wallpaper

20160604

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 67

Bab 67

Durrah membelek dirinya dihadapan cermin. Jubah moden pemberian Johan tersarung indah membaluti badannya. Badannya kelihatan sedikit gebu dengan potongan baju tersebut. Tangannya masih lagi terkial-kial menarik zip di belakang badan.

“Susah pula nak zip baju ni. Kalau zip depan macam pesen sekarang ni kan senang”. Durrah bersungut sendiri. Menurut emak Salmah, ini baju jenis ‘baju cik abang tolong’ justeru itu dia sememangnya memerlukan orang tolong….

Matanya masih lagi memandang cermin. Didalam hati dia memuji kecantikan plastic yang dia miliki. Apa tidaknya, wajahnya yang asli telah diubah oleh Rita dengan mekap yang tebal seinci.

“Kau ni cantik tapi malas nak berhias, membazir aje usia muda. Kecantikan bukan hanya untuk tontonan oranng lain tapi untuk diri sendiri. Bila kita cantik, kita akan lebih berkeyakinan dan kita akan berasa lebih gembira dan hebat”. Bebel Rita.

“Hai..” Durrah berpaling bila menyedari ada seseorang memasuki biliknya. Tidak sempat untuk dia menghalang, tangan Johan sudah pun mendarat di belakang badannya dan menarik zip tersebut ke atas.

“Abang saja beli baju ni sebab nak tolong Arrah. Kan dulu Arrah kata baju macam ni ‘baju cik abang tolong’…” Sebuah kucupan singgah di tengkok Durrah. Durrah
tegak bagai patung di supermarket.

“Cantik Arrah malam ni tapi abang lebih suka dengan kecantikan asli yang Arrah ada”. Johan mula memaut pinggang Durrah dari belakang. Mata mereka berdua berpaut pada cermin dihadapan.

“Macam nak rak aku disolek, emmm…..tak cantik pulak….”. Durrah menjeling Johan. Johan ketawa kecil bila melihat jelingan dan herotan bibir isterinya.

“Selamat harilahir sayang. Arrah tetap cantik dimata abang tak kira dalam keadaan apa pun” puji Johan. Dia membalikkan badan Durrah supaya mereka bertatapan.

‘Iyelah tu, lidah tak bertulang’. Kutuk Durrah.

“Kenapa kali ini ingat pula hari lahir saya? Sebelum ini tak ingat pun?”. Lirih suara Durrah. Matanya berkaca. Dahulu sebelum dia berkahwin, dia selalu menyambutnya dengan ibu dan adik-adiknya tetapi sejak dia berkahwin, dia menyambutnya sendirian. Dia malu untuk memberitahu Johan tentang hari lahirnya bimbang Johan salah sangka yang dia inginkan hadiah.

“Maafkan abang, abang selalu abaikan Arrah. Selepas ini abang janji akan ingat hari lahir Arrah dan hari ulangtahun perkahwinan kita”. Johan cuba memujuk. Dia memang lemah sikit bab-ban tarikh ni kecuali tarikh berkenaan dengan hal-hal kerja. Selalunya tarikh-tarikh tersebut Azreen yang akan peringatkan seminggu sebelum tibanya hari tersebut kerana Azreen selalunya ada perancangan tersendiri untuk meraikan hari-hari itu.

Durrah mengelengkan kepalanya. Dia tak suka orang  berjanji pada dirinya.

“Dahlah jangan berjanji jika kita sendiri tak tahu kita mampu untuk tunaikan ke tidak”. Sindir Durrah. Dia mengesat airmata. Dia sendiri tak tahu untuk apa dia menangis.

“Arrah….” Johan rasa bersalah.

“Dahlah turunlah dulu, saya nak pakai tudung kejap.sekejap lagi saya turun”. Durrah tak selesa bila Johan ada dan memandang segala pergerakannya.

“Abang nak tengok Arrah.” Johan buat kepala batu dia. Dia tersenyum melihat sepasu bunga ros pemberiannya berada di meja kopi sebelah kepala katil Durrah. Sewaktu dia datang tadi merah mukanya bila melihat sejambak bunga ros berada di atas meja diruang tamu. Dia pasti bunga tersebut tentunya pemberian Ammar. Tetapi sekarang dia lebih puas hati kerana bunga pemberiannya berada didalam bilik isterinya bukannya di ruang tamu.

“Sayang bunga ros kat rumah kita semuanya dah mati…”. Tangan Johan membelek bunga ros tapi matanya ditalanya ke cermin melihat Durrah melilit-lilit tudung di kepalanya. Entah berapa kali lilit, tak jadi-jadi.

“Abang lebih suka Arrah pakai tudung simple macam ni dari lilit-lilit sampai tercekek leher ni”. Dengan selamba Johan membuka lilitan yang berselirat di atas kepala Durrah lalu lebihan tudung itu di selimpangkan ke bahu dan membiarkan lebihan yang lainnya berjuraian di tiup angin.

“Dah cantik dah ni.jom turun nanti kedai dah tutup pula”. Durrah hanya mengikut Johan kerana tangannya di genggam erat bagaikan besi yang melekat.

Bagi Johan, dia lebih suka melihat Durrah dalam keadaan simple dan natural, bukannya plastic dan berserabut dengan fesyen yang entah apa-apa sekarang ini.

Rita angkat mata bila melihat Durrah turun dituntun oleh Johan. Durrah hanya angkat bahu.

Layan…….

Johan  melayan Durrah dengan begitu istemewa. Pintu kereta dibukakan untuk masuk. Durrah hanya melayan perasaan sendiri sambil mendengar dendangan lagu inggeris yang dia sendiri tidak tahu akan tajuk lagunya. Fikirannya melayang jauh mencari Ammar.

Kasihan pada Ammar, singgah di KL semata-mata untuk menyambut hari lahirnya dan awal pagi esok dia akan terbang ke Australia. Dari suara Ammar jelas mempamerkan kekecewaan dihati. Durrah tersenyum sendiri. Bagaikan tidak percaya dia digilai oleh 2 orang lelaki yang bukan sembarangan. Jika diukur pada kecantikan yang dia miliki, dia tidaklah secantik mana pun.

‘Cantik itukan universal Arrah’. Hatinya berkata sendiri.

“Hah” terperanjat Durrah bila tangannya di cuit. Baik dia tak melatah yang bukan-bukan.

“Berangan. Abang tanya pun tak jawap”.

“Awak tanya apa?”. Tanya Durrah

“Abang tanya, bunga kat ruang tamu tu Ammar bagi ke?”. Johan bosan sebab kena ulang semula soalannya.

“Aha”. Jawap Durrah pendek.

“Bunga aje?”. Soal Johan lagi. Macam tak puas hati.

“Kek, ada mee dan kuih muih, kami satu office  makan sama”. Sengaja Durrah membakar hati Johan.

“His, tak malu betul dia, bini orang pun dia nak rembat. Banyak lagi anak dara kat luar sana tu”. Johan melahirkan rasa yang tak puas hatinya. Durrah hanya ketawa kecil.

“Dia tak ajak Arrah keluar makan malam ni?”. Tanya Johan lagi. Cemburulah tu!

“Ada….”Durrah mengeliatkan badannya. Pinggangnya terasa lenguh. Seharian hanya duduk dimeja tulis. Mungkin juga dia telah kekurangan kalsium dalam badannya kerana telah di sedut oleh Juddin. Dia memicit-micit lengannya, tengkuknya.

“Kenapa?”. Tanya Johan.

“Letih…”. Jawap Durrah. Sememangnya dia berasa letih. Seharian bekerja. Balik dari kerja mengulit Juddin dan adakalanya memasak kerana Johan akan datang menyinggah, tidur malamnya terganggu kerana  perlu bangun beberapa kali untuk menyusui Juddin.

“Abang tanya kenapa Arrah tak keluar dengan Ammar?”. Durrah terasa selesa bila tangan Johan membantu memicit bahunya sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat.

“Dah awak datang dulu, lagi mau tanya….”. Mata Durrah mulai rapat. Dia ingin berehat sebentar sebelum mereka sampai ke tempat yang dia sendiri tidak tahu ke mana Johan akan membawanya.
Tangan Durrah menggaru sedikit badannya. Teras ada benda yang merayap.

“Dah jom, kita dah sampai”.

‘Potong stim betullah…’. Terpaksa juga Durrah turun dari kereta bilamana pintu keretanya telah di buka dari luar. Giler punya romantic!

Durrah hanya memaut tangan Johan bila memijakkan kaki ke dalam bangunan yang serba mewah ini. Dia tidak tahu apa kah namanya tempat ini. Yang pastik tempat ini kelihatan begitu mewah.

‘Tak payah fikir-fikir Arrah, makan ajelah….’. kutuk hatinya sendiri.

Tangan Durrah menggaru dibawah lengannya pula secara tersembunyi, malu jika dilihat oleh Johan.

“Jom kita makan dulu…”. Johan mempelawa. Durrah hanya memandang makanan dihadapannya.

“Cepatnya masak, tak order lagi dah sampai?”. Durrah pelik. Selalunya berjeman barulah apa yang dioder berada atas meja.

“Abang dah order dulu sebelum kita datang. Sedap makanan ni. Cubalah..”. Durrah hanya melihat Johan meletakkan makanan tersebut ke dalam pinggannya. Entah apa namanya, susah benar dia hendak menyebut nama makan itu.

‘Ni hari jadi aku ke hari jadi dia?’ Durrah garu badannya. Tiba-tiba gatallah pula.

“Arrah tak suka ke? Kita order yang lain”. Pujuk Johan. Dia rasa bersalah bila melihat Durrah hanya terkais-kais makanan di dalam pinggan, hanya sesuap dua di masukkan ke mulut.

Durrah semakin tak selesa. Terasa sesuatu merayap di segenap badannya. Seleranya pun mati walaupun perutnya berkeroncong kelaparan. Sememangnya dia mengosongkan perutnya untuk diisi sewaktu makan malam ini tapi bila melihat makan di hadapan matanya yang begitu asing sekali dan juga rasa gatal seluruh badan,fikirannya hanya satu, ingin pulang ke rumah dan mandi dan memberus badannya supaya hilang segala gatal dan miang yang meletak di badannya.

“Arrah, kenapa ni?”. Johan hanya memandang Durrah yang duduk dihadapannya dengan rasa gelisah.

“Arrah nak balik….”. Bagaikan budak kecil yang merengek minta simpati dari sang ayah.

“Arrah belum makan lagi. Kalau Arrah tak suka makanan ini kita order yang lain”. Pujuk Johan lagi. Menyesal pula dia memesan makan ini. Dia lupa yang Durrah bukannya pandai makanan sebegini apatahlagi makanan baru kombinasi makanan Jepun dan Eropah. Azreen yang memperkenalkan makanan ini. Sekali dia mencubanya, dia terasa sedap dan dia ingin berkongsi rasa sedap ini dengan Durrah.

“Tolonglah….Arrah nak balik. Badan Arrah gatal. Arrah tak boleh pakai baju yang belum basuh ni…..”. Dengan mata berkaca Durrah meminta simpati dari suaminya.Tangannya mula mengaru-ngaru disegenap badan dan tangannya.

“Ya Allah….merahnya tangan Arrah”. Sempat juga Johan memyelak baju di tangan Durrah, lengan Durrah sudah mula memerah.

“Waiter….”. Tangan Johan mengamit seorang budak lelaki yang berada tidak jauh dari mereka. Sebelum Durrah meraung di sini, lebih baik dia segera membawa Durrah pulang ke rumah.


Johan singgah ke klinik. Setelah di periksa dan di beri ubat sapu dan makan. Johan membawa Durrah pulang ke rumah.

Rita mengangkat keningnya bila melihat mereka pulang. Johan hanya tersengeh manakala Durrah pula berlari masuk ke biliknya.

Johan membelek Juddin. Di ciumnya Juddin dengan penuh berhati-hati supaya Juddin tidak terjaga. Ekor matanya memandang Durrah yang baru keluar dari bilik air dengan berkemban. Jarang sekali dia melihat Durrah berkemban dengan kain batik.

“Tolong sapu kat belakang ni..”. Segera Johan menyambut ubat sapu yang dihulurkan. Peluang yang amat dinantikan. Diciumnya seketika belakang Durrah yang harum dengan mandian badan. Naluri untuk mengambil haknya datang bergolek.

“Jangan nak mencuri lagi, saya coti….”. Amaran dari Durrah membuatkan pergerakan Johan terhenti.

 “Ai, coti lagi? Biar betul?”. Johan pelik. Baru lagi rasanya kawan baik Durrah datang. Durrah bangun lalu dia memakai pakaian.

“Tulah…risau juga. Lepas lahirkan Juddin ni, period saya datang tak teraturlah”. Durrah melahirkan kerisauannya. Dia mula menyikat rambutnya. Dari cermin dia dapat melihat Johan bangun dari katil

“Nanti kita pegi klinik, jangan dibiarkan. Penyakit kalau dah lama lagi susah nak ubatkan”. Johan memalingkan badan Durrah. Satu ciuman di berikan di pipi itu.

“Tak ada apa-apalah, mungkin Juddin menyusu kot…”. Durrah memujuk hatinya dan hati Johan juga. 

Dia menolak perlahan badan Johan lalu dia ke muka pintu.

“Arrah nak ke mana tu?”. Pertanyaan dari Johan tidak di jawab. Johan meyusul Durrah dari belakang.

Johan hanya memandang Durrah mengambil bawang dan perencah lalu ditumiskan ke dalam kuali. Tahulah Johan yang Durrah lapar.

“Nak makan nasi goring tak?” tanya Durrah. Dengan senyum yang tawar Johan menganggukkan kepalanya. Hatinya benar-benar tersentuh dan rasa bersalah. Bersalah kerana dia memilih makanan yang mengikut citarasanya bukan citarasa Durrah sedangkan hari ini hari lahir Durrah. Sepatutnya dia meraikan Durrah dengan keinginan Durrah bukannya keinginan dirinya sendiri. Walaupun nampak majlis yang diaturkan oleh Ammar itu simple hanya kek dan kuih muih tapi sekurang-kurangnya Durrah dapat makan dan menikmati hari yang diraikan untuknya. Apalah gunanya diraikan di hotel yang mewah dan megah tapi pengertiannya kosong.

“Hem….”. Johan mengeluh sendiri. Apa yang dirancangkan tak menjadi.

“Tak baik mengeluh. Rezeki 40 hari tak datang”. Tegur Durrah.

“Dah jom makan”. Durrah mempelawa Johan makan. Nasi goring di sendukkan ke dalam pinggan. Disebelahnya segelas air sirap.

“Ni….birthday sapa ni? Arrah kea bang?”. Durrah ketawa dengan usikan Johan.

“Maaf Arrah, tak sangka pula jadi macam ni…”. Johan benar-benar kesal. Perancangannya jauh tersasar.

“Dahlah, hanya ini rezeki saya malam ni. Dah tersurat. Alhamdulillah….baik ada dari tak ada”. Tanpa membuang masa Durrah membaca doa dan meneruskan suapan tanpa menoleh kiri dan kanan. Johan hanya memandang Durrah makan dengan penuh tekun. Dihati kecilnya dia tahu Durrah dalam kelaparan.

‘Ya Allah…… bantulah aku dalam kemelut rumahtangga ini, aku tak mahu kehilangannya…dia isteri ku yang baik’. Doa Johan di dalam hati. Jika perkara ini berlaku pada Azreen, sudah pasti dirinya di sindir dan dicaci.

 Durrah melihat Johan meletakkan  sebuah kotak kecil yang dibalut cantik dihadapannya lalu kotak itu dihulurkan ke Durrah.

“Apa ni?”. Durrah teragak-agak menyambutnya.

“Bom”. Durrah membeliakkan matanya. Johan ketawa.

“Bukalah”. Johan menggesanya. Pelahan-lahan kotak tersebut Durrah buka.

“Wow, cantiknya!”. Durrah mempamerkan barang tersebut. Seutas rantai leher dan seutas rantai tangan (gelang). Johan memakaikan rantai tersebut dileher Durrah. Rantai leher yang berbuahkan sebentuk hati  dan gelang di lengan isterinya.

“Sebagai tanda terima kasih kerana Arrah melahirkan anak abang. Memang apa yang abang berikan tak dapat menandingi apa yang telah Arrah beri dan korbankan untuk abang. Hanya ini yang abang mampu. Abang ingat nak belikan Arrah yang sebesar tali kapal tapi tak mampu hanya sebesar jari Juddin sahaja yang abang mampu”. Durrah ketawa sambil membayangkan rantai yang sebesar tali kapal membelit lehernya.  Durrah membelek rantai dilehernya. Rantai yang berbentuk pintalan tali.

“Mana cincinnya?”. Usik Durrah.

“Nanti kita pergi beli. Abang tak tahu ukuran jari Arrah. Cincin kahwin kita tu pun mak yang belikan”.

“Tak payahlah, saya saja usik. Ini pun dah cukup dah. Terima kasih saya tak harap apa-apa yang mahal macam ni. Cukuplah awak tak sia-siakan kami”. Durrah membelek-belek pula gelang ditangannya. Cantik, ia dihiasi dengan loceng dan juga berbentuk hati mengelilingi gelang tersebut. Sekali tangan digoyangkan, akan kedengaran bunyi. Terasa seperti  bunyi kucing yang dipakaikan loceng dilehernya. Namun Durrah suka dengan bunyi tersebut. Dia membelek lagi.

“Arrah suka?”. Durrah menganggukkan kepalanya.

“Bila  beli?”. Dia memandang Johan. Johan berasa puas hati bila melihat isterinya teruja dengan pemberiannya. 
 “Selepas Arrah bersalin. Balik dari Melaka abang terus pergi beli”.

“Walaupun diwaktu itu saya tak layan awak?”. Soalnya lagi. Johan melepaskan keluhan.

“Soal layan ataupun tidak, itu lain cerita. Sebenarnya abang dah berniat, seawal Arrah mengandung lagi abang nak hadiahkan sesuatu pada Arrah  bila Arrah selamat bersalin. Arrah ingat lagi tak kita pernah bercerita yang abang Johari belikan isterinya barang kemas. Abang rasa   tentunya Arrah pun suka barang kemas walaupun abang jarang nampak Arrah pakai lagipun Arrah juga yang kata, barang emas ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan”. Durrah menganggukkan kepalanya. Dia tersengeh.
“Saya bukannya jarang pakai barang kemas, tak ada macam mana nak pakai?. Ada pun sebentuk cincin yang mak Arrah bagi dan dua bentuk cincin kahwin kita”. Jawab Durrah tulus. Dia bukanlah dari kalangan orang berada. Selama ini pun tangannya hanya dihiasi dengan jam tangan sahaja.

“Tak apalah, lain kali jika ada rezeki lebih kita beli belian pula tapi kena tunggu abang jadi jutawan dahulu”. Johan melawak.

“Untungnya ibu Juddin. Seorang anak, ibu dapat satu rantai, satu gelang, satu cincin, satu pasang subang, satu rantai kaki. Kalau sepuluh orang anak, cuba bayangkan apa yang ibu akan pakai. Sepuluh tingkat rantai, sepuluh urat gelang, sepuluh pasang subang, sepuluh …adoi….”. Johan ketawa geram sambil menarik pipi isterinya. Durrah menolak Johan.

“Ayah jelouslah tu, ingatkan mami jarum aje yang jelous dengan ibu….”Johan ketawa lagi. Sekali sekala dia rindu dengan loyar buruk isterinya.

“Tapi, maaf saya tak dapat menerimanya. Saya tak mahu ianya nanti dijadikan alasan untuk menerima awak semula dalam hidup saya”. Durrah menghulurkan semula kotak barang kemas itu kepada Johan.

“Arrah, abang beri ni bukannya sebagai rasuah supaya Arrah balik pada abang tapi kerana Arrah adalah isteri abang, ianya sebagai hadiah dari seorang suami kepada isterinya. Salah ke?”. Johan sedih dengan penolakan dari isterinya dan Durrah meragui keikhlasannya.

“Happy birthday sayang..”. Johan memberikan satu kucupan didahi Durrah lalu pergi tanpa berpaling kebelakang. Durrah duduk termanggu memandang kehadapannya yang kosong dan suram.


“Arrah, pergi bagi dokumen ni kat bilik mesyuarat room 2, dia orang ada meeting. Sekarang”. Jehan mencampakkan sebuah fail di atas meja Durrah. Dia tergesa-gesa.

“Ala…. Orang nak pergi makan ni, nak bagi sapa?”. Durrah mula bersungut, masa rehat macam ni pun ada orang nak buat meeting.

“Now”. Jerit Jehan.

“Iyelah….”. Durrah juga tergesa-gesa menuju ke bilik mesyuarat.

Tut…tut..tut.

Tanpa menunggu lama Durrah terus menerjah.

“Hai, Jom lunch dengan I”. Durrah terpaku di depan pintu. Bagaikan tak percaya Ammar dihadapannya.

“Kata pagi ni awak dah ke Australia”. Itu kata Ammar semalam sewaktu dia menelepon Ammar dan 
meminta maaf kerana menolak pelawaan Ammar untuk makan malam bersamanya.

“Delay….Jom, hari ni you cuti setengah hari. Hari ni juga I akan jadi amat (pesuruh) you. Mana you 
nak pergi, apa you nak makan, and everything you want …..”. Durrah ketawa dengan lagak poyo Ammar.


“Emmm……

11 comments:

  1. Yeayyyy..ada n3 baru..terima kasih mak ieteng..
    Walaupun bersungguh membeli hati durrah tp saya masih suka durrah dgn ammar..dah alang2 bermadu, biarlah dgn org yg pandai menjaga hati dan hormatkan kita..sekurang2 bermadu dgn isteri ammar, jauh di mata beribu2 batu..tp kalau dgn azreen di layan seolah2 durrah pulak menumpang kasih..bila berkehendak melayan nafsu n melayan tekak pandai pulak cari durrah..

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun selamat berpuasa pada mak ieteng sekeluarga dan pada pembaca2 di sini..semuga dipermudahkan puasa kita dan diberi kesihatan yang baik agar kita dpt menunaikan solat tarawikh dengan sempurna..ameen ya rabbal al ameen..

    ReplyDelete
  3. Salam....
    terimakasih widuri juga pada Norin,kak Mas,Anonymous,Ardifaum,Mh Aniza,Unknown,Mayang Abd Razak,Auntie Agony,ctmynn dan para pembaca serta peminat e-novel KPSD kerana masih lagi setia menunggu sambungan kisah Durrah terhadap Johan dan Ammar.
    Maaf kerana lambat sekali menyambung KPSD ini. sentiasa sibuk dengan segala urusan seharian.
    di bulan ramadhan ini, MET bercuti dari melabun di blog ini. marilah kita sama-sama mengejar fadhilat Ramadan yang mengandungi beribu kebaikan, rahmat dan keampunan dari ALLAH swt.
    Selamat menyambut Ramadhan semua.....

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan mak ieteng.....best en3 mak ieteng kali ni,cam sweet2 sangat n3 kali ni...senyum sorang2 saya baca...hehehe....

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan mak ieteng.....best en3 mak ieteng kali ni,cam sweet2 sangat n3 kali ni...senyum sorang2 saya baca...hehehe....

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidil fitri pada mak ieteng dan keluarga..semuga sentiasa dirahmati n diberkatiNya..rindu nak baca kisah selanjutnya kisah durrah ni..

    Pada mak ieteng, saya nak memohon maaf juga ya selama apa yg saya komen agak keterlaluan..suka saya baca penulisan mak ieteng sampai terbawa2 emosi..itu menandakan mak ieteng dah berjaya mengharu birukan perasaan kami..tahniah

    ReplyDelete
  7. salam cik makieteng.lama tak dengar kabar berita .merajuk ke bertapa cari idea baru....apa pun saya doakan semoga sentiasa sihat sejahtera

    ReplyDelete
  8. Menungu next entry dengan sabar....

    ReplyDelete
  9. Nyari Bokep Skandal Vanessa Angel Yang versi Panjang?
    Nih link nya!!

    indahbokep.com

    ReplyDelete
  10. yuk bergabung segera di bolayo.com
    min depo 50rb
    Bonus member baru 30%
    Bonus harian 5%
    Aman & Terpercaya
    hanya di bit.do/BOLAYO

    Whatshapp kami
    bit.do/WA_BOLAYO

    ReplyDelete
  11. Yuk Gabung di Bolayo.com

    Minimal deposit 50ribu
    Bonus Member 30%
    Bonus Harian 5%
    Aman & Terpercaya
    hanya di bolayo.com

    Whatsapp kami
    +6282321807397

    ReplyDelete