, elaun dan segala imbuhan untuk dimasuukan kedalam pengiraan gaji.

“Oklah, esok malam kita jumpa”. Apa lagi yang perlu Johan kata.

“Ok”. Johan memandang handponemya. Talian dari sana telah dimatikan.

Aik, marah! Johan tersenyum…..satu perkembangan yang positif. Dia tahu  Durrah perlukan dirinya di rumah ini.

Johan melepaskan keluhan. Dia membaringkan dirinya diatas katil. Alangkah baiknya jika Durrah dan Juddin ada dirumah ini, tidaklah dia terkejar-kejar kesana kemari. Dia ingin melepaskan lelah.Selesa di rumah sendiri. Sebentar lagi dia perlu kerumah yang lagi satu bukannya untuk berjumpa dengan isteri keduanya kerana isterinya itu masih lagi berada di Jepun.

Dia kerumah itu untuk berjumpa dengan bapa mertuanya bagi membincangkan tentang projek terbaharu mereka juga dia inginkan buah fikiran tentang masalah syarikatnya yang mempunyai masalah. Dia perlu bersedia dari berbagai segi.

Johan melepaskan keluhan lagi. Masalahnya dengan Durrah tak selesai lagi. Dengan Azreen pun dia belum duduk berbincang tentang hal mereka. Bagaimana nak duduk berbincang, perempuan itu asyik ke Jepun aje.

Johan menutup matanya tapi fikirannya melayang mencari Juddin, Durrah dan Azreen…..


Durrah mencampakkan handpone ke atas sofa disebelahnya. Matanya focus memandang peti television tapi fikirannya menerawang entah ke mana. Hidupnya terasa sunyi walaupun Juddin ada disisi. Tapi dia merasakan ada kekosongan disitu.

Jam didinding menunjukkan angka 10 malam. Sudah lebih 2 jam dia mengadap Tv. Cerita apa pun dia tidak tahu, sedar-sedar nama pelakon dan segala krew sudah terpapar di layar Tv. Matanya madih lagi segar bugar.

Durrah mendapatkan anaknya. Dalam kesamaran lampu dia meneliti seraut wajah Juddin. Wajah polo situ tidak mengerti akan kemelut yang kedua ibubapanya sedang alami.

‘Kasihan kau anak, hidup terpisah begini.’ Kata hati Durrah. Tiba-tiba Juddin tersenyum bagaikan ada yang mengagahnya. Durrah mencium wajah yang polo itu. Wajah yang kombinasi wajahnya dan Johan.

Tiba-tiba hati Durrah menjadi sayu…….


Asiah meletakkan pakaian dari dalam beg ke almari. Almari ini cukup muat untuk dia dan anaknya yang bongsu. Sekarang ini dia dan anak-anaknya sudah kembali menetap di rumah lama mereka.selepas Zarul menjatuhkan talak terhadapnya, dia telah membawa anak-anaknya ke sini. Kes perceraian mereka masih lagi dalam kes mahkamah. Dengan tidak sengaja Zarul telah menjatuhkan talak keatas isterinya, mungkin dalam keadaan marah atau dicabar, akal manusia tidak dapat perfikir secara rasional jika iman dihati hanya setebal kulit bawang. Lalu Asiah keluar dari rumah mereka. Tiada seorang pun anak-anaknya yang ingin tinggal bersama dengan ayah mereka dan bakal ibu tiri seorang yang cantik jelita lagi glamour.

“Apa yang bising-bising tu angah”. Marah Asiah. Asiah panas hati kerana anak keduanya membuli si adik. 

Perangai anak keduanya ini memeningkan kepalanya, pendiam tapi suka membuli bagaikan dia melepaskan perasaan marah yang terpendam pada si ibu dan si ayah.

“Angah!”. Teriak Asiah. Dia mengurut dada. Si tengah hanya berjalan dengan selamba dihadapannya dengan tanpa rasa bersalah.

“Adik, bawa beg baju awak masuk bilik mama, nanti mama tolong kemaskan, beg buku sekali”. Perintah Asiah pada si bongsu. Si Adik dengan malas menarik beg rodanya. Along dan angah mendapat seorang sebilik, buat sementara waktu si adik akan berkongsi bilik dengannya. Dia ada perancangan untuk menambah sebilik kecil untuk anak bongsunya nanti. Banyak perkara yang perlu dia selesaikan dahulu. 

Pejabat pun dia sudah lama dia tidak menjengah. Hatinya mati untuk kesana. Malahan dia telah merancang sesuatu tindakan berani mati untuk dirinya.

Semoga Allah membantu dan member kekuatan untuknya menempuhi hidup ini disamping membesarkan ketiga-tiga orang anak lelakinya. Tentang Zarul dia tidak lagi mahu ambil pusing. Nak terlentang, terlangkup, mati sekalipun dia tak akan peduli. Begitu kata hatinya.

‘Lelaki tak sedar dek untung. Tak apa Asiah, kau mampu hidup tanpa dia…’. Pujuk hatinya sendiri member kekuatan. Jika tak kuat, pasti dia rebah ditengah jalan, bagaimana dengan nasib ketiga-tiga orang anaknya kelak. Nak harapkan ayah mereka? Lupakan saja…..

‘Orang mabuk darat mana ingat dunia….’. omelnya lagi.

Setelah penat berkemas dia duduk sebentar menghilangkan lelah didada. Dia mencapai hp lalu membukanya, berpuluh-puluh mesej dari Johan, pejabat dan teman yang tak berjawap. Dia tahu dia bersalah kerana dari dari mereka tapi dia belum kuat lagi untuk berhadapan dengan mereka. Tangannya menekan nombor seseorang….

Afternoon….Lesley, how? Ok tak?”.  Asiah memberikan sepenuh penumpuan tentang apa yang dicakapkan oleh perempuan yang di panggil Lesley itu.

“O.klah apa-apa hal nanti beritahu I”. Asiah menekan butang off.

“Adik, panggil abang, jom kita pergi makan”. Teriak Asiah. Dia mencapai handbeg dan mencari kunci kereta. Dalam kesibukannya 2,3 minggu ini dia tidak sempat memasak apatahlagi bila mereka baru berpindah kerumah ini. Dia bercadang hendak membawa anak-anaknya kerestoren nasi itik yang pernah dia makan dahulu.


Johan sampai sewaktu Durrah sedang menyediakan makan malam mereka. Seperti biasa, Juddin dahulu yang mendapat pelukan dan ciuman dari sang ayah. Anak itu tak henti henti bersuara entah apa-apa bagaikan melaporkan setiap berita semenjak ketiadaaan si ayah.

Durrah hanya memandang dengan ekor mata dua beranak itu melepaskan rindu. Sesekali terselit juga rasa cemburu dihati bila Juddin lebih mendapat perhatian dari suaminya….Malu tapi mau….

“Ibu sihat tak?”. Tanya Johan tapi wajahnya masih lagi mengadap muka Juddin. Juddin terkekeh ketawa bilamana siayah mengomol-ngomol perutnya.

‘Tanya aku ke tanya Juddin?’. Omel Durrah.

“Sayang….”

“Emm…”. Loyelah pulak!

“Jom makan…”. Durrah meletakkan telur dadar di atas meja. Makan malam ni simple aje, ikan cencaru masak asam pedas, kobis goring, ikan goring dan telur dadar.

“Emm….dah lama tak makan sedap macam ni”. Puji Johan.

“Sedap apanya, biasa aje….”. Malulah pula bila dipuji.

“Masakan yang paling sedap adalah masakan ibu dan isteri sebab ianya di masak dengan penuh kasih sayang”. Jawap Johan, tangannya tak berhenti menyuap nasi ke mulutnya.

‘Kasih sayang?’. Soal Durrah didalam hati. Bukankah tadi sewaktu memasak di hatinya berbakul-bakul dia mengutuk suaminya kerana telah 2,3 hari hilang tanpa berita. Sibuk mengalahkan menteri.

“Sory, abang sibuk sikit. Esok abang nak ke Johor semula”. Johan mencubit pula ikan goring. Sedari dahulu dia suka meratah ikan goring yang panas dan rangup.

“Sibuk mengalahkan PM”. Kutuk Durrah. Johan tersengeh.

“PM tak sibuk Arrah sebab segala kerja ada orang tolong buatkan sampaikan pakaian pun ada orang aturkan….”. Balas Johan.

“Projek baru lagi?”. Tanya Durrah. Jarang dia hendak mengambil tahu tentang urusan kerja Johan. Dia hanya tahu serba sedikit yang Johan hendak menambahkan satu lagi cabang bisnes kea rah gas dan bahan api.

“O & G” tulah.

“Tak takut ke yang sekarang ni bisnes tu dah teruk sekarang? Harga dah jatuh sangat dan ada juga syarikat yang terpaksa ditutup sebab dah tak mampu tanggung kos operasi yang tinggi, nilai matawang kita pun dah menyusut teruk”. Durrah nak komen lebih-lebih pun bukannya dia tahu sangat pasal benda-benda macam ni. Dia hanya tahu serba sedikit bila membaca suratkhabar.

“Biasalah bisnes. Orang banyak duit masa macam nilah yang nak ambil peluang. Kami masih lagi tengah usahakan nak buka syarikat baru ataupun take over syarikat lama yang nak jual, tengoklah dulu macamana. O & G ni akan sentiasa digunakan walaupun ada yang nak buat dari unsure-unsur organic, banyak manalah…..hidup sekarang semuanya pakai tenaga. Tenaga salah satu sumbernya adalah dari minyak. Nak tunggu minyak habis? Lama lagi sempatlah kita kaya nanti insyaallah”. Dengan ketawa-ketawa Johan bercerita. Entah apa yang lucunya….

“Dengan Dato’ Azlie lagi?”. Rasa macam tak suka pula suara Durrah.

“Ya, dia penyumbang utama. Abang manalah ada duit banyak. Nak belikan kereta Merc untuk Arrah pun abang tak mampu”. Durrah rasa tersindir.

“Iyelah untung orang ada bapa mertua jutawan…nak harapkan kita, bapa kita pun tak ada”. Durrah tak mahu kalah.

“Arrah….janganlah cakap macamtu, abang tak mahu Arrah fikir lain pula. Abang terpaksa tumpang papa sebab dia orang berada dan berkebolehan dalam bisnes ni.orang macam abang ni siapalah yang pandang Arrah, abang hanya anak cikgu sekolah yang duit tak banyak mana pun, pengaruh? Lagi tak ada. Dalam bisnes kalau nak maju di peringkat global mesti ada yang back up dari belakang. Abang bukannya bisnes jual makanan kesihatan atau herba juga barang kecantikan yang digunakan oleh ramai orang.  Kalau Arrah ada masa selidiklah siapa dibelakang mereka-mereka, orang-orang yang dah berjaya.

Papa bukan sahaja tolong abang tapi dia tolong ramai lagi usahawan melayu lebih-lebih lagi orang muda macam abang. Dia mahu orang-orang melayu bangkit menjadi peniaga bukannya hanya sekadar pembeli”. Durrah ketawa kecil  dengan penjelasan Johan itu.

“Muda lagi ek?’. Ejek Durrah.

“Mestilah….life begining 40”. Johan ketawa-ketawa dengan jawapannya sendiri. Dia senang hati melihat isterinya ketawa.


Seperti dalam perjanjian, hari Jumaat petang Durrah sudah berangkat pulang ke rumahnya bersama dengan Juddin juga pembantu rumah mereka.

Terasa selesa berada dirumah sendiri walaupun rumah ini tidak berada dalam keadaan yang terurus.
Mereka hanya makan nasi bungkus. Tiada apa yang boleh di masak. Esok pagi barulah Durrah berkira-kira akan ke pasar membeli barang basah. Barangan kering masih lagi ada baki minggu lepas.

“Sayang, abang tak dapat balik hari ni, ada hal tak beres lagi. Mungkin esok abang balik. Arrah kat rumah ek? Juddin sihat?

Tapi dihati Durrah berkira-kira sendiri yang hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi negeri Johor. Hati Durrah kuat mengatakan yang Johan berada di sini.

‘Orang beristeri dua ni kuat autanya….’


Johan mematikan talian teleponnya lalu dia menyimpan didalam beg. Dia memanjat tangga rumah banglo yang indah lagi mewah ini dengan rasa malas. Rumah yang besar ini luas tapi sunyi. Selepas berbincang dengan bapa mertuanya tadi dia ingin pulang ke rumahnya untuk bersama Juddin dan Durrah tapi Azreen pula ada dirumah ini, sudah 2 minggu mereka tak berjumpa. Apa pula kata bapa mertuanya jika dia meninggalkan rumah ini. Azreen juga pasti mengamuk.

“Reen….”

“Sory Jo, I cuti…..”. Azreen memalingkan badannya. Dia ingin berehat dari kepenatan menempuh perjalanan yang jauh.

Johan melayan perasaan sendiri keinginannya membuak-buak…..

Nasib badan…..


Durrah merebahkan badannya di atas katil. Seharian mengemas dan memasak juga melayan Juddin, terasa penat menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Benar kata emaknya dahulu jika seorang perempuan itu sudah berkahwin, bermulalah satu tanggungjawab yang berat terpikul di bahu. Makan dan tidur pun akan terganggu.

Malam ini terasa sunyi, tiada teman untuk diajak bercerita. Kalau ada Johan, boleh juga diajak bergaduh.

‘Tak cium syurga kau nanti’ kutuk hatinya. Durrah tersengeh sendiri.

Dalam sedar tak sedar dia lena dihanyutkan oleh mimpi. Mimpi yang indah. Diulit oleh cinta nan syahdu.
Durrah tersedar dari lena. Ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Segera dia menarik kain menutup badan. Dadanya berdebar kencang segera dia menolak sekujur tubah yang ingin memeluknya semula.

“Pencuri! Pencuri! Pencuri! Dengan sekuat tenaga dia memukul badan yang tak berbaju dihadapannya.

Juddin menangis, mungkin terkejut dengan suara ibunya yang memecah keheningan malam…

13 comments:

  1. Begitu cepat masa berlalu, rupanya terlalu lama KPSD ini tidak bersambung....maaf kawan-kawan...

    terimakasih kpd kawan2 yang sudi menikuti e-novel ini

    ReplyDelete
  2. Pagi semlm ternanti2 tertanya2 sambungannya...syukur dpt mrmbacanya hr ni..

    ReplyDelete
  3. Tu le MI..saya ternanti2 entry baru..

    Sian pada Durrah n Asiah..2 wanita yg hidup berbakti pada suami tp suami lak dok konar sana sini..pada Asiah, biarkan bekas suami tu dgn dunia dia..skrg tgh seronok sbb dpt menda baru..tp bila Allah nak balikkan hdiup tu, baru tau langit tinggi rendah..

    ReplyDelete
  4. tkasih makieteng. selalu terjenguk2 kot2 ada entry baru....

    ReplyDelete
  5. mk lama betul acik tunggu tau... haha but niway tenkiu ada entry baru

    ReplyDelete
  6. anyway....masih setia ngan KPSD....
    thanks mak ieteng

    ReplyDelete
  7. anyway....masih setia ngan KPSD....
    thanks mak ieteng

    ReplyDelete
  8. Tq update...
    Johan balik jumpa Durah sbb Azreen tak dapat nak bersama Johan...Nampk sangat Johan tu anggap Durah tempat persinggahan dia...mmg jantan tak guna !!!tolong la buat watak Durrah ni tegas...Durrah harus minta Johan pilih dia atau Azreen...bercerai lbh baik dari mkn hati aje Durrah tu....benci Johan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju pd anon..saya pulak rasa sakit hati sampai la ni semasa durrah bersalin johan x amek peduli..x bole bayangkan pada isteri2 yang memboyot membawa benih jantan tu tp jantan tu buat x kisah..

      Delete
  9. MK NK NEW ENTRY LAGI .. TAK SABO RASANYA

    ReplyDelete
  10. Cannot wait for new entry.. Please continue mak ieteng.. Love this story..

    ReplyDelete
  11. Cannot wait for new entry.. Please continue mak ieteng.. Love this story..

    ReplyDelete
  12. Lama MI bercuti..saya je yg x bercuti masuk kat sini kot2 ada update baru..hehehe

    ReplyDelete